Thursday, January 28, 2010

ISU KEPALA BABI DILETAKKAN KAWASAN MASJID SERAHKAN KEPADA PIHAK BERKUASA

KUALA LUMPUR 28 Jan. – Polis menubuhkan satu pasukan khas bagi menyiasat kejadian empat kepala babi hutan yang diletakkan dalam kawasan dua masjid di Petaling Jaya pagi semalam.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Wira Muhammad Sabtu Osman berkata, pasukan khas itu telah dikerahkan mencari setiap maklumat bagi menyelesaikan kes berkenaan.


"Kes ini melibatkan keselamatan serta keamanan negara, dan ia perlu ditangani segera,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Kewangan Berhemat di sini hari ini.
Muhammad Sabtu berkata, siasatan dijalankan untuk mengesan saksi dan petunjuk kepada kes itu selain mencari motif perbuatan itu.


"Kalau sesiapa ada maklumat, tolong salurkan kepada kita,” katanya.
Semalam dua bungkusan kepala babi hutan bersama satu baldi plastik berisi 30 keping wang RM1 diletakkan di pintu masuk belakang ke perkarangan Masjid Jumhuriah, Taman Datuk Haron, manakala dua bungkus lagi serta baldi berisi jumlah wang yang sama dijumpai di hadapan pintu masuk ke perkarangan Masjid Al-Imam At-Tirmizi, Taman Sri Sentosa. – Bernama


Umat Islam tidak boleh terima kes penbuangan kepala babi di kawasan Masjid Jumhuriah, Taman Datuk Haron, Petaling Jaya dan Masjid Al-Iman At- Tirmizi, Taman Sri Sentosa, Pertaling Jaya. Orang Islam dilarang menyentuh babi dan memakan daging babi. Oleh itu bersatulah umat Islam kerana kita tidak boleh membiarkan perkara mungkar berlaku dihadapan kita.

Tuesday, January 26, 2010

PEMILIHAN SEKOLAH BERPRESTASI TINGGI

PUTRAJAYA: Misi mengangkat sekolah negara ini ke taraf dunia bermula semalam dengan pemilihan kumpulan pertama 20 Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) yang menyaksikan pengetua dan guru besar diberi autonomi tambahan dalam pengurusan kurikulum, kewangan dan kakitangan. Autonomi itu antara lain memberi kelonggaran memanjangkan waktu persekolahan, menamatkan tempoh persekolahan pelajar cemerlang setahun lebih awal, mengagihkan kewangan mengikut keperluan serta mengambil kakitangan berdasarkan pencapaian dan bukan kekananan.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata SBT dibimbing dan dipantau secara khusus menjamin berlaku lonjakan prestasi secara berterusan. Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran, berkata penilaian SBT akan dibuat berdasarkan laporan tahunan petunjuk keberhasilan dan pemeriksaan sekolah mengikut Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM) yang diubah suai. Beliau bagaimanapun menjelaskan SBT bukan sekolah elit untuk sebilangan kecil pelajar, sebaliknya semua sekolah mempunyai peluang sama dan boleh bersaing ‘di padang sama rata’ bagi mendapat pengiktirafan itu.

SEKOLAH Kebangsaan Bandar Uda 2, Johor Bahru antara yang terpilih Sekolah Berprestasi Tinggi.
“Tahun ini kita sasarkan 20 sekolah mengikut sub Bidang Keberhasilan Utama (NKRA) kementerian, manakala 30 pada tahun depan dan 50 lagi pada 2012,” katanya pada sidang media mengumumkan senarai kumpulan pertama SBT yang meliputi 14 sekolah menengah (SM) dan enam sekolah rendah.

SM yang terpilih termasuk empat sekolah harian, iaitu SM Kebangsaan (P) Sri Aman, Petaling Jaya; SMK Sultanah Asma, Alor Setar; SMK Aminuddin Baki, Kuala Lumpur dan SMK (P) St George, Pulau Pinang. Muhyiddin berkata, 20 sekolah berkenaan dipilih daripada 10,000 sekolah di seluruh negara berdasarkan kriteria tertentu termasuk menunjukkan pencapaian cemerlang dalam akademik dan kokurikulum. Mengenai nasib sekolah pedalaman, Muhyiddin berkata, mungkin mereka akan menghadapi cabaran kerana kemudahan yang belum setara dengan sekolah bandar, tetapi tetap boleh diiktiraf sebagai SBT jika memenuhi kriteria.
"Ini bukan usaha jangka pendek dan tak mungkin semua 10,000 sekolah naik ke tahap begitu, di mana dunia pun tidak begitu, tetapi tak kira bandar, luar bandar atau pedalaman, kalau prestasi bagus dia akan diiktiraf SBT manakala kemudahan di pedalaman kita akan terus perbaiki," katanya. Sementara itu, Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom, berkata kementerian belum ada mekanisme khusus mengenai langkah autonomi SBT yang membenarkan tempoh persekolahan ditamatkan setahun lebih awal bagi murid cemerlang.

"Panduan kasarnya ialah kerajaan berasakan pelajar cemerlang dibenarkan menamatkan persekolahan setahun lebih awal, tetapi ia akan bergantung kepada cadangan pengetua dan guru besar,” katanya. SEKOLAH TERPILIH SBT Sekolah Berasrama Penuh:
Sekolah Tun Fatimah (Johor Bahru)
Sekolah Dato’ Abdul Razak (Seremban)
Kolej Melayu Kuala Kangsar
Sekolah Seri Puteri (Cyberjaya)
Sekolah Menengah Sultan Abdul Halim (Jitra)
Kolej Tunku Kurshiah (Seremban)
Kolej Islam Sultan Alam Shah (Klang)
Sekolah Menengah Sains (SMS) Tuanku Syed Putra (Perlis)
Sekolah Sultan Alam Shah (Putrajaya)
SMS Muzaffar Syah (Melaka)Sekolah Menengah Harian:
Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) (P) Sri Aman (Petaling Jaya)
SMK Aminuddin Baki (Kuala Lumpur)
SMK Sultanah Asma (Alor Setar)
SMK (P) St George (Pulau Pinang)Sekolah Rendah:
Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Bintang Utara (KL)
SK Taman Tun Dr Ismail 1 (Kuala Lumpur)
SK Bukit Damansara (KL)
SK Zainab (2) (Kota Bharu)
SK Convent Kota (Taiping)
SK Bandar Baru Uda 2 (Johor Bahru)Sekolah diberi autonomi:
Fleksibel dalam pengajaran dan pembelajaran serta silibus bagi subjek wajib dan elektif
Boleh menggunakan bahasa pengantar bahasa kebangsaan atau pelbagai bahasa lain.
Kelonggaran menetapkan waktu pengajaran minimum sesuatu mata pelajaran.
Memanjangkan waktu persekolahan.
Membenarkan tempoh persekolahan bagi pelajar cemerlang ditamatkan setahun lebih awal (seperti kelas lompat).
Fleksibiliti untuk mengagihkan kewangan mengikut keperluan.
Pengecualian daripada perolehan secara berpusat.
Bajet tambahan antara RM500,000 hingga RM1 juta setahun.
Mengambil staf berdasarkan prestasi pencapaian dan bukan kekananan.
Boleh menyediakan bayaran kerja lebih masa dan ganjaran berdasarkan prestasi kepada semua staf.
Boleh memindahkan staf jika prestasi kurang memuaskan.
Pengagihan fungsi berdasarkan akademik dan bukan akademik.Kriteria pemilihan SBT :
Pencapaian akademik yang cemerlang.
Melahirkan personaliti unggul.
Merangkul anugerah kebangsaan dan antarabangsa.
Mewujudkan jalinan dengan institusi pengajian tinggi.
Mempunyai permuafakatan jitu dengan masyarakat serta jaringan kukuh dengan sekolah tempatan dan antarabangsa.
Menjadi penanda aras kepada sekolah dalam dan luar negara.

Ia sebagai pembukan jalan untuk menjadikan pelajar-pelajar cemerlang, dengan kecekapan guru mengajar dan serba kelengkapan di sekolah tersebut.

KRISIS DALAM PKR NEGERI PAHANG



KUANTAN 25 Jan. - Krisis dalaman Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pahang akhirnya terbongkar apabila Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail hari ini mengumumkan peletakan jawatannya sebagai Timbalan Pengerusi negeri berkuat kuasa semalam.
Azan, 44, juga melepaskan jawatannya sebagai Pengerusi Biro Keahlian PKR negeri.
Pengumuman peletakan kedua-dua jawatan itu dibuat secara mengejut di pejabat Pusat Khidmat Parlimen Indera Mahkota di Air Putih di sini.
Beliau bagaimanapun masih kekal sebagai ahli parti, Ahli Parlimen Indera Mahkota dan Ketua PKR Bahagian Indera Mahkota.


Azan ketika mengumumkan perkara itu menegaskan, tindakan tersebut diambil kerana kecewa dengan pentadbiran parti negeri yang tidak mematuhi peraturan Pendaftar Pertubuhan.
Sebaliknya dakwa beliau, urus tadbir parti tersebut dijalankan seolah-olah seperti sebuah syarikat perniagaan.


''Saya telah memaklumkan hasrat ini pada mesyuarat perhubungan parti semalam yang dihadiri semua ketua bahagian kecuali Cameron Highlands," katanya kepada pemberita di sini.
Pada pilihan raya umum lalu, Azan menewaskan calon Barisan Nasional (BN), Salamon Ali Rizal Abd. Rahman dengan undi majoriti sebanyak 1,027 undi.


Mengulas lanjut peletakan jawatannya itu, Azan memberitahu, beliau telah beberapa kali menegur pentadbiran PKR negeri terutama berhubung pengurusan kewangan, kutipan derma dan isu 'cah keting' yang berlaku dalam parti itu.
Bagaimanapun, jelas beliau, teguran itu tidak diambil peduli oleh kepimpinan atasan negeri tersebut.

Berikutan peletakan dua jawatannya itu, Azan menafikan akan keluar daripada PKR dan melepaskan jawatan Ahli Parlimen.
Dalam pada itu, beliau menolak andaian bahawa ada dalang yang mendesak dirinya supaya meletakkan jawatan.


Nak sorok akhirnya terbongar juga bila tidak dapat dikawal lagi. Itulah krisis PKR yang berlaku di Negeri Pahang dan banyak lagi akan berlaku kerana kepercayaan kepada Anwar Ibrahim nampak goyah pada masa ini.

Monday, January 25, 2010

TUN GHAZALI SHAFIE MENINGGAL DUNIA MERUPAKAN SAT U KEHILANGAN BESAR KEPADA NEGARA

KUALA LUMPUR 24 Jan. – Bekas Menteri Dalam Negeri, Tun Ghazali Shafie meninggal dunia di kediamannya di Subang Jaya dekat sini kira-kira 7.45 malam ini.
Kematian Ghazali, 88, disahkan oleh cucunya, Farah ketika dihubungi.
Ghazali dilahirkan di Kuala Lipis, Pahang, meninggalkan dua orang anak lelaki, Bachtiaer dan Sheriffudin.
Isteri beliau, Toh Puan Khatijah Abdul Majid meninggal dunia pada April 2008. – BERNAMA


Tun Ghazali Bin Shafiie seorang tokoh yang banyak jasanya kepada negara. Beliau merupakan bekas Menteri Luar Negara dan berjasa dalam menyepadukan kaum di Sabah dan Serawak untuk bersatu di dalam Barisan Nasional.
Bagi orang Lipis beliau bekas Ketua UMNO Bahagian Lipis. Banyak sumbangan yang diberikan oleh beliau pada ketika itu di membangunkan Daerah Lipis. Untuk itu, kita sedekahkan Al Fatihah semoga rohnya dicucuri oleh Allah.



Thursday, January 21, 2010

KALID IBRAHIM HILANG JAWATAN KETUA PKR BAHAGIAN KUALA SELANGOR



KUALA SELANGOR 20 Jan. - Parti Keadilan Rakyat (PKR) Bahagian Kuala Selangor yang diketuai Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dibubarkan setelah 13 ahli jawatankuasanya (AJK) meletak jawatan.
Kesemua 13 AJK berkenaan termasuk Ketua Angkatan Muda (AMK), Nazaruddin Darmawan dan Ketua Wanita, Fauziah Sulaiman meletak jawatan secara berperingkat bermula November lalu hingga kelmarin.
Mereka bertindak demikian kerana hilang kepercayaan terhadap Abdul Khalid yang juga Pengerusi Perhubungan PKR Selangor.


Pengumuman pembubaran PKR Bahagian Kuala Selangor itu dibuat oleh Timbalan Ketua bahagian itu, Arshad Abu Bakar di sini hari ini.
Dengan pengumuman itu, bermakna Abdul Khalid hilang jawatan Ketua Bahagian sehingga pemilihan baru diadakan yang dijangka pada Mac ini.
Arshad pada sidang akhbar juga berkata, pembubaran itu dibuat kerana AJK bahagian itu yang dipilih pada Mesyuarat Agung Tahunan Bahagian 2007 (untuk sesi 2007-2010) kini hanya tinggal tiga orang.


Itulah PKR telah hilang arah tuju dan perjuangan. Kalangan orang kuat di PKR Kuala Selangor telah keluar parti secara beramai kerana hilang kepercayaan kepada Khalid Ibrahim.

PKR sengaja menyembunyikan kelemahan mereka kepada umno, sedangkan banyak permasalah berlaku di dalam parti Keadilan itu.

RASUAH SEKS DAN WANG



PUTRAJAYA: Setiausaha kerja seorang Exco Selangor dan setiausaha sulit seorang ahli politik adalah antara 34 orang yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki menerima sogokan serta rasuah seks berhubung kes mencuri dan menyeludup pasir di lima negeri. Penahanan besar-besaran itu dibuat dalam beberapa siri operasi kelmarin dan semalam hasil risikan, intipan, pemantauan dan pemerhatian sejak April tahun lalu berikutan 410 maklumat awam yang diterima SPRM.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Shukri Abdull, berkata selain dua pegawai ahli politik, turut ditahan 24 kakitangan awam yang sebahagiannya pegawai dan ketua jabatan, lima orang awam dan tiga kakitangan swasta. Dalam operasi itu, SPRM juga merampas wang tunai kira-kira RM50,000 dan beberapa dokumen. Beliau mengesahkan pasir yang dicuri itu diseludup ke negara jiran.


Shukri berkata, seorang kakitangan kerajaan sudah didakwa di Ipoh, kelmarin, berhubung kes itu. Katanya, siasatan mendapati setiap individu terbabit dipercayai menerima sogokan antara RM500 hingga RM50,000 termasuk ada yang mendapat wang secara bulanan dan tiga membabitkan rasuah seks. Beliau berkata, sindiket mencuri dan menyeludup pasir di lima negeri itu dikatakan membabitkan sogokan lebih RM280,000, selain rasuah seks. Shukri enggan mendedahkan lima negeri terbabit, tetapi difahamkan kes berkenaan berlaku di Johor, Pahang, Perak, Selangor dan Kuala Lumpur.


Sikap buruk harus dijauhi, kerana ia akan merosakkan imej negara dan menjatuhkan maruah seorang jika ditangkap. Perkara ini seharusnya dijauhi. Bagi parti pembangkang jangan menyalahkan SPRM kerana ada kalangan penyokong pembangkang melakukan rasuah dan ditangkap. Begitu juga jangan menuduh atau salahkan orang UMNO sahaja, mereka juga melakukan perbuatan itu.

Wednesday, January 13, 2010

ANWAR IBRAHIM SANGGUP MELAKUKAN APA SAHA KERANA TERDESAK



KUALA LUMPUR 12 Jan. - Umat Islam dan rakyat negara ini diingatkan supaya tidak terperangkap dengan permainan politik Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam isu penggunaan kalimah Allah oleh gereja Katolik.
Bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Ezam Mohd. Noor (gambar) mendakwa, pendirian semasa Penasihat PKR itu berhubung isu itu disebabkan beliau semakin terdesak dengan tarikh perbicaraan kes tuduhan meliwat bekas pembantunya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan yang semakin hampir.


Dalam masa sama, dakwa beliau, Anwar juga mahu menggunakan isu itu untuk meraih sokongan pada Pilihan Raya Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak yang dijangka tidak lama lagi.
"Saya menyeru umat Islam dan rakyat Malaysia tidak terperangkap dalam permainan politik Anwar yang semakin terdesak.
"Anwar yang terdesak kerana tuduhan meliwat itu akan melakukan apa saja untuk merosakkan keharmonian negara serta mengalihkan perhatian rakyat," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Pada 5 Januari lalu, Anwar melalui laman blognya anwaribrahimblog.com menyiarkan kenyataan Pengerusi Biro Pemahaman dan Pemantapan Agama PKR, Dr. Muhd. Nur Manuty yang mewakili pendirian parti itu dalam isu penggunaan kalimah Allah oleh orang bukan Islam.
Menurut kenyataan itu, PKR berpendirian keinginan masyarakat bukan Islam menggunakan kalimah Allah adalah perkembangan positif dan perlu diterima secara terbuka dan tidak perlu pihak tertentu mengambil kesempatan menjadikannya agenda politik untuk menampakkan merekalah jaguh dalam mempertahankan Islam di negara ini.
Sementara itu, Ezam mendakwa agenda jahat Anwar itu boleh dilihat melalui kecaman Penasihat PKR itu terhadap negara Islam yang didakwanya menzalimi kelompok minoriti pada awal Disember 2009 di Australia.
Dakwa Ezam, kecaman Anwar itu disiarkan dalam media Australia termasuk The Age pada 6 Disember lalu.
"Dan hari ini dia bakar sentimen Kristian di Malaysia dalam isu kalimah Allah, Anwar memang pemimpin yang sanggup lakukan apa saja demi kepentingan peribadi.
Anwar Ibrahim sanggup melakukan apa sahaja supaya hasratnya menjadi PM berjaya tetapi ia hanya anggan Mat Jening sahaja,.

Tuesday, January 12, 2010

MAJALAH HERALD SETUJU HENTI GUNA KALIMAH

KUALA LUMPUR: Mulai Ahad lalu, Herald-The Catholic Weekly tidak lagi menggunakan kalimah Allah dalam penerbitannya bagi meredakan perasaan marah umat Islam terhadap keputusan Mahkamah Tinggi 31 Disember lalu yang mengisytiharkan kalimah Allah bukan eksklusif kepada Islam saja.

Editor majalah itu, Reverend Lawrence Andrew, berkata keputusan itu dibuat pada 4 Januari lalu, didorong atas rasa tanggungjawab untuk menjamin keamanan negara dan kesejahteraan serta keharmonian rakyat berbilang bangsa. "Sebagai rakyat Malaysia yang cintakan negara ini, adalah menjadi tanggungjawab kami untuk membuat keputusan itu. Walaupun sedih dengan apa yang berlaku kebelakangan ini (tindakan membakar gereja), saya berasa tindakan kami boleh membantu untuk mengurangkan ketegangan dalam negara.

"Keputusan itu juga dengan mengambil kira sebarang huru hara boleh mengakibatkan rakyat terutama di kalangan miskin menanggung beban, selain menjejaskan ekonomi negara apabila pelabur bertindak untuk tidak meneruskan urus niaga mereka di sini," katanya ketika dihubungi di sini, semalam. Isu penggunaan kalimah Allah menimbulkan kemarahan umat Islam apabila Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Lau Bee Lan membenarkan permohonan semakan kehakiman oleh Ketua Biskop Roman Katolik Kuala Lumpur, Tan Sri Murphy Pakiam untuk menggunakan kalimah Allah dalam Herald-The Catholic Weekly. Lau juga memutuskan Herald punyai hak dari segi perlembagaan untuk menggunakan kalimah itu bagi menyebarkan agama Kristian kepada penganutnya.


Sepatutnya akhbar Herald-The Catholic perlu memahami penggunaan parkataan Allah bagi orang Kristian di negera ini. Orang Islam tidak boleh terima penggunaan nama Allah oleh agama Islam kerana ia boleh mengugat dan memesongkan akidah umat islam dalam negara ini.

PESAKIT DIABETES MENINGKAT 80 % SEPANJANG SEPULUH TAHUN

KUALA LUMPUR - Jumlah pesakit diabetes atau kencing manis di negara ini mencatatkan peningkatan hampir 80 peratus kepada 1.4 juta penduduk dewasa berumur 30 tahun ke atas dalam tempoh 10 tahun dari 1996-2006. Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican berkata, apa yang membimbangkan ialah hampir 36 peratus daripada mereka tidak didiagnosis, menyebabkan mereka mengalami komplikasi kemudiannya dan memerlukan rawatan lebih intensif yang menimbulkan bebanan kepada perkhidmatan kesihatan.

Dalam ruangan bulanan beliau dalam buletin berita Persatuan Perubatan Malaysia (MMA), beliau berkata, gaya hidup merupakan faktor utama mempengaruhi peningkatan jumlah pesakit diabetes di negara ini. Beliau berkata, perubahan gaya hidup seperti mengurangkan berat badan, pemakanan seimbang dan peningkatan aktiviti fizikal dapat membantu mengawal penyakit ini.
- Bernama
Ubah gaya hidup seorang, senaman, pemakanan seimbang amat penting di dalam kehidupan seorang. Ia amat penting kerana ramai pengidap diabetes di dalam negara.

JANGAN SALAHKAN KERAJAAN BN SEPENUHNYA - KATA DATUK HUSAM MUSA



KOTA BHARU 11 Jan. - Selepas mendakwa kes ganti rugi RM800 juta yang perlu dibayar kerajaan negeri kepada sebuah syarikat berpunca daripada masalah yang diwarisi daripada kerajaan Barisan Nasional (BN), kerajaan negeri hari ini melembutkan pendirian berhubung perkara itu.
Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan negeri, Datuk Husam Musa pada sidang akhbar di pejabatnya hari ini berkata, kerajaan negeri tidak meletakkan sepenuh kesalahan ke atas bahu pemimpin UMNO yang mentadbir negeri pada era sebelum Pas.


''Kita bukan nak salahkan sesiapa, tetapi kita bertanggungjawab cari penyelesaian melalui mahkamah untuk menghadapi kes ini walaupun kita mewarisinya daripada kerajaan sebelumnya.
''Tetapi bukan saya nak kata UMNO punca masalah semata-mata, cuma dari rekod perkembangannya begitu dan surat-menyurat penyelesaian pun berlaku semasa Allahyarham Tan Sri Mohamed Yaacob menjadi Menteri Besar," katanya.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan beberapa pemimpin negeri itu termasuk Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang menyalahkan BN kerana terpaksa membayar ganti rugi RM800 juta.


Sebelum ini, Mahkamah Tinggi Kota Bharu mengarahkan kerajaan negeri membayar RM800 juta kepada sebuah syarikat pembalakan, Timbermine Sdn. Bhd. kerana melanggar perjanjian yang dimeterai kedua-dua belah pihak pada 1964.
Jumlah itu termasuk ganti rugi khas sejumlah RM13.5 juta, pembayaran gaji pekerja RM1.7 juta dan ganti rugi sebanyak RM2,000 seekar untuk 280,000 ekar (112,000 hektar) berjumlah RM560 juta dan faedah lapan peratus daripada tarikh pemfailan.
Pada 1975, kerajaan BN yang ditunjangi Pas telah membatalkan perjanjian dengan Timbermine yang diberikan kuasa untuk mengeluarkan balak di kawasan seluas 204,095 hektar di Hulu Kelantan.


Ekoran itu, Nik Abdul Aziz dalam kuliah Jumaat baru-baru ini menyalahkan kerajaan BN kerana Pas terpaksa mewarisi kesilapan tersebut.


Itu sikap Nik Aziz yang cuma pandai menyalah UMNO, apa yang lakukan sepatutnya ia menyemak dan menyelesaikan masalah tersebut kerana beliau menjadi Menteri Besar telah lama. Rakyat mahukan perubahan dan tolong baru rakyat miskin dan amat perlukan bantuan.

PENGGUNAAN PERKATAAN ALLAH UNTUK ORANG ISLAM SAHAJA - TITAH SULTAN

SHAH ALAM 11 Jan. – Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menitahkan semua pihak di negeri ini berpegang teguh kepada pendirian mengharamkan pengunaan kalimah Allah oleh agama selain Islam.
Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Datuk Mohamad Adzib Mohd. Isa hari ini memberitahu, titah itu dinyatakan dalam pertemuan beliau dengan baginda pada 5 Januari lalu.


Katanya, turut menghadap baginda ekoran isu pengunaan kalimah Allah oleh akhbar Herald-The Catholic Weekly ialah Mufti Selangor, Datuk Mohd. Tamyes Abdul Wahid; Ahli MAIS, Datuk Salehuddin Saidin; Setiausaha MAIS, Abdul Halem Hapiz Salihin serta Penasihat Undang-undang MAIS, Nurhani Salwa Jamaluddin di Istana Mestika di sini.

Menurut beliau, baginda memaklumkan pendiriannya mengenai perkara itu bertujuan memelihara akidah umat Islam serta menjaga keharmonian beragama setiap rakyat di Selangor.
“Dalam pertemuan itu, baginda menitahkan supaya isu penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam dibincangkan dengan teliti oleh ahli-ahli MAIS.
“Sebagai Ketua Agama Islam negeri, baginda mahu semua peringkat berpegang teguh dengan pendirian mengharamkan penggunaan kalimah Allah oleh agama lain,” katanya.


Sepatutnya penganut agama Kristian perlu akur jangan cuba bermain api. Jika agama Islam telah tercabar orang Islam Malaysia akan bersatu mempertahankan agama Islam yang dijadikan agama resmi di dalam negara ini.

Friday, January 8, 2010

PARDANA MENTERI RASMIKAN KLINIK 1 MALAYSIA

KLINIK 1Malaysia dilancar oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Kampung Kerinchi, Kuala Lumpur dan serentak dengan itu juga sebanyak 44 buah lagi klinik serupa memulakan operasinya.
Kehadiran klinik itu yang bertepatan dengan gagasan 1Malaysia iaitu ‘Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan’, tentunya menggembirakan rakyat jelata kerana kedudukannya yang dekat dengan kediaman mereka, selain dapat menjimatkan kos mendapatkan rawatan kesihatan.


Perdana Menteri melakukan yang terbaik dan tunaikan janji apa yang perlu di buat kepada rakyat yang miskin dan kurang mampu dalam meneruskan penghidupan seharian.

KETUA PASUKAN BERTINDAK DAP PULAU PINANG KELUAR PARTI

PULAU PINANG 7 Jan. - Setelah menjadi ahli DAP lebih 22 tahun, Ketua Pasukan Bertindak parti itu di negeri ini, Tham Weng Fatt, 54, umum keluar parti dan menyertai Parti Cinta Malaysia (PCM) berkuat kuasa serta-merta.
Beliau yang juga bekas Ahli Majlis Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) membuat keputusan itu kerana tidak sehaluan lagi dengan perjuangan DAP yang sejak akhir-akhir ini tidak lagi memperjuangkan kepentingan rakyat.
Malah, Weng Fatt yang merupakan antara pemimpin DAP yang sangat dikenali di negeri ini berkata, keputusan tersebut juga dibuat kerana DAP juga gagal menunaikan janji yang dibuat sewaktu Pilihan Raya Umum 2008 yang lalu.
''Saya tidak pernah kecewa kerana tidak diberikan pangkat dan kedudukan tinggi dalam parti, namun saya kecewa setelah melihat kepimpinan DAP negeri ini yang terus meminggirkan kepentingan rakyat sejak memimpin negeri ini.
''Ingin ditegaskan di sini bahawa keputusan dibuat itu adalah muktamad dan dibuat secara sukarela setelah memikirkannya selama dua bulan dan ia juga bukan dibuat di bawah tekanan mana-mana pihak," katanya disini hari ini.


Weng Fatt membuat pengumuman itu selepas dilihat pihak media semasa mengadakan pertemuan dengan Naib Presiden PCM, Huan Cheng Guan di sebuah hotel di sini hari ini.
Mengulas lanjut, tambahnya, surat perletakan jawatannya dalam parti akan diserahkan kepada Pengerusi DAP Pulau Pinang, Chow Kon Yeow dalam tempoh tiga hari bermula hari ini.


''Keputusan Weng Fatt menyertai kami dianggap sangat tepat dan signifikan dalam usaha mengukuhkan lagi PCM memandangkan beliau merupakan pemimpin yang sangat prihatin kepada rakyat," katanya.

Ia sudah menampakkan tidak sehaluan kepimpinan DAP Pilau Pinang. Dengan keluarnya Weng Fatt, seorang pemimpin Kanan DAP ia menampakkan kelemahan DAP. Beliau juga menyatakan
janji-janji yang dibuat pada Pilihanraya Umnum 12 Tahun 2008 tidak ditunaikan manakala janji bagi membantu rakyat tidak ditunaikan oleh DAP.

HERALD BELUM BOLEH GUNA KALIMAH ALLAH

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi semalam membenarkan penangguhan perintah yang dikeluarkan sebelum ini bagi membenarkan penggunaan kalimah Allah oleh majalah mingguan Katolik, Herald, berikutan persetujuan Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Ketua Paderi Roman Katolik Malaysia berdasarkan kepada kepentingan negara. Hakim Datuk Lau Bee Lan, yang mengeluarkan perintah pada 31 Disember tahun lepas, membuat keputusan itu di dalam kamar semalam selepas pertemuan dengan Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail dan peguam Derek J Fernandez bagi Ketua Paderi, Tan Sri Murphy Pakiam selama 30 minit.

Fernandez memberitahu pemberita bahawa Hakim Bee Lan bersetuju untuk merekodkan penangguhan itu atas persetujuan. Abdul Gani bersyukur kerana ada perjanjian bagi penangguhan itu. “Bagi saya, ia melibatkan kepentingan negara, tiada keperluan untuk terbabit dalam hujah untuk penangguhan,” katanya. “Saya amat bersyukur dengan rakan saya yang bijaksana yang telah bersetuju untuk penangguhan dan kami akan cuba agar perkara ini didengar secepat mungkin dalam Mahkamah Rayuan, saya percaya ia akan diadakan secepat mungkin,” katanya. Kelmarin, KDN memfailkan permohonan untuk penangguhan perintah mahkamah sebelum ini selepas mengemukakan rayuan dengan Mahkamah Rayuan sehari sebelum itu. Abdul Gani berkata, proses segera itu tidak sepatutnya disalah tafsirkan kerana isu itu perlu diselesaikan secepat mungkin.

Katanya, lanjutan daripada Artikel 11(4) Perlembagaan Persekutuan, adalah satu kesalahan bagi bukan Islam menggunakan kalimah Allah kepada orang Islam untuk menye- barluaskan agama tetapi ia bukan satu kesalahan bagi bukan Islam menggunakan kalimah itu kepada bukan Islam bagi tujuan agama. Pada 16 Februari, Ketua Paderi Roman Katolik Kuala Lumpur, Tan Sri Murphy Pakiam memfailkan semakan kehakiman berhubung penggunaan perkataan 'Allah' dalam penerbitan gereja, dengan menamakan Kementerian Dalam Negeri dan kerajaan sebagai responden. Beliau mendakwa perkataan ‘Allah’ bukanlah eksklusif kepada agama Islam. - Bernama

Demi kepentingan semua pihak faham isu penggunaan kalimah Allah hanya untuk orang Islam sahaja. Jangan ada pihak-pihak mengambil kesempatan dari isu tersebut.

Wednesday, January 6, 2010

KUFUR JIKA SOKONG BUKAN ISLAM GUNA KALIMAH ALLAH



BANGI - Mana-mana umat Islam yang menyokong keputusan Mahkamah Tinggi membenarkan penggunaan kalimah ‘Allah’ dalam akhbar mingguan The Herald Catholic Weekly boleh membawa kepada kekufuran. Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Dr Haron Din berkata, menyokong kepada sesuatu perkara yang salah di sisi Islam juga secara tidak langsung menyebabkan kekufuran dan syirik.


Menurutnya, semua pihak termasuk Institusi Raja-raja dan kerajaan digesa supaya mengambil serius isu penggunaan kalimah Allah ini dan mengambil langkah segera dalam menangani masalah ini. “Saya menyeru kepada sahabat-sahabat saya supaya mempertimbangkan semula pendirian mereka. Kalau kita sokong perkara yang kufur, kita pun secara tak langsung akan kufur,” katanya dalam sidang media, semalam. Beliau berkata, isu ini merupakan isu yang melibatkan agama yang mampu mewujudkan suasana tidak harmoni dalam negara sekiranya penggunaan kalimah tersebut dibenarkan.


Menurutnya, niat sebenar akhbar tersebut untuk menggunakan kalimah yang sebelum ini hanya digunakan oleh umat Islam diragui kerana agama Kristian sebelum ini hanya menggunakan perkataan God, Jesus dan Lord :dalam kitab Injil mereka.


Oleh itu setiap umat islam perlu bersatu dalam menyelesaikan masalah penggunaan perkataan Allah di dalam agama Kristian. Ini akan merosakkan akidah terutama muda mudi yang kurang mengetahi dan diperong oleh ajaran Kristian.

Tuesday, January 5, 2010

CADANGAN KADAR BAYARAN JALUR LEBIH MURAH UNTUK MASYARAKAT MALAYSIA

KUALA LUMPUR, 4 Jan. - Kerajaan akan mengkaji kadar bayaran perkhidmatan jalur lebar pada masa ini supaya perkhidmatannya dapat diperluaskan kepada lebih ramai pelanggan dan pada kadar yang tidak membebankan mereka, kata Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim.

Beliau berkata bagi tujuan itu, kementerian akan membuat perbandingan kadar harga dengan beberapa negara seperti Korea, Singapura, Thailand, Vietnam dan Kemboja.
"Kementerian akan cari jalan supaya harga penggunaan internet dan jalur lebar di Malaysia berada pada tahap yang tidak membebankan dan tidak mahal.

"Bagi tujuan itu kementerian akan membuat perbandingan harga yang digunakan di Korea, Singapura, Thailand, Vietnam dan Kemboja. Ini untuk memastikan kadar harga yang dikenakan adalah tidak membebankan," katanya pada sidang media selepas menjadi tetamu dalam wacana eksklusif bersama Radio Klasik Nasional di Wisma Radio, Angkasapuri, di sini, hari ini.

Ia adalah satu cadangan yang baik bagi kegunaan rakyat Malaysia. Ia perlu dikaji kerana ramai yang berminat mengunakan internet dan jalur lebar tetapi tidak mampu kerana bebanan tanggungan keluarga begitu tinggi.

JENAYAH ROGOL DI KELANTAN MENINGKAT 26 PERATUS



KOTA BHARU - Jenayah rogol di negeri Kelantan menunjukkan peningkatan sebanyak 26 peratus pada tahun lalu berbanding tempoh yang sama pada tahun sebelumnya (2008). Ketua Polis Kelantan, Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata, lebih mengejutkan kes jenayah tersebut melibatkan 60 peratus remaja di bawah umur (juvana).


"Mengikut statistik polis, 23 mangsa yang terlibat berusia di bawah 12 tahun, 165 mangsa berusia di antara 13 sehingga 16 tahun manakala selebihnya berumur 16 tahun ke atas. "Kebanyakan kes juga melibatkan sukarela (suka sama suka) dan antara daerah yang mencatatkan kes paling tinggi ialah Kota Bharu, Pasir Mas dan Pasir Puteh,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Makan Pagi Ketua Polis Kelantan bersama Media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK), semalam.


Menurutnya, sepanjang tempoh Januari sehingga Disember tahun lalu, sebanyak 313 kes dilaporkan berbanding 250 kes tahun pada tahun sebelumnya. "Hal ini menunjukkan peningkatan sebanyak 63 kes. Kurangnya pengawasan ibu bapa terhadap anak-anak juga merupakan faktor utama jenayah rogol di negeri ini menunjukkan peningkatan sepanjang tahun lalu,” katanya.


Peningkatan kadar jenayah rogol di Kelantan menampakkan peningkatan, jika isu Nasional Menteri Besar pandai membuat komen tetapi di negeri sendiri tidak dapat dikawal.

KDN MEMFAILKAN NOTIS RAYUAN TERHADAP KEPUTUSAN MAHKAMAH TINGGI

KUALA LUMPUR: Kementerian Dalam Negeri (KDN), semalam memfailkan notis rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas) yang membenarkan majalah mingguan, Herald-The Catholic Weekly menggunakan kalimah 'Allah' dalam penerbitannya. Selain itu, KDN akan memfailkan notis rayuan hari ini bagi memohon penangguhan pelaksanaan perintah yang dibuat Hakim Datuk Lau Bee Lan, sebelum ini. Peguam Kanan Persekutuan, Datuk Kamaluddin Md Said, berkata notis rayuan itu difailkan di Pejabat Pendaftar Mahkamah Rayuan, Putrajaya pada jam 4 petang semalam, manakala permohonan penangguhan akan difailkan di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di Kompleks Mahkamah.

"Prosiding rayuan bagi penangguhan pelaksanaan itu seterusnya akan didengar di Mahkamah Tinggi pada tarikh yang akan ditetapkan kemudian," katanya ketika dihubungi di sini, semalam. Pada 31 Disember lalu, Lau membenarkan penerbit majalah itu menggunakan kalimah 'Allah' selepas membenarkan permohonan semakan kehakiman yang difailkan Titular Roman Catholic Archbishop Kuala Lumpur selaku pemohon. Lau juga mengisytiharkan bahawa keputusan KDN pada 7 Januari 2009 memberikan permit penerbitan kepada Herald dari tempoh 1 Januari hingga 31 Disember 2009 dengan syarat ia dilarang menggunakan perkataan 'Allah' adalah batal dan tidak sah.

Dalam penghakiman lisannya, Lau berkata, Menteri Dalam Negeri dan kerajaan selaku responden pertama dan kedua gagal mengemukakan bukti bahawa penggunaan kalimah 'Allah' dalam penerbitan Herald boleh mengancam keselamatan negara dan menimbulkan salah faham serta kekeliruan di kalangan umat Islam di negara ini. Beliau berkata, Herald mempunyai hak dari segi perlembagaan menggunakan kalimah itu dalam penerbitannya untuk menyebarkan agama Kristian kepada penganutnya selaras dengan Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan bahawa agama lain selain Islam boleh diamalkan dengan aman di negara ini. Lau mengakui berdasarkan Perkara 11(4) Perlembagaan Persekutuan, adalah menjadi kesalahan bagi bukan Islam menggunakan kalimah 'Allah' kepada orang Islam untuk penyebaran agama, tetapi ia boleh digunakan untuk bukan Islam bagi tujuan penyebaran agama kepada bukan Islam. Bagaimanapun, keputusan itu dibantah pelbagai pihak, termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO), parti politik dan individu Islam yang mengadakan perhimpunan secara aman di seluruh negara dan meminta campur tangan Majlis Raja-Raja.
Berikutan pelbagai bantahan, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak meminta umat Islam bertenang dan tidak terlalu 'memanaskan' isu itu dan menegaskan kerajaan amat memahami perasaan dan sensitiviti umat Islam di seluruh negara. Beliau juga berkata, kerajaan sedar dan prihatin dengan pelbagai reaksi, termasuk pemimpin Islam dan NGO berhubung keputusan i
tu.

Sebagai rakyat Malaysia yang beragama Islam kita tidak membenar persatuan atau pertubuhan agama mengunakan perkataan Allah dalam apa jua urusan kerana boleh memesong akidah umat Islam itu sendiri.

Monday, January 4, 2010

100, 000 AHLI NGO BANTAH PENGGUNAAN KALIMAH ALLAH OLEH AGAMA LAIN

KUALA TERENGGANU - Hampir 100,000 ahli mewakili 20 Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang bergabung di bawah Gerakan Kebangkitan Rakyat (Gertak) di negeri ini membantah penggunaan kalimah Allah oleh agama lain.

Penyelaras Gertak, Razali Idris berkata, pihaknya bersetuju perkataan Allah hanya boleh digunakan umat Islam sahaja dan mana-mana orang Islam yang menyokong kalimah suci itu digunakan agama lain dianggap sebagai pengkhianat.

Sehubungan itu, satu perhimpunan secara aman pada Jumaat ini, jam 5 petang di Pantai Batu Burok bagi membantah perkara tersebut.

“Pada hari itu, kita juga akan menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin melalui Majlis Penasihat Pemangku Raja (MPPR),” katanya dalam satu sidang media di Motel Desa, di sini semalam.

Razali berkata, beliau berharap semua masyarakat Islam di Terengganu dapat menyertai perhimpunan berkenaan kerana ia amat penting bagi orang Islam mempertahankan kalimah Allah dari digunapakai agama lain.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur sebelum ini membenarkan penggunaan perkataan Allah dalam penerbitan mingguan Herald-The Catholic Weekly dan ianya mencetuskan bantahan daripada banyak pihak dalam kalangan masyarakat Islam.


Oleh bersatulah, umat Islam demi agama Islam yang telah dicabar oleh agama lain dalam negara ini. Jika kita tidak bersatu islam akan diperlekehkan oleh mereka dan mertabat islam mesti diangkat dalam negara ini kerana Agama Islam dalam Perlembagaan di iktiraf.

PEDRDANA MENTERI MENGADAP YANG DIPERTUAN AGONG BAGI MENPEJELASKAN ISU PENGGUNAAN KALIMAH ALLAH

PEKAN 3 Jan. – Datuk Seri Najib Tun Razak akan menghadap Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-Raja dalam tempoh terdekat ini bagi menjelaskan isu berkaitan penggunaan kalimah Allah yang menimbulkan kemarahan umat Islam di negara ini.

Sehubungan itu, Perdana Menteri meminta umat Islam bertenang sambil menyerahkan kepada kerajaan menyelesaikannya menerusi proses undang-undang.

‘‘Saya akan melakukan sembah maklum kepada Yang di-Pertuan Agong nanti dan jika Seri Paduka perkenan, perkara ini akan ditaklimat kepada Majlis Raja-Raja pada mesyuarat akan datang.

Isu penggunaan perkataan Allah yang dibenarkan Mahkamah perlu diselesaikan dengan baik, supaya kemarahan umat islam dapat dibendung. Jika tidak ia akan menjadi api
yang akan mwenyala dan merebak serta dibendung kemarahan umat islam di Malaysia di dalam negara ini.

Friday, January 1, 2010

EKONOMI MALAYSIA LEBIH KUKUH BERBANDING JANGKAAN AWAL

PETALING JAYA 30 Dis. - Ekonomi Malaysia dijangka berada pada kedudukan yang positif tahun depan melalui rangsangan fiskal dan monetari selain sektor eksport yang semakin pulih.

Deloitte dalam Laporan Tinjauan Ekonomi Asia Pasifik berkata, pemulihan ekonomi Malaysia juga dijangka lebih kukuh berbanding jangkaan awal.

Kerajaan yang mengumumkan peruntukan pelan rangsangan ekonomi berjumlah RM60 bilion dijangka digunakan sepenuhnya pada pertengahan tahun depan.

Dalam laporannya terhadap Malaysia, Deloitte berkata, Malaysia kini dalam proses pemulihan dengan jangkaan ekonomi berkembang sebanyak empat peratus pada 2010.

''Bagaimanapun untuk jangka panjang prestasi ekonomi bergantung kepada keupayaan dalam perubahan struktur.

''Faktor utama ialah kemampuan negara menarik pelaburan swasta asing khususnya dalam sektor perkhidmatan,'' menurut Deloitte dalam laporan itu.

Malaysia yang berhasrat menjadi ekonomi berpendapatan tinggi menjelang 2020, kini semakin jelas menuju ke arah pemulihan," katanya.

Memandangkan ekonomi terlalu bergantung kepada eksport melebihi 100 peratus Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), ia menyebabkan negara dilanda kemelesetan, menurut laporan itu.

Sepatutnya rakyat Malaysia seharus bersyukur dengan pencapain ekonomi negara berada di dalam keadaan yang lebih baik dari negara lain. Jika ini berlaku kita akan dapat mengembalikan keyakinan pelabur-pelabur untuk terus melabur di dalam negara ini, ia satu petanda baik untuk semua rakyat Malaysia.