Thursday, October 29, 2009

PENYAKIT DIABETES

PENINGKATAN jumlah pesakit diabetes atau kencing manis di kalangan rakyat negara ini bukan sesuatu yang mengejutkan. Di sebalik peringatan dan amaran, jumlah itu terus meningkat dari sehari ke sehari.Saya menerima banyak pertanyaan mengenai kaitan masalah seksual dengan penyakit diabetes dan nasihat saya ialah supaya pesakit tidak menjalani perubatan tanpa rujukan pakar dan doktor kerana ia berisiko menimbulkan masalah lain.

Sebagai contoh, kes seorang lelaki yang berkahwin dan mempunyai anak. Selepas disahkan menghidap diabetes dia menjalani rawatan dengan mengambil ubat Methformin dan Daonil selama empat tahun.Bagaimanapun, dia kemudian bertukar kepada rawatan lain. Penyakit diabetesnya berkurangan dan ‘pupus’ tapi satu hari dia mendapati zakarnya tidak boleh menegang langsung.Diabetes berlaku apabila badan tidak dapat menghasilkan hormon insulin yang mencukupi untuk membakar glukosa, sekali gus mengakibatkan perubahan kurang sihat kepada badan seperti tekanan kepada urat saraf.Apabila ini berlaku, ia secara tidak langsung menyebabkan perubahan kepada pengaliran darah di penghujung badan seperti kaki, tangan dan anggota sulit.

Justeru, tidak menghairankan jika kaki luka sukar sembuh.Pada bahagian anggota sulit pula, aliran darah yang terganggu untuk lelaki boleh mengakibatkan mati pucuk, manakala wanita pula mati putik.Diabetes bukan penyakit biasa. Ia boleh mengakibatkan pelbagai komplikasi, termasuk koma dan kerosakan teruk buah pinggang.Pesakit perlu dipastikan mendapat rawatan komprehensif, bukan sekadar rawatan tradisional atau alternatif.Saya ingin mengingatkan yang tiada herba dapat menambah hormon insulin hanya sekadar merangsang sel menggunakan glukosa.Sehubungan itu pesakit perlu mendapatkan rawatan menyeluruh, selain amalkan gaya hidup sihat, tidak merokok, melakukan senaman berkala dan kawal pemakanan.

Untuk pemulihan fungsi anggota sulit pula, mereka perlu lakukan senaman kemut atau ‘kegel’ dan membelai anggota sulit dua kali sehari menggunakan krim pelembap.Bagaimanapun, nasihat saya ialah, dapatkan semua terapi ini daripada pakar kerana makan ubat tanpa maklumat dan keterangan adalah sangat berbahaya, terutama apabila berlaku kecemasan, kerana tiada siapa untuk dirujuk.
dipetik dari sumber motro

komen : Setiap orang mesti melakukan gaya hidup sihat bagi mempastikan kesihatan baik dan mampu memberikan kesempurnaan sebagai lelaki.

Wednesday, October 28, 2009

BAJET 2010 PAKEJ BERHEMAH IMBANGI SUASANA KELEMBAPAN EKONOMI GLOBAL

BAJET 2010 disifatkan sebagai pakej berhemah dengan pelbagai pihak menerima manfaatnya, walaupun sebenarnya ramai membuat spekulasi tertentu serta mengharapkan 'durian runtuh' seperti pemberian bonus, insentif dan subsidi lain. Ternyata, pembentangan bajet kali ini amat berbeza daripada kelazimannya yang turut menaikkan cukai terhadap rokok dan arak, selain memberi bonus kepada kakitangan awam. Kali ini, pemberian bonus tetap dilakukan, tetapi ia tidak menyeluruh kepada penjawat awam, sebaliknya bayaran khas RM500 hanya diagihkan kepada mereka yang berada pada Gred 41 hingga Gred 54 dan setarafnya. Pengagihan bonus itu tidak harus dijadikan isu dalam bajet kerana yang lebih utama adalah untuk menjana pertumbuhan negara yang turut menerima tempias akibat kelembapan global. Namun, bajet bertemakan '1Malaysia, Kemakmuran Bersama' bernilai RM191 bilion itu, tetap menumpukan kepada kebajikan dan kesejahteraan rakyat pelbagai golongan, termasuk matlamat mengurangkan kadar kemiskinan di negara ini.

Malah, kadar cukai pendapatan individu maksimum dikurangkan daripada 27 peratus kepada 26 peratus berkuat kuasa tahun taksiran 2010, pelepasan diri kepada pembayar cukai pendapatan individu dinaikkan kepada RM9,000 daripada RM8,000 mulai tahun taksiran 2010 bagi membolehkan pembayar cukai nikmati peningkatan pendapatan boleh guna sebanyak RM1,000 dianggap bonus yang mampu mengurangkan bebanan golongan terbabit. Timbalan Dekan Fakulti Ekonomi dan Pentadbiran Universiti Malaya (UM), Prof Madya Dr Fatimah Kari, melihat bajet kali ini sebagai strategi jangka pendek untuk menangani pertumbuhan ekonomi dalam negara serta mengimbangi suasana kelembapan ekonomi pada peringkat global. Apa juga situasi, kerajaan perlu mengambil kesempatan itu untuk mempertahankan pertumbuhan negara ketika kedudukan ekonomi global yang tidak memberangsangkan.

Pemasalahan defisit bajet yang masih berada pada tahap lima hingga tujuh peratus dianggap angka yang besar dan menyulitkan kerajaan dan memerlukan pelaksanaan lebih berhemah. "Saya optimis terhadap bajet itu. Kerajaan juga terus dilihat mahu mengekang peningkatan defisit. Penstrukturan subsidi minyak juga dilihat sebagai langkah terbaik, terutama dengan keadaan harga minyak pasaran dunia semakin tinggi. Saya fikir jika berlaku kenaikan petrol untuk kali kedua pada masa depan, ia mungkin tidak dapat diterima ramai. Belanjawan ini sekurang-kurangnya dapat menangani isu kenaikan harga minyak. Cuma kita berharap supaya tidak berlaku ketirisan pihak yang layak menerima subsidi," katanya. Dalam aspek lain, beliau mencadangkan supaya peniaga kecil dikelompokkan dalam sebuah pertubuhan koperasi bagi membantu golongan itu yang lebih berisiko tinggi disebabkan kekurangan modal dan sukar mendapat pinjaman. Mengenai bonus kepada sebilangan penjawat awam, Fatimah berkata, bilangan yang layak menerima hanya kira-kira 20 peratus saja daripada keseluruhan jumlah 1.3 juta pekerja awam.

"Golongan ini layak menerima dan tidak memberi impak besar kepada situasi ekonomi negara, sebaliknya bonus itu akan dibelanjakan boleh menjana semula ekonomi," katanya. Sementara itu, Naib Presiden Kanan dan Ketua Jabatan Penyelidikan MIDF, Zulkilfi Hamzah, berkata Bajet 2010 memberi lebih penekanan kepada perbelanjaan yang berhemah, terutama dari segi keberkesanan perbelanjaan itu sendiri. Katanya, pengurangan perbelanjaan operasi adalah sesuatu pendekatan baru yang agak mencabar dan bukan mudah untuk kerajaan mengurangkan subsidi, geran dan sebagainya, terutama dalam keadaan kelembapan ekonomi.

"Kos operasi kerajaan agak tinggi, walaupun ia bukannya perbelanjaan strategik. Perbelanjaan pembangunan adalah lebih penting di dalam konteks pemulihan ekonomi. Walaupun kerajaan tidak menaikkan cukai, perbelanjaan juga tidak dinaikkan. Kerajaan mengurangkan perbelanjaan yang tidak produktif. Perbelanjaan pembangunan terus dikekalkan sebanyak lebih RM50 bilion dan inilah yang akan menjana pendapatan kerajaan pada masa depan," katanya. Beliau berkata, walaupun, pakar ekonomi menjangkakan defisit terus meningkat pada tahun depan, beliau berpendapat defisit 5.6 peratus yang diunjurkan adalah kurang daripada enam hingga tujuh peratus yang diramalkan oleh pemerhati pasaran saham. Sekiranya pengurangan ini adalah disebabkan oleh pemotongan perbelanjaan pembangunan, ia mungkin akan meresahkan ahli ekonomi.

"Bagaimanapun, kerajaan mengambil pendekatan mengurangkan defisit dengan menyekat perbelanjaan tidak produktif. Kerajaan beranggapan bahawa setiap ringgit yang dibelanjakan mestilah memberi pulangan yang maksimum dan ini termasuk pulangan dalam bentuk kesan sosial yang diharapkan. Oleh itu, ini adalah pendekatan yang dianggap baik," katanya.
dipetik sumber utusan malaysia.

komen : Rakyat seharusnya bersyukar dari apa nikmat yang kita dapati dari Bajet 2010 kita tidak dibebani oleh kenaikan cukai, dan lain-lain dikenakan oleh kerajaan kepada penduduk dinegara ini.

BELANJAWAN TEPATI ASPIRASI RAKYAT SABAH /SARAWAK

KETIKA Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan, Datuk Seri Najib Razak membentangkan Bajet 2010 di Dewan Rakyat Jumaat lalu, masih ada penduduk di Sabah dan Sarawak yang mendengar ucapan beliau melalui radio yang menggunakan kuasa bateri dan minum air dari sungai atau telaga.

Pada masa sama, sebahagian rakyat di Semenanjung Malaysia mengikutinya melalui televisyen, radio dalam kereta mewah atau rumah mewah, dan portal berita melalui jalur lebar dari telefon bimbit canggih. Walaupun sudah merdeka selama 46 tahun, Sarawak dan Sabah masih terkebelakang dari segi kemudahan prasarana dan kemudahan asas yang lain. Pada 2005, Sabah menjadi negeri terendah, iaitu pada tangga ke-14 dari segi Indeks Komposit Pembangunan, manakala Sarawak berada di tangga ke-11.

Di kedua-dua negeri ini masih ramai yang hidup dalam keadaan tidak selesa kerana ketiadaan kemudahan asas seperti di negeri lain, terutama di luar bandar, sedangkan mereka ialah penyokong kuat kerajaan. Malah, pembangunan boleh disifatkan sebagai gagal, terutama di luar bandar sebagai akibat dasar yang memihak kepada bandar dan kota, ketirisan dalam proses pelaksanaan, serta pengagihan sumber dan projek pembangunan yang tidak seimbang. Elit politik tidak seharusnya hanya memberi tumpuan kepada kawasan tertentu atas kepentingan politik semata-mata, sebaliknya rakyat Sarawak tanpa mengira kaum dan kawasan berhak merasai nikmat daripada dasar pembangunan kerajaan.

Setiap kali mengikuti ucapan bajet, seperti pemimpin politik dan Ahli Parlimen daripada kedua-dua negeri ini, penduduk di luar bandar negeri terbabit juga mengharapkan agar peruntukan yang lebih besar disalurkan untuk pembangunan asas dan ekonomi penduduk luar bandar. Bagi negeri yang membantu merealisasikan pembentukan gagasan Persekutuan Malaysia pada 1963, permintaan berkenaan tidaklah keterlaluan kerana mereka turut ingin menikmati hasil daripada sokongan, perjuangan dan pengorbanan mereka selama ini. Tambahan pula, Sabah dan Sarawak menyumbang 22 dan 30 kerusi masing-masing daripada 139 kerusi yang kini dikuasai oleh Barisan Nasional (BN). Adakah sesuatu yang keterlaluan jika rakyat dan pengundi yang berdiri teguh di belakang kerajaan diberi ganjaran dan imbuhan sewajarnya? Jika tidak, sampai bilakah kerajaan boleh memujuk supaya mereka bersabar atas alasan bahawa ia tidak dapat melaksanakan pembangunan, sekali gus kerana peruntukan dan dananya terbatas? Apatah lagi, isu pembangunan sentiasa hangat dijaja dan dieksploitasikan oleh pihak pembangkang dalam kempen menjelang pilihan raya.

Isu pembangunan dijangka terus dimanipulasikan dalam pilihan raya negeri yang akan datang. Bagi pihak kerajaan, ia menegaskan sudah berjaya membawa pembangunan kepada rakyat dan kawasan luar bandar, tetapi bagi pembangkang, pembangunan adalah tidak berkadar dengan peruntukan yang disalurkan selama kemerdekaan dan sumbangan negeri ini kepada Kerajaan Persekutuan, terutama dari segi pendapatan daripada petroleum.
Perdana Menteri yang sudah banyak kali berkunjung ke Sabah dan Sarawak, termasuk ke kawasan pedalaman sejak menerajui negara April lalu, faham akan denyut nadi, masalah dan aspirasi penduduk di kedua-dua negeri ini.


Bajet 2010 bukan saja membuktikan pengagihan yang adil kepada kedua-dua negeri itu di bawah gagasan 1Malaysia, tetapi memperlihatkan komitmen jitu beliau untuk melihat bahawa penduduk Sabah dan Sarawak dapat berdiri sama tinggi dengan mereka di Semenanjung Malaysia. Peruntukan yang diumumkan itu akan dapat meneruskan projek pembangunan prasarana yang masih belum dinikmati oleh semua penduduk, terutama di kawasan pedalaman dan luar bandar. Dalam lawatan beliau, Najib berjanji memberi perhatian khusus kepada keperluan dan permintaan penduduk di luar bandar. Ternyata, janji beliau untuk tidak mahu melihat ada negeri yang tertinggal di belakang dikotakan beliau melalui Bajet 2010 apabila Sabah dan Sarawak diperuntukkan RM20 bilion.

Peruntukan RM1.5 bilion bagi projek, termasuk pembinaan jalan masuk ke empangan Murum di Kapit di bawah Koridor Tenaga Yang Boleh Diperbaharui Sarawak (Score) dan empangan Baram di Miri, misalnya sudah pasti akan mampu menjana kegiatan ekonomi bagi penduduk. Ketidakseimbangan pendapatan antara wilayah dan negeri turut berpunca daripada ketidakseimbangan dalam struktur ekonomi.
Sarawak tidak seharusnya terlalu bergantung pada sektor perlombongan dan perhutanan yang menjadi penyumbang utama Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK). Sebaliknya, kerajaan perlu mewujudkan pembangunan ekonomi lebih pelbagai agar dapat menjana punca pendapatan secara berterusan kepada penduduk luar bandar bagi mewujudkan peluang pekerjaan yang lebih banyak. Dengan itu, jumlah anak muda dari kawasan pedalaman yang berhijrah ke Singapura dan Semenanjung untuk mencari pekerjaan akan berkurangan. Dalam hubungan ini, kerajaan hendaklah memperbanyak projek yang mampu menjana ekonomi, terutama sektor pertanian, pelancongan, pertanian dan mengeksploitasi sumber berpotensi di kawasan luar bandar ini dengan cara yang berkesan.


Dengan terlaksananya projek kemudahan asas dan prasarana dengan lebih berkesan tanpa ketirisan, diharapkan mereka tidak lagi mendengar ucapan daripada radio yang menggunakan kuasa bateri ketika mendengar Bajet 2011 tahun depan. Sebaliknya, diharapkan mereka akan menonton Perdana Menteri menyampaikan ucapan dari Dewan Rakyat menerusi kaca televisyen, sambil menghirup teh daripada air bersih yang disalurkan terus ke rumah atau rumah panjang mereka.
dipetik dari sumber utusan malaysia.

komen : Adalah diharapkan Bajet 2010 ini akan menyumbangkan pembangunan Negeri Sabah dan Sarawak. Ia dibawah kepimpinan datuk Seri Najib bin Tun Hj Abdul Razak sebagai Perdana Menteri.

KERAJAAN KUAT KUASA HARGA MINIMUN ROKOK 1 JANUARI, 2010


KUALA LUMPUR: Kerajaan akan menetapkan peraturan harga minimum rokok berkuat kuasa 1 Januari tahun depan bagi menghalang lebih ramai rakyat terutama golongan muda merokok. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, berkata untuk pastikan golongan tertentu terutama remaja sukar mendapat rokok dan kawal lambakan rokok murah masuk ke negara selepas Afta dikuatkuasakan mulai 2010. "Kita sudah hantar ke Pejabat Peguam Negara setuju dengan cadangan ini untuk diwartakan mulai 1 Januari 2010," katanya di lobi Parlimen, sebentar tadi.
dipetik dari sumber utusan malaysia.

komen : Ia bagi mengelakkan rakyat malaysia menjauhi rokok demi kesihatan dan golongan remaja dapat mengelakkan terjebak dari merokok.

CHRISTINA LIEW LETAK JAWATAN AHLI MAJLIS TERTINGGI PKR




KOTA KINABALU: Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sabah menghadapi satu lagi tamparan, dengan Ketua Bahagian Kota Kinabalu, Christina Liew mengumumkan peletakan jawatan sebagai ahli majlis tertinggi parti hari ini, mengikut jejak naib presiden PKR, Datuk Dr Jeffrey Kitingan. Liew, yang digantikan bagi jawatan timbalan pengerusi PKR Sabah, berkata, bagaimanapun beliau kekal sebagai ahli parti dan mengekalkan jawatan ketua bahagian Kota Kinabalu. "Saya akan menyerahkan surat peletakan jawatan saya kepada presiden parti hari ini," katanya.

Liew berkata, selama ini beliau percaya yang parti itu adalah adil dan telus sehingga pelantikan Datuk Kong Hong Ming sebagai timbalan pengerusi PKR Sabah dan Ahmad Thamrin Jaini sebagai ketua parti yang baru di Sabah. "Ibu saya terpaksa berdepan dengan pandangan serong orang ramai kerana saya telah digantikan (sebagai timbalan pengerusi) atas alasan yang tidak diketahui. Saya telah bekerja keras selama sembilan tahun untuk mempromosikan PKR Sabah. Oleh kerana parti tidak menghargai sumbangan saya, saya berundur dengan bermaruah sekarang," katanya.

dari sumber Bernama


komen : Seorang demi seorang meletakkan jawatan kerana tidak puas hati di atas perlantikan Pengerusi Perhubungan PKR Negeri sabah. Itu cara PKR yang hanya disenangi oleh Anuar Ibrahim

PENYAKIT JANTUNG DI MALAYSIA

PENYAKIT koronari jantung (CHD) atau penyakit jantung kronik antara punca kematian terbesar di kalangan penduduk di negara ini. Ia turut menjadi ancaman maut di negara-negara besar lain seperti Rusia, Amerika Selatan dan Utara, Australia, New Zealand dan Eropah.
Bahkan diramalkan ia bakal menjadi 'pembunuh dalam senyap' utama seluruh benua di dunia menjelang tahun 2020.
Mengikut perangkaan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada tahun 2002, satu pertiga daripada kematian manusia di seluruh dunia adalah disebabkan oleh serangan jantung.
Daripada jumlah tersebut sebanyak 40 hingga 75 peratus pesakit yang terkena serangan jantung meninggal dunia sebelum sempat mendapatkan rawatan di hospital.
Persoalannya berapa ramaikah rakyat di negara ini mengetahui dengan jelas mengenai CHD) dan siapakah golongan berisiko menghidapi penyakit berbahaya ini?
"Jawapannya mudah sesiapa pun berisiko untuk diserang CHD kerana penyakit ini banyak berkait rapat dengan gaya hidup seseorang," kata Perunding Kardiologi dari Pusat Perubatan Tropicana, Kota Damansara, Selangor, Dr. Haizal Haron Kamar.
Beliau berkata demikian pada satu ceramah sempena majlis memeteri perjanjian pengedaran V-Patch, sistem penganalisis degupan jantung terbaru, antara V-Patch Medical Systems Pty. Ltd. dengan OGAWA World Berhad, di Kuala Lumpur baru-baru ini.
Menjelaskan lebih lanjut mengenai CHD, Dr. Haizal berkata, secara mudah ia dirujuk sebagai serangan jantung berpunca daripada penyumbatan pada pembuluh darah yang sepatutnya berfungsi membawa bekalan darah dan oksigen ke jantung.
Menurutnya, senario penyakit jantung di Malaysia cenderung menunjukkan dua jenis faktor penyebab iaitu faktor boleh diubah dan tidak boleh diubah.
Faktor tidak boleh diubah berkaitan dengan aspek umur, sejarah keluarga, jantina dan etnik pesakit, manakala boleh diubah adalah serangan jantung yang berpunca daripada penyakit-penyakit lain sedia dihidapi pesakit seperti diabetis, darah tinggi, kandungan kolesterol tinggi, obesiti dan amalan gaya hidup tidak sihat.
"Secara umum penyakit diabetis memang boleh menjadi punca penyakit-penyakit lain seperti kegagalan buah pinggang, neuropati strok, masalah penglihatan dan seterusnya serangan jantung atau CHD.
"Senario di Malaysia ketika ini menunjukkan sebanyak 14.9 peratus orang dewasa berusia 30 tahun ke atas menghidap diabetis.
"Dari situ kita sudah boleh meramal potensi serangan CHD di kalangan rakyat negara ini. Itu belum lagi melihat golongan yang menghidap penyakit darah tinggi dan yang turut berisiko diserang sakit jantung," ujarnya.
Menurut Dr. Haizal, mengikut perangkaan sebanyak 4.8 juta rakyat Malaysia menghidapi penyakit darah tinggi dan 64 peratus daripada jumlah tersebut tidak sedar bahawa mereka menghidap penyakit tersebut.
Kandungan kolesterol yang tinggi juga boleh menjadi punca kepada serangan jantung. Keadaan ini berlaku apabila kolesterol yang terkumpul menyumbat pembuluh darah yang membekalkan darah dan oksigen ke jantung.
"Kandungan kolesterol berkait rapat dengan makanan yang kita ambil. Sebab itu pada awal tadi saya sudah nyatakan bahawa serangan jantung sedikit sebanyak ada kena mengena dengan gaya hidup seseorang.
"Begitu juga dengan faktor obesiti yang menjadi salah satu punca utama serangan jantung di negara ini.
"Mengikut perangkaan yang dikeluarkan oleh Malaysian Noncommunicable Disease Surveillance 2005/2006, sebanyak 48.6 peratus orang dewasa di Malaysia mempunyai berat badan berlebihan atau obes kerana tidak bersenam.
"Lebih membimbangkan apabila jumlah rakyat negara ini yang mengalami obesiti meningkat lima kali ganda melibatkan golongan yang berusia 40 hingga 49 tahun," katanya.
Dr. Haizal berkata, obesiti sangat berkait rapat dengan penyakit jantung kerana lemak badan yang berlebihan akan terkumpul di sekeliling jantung dan mengganggu salur darah.
Satu lagi faktor punca serangan jantung yang tidak boleh dipandang ringan ialah tabiat merokok.
"Sebanyak 25.5 peratus rakyat Malaysia merokok dan ini meningkatkan lagi risiko serangan jantung di kalangan mereka," jelasnya
Menjelaskan mengenai simptom serangan jantung, menurut Dr. Haizal, ia boleh dikenal pasti melalui beberapa simptom yang jelas namun ada kalanya juga serangan berlaku tanpa sebarang simptom.
Antara simptom yang biasa berlaku ialah rasa sakit atau tidak selesa terutama dari bahagian tengah dada hingga ke leher dan lengan tangan kiri. Rasa sakit turut disertai dengan berpeluh yang banyak serta rasa terumbang ambing.
Kesakitan itu berlaku disebabkan ketika itu jantung tidak mendapat bekalan darah atau oksigen yang mencukupi.
Pesakit mungkin berasa seperti dada mereka ditekan atau jantung seperti diramas orang.
"Bagaimanapun perlu diingatkan tidak semua serangan jantung datang dengan cara begini. Jadi cara yang terbaik untuk mendiagnosis CHD ialah seperti melalui ujian Elektro Cardio Gram (ECG), ujian tekanan senaman, echo kardiogram, koronari angiogram dan imbasan MRI.
Rawatan CHD
Dr. Haizal berkata, setakat ini salah satu rawatan terhadap pesakit CHD ialah dengan pengambilan ubat-ubatan berdasarkan kepada arahan doktor.
"Kaedah kedua ialah dengan pembedahan pintasan (bypass) iaitu urat di bahagian kaki akan dipotong dan disambung pada arteri di bahagian jantung yang tersumbat.
"Satu lagi teknik ialah dinamakan angioplasty, iaitu teknik teknik di mana ruang dalam arteri yang sempit dibuka dengan menggunakan sejenis tiub khas yang boleh meregang bagi pengaliran darah dan oksigen yang lebih baik," katanya.
Beliau juga menyarankan pesakit yang telah disahkan menghidap penyakit jantung agar mengubah gaya hidup kepada yang lebih sihat.
Pertamanya, boleh dimulakan dengan bersenam setiap hari, makan secara sihat dan seimbang.
"Bagi yang merokok sebaiknya hentikan tabiat itu serta merta dan kurangkan tekanan dalam kehidupan harian.
"Jika mereka masih tidak mempunyai insurans kesihatan, saya sarankan cepat dapatkan insurans yang baik dan akhir sekali mestilah berjumpa dengan doktor," katanya.
Dalam pada itu pengesanan awal terhadap degupan jantung tidak normal boleh mengurangkan implikasi lebih tragik terhadap pesakit jantung.
Justeru pengenalan V-Patch Medical Systems (V-Patch) sebagai penganalisis degupan jantung dianggap lembaran baru bagi membantu pesakit jantung.
Pengasasnya, Peter Taylor berkata, penciptaan V-Patch membolehkan pakar perubatan membuat pengesanan awal dan diagnosis yang lebih baik untuk pesakit mereka.
"Sistem ini telah dibangunkan dan diuji di beberapa buah negara di dunia. Bukan itu sahaja, rangkaian telefon selular yang digunakan dalam sistem pengesanan V-Patch ini juga telah diuji di sembilan buah negara di seluruh dunia," jelasnya yang bertanggung jawab menzahirkan idea penghasilan V-Patch tersebut.
Menurut Taylor V-Patch ini amat peka dan dapat mengesan serta mengenalpasti rentak degupan jantung si pemakai.
"Apa sebenarnya yang dilakukan oleh V-Patch ialah merekod masa sebenar rentak degup jantung sekali gus menentukan sama ada pemeriksaan lanjut diperlukan.
"Jadi, mereka yang memakai V-Patch ini mempunyai pilihan untuk mendapatkan rawatan yang terbaik untuk diri mereka," jelasnya pada majlis yang sama.
Sementara itu pengarah eksekutif V-Patch Medical System Pty. Ltd., Luke Whelan menerangkan bahawa alat tersebut merangkumi tiga peralatan iaitu pelekat yang dilekatkan di bahagian dada (V-Patch), sejenis alat pengesan yang juga dilekat ke dada (V-Pod), alat transmisi bersaiz umpama telefon bimbit (V-Cell) dan maklumat disalurkan ke internet menerusi V-Central.
"Doktor akan mendapat pesanan menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) atau emel dari sistem V-Sentral dia boleh melihat graf yang menunjukkan degupan jantung pesakit mereka.
"Alat ini berguna untuk sesiapa sahaja yang pernah pengsan, rasa tidak stabil, terhuyung hayang, sesak nafas, degupan jantung amat kuat, degupan jantung tidak sekata, degupan jantung laju atau perlahan," katanya.
Dengan adanya alat tersebut beliau percaya pesakit akan lebih proaktif dengan doktor mereka kerana ternyata mencegah lebih baik daripada merawat.

dipetik sumber utusan malaysia.

komen : Setiap rakyat malaysia harus menjaga kesihatan masing-masing. Amalkan senaman dan amalkan gaya hidup sihat bagi mengelakkan penyakit jantung.

PAS TUTUP PINTU RUNDINGAN



KUALA LUMPUR - Pas memutuskan untuk menutup semua pintu rundingan dan perbincangan dengan UMNO berhubung cadangan pembentukan Kerajaan Perpaduan. Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, isu Kerajaan Perpaduan tidak timbul lagi kerana perkara tersebut hanya dibangkitkan semasa Tun Abdullah Ahmad Badawi menjadi Perdana Menteri. “Sudah tutup buku, Kerajaan Perpaduan :tak ada lagi. Perdana Menteri zaman itu (Abdullah) pun sudah berhenti...Tak timbul lagi, sekarang Perdana Menteri baru. Itu konsep yang kita timbulkan masa zaman (Tun) Abdullah,” katanya kepada media di Lobi Parlimen di sini, semalam.


Ditanya mengapa Pas menghentikan hasrat pembentukan Kerajaan Perpaduan dengan UMNO, Abdul Hadi berkata, keadaan sekarang sudah berubah kerana pemimpin baru dalam UMNO kini masih tidak diketahui sikap dan kedudukan mereka berkenaan konsep tersebut. :Beliau yang juga Ahli Parlimen Marang berkata, UMNO juga tidak lagi membangkitkan isu Kerajaan Perpaduan :sebaliknya UMNO dan Barisan Nasional (BN) buat masa ini sedang menguruskan krisis yang dihadapi oleh parti komponen mereka. :“Tak ada tawaran dan BN pun sedang mengurus rumahtangganya. MCA belum selesai, MIC belum selesai. Macam mana kita nak naik rumah dia kalau rumah dia kelam kabut,” katanya.


Berhubung soalan sama ada Pas sedia untuk membincangkan kembali mengenai Kerajaan Perpaduan dengan UMNO, beliau berkata: “Masa depan kita tak tahu.” Diminta mengulas sama ada beliau menghadapi krisis dalaman dalam Pas berhubung idea pembentukan Kerajaan Perpaduan tersebut, beliau menafikan mengenai perkara itu kerana apa yang berlaku hanyalah perbezaan pandangan.


“Kita ada demokrasi dalam Pas, semua pihak boleh meluahkan pandangan masing-masing dan saya yakin kita dapat selesaikannya dengan baik,” katanya. Hadi turut membidas pandangan sesetengah pihak yang mendakwa Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dipengaruhi oleh pihak-pihak tertentu untuk mendesak diadakan Muktamar Khas untuk membincangkan beberapa ‘pemimpin bermasalah’. “Saya tidak percaya dengan pandangan ini, kita ada hubungan baik antara satu sama lain, saya juga ingin menjelaskan bahawa isu Kerajaan Perpaduan muncul tiada kena mengena dengan tawaran dari Barisan Nasional (BN),” katanya.


Ditanya sama ada Muktamar Khas yang dicadangkan Nik Aziz perlu diadakan atau tidak, Hadi menjelaskan Mesyuarat Pusat Pas akan menentukannya. Ditanya sama ada Nik Abdul Aziz patut hadir ke mesyuarat khas Pas, Abdul Hadi berkata: “Itu terpulang kepada kesihatan beliau. Kita memahami kesihatan beliau kerana Dewan Undangan Negeri (DUN) di Kelantan juga sedang bersidang ketika ini.”

( dipetik dari sumber utusan malaysia )


komen : Kepimpinan PAS sanggup menjalinkan hubungan dengan DAP yang terang-terang menolak Islam dalam dasarnya. Apakah PAS dapat diterima, sebenarnya mereka telah hilang sokongan kerana sikap Nik Aziz yang banyak mengeluarkan fatwa menyebabkan sokongan orangramai telah hilang kepercayaan kepada PAS. Golongan penyokong PAS yang duhulu setia sudah hilang kepercayaan kepada parti PAS kerana beberapa-beberapa isu tidak diselesaikan dengan baik. Contohnya isu penjualan arak di Selangor, Isu babi di Kedah, Ayat Al Quran dipersendakan oleh orang kafir, orang bukan Islam mempertikaikan azan dibunyikan keluar dari masjid dan surau iaitu semasa majis dailog isu kuil di Seksyen 23 Shah Alam, isu kuil di Seksyen 23 Shah Alam dan banyak lagi isu tidak dipertahankan oleh dan dibiarkan begitu sahaja oleh pemimpin PAS sedangkan mereka kata parti mermperjuangkan Islam atau untuk demi kepentingan mereka sahaja ke, atau sayangkan jawatan.

PERSIDANGAN DUN KELANTAN LULUSKAN KENAIKAN ELAUN


KOTA BAHARU- Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan hari ini meluluskan Rang Undang-Undang Enakmen Perbekalan Tambahan bagi membolehkan elaun wakil rakyat, termasuk Menteri Besar dan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco), dinaikkan selepas kali terakhir ia dinaikkan pada 2004.


Rang Undang-undang itu meminda Enakmen Saraan anggota pentadbiran kerajaan negeri dan anggota Dewan Undangan Negeri 1980, dicadangkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan, Datuk Husam Musa dan disokong oleh Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Usahawan dan Perpaduan Masyarakat, Datuk Anuar Tan Abdullah. Rang undang-undang itu kemudiannya diluluskan sebulat suara oleh semua 45 anggota dewan, termasuk enam anggota pembangkang dalam persidangan DUN yang masuk hari ketujuh, hari ini. Dengan kelulusan enakmen itu, elaun bulanan Menteri Besar dinaikkan daripada RM10,200 kepada RM12,800, Timbalan Menteri Besar (RM6,600 kepada M8,800), Speaker (RM5,400 kepada RM5,600) dan Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) (RM3,600 kepada RM4,600).


Ketika membentangkan rang undang-undang itu, Husam berkata kadar elaun wakil rakyat itu sememangnya wajar dinaikkan kerana ia sudah lama tidak dipinda. "Kenaikan itu juga bersesuaian dengan tugas dan peranan yang dimainkan oleh wakil rakyat yang semakin luas serta kos sara hidup yang semakin tinggi," katanya. Husam berkata kenaikan itu masih kecil jika dibandingkan dengan wakil rakyat negeri lain yang sudah lama menikmatinya. Langkah kerajaan negeri menaikkan elaun itu juga bukan berasaskan kepada desakan atau permintaan mana-mana pihak, tetapi ia suatu keperluan, katanya

dari petikan sumber bernama.


komen : Kenaikan elaun wakil rakyat di Kelantan menampakkan mereka mahu mendapat faedah yang lebih baik di atas kenaikan elaun tersebut. Rakyat susah bertungkus lumus mendapat wang untuk meneruskan kehidupan seharian mereka. Adalah rakyat menerima kenaikan ini menyebabkan beban Kerajaan Negeri bertambah dan wakikl rakyat nampak bergaya dan selesa, rakyat dihimpit kesusahan dan kemiskinan.

JEFFREY LETAK SEMUA JAWATAN DALAM PKR



KOTA KINABALU 27 Okt. - Kemelut kepimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR) terus meruncing apabila Naib Presidennya, Datuk Jeffrey Kitingan hari ini meletakkan semua jawatan dalam parti itu.
Beliau membuat keputusan drastik tersebut atas alasan tidak berpuas hati dengan cara kepimpinan tertinggi parti berkenaan melayan kehendak PKR Sabah sejak sekian lama.
"Perkara ini (melayan Sabah secara tidak adil) bukan baru tetapi sejak 2007 lagi contohnya dalam hal menentukan Ketua Perhubungan PKR Sabah sebelum pelantikan Azmin Ali lagi.
"Walaupun 90 peratus PKR Sabah tidak bersetuju dengan pelantikan itu tetapi mereka lantik juga, ini mewujudkan ketidakstabilan (di Sabah) sampai sekarang.
"Saya tidak kesal dengan tindakan ini (melepas jawatan), ia berkait dengan prinsip saya. Bagaimanapun saya masih ahli PKR," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia, di sini hari ini.
Jeffrey mengulas peletakan semua jawatannya sebagai Naib Presiden, ahli Majlis Integrasi Nasional untuk Sabah dan Sarawak serta ahli Majlis Tertinggi (MT) PKR.


Krisis dalaman PKR Sabah memuncak apabila 18 daripada 23 ketua bahagiannya membantah pelantikan Azmin sebagai Pengerusi Badan Perhubungan Negeri.
Sebelum Azmin, PKR Sabah diterajui penasihat parti itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menggantikan, Ansari Abdullah.
Ahad lalu, Presiden PKR, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail mengumumkan pelantikan bekas Setiausaha PKR negeri, Thamrin Zaini sebagai Ketua Perhubungan PKR negeri yang baru.
Mengulas lanjut, Jeffrey berkata, peletakan semua jawatannya tidak ada kena-mengena dengan pelantikan Thamrin yang diberi kepercayaan menerajui kepimpinan PKR di negeri ini.
"Ini tidak ada kena mengena dengan pelantikan Thamrin, kononnya saya kecewa tidak dilantik sebagai Ketua Perhubungan PKR Sabah, ini hanya satu spekulasi," tegasnya.


Menurutnya, PKR Sabah memerlukan pemimpin yang berkebolehan dan mampu membawa perubahan sekali gus menang pada pilihan raya umum akan datang.


komen : Perpecahan dalam PKR telah menampakna kecaruannya kerana rasa tidak puas hati terhadap Datuk Seri Anuar Ibrahim dan kuncu-kuncunya.

PETROL TANPA SUBSIDI PADA 2010

KUALA LUMPUR 27 Okt. - Bermula tahun depan, rakyat dan pelancong asing perlu membayar harga petrol pada harga sebenar tanpa subsidi kecuali kumpulan sasar berpendapatan rendah.
Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah (gambar) berkata, kajian mekanisme pelaksanaannya yang memasuki peringkat akhir akan diumumkan di antara suku pertama dan kedua tahun depan.
Menurutnya, kerajaan perlu melakukannya memandangkan sistem subsidi sedia ada kurang adil, tidak telus dan gagal memanfaatkan rakyat terutama yang berpendapatan rendah.
"Kajian sedang dibuat dan akan diumumkan kelak, sistem baru ini akan lebih menguntungkan rakyat kerana sistem lama menyebabkan objektif utama subsidi untuk membantu rakyat tersasar jauh hingga menyebabkan produktiviti ekonomi kita juga terjejas.
"Sistem subsidi sepatutnya hanya untuk kumpulan sasar iaitu rakyat berpendapatan rendah tetapi dalam sistem lama semua orang dapat termasuk rakyat Singapura, Thailand, pelancong dan golongan berpendapatan tinggi," katanya.
Beliau bercakap kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Percukaian Kebangsaan 2009 anjuran bersama Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan Kesatuan Pegawai-Pegawai Hasil Dalam Negeri (IROU) di sini hari ini.
Hadir sama Timbalan Ketua Pengarah (Pematuhan) LHDN, Che Omar A. Rahaman dan Presiden IROU, Abu Samah Abu Bakar.


Ahmad Husni berkata, melalui pelaksanaan mekanisme baru ini, ia diyakini mampu memberi manfaat sewajarnya kepada rakyat yang benar-benar layak mendapatkannya.
"Kerajaan berpeluang menjimatkan perbelanjaan (melalui pemberian subsidi), lebihan itu boleh kita gunakan untuk aktiviti pembangunan lain yang lebih produktif.
"Petrol akan dijual pada harga pasaran tetapi kumpulan sasar mendapat subsidi, maknanya kumpulan lain membeli petrol pada harga semasa," katanya yang enggan mendedahkan mekanisme yang akan diperkenalkan kelak.
Dalam pada itu, mengenai cukai barangan dan perkhidmatan (GST) sama ada akan diumumkan atau sebaliknya oleh kerajaan, Ahmad Husni berkata, kajian terperinci daripada semua aspek sedang dijalankan.
Katanya, kajian peringkat akhir itu telah dibentangkan dalam mesyuarat Majlis Ekonomi Negara dan juga Kabinet tetapi kerajaan masih belum memutuskan sama ada akan melaksanakannya atau tidak.
"Ini kerana kerajaan mahu apabila dilaksanakan, ia akan memanfaatkan rakyat bukan sebaliknya, sebab itulah kita mahu kajian terperinci daripada pelbagai aspek.
"Jika dilaksanakan juga kerajaan memberi jaminan ia tidak membebankan rakyat, antara mekanisme cadangan ialah pengecualian cukai barangan penting dan rebat bagi yang berpendapatan rendah," katanya.
Jelas beliau, GST bukan sistem cukai baru tetapi ia lebih kepada nilai tambah kepada sistem cukai sedia ada yang akan menggantikan cukai jualan dan perkhidmatan sekarang yang dikenakan pada kadar di antara lima dan
10 peratus.

( dipetik dari sumber utusan malaysia )

komen : Ia langkah yang baik bagi mengunakan wang yang banyak bagi subsidi tetapi impaknya rakyat yang tergolongan berpendapatan serdahana yang terbesar di negara ini akan marah dan akan memberikan sokongan kepada PKR. Datuk Seri Anuar Ibrahim akan mempergunakan isu ini bagi menarik minat rakyat bagi menyokong mereka. Wajar perkara ini dibuat kajian yang menyeluruh sebelum ia diperkanalkan. Ini kerana sokongan pada kerajaan BN telah mula bertambah dizaman Dato Seri Najib kerana sikapn tulis dan banyak membantu rakyat. Ekonomi nya telah bertambah baik.

KLINIK 1 MALAYSIA DEMI KEBAIKKAN RAKYAT



IPOH 26 Okt- Langkah kerajaan untuk memperkenalkan perkhidmatan klinik kesihatan komuniti yang dinamakan Klinik 1Malaysia mampu memberikan kesejahteraan dan keselesaan kepada rakyat berpendapatan rendah di bandar.
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Kerajaan Tempatan, Hal Ehwal pengguna, Alam Sekitar, Pengangkutan Awam dan Hal Ehwal Bukan Islam Perak, Datuk Dr. Mah Hang Soon berkata, ia secara tidak langsung akan membantu meningkatkan tahap kesihatan di kalangan golongan berpendapatan rendah di negeri ini.
''Kerajaan negeri menyambut baik langkah memperkenalkan Klinik 1Malaysia bagi rakyat yang tidak mampu mendapatkan rawatan di klinik berhampiran rumah mereka.
''Ini juga menandakan betapa hubungan di antara kerajaan dan rakyat juga semakin dekat," katanya kepada Utusan Malaysia ketika dihubungi di sini hari ini.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika membentangkan Bajet 2010 di Parlimen Jumaat lalu, mengumumkan kerajaan akan memperkenalkan klinik kesihatan komuniti yang dinamakan Klinik 1Malaysia di kawasan bandar yang berfungsi seperti klinik desa di luar bandar.
Hang Soon berkata, menerusi usaha murni tersebut, beliau yakin dan percaya, rakyat yang berpendapatan rendah di bandar dapat mengurangkan perbelanjaan untuk menikmati kemudahan rawatan kesihatan yang lebih baik.

( dipetik sumber utusan malaysia )


komen : Ia satu langkah yang baik demi menjaga kesihatan rakyat yang tidak mampu ke klinik swasta dan dengan ada klinik 1 malaysia yang cadangan Dato Seri Najib, Perdana Menteri, akan membantu golongan berpendapatan rendah mendapatkan rawatan di klinik tersebut.Ia satu langkah yang baik dan bijak.

Tuesday, October 27, 2009

NEGERI PAKATAN PEMBANGKANG MEROSOT


KUALA LUMPUR 26 Okt. - Selepas puluhan tahun Barisan Nasional (BN) berjaya mentadbir dan memajukan beberapa negeri seperti Selangor dan Kedah, kini sudah ada tanda pembangunan di negeri terlibat mungkin merosot.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pelbagai isu politik yang membelenggu negeri terbabit akibat masalah kerjasama parti-parti dalam pakatan pembangkang akan membawa kesan pentadbiran yang amat buruk sehingga mengganggu perjalanan pembangunan.
Katanya, perkara itu adalah antara yang paling dibimbanginya, begitu juga para pemimpin BN yang lain.


Tambahnya, rakyat dan pengundi akan menjadi mangsa terhadap kemelut yang berlaku dalam pakatan pembangkang.
"Ini saya bimbang, kalau ada beberapa tahun lagi mereka mentadbir di negeri-negeri yang mereka ada kuasa tetapi tidak ditadbir dengan baik, jadi apa yang sudah kita bangunkan sebelum ini di bawah kerajaan BN mungkin akan merosot dan kesannya ialah nasib hidup rakyat dan pengundi di negeri yang berkenaan akan sulit," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan Konvensyen Pengurusan Aset dan Kemudahan Negara (Nafam) 2009 di sini hari ini.
Muhyiddin mengulas kenyataan Penasihat DAP Kebangsaan, Lim Kit Siang dalam blognya yang mengakui pakatan pembangkang sedang melalui krisis kehilangan keyakinan daripada rakyat sejak lapan bulan yang lalu.
Hakisan keyakinan itu katanya, berpunca daripada kegagalan pemimpin pakatan pembangkang sendiri untuk melaksanakan tanggungjawab dan disiplin dalam parti masing-masing bagi meyakinkan pengundi Malaysia berhubung kredibiliti, integriti dan perpaduan antara mereka.
Menurut Muhyiddin, adalah sesuatu yang amat baik apabila Kit Siang sendiri sudah mengakui bahawa para pemimpin pakatan pembangkang mempunyai masalah untuk bersatu dan bekerjasama.
"Kalau Kedah kerajaan Pas dan DAP, di Selangor antara Datuk Dr. Hasan Ali dengan Menteri Besar, begitu juga di Pulau Pinang, kalau Kit Siang sendiri sudah akui mereka tidak ada kepimpinan, ia harus menyedarkan rakyat bahawa pakatan pembangkang tidak ada kemampuan," katanya.
Sehubungan itu Muhyiddin meminta rakyat menilai situasi secara mendalam bagi melihat masalah yang sebenarnya wujud.
Beliau juga meminta rakyat menilai kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan BN yang telah lama memiliki pengalaman untuk memajukan negara.
Menurutnya, bukan setakat di negeri-negeri tetapi di peringkat dalaman parti juga berkocak dengan pelbagai masalah yang cuba ditutup sepanjang masa oleh pakatan pembangkang.
"Kalau ambil parti-parti komponen mereka, Pas juga berhadapan dengan konflik yang hebat, DAP nampak okay tetapi sebenarnya tidak okay, PKR pun begitu juga," katanya.
Beliau berkata, kemelut kepimpinan dalaman yang melanda Pas kini adalah satu bukti terhadap kenyataan itu.

komen : Itulah Pakatan Pembangkang yang telah berlaku perpecahan dan berkecamuk.

PAS BERPECAH DUA - NAJIB



HUA HIN - Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, percanggahan dalam Pas sudah sampai ke kemuncak dan semakin serius sehingga timbul dua kumpulan dalam parti itu. Najib, yang juga Perdana Menteri berkata, satu kumpulan mahu bekerjasama dan mewujudkan persefahaman dengan UMNO dalam bentuk yang sesuai manakala satu lagi menentangnya.


“Ada pihak yang lebih mementingkan politik daripada ummah. Kita hargai pihak yang melihat UMNO sebagai mewakili orang Melayu, berjasa dalam perjuangan ummah dan menjaga kepentingan kaum-kaum lain,” katanya pada sidang media selepas tamatnya Sidang Kemuncak Asean ke-15 di sini. Najib berkata, percanggahan dalam Pas semakin serius berikutan hasrat Mursyidul Amnya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengadakan Muktamar Khas bertujuan membersihkan parti daripada pemimpin-pemimpin yang bermasalah. Menurutnya, ada kumpulan dalam Pas yang tidak mahu bekerjasama dengan UMNO untuk menegakkan kepentingan orang Melayu dan Islam semata-mata kerana kepentingan politik mereka.


Najib berkata, pihak itu (anti UMNO) tidak menghargai jasa UMNO dalam mewakili kepentingan orang Melayu dan menjaga perpaduan ummah. Katanya, terdapat sekumpulan pemimpin dalam Pas pula yang berhasrat untuk mencari pendekatan yang boleh membawa kepada perpaduan ummah, mirip kepada bekerjasama. “Apa bentuk tak tahu... maknanya tak mahu perpecahan. Satu lagi kumpulan mahu perbalahan berterusan dan tiada pertimbangan apa-apa untuk perpaduan,” katanya. Ditanya sama ada ada UMNO akan mengadakan perbincangan dengan Pas, Najib berkata, selagi Pas tiada kata sepakat, UMNO tidak boleh mengadakannya secara rasmi. “Kita tunggu dan lihat perkembangan dalam Pas,” katanya, sambil berkata, bahawa sebarang perbincangan tidak akan membuahkan hasil jika diadakan dengan wakil tertentu sahaja dan bukan keseluruhan parti itu.
- dari sumber Bernama


komen : Itu kepimpinan Nik Aziz yang sudah tidak diterima oleh penyokong PAS itu sendiri, ia terlalu taksub demi perjuanganya.

PKR IBARAT PARTI BATERI 3 A


KUALA LUMPUR 26 Okt. - Datuk S. Nallakarupan menegaskan beliau tidak pelik dengan gelaran parti 'bateri 3A' yang diberi kepada Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Ini kerana, kata beliau, parti itu memang berkisar kepada tiga individu iaitu Presidennya, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail; Penasihat, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Naib Presiden, Azmin Ali.
Bekas rakan karib Anwar itu berkata, ketiga-tiga mereka akan menentukan apa sahaja perkara dalam PKR sehingga beliau sendiri yang bersahabat dengan Anwar selama 30 tahun sanggup diketepikan.
''Sebab itu banyak pemimpin terdahulu yang bertindak meninggalkan PKR kerana melihat parti itu hanya berkisar kepada tiga orang itu sahaja. Itulah hakikatnya.
''PKR hanya parti tiga orang A ini saja. Lihatlah saya sendiri, 30 tahun saya dengan Anwar, malah pernah masuk penjara kerana dia, tapi akhirnya dia tak pedulikan pun semua itu sampailah saya keluar PKR.


''Jadi kalau saya yang 30 tahun bersama Anwar boleh diperlakukan seperti ini, bayangkanlah pemimpin PKR lain. Bila-bila masa boleh dilupakan macam itu saja,'' katanya kepada Utusan Malaysia.
Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Dr. Abdul Latiff Ahmad baru-baru ini menyifatkan PKR parti 'bateri bersaiz 3A' kerana kekuatannya hanya ditentukan oleh Anwar, Azizah dan Azmin.
Diminta mengulas pelantikan Azmin selaku Pengerusi PKR Wilayah Persekutuan yang baru, Nallakarupan berkata, ia menunjukkan Azmin mempunyai kedudukan istimewa di mata Anwar.
Kata beliau, ia merupakan satu keputusan besar kerana pelantikan Azmin adalah untuk menggantikan seorang lagi pemimpin kanan PKR, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Pelantikan sebagai Pengerusi PKR Wilayah Persekutuan itu bermakna Azmin menggantikan kedudukan Abdul Khalid yang juga Ahli Parlimen Bandar Tun Razak selain Menteri Besar Selangor.


''Azmin bukan Ahli Parlimen di Wilayah Persekutuan seperti Abdul Khalid dan ini memperlihatkan siapa yang lebih penting di antara dua pemimpin itu kepada Anwar.
''Ini memang sudah dijangkakan. Walaupun atas sebab tertentu terpaksa digugurkan menerajui PKR Sabah, Anwar tidak mungkin tinggalkan Azmin yang tahu banyak mengenai Anwar.
''Bagi Azmin, ini satu cara penting untuk beliau mengukuhkan kedudukan politiknya terutama dalam PKR walaupun ia menyentuh jawatan Abdul Khalid,'' jelasnya.


Nallakarupan juga tidak hairan atas apa yang berlaku pada Abdul Khalid kerana beliau sendiri pernah diperlakukan sedemikian rupa bagi mengukuhkan kedudukan Azmin.
Dakwanya, ia berlaku pada pemilihan PKR suatu masa dahulu apabila beliau diminta oleh Anwar untuk menarik diri bertanding jawatan Naib Presiden walaupun mendapat pencalonan kedua tertinggi demi mengukuhkan kedudukan Azmin.
''Saya tak bercakap bohong, saya berani ke kuil untuk ulangi apa yang saya cakap ini. Anwar sendiri pada waktu itu minta saya tarik diri sebab Azmin mahu bertanding.
''Namun apabila saya tanya kepada Wan Azizah, beliau tidak pula tahu perkara tersebut,'' jelasnya.


komen : Itulah PKR yang memperjuangkan kepentingan Anuar Ibrahim, cuma menggunakan seorang. Ia tidak peduli orang banyak jasanya kepada PKR dan sebagainya. PKR parti yang mula berkubur kerana cuma pandai menabur janji tapi apa yang boleh dilakukan dalam membangunkan negara. Cuma pandai mencari kesalahan pemimpin kerajaan BN.

JAMBATAN RUNTUH DIKUALA DIPANG, 22 DIKUATIRI HILANG

IPOH 26 Okt. - Seramai 22 pelajar dikhuatiri hilang dalam satu kejadian jambatan runtuh berhampiran sekolah Kuala Dipang, Tapah dekat sini malam ini.
Berita mengenai kejadian itu disampaikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Air Kuning, Datuk Shamsudin Abu Hassan kepada Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir malam ini.
Zambry dan para pegawainya kini dalam perjalanan ke tempat kejadian yang mengambil masa kira-kira sejam dari bandar raya ini.
Menurut sumber, para pelajar terbabit sedang berkhemah berhampiran tempat kejadian.


- dari sumber utusan malaysia

komen : Kalau ada program baik dianjurkan oleh NGO atau sekolah perlu ada sikap tanggungjawab kepada kanak-kanak. Jangan semasa membawa mereka mudah tapi nyawa anak-anak amat penting dan ada pengawasan yang berterusan. Betul itu adalah kuasa Allah tapi manusia perlu ada sikap merancang atau mengaturnya.

Monday, October 26, 2009

PARTI SERPIHAN TIDAK KEKAL - ZAHID

KUALA LUMPUR 25 Okt. - Para pemimpin UMNO yakin Parti Keadilan Rakyat (PKR) bukan saja tiada masa depan malah tidak akan kekal kerana sejarah politik Malaysia membuktikan bahawa parti serpihan hanya bersifat sementara.
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, parti-parti utama seperti UMNO, MCA dan MIC ini bertahan kerana memberi keutamaan kepada pembelaan nasib dan hak rakyat.
''Manakala parti serpihan seperti Parti Melayu Semangat 46, Berjaya dan Hamim akhirnya menemui kegagalan kerana mereka memperjuangkan hak individu atau kumpulan tertentu saja.
''Itulah yang akan berlaku kepada PKR kerana mereka memperjuangkan kepentingan individu, lama kelamaan momentum untuk meraih sokongan rakyat itu akan hilang," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Beliau mengulas kenyataan Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Dr. Abdul Latiff Ahmad baru-baru ini yang menyifatkan Presiden, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail; Penasihat, Datuk Seri Anwar Ibrahim; dan Naib Presiden, Azmin Ali.
Ahmad Zahid berkata, mengikut kajian akademik, lazimnya parti-parti yang memperjuangkan individu hanya mampu bertahan kira-kira 10 tahun
.


komen : Pejuangan gabungan pembangkang akan berkubur kerana perpecahan sesama mereka sudah menampakkan tanda perpecahan sesama mereka.

Friday, October 23, 2009

IJN PERLU KEKAL MILIK KERAJAAN

KUALA LUMPUR 22 Okt. - Kerajaan hari ini sekali lagi menegaskan bahawa Institut Jantung Negara (IJN) tidak akan dijual kepada mana- mana entiti sebaliknya akan terus dimiliki oleh kerajaan.
Berikutan itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop meminta semua spekulasi berhubung penjualan IJN dan mana-mana jabatan di dalam institut itu dihentikan.


Jelas beliau, kerajaan tidak pernah menerima, membincang dan membuat sebarang keputusan mengenai penjualan IJN kepada mana-mana syarikat.
''Jadi, semua laporan mengenai penjualan IJN adalah tidak benar dan ia tidak pernah berlaku.
''Dan, saya berharap dengan kenyataan ini (isu tersebut) tidak berpanjangan dan apa yang lebih penting saya tidak mahu isu ini timbul lagi.
''Apa yang diputuskan kerajaan sebelum ini adalah muktamad dan tidak akan ada sebarang perubahan dalam IJN,'' tegasnya kepada Utusan Malaysia.


Beliau mengulas mengenai laporan akhbar kononnya Unit Perancang Ekonomi sedang melaksanakan Skim Pelupusan Harta besar-besaran dengan memisahkan fungsi operasi IJN dan menubuhkan anak-anak syarikat baru.
Spekulasi itu mendakwa, anak- anak syarikat yang bakal ditubuhkan IJN itu termasuk perkhidmatan IJN, satu syarikat kerjasama untuk perkhidmatan sokongan hospital, aset IJN bagi mengurus bangunan dan peralatan dan farmasi IJN yang menguruskan farmaseutikal.


Laporan itu turut menyebut kertas cadangan mengenai pengambilan alih itu telah ditolak oleh Kementerian Kesihatan tetapi Unit Perancangan Ekonomi (EPU) didakwa telah memanggil pihak terbabit untuk membentangkan kertas cadangan kepada Perdana Menteri, Najib Tun Razak pada 27 Oktober ini.

komen : Ia sebagai satu langkah yang baik dan kerajaan perlu mengekalkan hak milik kerajaan sepenuhnya. Ini kerana jika diambil alih oleh orang perseorangan atau syarikat besar ia akan mengenakan bayaran yang tinggi dan mahal.



BAJET 2010 JANA EKONOMI NEGARA

DALAM keadaan ekonomi yang pantas berubah ditambah dengan keadaan persekitaran global yang tidak menentu, Bajet 2010 diharapkan dapat membantu menjana ekonomi negara, sejajar dengan hasrat Perdana Menteri menjadikan Malaysia sebuah negara berpendapatan tinggi. Sehubungan itu, adalah diharapkan Bajet 2010 akan mengambil kira dasar-dasar percukaian dan inisiatif percukaian yang dapat menjadikan Malaysia sebuah negara yang berdaya saing di peringkat antarabangsa. Di samping itu, langkah-langkah yang diperkenalkan seharusnya mudah dilaksanakan, bersaiz kecil namun memberikan kesan yang besar dalam jangka masa pendek.

Antara cadangan yang dapat membantu menjana ekonomi negara adalah dengan mengurangkan kos menjalankan perniagaan di Malaysia. Pada masa ini, di bawah seksyen 33(1), Akta Cukai Pendapatan Malaysia, 1967, perbelanjaan yang layak diberi potongan cukai adalah perbelanjaan yang 'kesemuanya dan semata-mata dilakukan dalam menghasilkan pendapatan kasar perniagaan'. Oleh itu, mana-mana perbelanjaan yang tidak berada di bawah seksyen ini akan ditambah balik di dalam pengiraan cukai pendapatan syarikat. Definisi ini agak ketat. Antaranya, perbelanjaan perjalanan tiket kapal terbang untuk pulang bagi individu dalam syarikat, perbelanjaan bersifat modal seperti pembelian peralatan perniagaan, perbelanjaan untuk memenuhi keperluan undang-undang syarikat, yuran setiausaha dan juga setengah jenis lesen atau yuran bagi perniagaan tidak diberikan potongan cukai sedangkan setiap perbelanjaan tersebut adalah perlu dalam menjalankan perniagaan. Satu lagi contoh adalah kos bagi mendapatkan pinjaman seperti yuran jaminan (guarantee fees) atau yuran komitmen (commitment fees). Kos-kos ini harus ditanggung oleh syarikat bagi mendapatkan pinjaman perniagaan, menyebabkan kos yang lebih tinggi bagi mendapatkan pinjaman yang diperlukan dalam perniagaan. Kesemua ini secara langsung menyebabkan peningkatan kos perniagaan kerana kos cukai termasuk dalam kos bagi perniagaan. Penurunan cukai boleh menyebabkan lebih banyak kegiatan ekonomi dijalankan, seterusnya meningkatkan kadar pungutan cukai pada masa hadapan dan menarik pelabur asing melabur di negara ini serta menggalakkan syarikat tempatan untuk terus mengembangkan perniagaan.
Insentif-insentif percukaian juga sepatutnya menggalakkan pihak korporat untuk melabur semula di dalam negara, lebih-lebih lagi memandangkan negara-negara jiran turut menawarkan dasar percukaian yang menarik untuk pelabur-pelabur asing di samping membantu syarikat tempatan. Proses untuk mendapatkan insentif-insentif ini juga seharusnya lebih cepat dan mudah tanpa banyak birokrasi agar pihak korporat dapat menikmati faedah ini tanpa banyak halangan. Sekatan ke atas elaun pelaburan semula harus disemak semula agar syarikat dapat melabur semula bagi tujuan permodenan dan memperkembangkan perniagaan. Harus diingat bahawa insentif-insentif tersebut pada dasarnya diwujudkan untuk membantu pihak korporat menikmati kadar cukai yang lebih rendah, seterusnya meningkatkan aliran wang tunai agar dapat dilabur semula dalam memperkembangkan syarikat.


Memandangkan negara sedang menuju ke arah industri berasaskan perkhidmatan dan informasi teknologi, lebih banyak insentif yang menggalakkan pertumbuhan sektor ini harus diwujudkan sejajar dengan matlamat kerajaan menjadikan Malaysia sebuah negara yang dapat memberikan perkhidmatan bermutu dunia. Buat masa ini, insentif-insentif percukaian lebih menjurus kepada sektor perkilangan.
Satu lagi sektor yang harus difokuskan adalah perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang dilihat sebagai nadi pertumbuhan negara dan menjadi asas penting untuk menjana ekonomi negara. PKS harus diberi galakan yang dapat menjadikannya lebih berdaya-saing di dalam dan luar negara. Insentif patut diperkenalkan kepada PKS yang berjaya menembusi pasaran luar negara.
Sejajar dengan perkembangan global di mana faktor mesra alam dititikberatkan seperti di United Kingdom, Taiwan, Norway, Amerika Syarikat, Hong Kong dan sebagainya, lebih banyak insentif atau potongan cukai patut diperkenalkan kepada pihak korporat. Buat masa ini, taraf perintis dan elaun pelaburan semula diberikan kepada syarikat yang menghasilkan tenaga dari sumber kitar semula dan perbelanjaan dalam penyimpanan tenaga. Langkah yang boleh diambil seterusnya adalah dengan memperkenalkan lebih insentif kepada korporat yang menggunakan peralatan mesra alam, mengadakan aktiviti-aktiviti mesra alam atau merangka dasar bersifat mesra alam, contohnya pengurangan penggunaan elektrik atau membuat langkah-langkah kitar-semula. Di samping itu, insentif menarik yang menggalakkan penggunaan kenderaan hibrid patut diperkenalkan bagi mengurangkan pergantungan kepada petrol.


Dari perspektif sosial, infrastruktur sosial seperti pendidikan, penjagaan anak dan perubatan patut diberi perhatian. Sejak akhir-akhir ini, lebih banyak institusi-institusi pendidikan tinggi telah ditubuhkan di negara ini. Ini bermakna lebih ramai penuntut luar negara menjadikan Malaysia destinasi pembelajaran mereka. Lebih banyak insentif untuk sektor pendidikan tinggi harus diberikan. Sebagai contoh, potongan cukai dua kali boleh diberikan bagi institusi yang menghantar pensyarah melanjutkan pelajaran atau mengikuti kursus-kursus yang diiktiraf dan dapat menaikkan mutu pendidikan. Selain itu, insentif percukaian juga boleh diberi bagi institusi yang menaik taraf bangunan atau infrastrukturnya yang mana dapat menaikkan imej institusi tersebut. Penubuhan lebih banyak institusi pendidikan tinggi berkualiti dapat menjadikan industri ini lebih kompetitif. Manfaatnya bukan sahaja kepada negara malah dapat dinikmati oleh rakyat Malaysia yang mana lebih banyak anak-anak Malaysia akan memperolehi mutu pembelajaran bertaraf dunia dengan kos yang lebih murah. United Kingdom, misalnya, terkenal dengan mutu pembelajarannya dan mengenakan yuran yang tinggi untuk rakyat asing tetapi rakyatnya dikenakan yuran yang lebih murah. Bagi ibubapa pula, mungkin insentif boleh diberi kepada mereka yang memilih untuk menghantar anak mereka belajar di negara. Ini secara langsung dapat membantu mengurangkan aliran wang ke luar negara serta menggalakkan anak mereka untuk bekerja dan menetap di Malaysia selepas tamat pengajian. Insentif juga patut dipertimbangkan bagi menggalakkan warga asing untuk menghantar anak mereka melanjutkan pelajaran di sini. Antaranya, sistem yang memberi faedah yang tinggi jika mereka menyimpan wang di negara ini atau kelonggaran untuk membeli rumah jika mereka mempunyai sejumlah deposit. Secara tidak langsung, ini bukan sahaja menaikkan nama negara sebagai pusat pendidikan tinggi tetapi juga menjana ekonomi dengan terdapatnya aliran wang dari negara asing. Sektor industri lain seperti hartanah dan perbankan akan turut mendapat manfaat ini.
Memandangkan lebih ramai wanita yang bekerja, adalah diharapkan insentif diberikan kepada pihak majikan yang menyediakan perkhidmatan penjagaan kanak-kanak. Potongan cukai dua kali adalah sesuatu yang mungkin dapat menarik pihak korporat untuk membantu masalah ibubapa yang bekerja memandangkan penjagaan anak adalah isu semasa. Ini juga dapat mengurangkan pergantungan kepada tenaga luar untuk menjaga anak-anak.
Dalam merealisasikan impian negara ini, adalah diharapkan Bajet 2010 dapat menyelesaikan masalah jangka pendek dengan mengenakan langkah-langkah strategik yang cepat dan mempunyai impak yang besar.


komen : Diharapkan bajet 2010 yang dibentang hari akan memuaskan hati semua pihak dalam menjalani kehidupan kerana pada masa ini kos kehidupan adalah tinggi.

50,000 RUMAH PPRT DIBINA

KUALA LUMPUR 22 Okt. – Kerajaan Pusat akan membina sebanyak 50,000 rumah di bawah Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) di kawasan luar bandar bermula tahun ini sehingga 2012.
Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata, rumah yang akan diserahkan secara percuma kepada penduduk miskin itu dibina dengan kos RM33,000 seunit di Semenanjung Malaysia dan RM44,000 di Sabah dan Sarawak.


“Bagi memastikan projek ini dapat dilaksanakan dengan pantas, kita juga telah mewujudkan jawatankuasa khas di peringkat negeri bagi mengenal pasti tanah-tanah yang boleh digunakan bagi membina rumah terbabit,” katanya.
Beliau bercakap kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) Bagi Memperkasa Prasarana Luar Bandar dan Pedalaman di bangunan Parlimen di sini hari ini.


komen : Ini adalah keperihatin Kerajaan BN dalam membantu rakyat golongan termiskin untuk memiliki rumah sendiri. Ia patut dibantu dan diberikan bantuan yang sewajarnya.

Thursday, October 22, 2009

KELANTAN LULUSKAN 2,200 HEKTAR HUTAN UNTUK PEMBALAKAN

KUALA LUMPUR 20 Okt. - Kerajaan Negeri Kelantan didapati meluluskan 2,200 hektar kawasan hutan simpan kekal dengan ketinggian melebihi 1,000 meter untuk aktiviti pembalakan kepada sebuah syarikat swasta walaupun ia sepatutnya diwartakan sebagai Hutan Perlindungan Sepenuhnya.
Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang (gambar) berkata, tiga kawasan iaitu Tanah Tinggi Lojing, Sungai Betis dan Sungai Brook di Gua Musang diluluskan sebagai projek perintis atas alasan menggantikan kawasan konsesi yang diambil semula daripada Kompleks Perkayuan Kelantan Sdn. Bhd. (KPK).
Katanya, kelulusan itu dibuat kerajaan negeri melalui Jawatankuasa Kecil Perhutanan (JKKP).
''Bagaimanapun, Laporan Penilaian Kesan Alam Sekitar (EIA) tidak disediakan sehingga kini dan Jawatankuasa Teknikal yang diwujudkan tidak mematuhi syarat yang ditetapkan JKKP,'' katanya dalam Laporan Ketua Audit Negara 2008.


Beliau berkata, syarat tidak dipatuhi itu melibatkan keahlian Jawatankuasa Teknikal yang sebahagian besar membabitkan kakitangan syarikat yang mempunyai kepentingan.
Katanya, bagi tempoh 2005 hingga 2008, Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan (JPNK) meluluskan enam lesen pembalakan dengan keluasan 555 hektar iaitu sebahagian daripada 2,200 hektar yang diluluskan bagi projek perintis Pembalakan Berimpak Rendah (RIL) kepada syarikat itu.


Ambrin berkata, bagaimanapun, sehingga kini pihak KPK tidak dimaklumkan secara rasmi mengenai kawasan balak di tanah tinggi itu yang dikatakan akan diberi sebagai ganti mengikut perjanjian konsesi tersebut.
''Jabatan Audit Negara mendapati projek perintis ini telah memberi keuntungan kepada syarikat berkenaan kerana mendapat kawasan pembalakan dengan kayu yang banyak dan berkualiti tinggi yang belum diterokai tanpa melalui proses tender.
''Kerajaan Negeri Kelantan pula hanya mendapat royalti dan premium sebagaimana kawasan pembalakan biasa yang lain.
''Sekiranya tujuan projek perintis ini untuk mengkaji Pengusahasilan Hutan Berimpak Rendah khususnya untuk kawasan tanah tinggi, JPNK tidak sepatutnya meluluskan kawasan yang luas sehingga 2,200 hektar sebagai projek perintis,'' katanya.
Beliau berkata, kesan daripada pembalakan di kawasan itu mengakibatkan kerosakan serius terhadap struktur tanah seperti berlakunya tanah runtuh dan pokok tumbang.
Sehubungan itu, Ambrin melalui laporan itu mengesyorkan supaya aktiviti pembalakan di kawasan tanah tinggi yang melebihi 1,000 meter tidak lagi diteruskan di kawasan itu seperti arahan yang dikeluarkan Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia.

komen : Tidak mengikut peraturan, sepatut nya Jabatan Audit Negara mengambil tindakan bagi mempastikan ia mengikut peraturan dan syarat-syarat apa yang perlu dilakukan oleh Syarikat Pembalakan dan Kerajaan Negeri yang meluluskannya semestinya mengikut peraturan yang ditetapkan. Jangan cuma pandai menyalahkan kerajaan pusat.

PAS DISELAR BURUK SANGKA TERHADAP KERAJAAN PUSAT

KOTA BAHARU 22 Okt. — Ketua Pembangkang di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan, Datuk Md Alwi Che Ahmad (BN-Kok Lanas) hari ini menyelar kerajaan negeri pimpinan Pas yang didakwanya terus buruk sangka terhadap usaha kerajaan pusat untuk membangunkan Islam.

Beliau berkata PAS dan Barisan Nasional (BN) sepatutnya berganding bahu untuk memajukan negara, bangsa dan agama tanpa perlu berpolitik secara keterlaluan.
"Jika kita sesama Islam ini terus bertelagah, musuh Islam akan mencari ruang untuk naik,” katanya ketika membahaskan titah ucapan Pemangku Raja Kelantan pada persidangan DUN di sini.
Beliau sedih jurang pemisah untuk kerjasama itu dilihat semakin melebar tanpa ada sedikitpun bagi Pas mengakui usaha kerajaan pusat itu.
"Dewan ini dijadikan tempat untuk menghentam apa sahaja usaha kerajaan Pusat sedangkan apa yang dilakukan oleh pihak kerajaan Pusat itu jauh lebih besar daripada apa yang dilakukan kerajaan Kelantan sendiri,” katanya. -dari sumber Bernama


komen : Itulah sikap Pas sanggup berkerja sama dengan DAP walaupun perjuangan mereka tidak sehaluan dan jauh hala tuju yang berlainan. Kerana ingin berkuasa sanggup melakukan apa sahaja demi kedudukan masing-masing.

MEMBINA TULANG KUAT


MENDAPATKAN kalsium dan vitamin D yang cukup serta kerap bersenam dapat menjaga tahap kesihatan dan kekuatan tulang.
ENAPA nenek bongkok, ibu?" tanya seorang budak perempuan kepada ibunya.
"Itulah yang akan terjadi bila kita sudah tua, sayang," jelas ibunya.
Budak perempuan itu mengangguk dan menerima sahaja hakikat bahawa suatu hari dia juga akan bongkok seperti neneknya.
"Minumlah susu supaya kamu tidak mendapat osteoporosis," nasihat seorang isteri kepada suaminya.
"Jangan risaukan saya. Osteoporosis hanya berlaku kepada wanita," balas suaminya.
Seorang budak perempuan melihat papan iklan dengan kempen osteoporosis dan berlalu pergi tanpa menghiraukannya.
"Osteoporosis penyakit orang tua. Saya tidak perlu risau tentangnya sekarang," fikirnya.
Jika anda menerima atau tidak sedar akan masalah dengan senario-senario di atas, anda mungkin menyesal di kemudian hari. Kenapa? Kerana semua pandangan di atas adalah salah!
Kefahaman
Osteoporosis bukan hanya penyakit orang yang lanjut usia. Anda juga tidak perlu menerima hakikat bahawa menjadi bongkok adalah sebahagian dari kesan peningkatan umur. Dan walaupun wanita mempunyai tiga kali ganda kebarangkalian menghidap osteoporosis, lelaki juga boleh menghidapinya. Malah, masalah utama osteoporosis adalah pesakit hanya menyedarinya apabila sudah terlewat.
Menurut Presiden Persatuan Kesedaran Osteoporosis Kuala Lumpur (OASKL), Dr. Lee Joon Kiong, osteoporosis adalah penyakit kemerosotan tulang yang meningkatkan risiko keretakan. Secara terusnya bermaksud tulang poros dan kebiasaannya hanya dikesan selepas kepatahan atau keretakan.
Satu lagi kesalahan tanggapan umum adalah tulang hanyalah seketul kalsium. Tulang sebenarnya adalah tisu hidup. Ia terus menerus memperbaiki strukturnya dalam proses yang dipanggil pembinaan semula tulang.
"Terdapat dua sel yang bertanggungjawab dalam proses ini iaitu osteoblast, yang bertanggungjawab membentuk jisim tulang dan menukarnya kepada mineral, dan osteoclast yang bertanggungjawab dalam penyerapan mineral tulang.
"Proses kemerosotan dan penggantian semula ini memastikan tulang kita dirawat dari kerosakan kecil akibat tekanan harian dan turut membantu membentuk tulang sepanjang proses pembesaran," terang Dr. Lee.
Tetapi, semakin kita membesar, semakin sukar untuk badan menggantikan tulang sepantas kita kehilangannya. Apabila penyerapan tulang berlaku lebih cepat dari pembentukannya, tulang kita menjadi semakin rapuh dan berlakulah osteoporosis.
Faktor
Terdapat beberapa faktor yang boleh meningkatkan risiko osteoporosis. Jika anda mempunyai ketumpatan mineral tulang (bone mineral density, BMD) yang rendah, risiko keretakan anda turut meningkat. Bagi wanita, risiko anda untuk menghidapi osteoporosis semakin meningkat selepas menopaus.
Faktor lain termasuklah sejarah keluarga, umur, pengambilan nutrisi yang tidak mencukupi, merokok dan pengambilan alkohol serta masalah pemakanan. Anda boleh mengira risiko anda sekarang dengan merujuk kepada Ujian Satu Minit Yayasan Osteoporosis Antarabangsa (IOF) melalui laman web www.iofbonehealth.org yang dapat membantu anda memahami status kesihatan tulang badan melalui 19 soalan mudah.
Jangan panik
Jika anda mendapati diri sendiri mempunyai risiko, jangan panik. Selagi anda mengambil langkah pencegahan dengan mengamalkan tabiat pemakanan yang baik dan bersenam secukupnya, risiko osteoporosis boleh dikurangkan. Jangan tunggu sehingga keretakan berlaku kerana pasti sudah terlambat nanti.
Perkara pertama yang perlu anda lakukan adalah memastikan anda mendapat kalsium dan vitamin D yang cukup setiap hari. Kalsium adalah mineral penting untuk pembentukan tulang manakala vitamin D mempertingkatkan penyerapan kalsium. Dan ya, susu adalah sumber kalsium yang baik tetapi anda juga boleh mendapatkannya dari makanan berasaskan soya, ikan bilis, tempe, makanan laut dan sesetengah jenis sayuran. Bagi vitamin D pula, badan anda akan menghasilkannya secara automatik melalui pendedahan kepada cahaya matahari. Sesetengah makanan seperti ikan berminyak, marjerin dan bijirin diperkaya juga mungkin mengandungi vitamin D.
Juga, jangan lupa untuk memastikan tulang anda bekerja! Senaman menahan berat paling bagus untuk mengelakkan osteoporosis. Tekanan yang dikenakan pada tulang akan merangsang proses pembinaan tulang. Jadi, apa juga senaman yang mengenakan tekanan kepada tulang sebenarnya menguatkannya. Tambahan pula, terdapat pelbagai pilihan senaman menahan berat dari berjalan, berjoging, mendaki, menari dan aerobik ke bermain tenis, bola keranjang, bola lisut malahan golf juga. Semua ini berkesan, selagi anda melakukannya dengan kerap dan berdisiplin.
Tanpa mengira usia, anda boleh melakukan perubahan dengan mengambil berat tentang tulang anda bermula dari sekarang. Penjagaan tulang yang baik bermula dari dalam kandungan hingga ke usia tua. Jadi, jagalah tulang anda dan elakkan dari penderitaan yang tidak perlu kelak.
* Artikel ini disumbangkan Persatuan Kesedaran Osteoporosis Kuala Lumpur (OASKL) dalam siri artikel sempena program Tulang Sihat Sepanjang Hayat (HBFL).

PERSATUAN PENGGUNA SOKONG CARUMAN KWSP KEMBALI 11 %

KUALA LUMPUR 21 Okt. - Persatuan pengguna menyambut baik gesaan Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) agar kerajaan mengembalikan caruman 11 peratus Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) berkuat kuasa serta-merta.
Setiausaha Agung Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Dr. Maamor Osman bersetuju jika caruman KWSP dikembalikan kepada 11 peratus supaya masa depan pekerja lebih terjamin.
Katanya, tindakan mengembalikan caruman kepada 11 peratus dilihat mampu membantu pekerja menggunakan simpanan wang tersebut untuk manfaat selepas persaraan.
"Saya berpendapat, sudah tiba masanya potongan lapan peratus caruman KWSP kembali kepada 11 peratus kerana ia dapat melatih supaya kita berjimat-cermat.
"Kita perlu sedar, jika ada wang dalam tangan, sikap kita yang kadangkala alpa dalam berbelanja akan menyebabkan pembaziran dan boros," katanya semasa dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Beliau mengulas kesediaan kerajaan menimbang permintaan MTUC untuk mengembalikan caruman 11 peratus KWSP daripada potongan lapan peratus sebelumnya, jika itu adalah kehendak majoriti pekerja.


Dalam perkembangan itu, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin meminta MTUC mengemukakan segera cadangan tersebut secara rasmi kepada kerajaan supaya ia dapat dibincang dengan lebih lanjut.
"Usaha ini juga dilihat mampu memberikan mesej kepada segelintir peniaga yang mengambil kesempatan menaikkan harga barangan di atas pemotongan lapan peratus caruman KWSP sebelum ini," tambahnya.
Setiausaha Agung Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Muhammad Shaani Abdullah turut bersependapat dengan Maamor yang mahu caruman KWSP dikembalikan kepada kadar asal sebanyak 11 peratus.
"Simpanan hari tua sepatutnya tidak perlu dikacau kerana pekerja tidak mengetahui apa akan terjadi di kemudian hari.
"Kerajaan juga boleh kurangkan bayaran-bayaran lain misalnya mengurangkan kadar faedah pinjaman kerajaan," ujarnya.
Muhammad Shaani memberitahu, sekiranya kerajaan mampu mengurangkan bayaran-bayaran lain, ia dapat membantu pekerja menampung kenaikan kos sara hidup dan caruman KWSP dikekalkan kepada 11 peratus.
"Walaupun ekonomi tidak pulih sepenuhnya, saya berharap projek- projek kerajaan mengutamakan bekalan dalam negara terutamanya memberi peluang pekerjaan kepada rakyat tempatan supaya ekonomi dalam negara berkembang," katanya.


Sementara itu, Pengarah Eksekutif Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF), Shamsuddin Bardan pula berpendapat, pekerja sebenarnya masih mampu menyimpan wang meskipun mereka memilih untuk memotong sebanyak lapan peratus caruman KWSP.
Menurut beliau, ia bagaimanapun bergantung kepada kebijaksanaan seseorang pekerja itu dalam menguruskan kewangan mereka.
"Jika bijak, mereka boleh menyimpan baki tiga peratus itu dalam pelbagai skim saham amanah yang disediakan kerajaan dan kadangkala pulangannya lebih lumayan berbanding dividen yang dibayar oleh KWSP.
"Bagi pekerja yang berpendapatan RM4,500 ke atas dan mencarum lebih daripada RM6,000 setahun di dalam KWSP, mereka lebih berminat caruman pada kadar lapan peratus kerana ia lebih menguntungkan berbanding caruman sebanyak 11 peratus," ujarnya.

dipetik dari sumber utusan malaysia

komen : Ia langkah yang baik bagi menjamin pekerja akan mendapat jaminan di hari tua. Bagi golongan berpendapatan rendah dan berpendapatan pertengahan wang didapati tidak cukup kerana kos kehidupan yang tinggi pada masa ini.



RAJA ARAB SAUDI IKTIRAF TABUNG HAJI

MADINAH - Lembaga Tabung Haji (Tabung Haji) dipuji kerana berjaya melahirkan jemaah haji yang paling berdisiplin sehingga Malaysia dihormati pemimpin tertinggi Arab Saudi. Duta Malaysia ke Arab Saudi, Profesor Madya Datuk Syed Omar Al Sagaff berkata, Malaysia dipuji Raja Arab Saudi Raja Abdullah sebagai negara maju yang mempunyai sistem pengurusan jemaah haji yang terbaik menerusi Tabung Haji.

"Malahan Menteri Haji Arab Saudi, Ayad Amin sendiri menganggap pengurusan jemaah haji yang diamalkan Tabung Haji adalah yang terbaik dan jemaah haji Malaysia pula menjalankan ibadah dengan penuh disiplin," katanya kepada petugas media Malaysia yang membuat liputan musim haji kali ini. Menurutnya, dalam pertemuannya dengan Ayad, baru-baru ini, Menteri Haji itu berkata, tidak banyak isu yang perlu bincangkan kerana pengurusan jemaah haji Malaysia tidak bermasalah. Syed Omar berkata, apa yang dicapai sekarang adalah hasil kegigihan Tabung Haji memberi kursus dan mendidik jemaah haji mengenai cara betul melakukan ibadah haji. “Pencapaian ini bukan merupakan sesuatu yang mudah. Ia perlu dikekalkan," katanya. Jemaah haji Malaysia, katanya, bernasib baik kerana Tabung Haji menyediakan banyak kemudahan di Tanah Suci, seperti penginapan, pengeluaran wang dan rawatan kesihatan. Sebelum ini semua urusan jemaah haji, seperti pengangkutan, pengurusan bagasi dan penginapan perlu diurus sendiri. "Tetapi sekarang jemaah boleh beri tumpuan lebih kepada ibadah," katanya
dari sumber Bernama

komen : Langkah terbaik yang dilakukan kerajaan bagi memudah urusan orangramai menunaikan haji ke mekah.

BAJET 2010 MENJADI HARAPAN RAKYAT


KUALA LUMPUR 21 Okt. – Beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) pengguna berharap Bajet 2010 dapat membantu dan mengurangkan beban rakyat terutamanya golongan berpendapatan rendah dan sederhana.
Presiden Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Datuk N. Marimuthu berkata, kerajaan perlu memainkan peranan dan memberikan lebih tumpuan dalam membantu golongan tersebut.
‘‘Pembentangan Bajet 2010 perlu memberi tumpuan kepada usaha mengurangkan beban rakyat.
‘‘Selain itu, ia diharapkan dapat memperkasa dan merangsang pertumbuhan ekonomi negara,’’ katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Marimuthu berkata, kerajaan juga perlu memberi keutamaan bagi mengurangkan belanjawan defisit negara.
“Segala perbelanjaan dan kerja-kerja pembangunan di negara ini perlu dikawal melalui sistem tender terbuka bagi memastikan perbelanjaan yang dilaksanakan tidak membazirkan wang rakyat,’’ katanya.
Katanya lagi, beliau juga berharap kerajaan memperluas dan meningkatkan kualiti pengangkutan awam termasuk di ibu negara supaya perkhidmatannya lebih efisien dan bersepadu dalam memberi manfaat yang besar kepada rakyat.


‘‘Masalah pengangkutan awam sering menimbulkan kesulitan kepada kebanyakan rakyat di negara ini kerana kemudahan infrastruktur yang disediakan masih tidak mencukupi,’’ katanya.
Presiden Persatuan Pengguna Subang dan Shah Alam (Cassa), Datuk Dr. Jacob George berkata, beliau berharap Bajet 2010 itu dapat memenuhi keperluan dan kehendak semua pengguna di negara ini.
“Bajet 2010 ini perlu memfokuskan kepada kehendak rakyat terutama golongan yang berpendapatan rendah dan sederhana.
“Kerajaan perlu memahami kuasa membeli golongan ini yang amat terhad. Pengurangan cukai terhadap barang dan perkhidmatan adalah antara harapan mereka dalam bajet ini,” katanya.
Menurut Dr. Jacob, golongan ini tidak mempunyai sumber pendapatan lain bagi menyara ahli keluarga.
“Apabila harga barang meningkat di pasaran, ia akan menyebabkan mereka menghadapi masalah ekonomi ekoran kekurangan sumber kewangan yang tidak mencukupi,” jelasnya.

Presiden Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Dr. Maamor Osman pula mencadangkan agar kerajaan menaikkan cukai rokok dan arak sehingga 300 peratus dalam bajet yang akan dibentangkan itu.
Menurut Maamor, peningkatan cukai itu perlu bagi mencegah rakyat negara ini daripada menghisap rokok dan meminum arak seterusnya membantu kerajaan dalam kempen berkaitan kesihatan.
‘‘Ada yang mendakwa apabila cukai untuk kedua-dua barang ini dinaikkan akan berlaku penyeludupan, tetapi bagi PPIM apa yang penting adalah pencegahan.
‘‘Dalam hal ini, jika tiada permintaan, maka tiada penawaran dan peningkatan harga di pasaran secara langsung akan mengurangkan penawarannya,” katanya.
Menurut Dr. Maamor, perkara lain yang perlu diambil kira oleh kerajaan dalam bajet kali ini ialah berkaitan keselamatan negara.

dipetik dari sumber utusan malaysia

komen : Itu adalah harapan rakyat yang mahukan kerajaan membela rakyat miskin dan golongan pertengahan yang tertekan akibat kos kehidupan yang tinggi pada masa ini.



Wednesday, October 21, 2009

PEMIMPIN TIDAK BERSIH PERLU DIHAPUS

SHAH ALAM – Veteran UMNO, Datuk Aziz Shamsuddin menggesa pemimpin UMNO bersatu-padu melakukan proses pemutihan semula parti dalam memastikan gejala-gejala ‘tidak bersih’ termasuk mengambil tindakan tegas terhadap pemimpin yang terlibat dalam gejala politik wang. Katanya, tindakan itu bagi memastikan parti terus kukuh dan diterima rakyat. Menurutnya, pemimpin ‘tidak bersih’ harus menerima hukuman dan bukannya diberi peluang untuk bersama dengan pemimpin yang lain. “Setiap pemimpin yang ‘buruk’ mesti dihapuskan segera demi masa depan UMNO. Saya yakin, parti ini mampu mencapai kejayaan besar jika semua ahli mengutamakan apa yang perlu ada pada seorang pemimpin,” katanya, semalam.

Menurutnya, jika pemimpin ‘tidak bersih’ itu terus dibiarkan bebas tanpa hukuman, UMNO harus bertanggungjawab terhadap apa akan berlaku kepada parti itu pada masa depan. “Kita tidak boleh biarkan kerana ini akan menggalakkan lebih ramai pemimpin lain menimbulkan masalah. “Kalau kita buat tak tahu, kita sengaja cari penyakit dan penyakit bukan senang untuk diubati jika tidak sesuai dengan ubat,” katanya. Mengulas mengenai pindaan Perlembagaan UMNO, Aziz berkata: “Sikap yang tulus ikhlas dalam kalangan ahli UMNO untuk menerima pindaan perlembagaan parti dengan hati terbuka adalah penting. “Jangan jadikan pindaan sebagai peraturan kerana ia tidak akan bagi erti apa-apa jika ada kekotoran dalam jiwa setiap ahli.

Sementara itu, penganalisis politik, Asri Salleh berkata, pemutihan parti perlu dilakukan dalam situasi berpada-pada supaya tidak menjejaskan parti UMNO. “Saya melihat proses pemutihan ini wajar dipertingkatkan dan diberi perhatian serius oleh semua pihak terutama menangani isu gejala politik wang yang kian berleluasa. “Kita tidak mahu rakyat terus menerus membuat penilaian bahawa UMNO adalah sebuah parti memiliki pemimpin yang terbukti tegar dengan politik wang,” katanya. Selain proses pemutihan, Asri yang juga pensyarah di Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi UiTM, Dungun berkata, UMNO juga perlu berusaha menuntut perubahan daripada segi sikap pemimpin itu sendiri. “Memang diakui, ubah sikap pemimpin adalah satu perkara sensitif dan sukar dibuktikan. Apa yang dilihat, sikap positif pemimpin mungkin mampu diterjemahkan melalui Indeks Petunjuk Prestasi (KPI). “Melalui KPI, pemimpin itu mampu mempamerkan sikap terpuji sekali gus kemahuan rakyat yang inginkan pemimpin bersih, bebas rasuah dan sebagainya akan tercapai,” katanya. Asri berkata, bukan mudah untuk melihat pemimpin berubah personaliti, sikap dan kelakuan mengikut apa yang dikehendaki rakyat.

komen : Itu adalah pandangan yang baik demi kebaikan UMNO dan pemulihan UMNO itu sendiri.

PEMULIHAN EKONOMI MALAYSIA CERAH



PROSPEK bagi pemulihan ekonomi Malaysia kelihatan cerah memandangkan kerajaan mengambil langkah untuk menggerakkan ekonomi dengan tumpuan jelas mengembangkan sektor perkhidmatan bagi menggantikan pembuatan.


Ia tambahan kepada potensi besar daripada kemunculan China selain hubungan baik dengan negara jiran, Singapura. Moneyweek Asia, perkhidmatan e-mel mingguan percuma dalam laporannya berkata, prospek integrasi ekonomi antara negara Asean menjadi lebih cerah dengan sejumlah besar perjanjian perdagangan bebas dimeterai dengan negara ekonomi besar.
( di petik dari sumber berita harian )


komen : Itu adalah pengurusan dan langkah yang baik diambil oleh Perdana Menteri Dato Seri Najib bagi mengawal kisis ekonomi di negara ini.

MISTERI SEJADAH BERDIRI

PASIR MAS: Misteri 36 helai sejadah yang dikatakan ditemui dalam keadaan 'berdiri' di surau Sekolah Kebangsaan (SK) Tok Sangkot, Meranti di sini, semalam, menarik perhatian penduduk sekitar. Kejadian yang mula disedari jam 10.40 pagi itu, dianggap aneh tetapi Kadi Jajahan, Anuar Alsadat Noor, mengingatkan umat Islam supaya tidak membuat tafsiran sehingga boleh memesongkan akidah. "Saya anggap ini perbuatan kanak-kanak nakal yang sengaja menyusun kedudukan semua sejadah dalam keadaan seperti sedang melakukan solat.
"Ini bukan perkara pelik," katanya yang bergegas ke sekolah itu, kira-kira jam 2.30 petang bersama kakitangan Pejabat Agama Pasir Mas bagi mengambil semua sejadah itu selepas menerima arahan Pejabat Mufti Kelantan. Anuar berkata, pihaknya terpaksa mengambil semua sejadah itu bagi mengelak kejadian berkenaan disalah tafsir umat Islam sehingga boleh menimbulkan khurafat.


Difahamkan, pada Ramadan lalu perkara sama turut berlaku di rumah seorang penduduk kampung berkenaan apabila sehelai sejadahnya berdiri sendiri. Sementara itu, guru sekolah itu, Adnan Abdullah, berkata kejadian di surau itu disedari seorang murid Tahun Dua, Mohd Khairi Mat Yadin, 8, ketika berada dalam kelas pemulihan pembelajaran.
Beliau berkata, murid itu terpandang susunan sejadah terbabit dalam keadaan mencurigakan menerusi ruang tingkap surau itu dari kelasnya. Kedudukan sejadah itu dikatakan seperti saf mengerjakan solat dengan semuanya membentuk bonjolan di bahagian tengah. Sebanyak 16 helai sejadah bersusun di ruang solat lelaki, manakala 19 lagi di ruang solat perempuan, manakala satu di ruang imam di bahagian depan. Adnan berkata, sebaik dimaklumkan mengenai kejadian itu, beliau bergegas meninjau keadaan dalam surau berkenaan.
"Saya terkejut apabila melihat keadaan susunan sejadah itu sebelum memaklumkan kepada Penolong Kanan sekolah itu, Maimon Hamzah, kerana Guru Besar, Mariam Omar, sedang menghadiri majlis rasmi di Pengkalan Chepa.


"Berikutan itu, kejadian ini dimaklumkan kepada Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Pasir Mas dan diarahkan supaya tidak mengganggu kedudukan semua sejadah terbabit sehingga sehingga ia dirujuk kepada Pejabat Agama Daerah Pasir Mas. "Kira-kira setengah jam selepas penemuan sejadah ini, orang ramai mula masuk mengerumuni surau ini untuk melihat sendiri apa yang berlaku menyebabkan kami terpaksa memasang pita bagi menghalang mereka masuk ke surau," katanya. Bagaimanapun, orang ramai mula beredar dari surau itu selepas mendapat arahan Pejabat Agama.

komen : Adalah diharapkan ia disiasat apakah benar kekuasaan Allah atau perbuatan kanak-kanak nakal di sekolah tersebut. Semua ini perlu diambil ikhtibar oleh umat manusia di muka bumi ini.



ADUN NGEMAH, SERAWAK NAK KELUAR PKR


KUCHING 20 Okt. - Belum sampai setahun penyertaannya dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR), Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ngemah, Gabriel Adit Demong membayangkan hasratnya untuk keluar parti setelah menyatakan beliau tidak lagi menyokong parti berkenaan.
Adit yang juga Ahli Majlis Kepimpinan PKR bagaimanapun berkata, dia hanya akan membuat pengumuman mengenai keputusannya tidak lama lagi.
''Tidak perlu untuk alasan lah," katanya ketika mengulas mengenai keputusannya itu di sini semalam.
Terdapat spekulasi yang mengatakan bahawa Adit membuat tindakan tersebut setelah kecewa dengan keputusan pucuk kepimpinan PKR yang melantik Baru Bian sebagai Ketua Perhubungan PKR Sarawak yang baru menggantikan Mustaffa Kamil Ayub.
''Saya tidak lagi menyokong PKR, jadi apa saya nak peduli. Apa yang saya dapat katakan kepada Baru ialah semoga beliau berjaya.
''Memberi (jawatan itu) kepada Baru merupakan satu lagi kesilapan (PKR), namun saya berharap saya salah anggap," ujarnya ketika ditanya mengenai pelantikan Baru.
Adit menyertai PKR tahun lalu setelah genap dua tahun menjadi wakil rakyat bebas bagi kawasannya.
Sementara itu, Adit ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini memberitahu, beliau akan menubuhkan sebuah parti baru tidak lama lagi.
Katanya, dia akan membuat pengumuman mengenai penubuhan parti itu setelah penubuhan itu disahkan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS).


komen : Itulah masalah dalaman PKR yang sesama sendiri tidak puas hati dan apabila rasa marah yang tidak dapat dikawal akan keluar dari PKR bagi memuaskan rasa kepuasan diri sendiri.