Thursday, September 2, 2010

ISMAIL DILANTIK GANTI MUSA HASSAN KETUA POLIS NEGARA



PUTRAJAYA - Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein mengumumkan Tan Sri Ismail Omar dilantik sebagai Ketua Polis Negara (KPN) yang baru, menggantikan Tan Sri Musa Hassan, berkuat kuasa 13 September ini. Katanya, Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam, Datuk Hussin Ismail, 57, akan mengambil alih jawatan Timbalan KPN daripada Ismail, 57.

Pengumuman itu menamatkan spekulasi mengenai kontrak perkhidmatan Musa yang tamat pada 12 September ini, selepas berkhidmat selama 41 tahun bersama pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM). Musa, 59, yang bersara pada 2007, disambung perkhidmatan dengan kontraknya diperbaharui sebanyak dua kali. “Jawatan KPN dan timbalannya merupakan Jawatan Khas mengikut Perkara 140 (4) dan (5) Perlembagaan Persekutuan, di mana pelantikan tertakluk kepada perkenan Yang di-Pertuan Agong,” kata Hishammuddin ketika mengumumkan perkara itu di sini, semalam. Hishammuddin berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak akan mendapatkan perkenan baginda dalam masa terdekat.


Ia menamatkan tanda tanya samada Tan Seri Musa Hassan akan disambung sebagai ketua Polis Negara. Dengan perlantikan Ketua Polis yang baru akan dilihat Polis akan berubah wajah di atas Ketua Polis yang baru.