Wednesday, September 30, 2009

GILIR KETUA MENTERI PULAU PINANG

PULAU PINANG 29 Sept. - Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) Pulau Pinang hari ini membidas Ketua Pemuda Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pulau Pinang, Mohd. Yusmadi Mohd. Yusuff yang mencadangkan agar jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang disandang secara giliran antara tiga parti yang kini menguasai negeri itu.
"Ini merupakan satu formula berbaur perkauman ciptaan Mohd. Yusmadi sendiri yang asyik gilakan kuasa sahaja," kata Setiausaha DAPSY Pulau Pinang, Ng Wei Aik dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau mengulas cadangan Mohd. Yusmadi supaya jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang digilirkan berdasarkan formula baru yang memberi peluang kepada semua kaum untuk menjadi pemimpin.
Mohd. Yusmadi, yang juga Ahli Parlimen Balik Pulau dilaporkan berkata, formula politik baru itu bagi menggantikan formula Barisan Nasional yang memberi jawatan Ketua Menteri hanya kepada kaum Cina dan Timbalan Ketua Menteri kepada wakili Melayu.
Wei Aik berkata, tiada formula baru yang telah dipersetujui oleh pakatan DAP, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Pas yang kini memerintah Pulau Pinang berhubung sistem penggiliran itu.
Beliau berkata, buat masa ini, DAPSY berpendirian bahawa belum sampai masa dan tidak perlu jawatan Ketua Menteri itu digilirkan. ( dari sumber Bernama )


komen : Ia menampak tidak ada kesepakatan dalam pembangkang. Sepatutnya mereka boleh bertolak ansur dan mengilirkan jawatan Ketua Menteri kepada kaum lain di negeri itu.

EKONOMI NEGARA TUNJUKKAN TANDA PEMULIHAN



KUALA LUMPUR 30 Sept. - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, ekonomi negara kini mulai menunjukkan tanda-tanda pemulihan yang sebenar dengan terdapatnya peningkatan positif sejak beberapa bulan kebelakangan ini.
Najib berkata, perkembangan itu adalah hasil yang ditunjukkan oleh permintaan domestik selepas menerima faedah daripada tindakan proaktif kerajaan dalam menyokong pertumbuhan ekonomi negara.
Beliau yang juga Menteri Kewangan menambah, sektor luaran perlu mengalami pengukuhan yang sama untuk membolehkan ekonomi negara kembali berada di landasannya.
Najib menjelaskan, dua perkara yang diberikan tumpuan oleh kerajaan telah menyumbang kepada peningkatan positif tersebut iaitu
pakej rangsangan fiskal dan usaha memastikan kesinambungan akses untuk kredit kepada sektor perniagaan dan individu.
"Secara puratanya, kerajaan membelanjakan kira-kira RM1 bilion sebulan hasil dari pengumuman pakej rangsangan I dan II dan ia akan berterusan sehingga tahun 2010," katanya.
Beliau berkata demikian selepas menghadiri taklimat ahli Lembaga Pengarah Bank Negara Malaysia (BNM) berkenaan ekonomi Malaysia dan sektor kewangan di sini, hari ini.
Ditanya tentang perkembangan pakej rangsangan yang diumumkan pada awal tahun ini, Najib berkata, sehingga 11 September lalu, pakej rangsangan pertama kerajaan telah membiayai 52,486 projek bernilai RM6.022 bilion dengan sejumlah RM4.087 bilion bayaran telah dikeluarkan.
"Bagi pakej rangsangan kedua, 30,640 projek bernilai RM7.540 bilion telah dilaksanakan dan sejumlah RM3.624 bilion pembayaran telah pun dibuat," kata beliau.
Sementara itu, Najib berkata, sejak pertengahan 2008, kerajaan dan BNM mewujudkan lima tabung khas dengan jumlah peruntukan sebanyak RM13.4 bilion dan sehingga kini RM8.2 bilion telah pun diluluskan kepada 17,600 perniagaan di seluruh negara. ( dari sumber Utusan Malaysia )


komen : Itu adalah langkah-langkah yang di ambil oleh kepimpinan Dato' Seri Najib sebagai Perdana Menteri. Kerajaan masih mampu bertahan dan tidak terbawa kepada kejatuhan ekonomi yang teruk. Malaysia mampu mengawal ekomomi negara, rakyat masih hidup dengan selesa dan berbelanja dengan berhemah terutama golongan yang berpendapatan rendah dan golongan pertengahan.

BAJET 2010 - SUBSIDI AKAN SAMPAI KUMPULAN SASAR





KUALA LUMPUR 30 Sept. – Datuk Seri Najib Tun Razak memberi jaminan Bajet 2010 yang akan dibentangkan pada 23 Oktober ini merupakan bajet berhemat yang mengutamakan semangat gagasan 1Malaysia - ‘Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan’.
Perdana Menteri berkata, dalam bajet berkenaan, kerajaan juga akan menumpukan pelaksanaan mekanisme pengagihan subsidi kepada kumpulan sasar yang selayaknya mendapat bantuan tersebut.
Pada masa yang sama, menurut beliau, kerajaan akan memperkuatkan cukai berasaskan fiskal kerana dasar yang diamalkan kini agak longgar dan memberi kesan kepada pendapatan kerajaan.
“Secara dasarnya, bajet perbelanjaan kerajaan pada tahun hadapan mungkin akan ada sedikit pengurangan, tetapi saya beri jaminan ia tidak akan menjejaskan kecekapan kerajaan mengurus tadbir negara ini.
“Mungkin akan ada beberapa sektor tertentu yang akan kita kurangkan perbelanjaannya, terdapat juga sektor tertentu yang Kementerian Kewangan sebelum ini telah beri banyak kelebihan, jadi perkara inilah antara beberapa keutamaan yang akan diberikan penekanan dalam bajet ini,” katanya.
Perdana Menteri berkata demikian pada sidang akhbar selepas mendengar sesi taklimat oleh Lembaga Pengarah Bank Negara Malaysia (BNM) tentang ekonomi Malaysia dan sektor kewangan di bank itu di sini hari ini.
Hadir sama Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah dan Gabenor BNM, Tan Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz.

komen : Ia adalah langkah yang bijak dan akan sampai ke kumpulan sasar. Ia amat penting bagi mempastikan rakyat miskin dan golongan yang berpendapatan rendah akan mendapat sumbangan yang sepatutnya beliau layak mendapatkannya.

ISA CALON BN DI BAGAN PINANG


PORT DICKSON 30 Sept.: Ketua Umno Bahagian Telok Kemang, Tan Sri Mohd Isa Samad, dipilih sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang, 11 Oktober ini. Pemilihan Mohd Isa, 60, diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada majlis jamuan Aidilfitri di Batu 6 Jalan Pantai di sini, semalam. Pas pula mencalonkan Pesuruhjaya Pas negeri, Zulkefly Mohamad Omar, 45, yang diumumkan Presiden parti, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, malam tadi.
Muhyiddin ketika mengumumkan calon BN, berkata pemilihan Mohd Isa dibuat bukan saja selepas diteliti oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, malah mengambil kira pandangan akar umbi penduduk Bagan Pinang. Beliau yang juga Timbalan Presiden Umno berkata, kerja peringkat bawahan dilakukan sebelum keputusan itu dibuat dengan mendapatkan pandangan semua lapisan masyarakat dan semua kaum. "Oleh kerana ini adalah pilihan raya kecil, apa yang penting ialah rakyat didahulukan, rakyat di Bagan Pinang mesti didahulukan.
"Mana yang rakyat hendakkan, itu yang kita akan beri. Siapa yang rakyat mahu, siapa yang Bagan Pinang mahu," katanya disambut laungan gemuruh orang ramai yang menyebut nama `Mohd Isa' beberapa kali. "Okay, Tan Sri Isa lah menjadi calon BN," kata Muhyiddin dan pengumuman itu sekali lagi disambut dengan laungan serta tepukan gemuruh kira-kira 10,000 orang yang menghadiri majlis itu. Pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang diadakan berikutan kematian penyandangnya dari Umno, Azman Mohammad Noor, 54, pada 31 Julai lalu kerana jangkitan dalam darah.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan Sabtu ini sebagai hari penamaan calon, manakala pengundian pada 11 Oktober ini.

komen : Pemilihan Tan Seri Isa Samad sebagai calon BN di Bagan Pinang adalah calon terbaik dan ia atas kehendak akar umbi di Dun Bagan Pinang. Walaupun berbagai pandangan pucuk pimpinan tetap memilih Tan Seri Samad sebagai calon, ia mengambil kira pandangan penggundi di peringkat Dun Bagan Pinang. Semua pihak perlu akur kehendak pucuk pemimpin UMNO dan memberikan sokongan padu untuk mencapai kemenangan kepada calon BN pada Pilihanraya Kecil Bagan Pinang.

Tuesday, September 29, 2009

ASRAMA 1 MALAYSIA AKAN DIWUJUDKAN



PUTRAJAYA - Kerajaan sedang menimbangkan untuk mewujudkan sebuah asrama di Lembah Klang untuk memenuhi keperluan pelajar semua kaum yang menghadapi pelbagai masalah di rumah yang telah menjejaskan pembelajaran mereka, selaras dengan semangat 1Malaysia, kata Datuk Seri Najib Tun Razak semalam. Perdana Menteri berkata, kerajaan sedang mencari tapak yang sesuai bagi asrama itu, dijangka beroperasi tahun depan. “Kita masih belum lagi memikirkan nama asrama itu tetapi ia akan menjadi yang pertama seumpamanya yang menempatkan pelajar semua kaum hidup bersama-sama. ( Dari Sumber Bernama )


komen : Ia satu langkah yang bijak bagi menyatukan padukan masyarakat berbilang kaum di dalam negara di bawah kepimpinan Dato' seri Najib sebagai Perdana Menteri. Perpaduan amat penting disemai diperingkat sekolah lagi.

HASSAN ALI BOHONG

SHAH ALAM: Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (Selcat) Selangor, Teng Chang Khim, mendakwa Pesuruhjaya Pas negeri, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali, berbohong apabila menuduhnya melabel pegawai daerah di negeri ini 'tidak cekap' dan 'tidak layak' memegang jawatan berkenaan. Teng yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Pinang dari DAP, berkata beliau tidak pernah membuat kenyataan sedemikian ketika pegawai daerah disoal mengenai prosedur kelulusan pengagihan peruntukan RM500,000 setahun bagi wakil rakyat dalam pendengaran awam, baru-baru ini. "Beliau (Hasan) kata saya menuduh pegawai daerah sebagai tidak cekap dan tidak layak pada sidang media selepas setiap pendengaran. Ini satu penipuan yang nyata oleh Hasan Ali.
"Beliau kini cuba berbohong untuk menutup penipuan pertamanya. Beliau sering tidak konsisten dalam semua kenyataannya," katanya pada sidang media di sini, semalam. Hasan sebelum ini dilaporkan berkata beliau mencadangkan supaya Selcat ditambah baik apabila mendengar isteri Pegawai Daerah Klang, Bakhtiar Husin, kini malu untuk keluar rumah selepas suaminya dikatakan tidak cekap dan tidak layak untuk memegang jawatan itu. Teng bagaimanapun mempersoalkan kejujuran Hasan untuk memperkemaskan Selcat kerana Pesuruhjaya Pas itu tidak menghubunginya selepas menerima aduan mengenai pegawai daerah yang didakwa dibuli jawatankuasa itu.
Katanya, Hasan tidak sepatutnya bercakap mengenai memperbaiki prosedur Selcat kerana penubuhan jawatankuasa itu selaras dengan peraturan. "Ia tidak ada kena mengena dengan prosedur. Jika mereka merasakan ia tidak wajar, mereka patut bercakap mengenai kod etika dan bukan prosedur," katanya yang tidak bersetuju dengan cadangan Hasan supaya Selcat melakukan pendengaran secara tertutup untuk melindungi integriti pegawai awam. Katanya, integriti adalah mengenai kejujuran dan bagaimana hendak melindungi kejujuran dalam pendengaran tertutup. Beliau berkata, Hasan perlu berhenti bermain politik dalam usahanya mencari sokongan di kalangan penjawat awam, sedangkan Pesuruhjaya Pas itu sendiri didakwa pernah mencadangkan pertukaran beberapa pegawai daerah dan Yang Dipertua.
"Saya sendiri pernah melihat senarai cadangan pertukaran. Tiba-tiba beliau bertukar menjadi pelindung kepada penjawat awam. Saya memberi peluang kepadanya untuk bertaubat. Bertaubatlah," katanya. Teng berkata, beliau bimbang tindak-tanduk Hasan itu boleh menjatuhkan kerajaan Pakatan Rakyat pada pilihan raya umum akan datang. "Saya sangat percaya jika mereka terus dengan perbuatan ini, Pakatan Rakyat di Selangor bukan dikalahkan Barisan Nasional (BN), tetapi oleh Pas pada pilihan raya umum akan datang," katanya. Sementara itu, Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Teng bahawa Pakatan Rakyat mungkin kalah disebabkan Pas, berkata ia tidak ada kena mengena dengan pentadbiran Selangor.


komen : Itulah dapat kuasa mahu mentadbirkan sesebuah negari itu bukan satu perkara yang mudah mahu melaksanakannya.

OPS SIKAP GAGAL


KUALA LUMPUR 28 Sept. - Ops Sikap Ke-20 yang berakhir semalam, merekodkan jumlah kematian kedua tertinggi dalam sejarah operasi itu sejak diperkenalkan lapan tahun lalu dengan 261 pengguna jalan raya terbunuh.
Jumlah korban tertinggi sebelum ini sebanyak 285 orang daripada 253 kemalangan maut yang dicatatkan semasa Ops Sikap Ketiga, iaitu pada 13 Disember 2002. Purata kematian adalah 18.7 sehari.
Ops Sikap Ke-20 yang berakhir semalam pula mencatatkan purata 17.4 kematian dalam sehari.
Jumlah itu sekali gus menyaksikan peningkatan 25.4 peratus kematian dengan penambahan 53 kematian berbanding Ops Sikap Ke-17, pada Hari Raya
Aidilfitri lalu.
Secara keseluruhan lebih 60 peratus angka kematian sepanjang Ops Sikap Ke-20 itu masih disumbangkan oleh penunggang dan pembonceng motosikal.
Sementara itu, Penguasa Perhubungan Awam Bukit Aman, Supritendan Rasdi Ramli berkata, seramai 23 lagi maut pada hari terakhir Ops Sikap Ke-20 semalam.
Katanya, daripada jumlah itu, seramai 12 mangsa ialah penunggang dan pembonceng motosikal.
"Ia diikuti dengan lapan kematian membabitkan kereta dan tiga pejalan kaki. Kita juga mengeluarkan 9,826 saman di seluruh negara melibatkan pelbagai kesalahan," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Rasdi berkata, jalan bandaran sekali lagi mendahului senarai jumlah kemalangan dengan 388 kes, diikuti jalan Persekutuan (284 kes), jalan negeri (152 kes), lebuh raya (68 kes) dan jalan-jalan lain (39 kes).
Ops Sikap Ke-20 yang bermula sejak 13 September lalu bertujuan mengurangkan kemalangan jalan raya sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri.
Ia membabitkan kira-kira 2,500 penguat kuasa termasuk polis, bomba dan ambulans.
Sebelum ini, Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan yang kecewa dengan peningkatan kes kemalangan maut khususnya pada musim perayaan menyatakan walaupun hukuman mati sekalipun dikenakan, pengguna jalan raya di negara ini akan tetap melanggar undang-undang.


komen : Apa sikap pengguna jalanraya akan berubah, ia amat sukar merubah sikap pengguna jalanraya tanpa memperdulikan undang-undang jalanraya, mengambil contoh memotong di tempat yang dilarang, memandu melebihi had laju yang dibenarkan, tidak memperdulikan kawasan itu membahaya memotong kenderaan, tidak memghormati pengguna-pengguna jalanraya yang lain dan berbagai lagi kesalahan yang dilakukan. Jika sikap ini sukar diubah ia akan mengundang padah pada pengguna jalanraya dan pemandu kenderaan itu sendiri.

Monday, September 28, 2009

SEPULUH SEBAB NIK AZIZ PERLU LETAK JAWATAN - IBRAHIM ALI



SHAH ALAM - Ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali semalam mengemukakan 10 sebab mengapa Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat perlu meletak jawatan sebagai Menteri Besar Kelantan. Beliau berkata, antara sebab itu ialah Nik Abdul Aziz terlalu lama memegang jawatan dalam Kerajaan Negeri dan menjadi pemimpin parti sehingga timbul dalam nalurinya mahukan semua benda adalah serba baru. Katanya, faktor usia juga antara sebab mengapa pemimpin Pas itu seperti seorang nyanyuk apabila melihat orang lain selalu berbuat kesalahan tanpa usul periksa dan mudah menerima pakai laporan tanpa usul periksa. ”Saya dengan rendah diri dan saya sedia menerima apa sahaja tohmahan terutama daripada pemimpin pembangkang, penulis blog atau sebagainya setelah saya mengeluarkan kenyataan 10 sebab mengapa Nik Abdul Aziz perlu meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar. ”Saya tahu, saya tidak sempurna dan jauh sama sekali memiliki ‘ilmu’ setinggi Nik Aziz. Ilmu yang saya ada ibarat setitik air dalam lautan. Walaupun bercakap benda yang benar sebab orang hanya nampak kelemahan kita, tetapi kita juga nampak kelemahan orang lain seperti orang tengok kelemahan kita,” katanya, semalam. Kelmarin, Nik Abdul Aziz mengulangi pendirian kerajaan Kelantan sebelum ini bahawa Ibrahim perlu meletakkan jawatannya susulan tindakan yang dilihat tidak sehaluan dengan parti itu. Katanya, beliau tidak mempunyai sebarang agenda ketika membuat kritikan kerana ia adalah benar dan pemimpin berkenaan harus profesional dengan menerimanya secara terbuka, bukan memarahi atau mendesaknya meletakkan jawatan. Ditanya lapan lagi sebab, kata Ibrahim, Nik Abdul Aziz uzur dan sakit serta kerap keluar masuk hospital hingga tidak dapat menumpukan pada tugasnya sebagai Menteri Besar, melainkan asyik berceramah sehingga gagal menjadi pentadbir yang baik. Sebab kelima katanya, pemimpin itu secara tidak sedar telah merosakkan imej Islam dengan mengeluarkan pelbagai kenyataan mengelirukan termasuk cuba mengambil alih tugas malaikat dan tugas Allah untuk menentukan siapa yang akan masuk syurga dan neraka. ”Dia (Nik Abdul Aziz) juga menentukan solat saya diterima Tuhan atau tidak. Sebagai pendakwah dia harus buat kebaikan, bukan menentukan hukum dan balasan yang tak terjangkau oleh manusia. ”Sebab keenam, dia menjadi alat dan perkakas kepada parti DAP yang bertentangan dengan pelaksanaan hukum Allah, manakala ketujuh, turut menjadi alat kepada Pakatan Rakyat yang memecahbelahkan umat Melayu dan Islam,” katanya. Sebab ketujuh katanya, ramai pemimpin Pas Kelantan dan Pusat mahukan beliau berundur daripada menjadi pentadbir dan pemimpin politik, tetapi tidak berani untuk bersuara. Sebab kesembilan, Nik Abdul Aziz juga pemimpin yang mempunyai sikap riak dan takbur sehingga menganggap dirinya saja yang betul. ”Sebab kesepuluh ialah, dia gagal mewujudkan peluang pekerjaan kepada rakyat Kelantan walaupun hampir 20 tahun memerintah sehingga menyebabkan lebih 100,000 rakyat negeri itu berhijrah ke negeri lain mencari rezeki. ”Kita dapat lihat Kelantan sebuah negara yang kaya dengan sumber alam, budaya dan sebagainya. Malangnya, kerana tidak ada inovasi, idea, kreativiti dan tidak cekap menjadikan Kelantan antara negeri paling mundur dan tidak maju,” katanya.


komen : Apa jua cadangan dan komen perlu di nilai dan dihayati oleh pemimpin yang lama yang mentadbir bagi sebuah negari. Apakah komen saudara Ibrahim Ali itu semua tidak baik tetapi pada hakikatnya ada juga betulnya. Nilaikan apa pandangan yang baik dan membina.

TUN MAHATHIR MAHUKAN CALON BERSIH BAGI UMNO



KUALA LUMPUR, 22 Sept: Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad meneruskan lagi usaha mempengaruhi keputusan pemilihan calon Barisan Nasional dalam pilihan raya Dewan Undangan Negeri Bagan Pinang di Negeri Sembilan.
Mahathir menegaskan Umno harus memilih calon yang bersih daripada gejala politik wang dan rasuah untuk pilihan raya kecil Bagan Pinang, lapor agensi berita Bernama.
Kenyataan beliau itu boleh dilihat sebagai menolak pencalonan Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad, kenyataan kali kedua selepas kenyataannya menggesa Isa tidak dicalonkan di Bagan Pinang.
"Bagi saya, bukan sekadar tempat ini sahaja. Soal seluruh Malaysia, orang nak tahu sama ada kita serius atau pun tidak untuk membasmi gejala politik wang, rasuah dan sebagainya," Mahathir dilapor berkata.
Isa digantung selama tiga tahun sejak 24 Jun 2005 selepas disabitkan bersalah rasuah politik ketika pemilihan kepimpinan Umno pada 2004.
Beliau pada mulanya digantung dua penggal iaitu enam tahun tetapi dikurangkan kepada tiga tahun selepas rayuan.
Isa dalam pemilihan itu mendapat undi tertinggi mengatasi dua calon lain bagi jawatan naib presiden Umno, Datuk Seri Mohd Ali Rustam dan Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Mengulas kenyataan Mahathir itu, Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub berharap Umno berjaya mengemukakan calon yang bebas politik wang dalam pilihan raya kecil Bagan Pinang.
"Sebelum ini, Dr Mahathir menyatakan bahawa 'Umno sudah jadi parti perasuah.' Mungkin hari ini Umno bukan lagi parti perasuah dan sebab itulah bekas perdana menteri menekankan supaya Umno tampil dengan calon bebas politik wang dalam pilihan raya Bagan Pinang.
"Mungkin juga Umno Bahagian Teluk Kemang (yang meliputi kawasan Dun Bagan Pinang) tidak pernah mengamalkan politik wang dan tokoh-tokoh Umno di bahagian itu bebas politik wang semuanya," kata Salahuddin yang juga pengarah Jentera Pilihan Raya PAS bagi pilihan raya kecil tersebut.
Isa, ketua Umno Bahagian Teluk Kemang ialah calon popular dalam kalangan akar umbi Umno di Negeri Sembilan dan mendapat sokongan meluas untuk bertanding di Bagan Pinang.
Menurut laporan itu lagi, Mahathir melahirkan keyakinan Umno boleh memperolehi majoriti besar dalam pilihan raya kecil itu nanti kerana faktor kawasan itu sebagai kubu kuat BN.

komen : Cadangan Tun Mahathir agar calon yang dipilih adalah calon yang terbaik bagi mempastikan UMNO terus menang dan mendapat mojeriti besar di Bagan Pinang di dalam Pilihanraya Kecil akan datang. Cadangan yang baik itu perlu dinilai apa yang diutarakan oleh Tun Mahathir Mohamad itu dan jangan ia dianggap remih, dan perlu bersifat positif di atas cadangan tersebut.

Thursday, September 17, 2009

PERDANA MENTERI TINJAU KALI KE DUA PUDURAYA


KUALA LUMPUR 16 Sept. - Datuk Seri Najib Tun Razak berbangga dengan prestasi yang ditunjukkan oleh kontraktor dan UDA Holdings Bhd. yang telah berjaya menyiapkan penambahbaikan fasa pertama Hentian Puduraya hanya dalam tempoh 51 hari.
Perdana Menteri percaya orang ramai yang menggunakan Hentian Puduraya dapat melihat dan merasai keadaan lebih baik dan selesa berbanding dengan keadaannya sebelum ini.
Beliau berkata, sejak mengadakan lawatan ke Hentian Puduraya pada 25 April lalu, kerajaan telah mengarahkan penambahbaikan dibuat yang bertujuan untuk menjadikan terminal bas ini sebuah pusat moden, serba lengkap dan selesa.
"Alhamdulillah sejak lawatan itu dalam 51 hari segala tindakan telah dibuat oleh kerajaan dan UDA dan hari ini saya bangga sekali melihat keadaan ini iaitu perubahan yang amat besar berbanding dengan keadaan asalnya.
"Penambahbaikan ini merupakan fasa pertama dengan kos sebanyak RM4.2 juta dan fasa kedua akan menyusul. Kita menjangkakan dalam masa setahun lebih, semuanya akan siap sepenuhnya yang dijangka menelan belanja RM22 juta," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melakukan lawatan singkat ke Hentian Puduraya bagi meninjau sendiri perkembangan usaha penambahbaikan terminal bas itu.


komen : Itu sikap yang boleh dicontohi oleh setiap pemimpin dari peringkat bawah hingga keperingkat menteri. Kerja yang dilakukan turun padang dan melihat sendiri permasalah yang berlaku amat disanjung tinggi selaku Perdana Menteri. Sambutan dari orangramai amat baik. Ia perlu dicontohi oleh menteri-menteri dan pemimpin-pemimpin lain supaya perjalanan kerja yang dirancang akan berjalan dengan baik.

Wednesday, September 16, 2009

TOL PERCUMA HADIAH RAYA KEPADA RAKYAT

KUALA LUMPUR 15 Sept. – Pengguna Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) dan Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak akan menikmati laluan tol percuma dari 12 tengah malam hingga pukul 5 pagi pada 18 dan 24 September ini.
‘Hadiah hari raya’ itu meliputi semua kelas sama ada kereta, bas mahupun lori.
Ini bermakna, kenderaan kelas pertama seperti kereta bakal menikmati pengecualian maksimum iaitu RM29 sehala yang melibatkan perjalanan dari Plaza Tol Gombak hingga ke Plaza Tol Jabor di Kemaman, Terengganu atau laluan sebaliknya.
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MTD, Datuk Azmil Khalid berkata, program pengecualian tol itu adalah yang pertama dilakukan oleh syarikat konsesi lebuh raya di negara ini.
Katanya, perjalanan percuma sempena
Aidilfitri itu dianggarkan bernilai RM2 juta berdasarkan purata penggunaan 200,000 buah kenderaan sehari.
“Bagi kami, jumlah RM2 juta itu tidaklah besar apabila dibandingkan dengan nyawa para pengguna dua lebuh raya tersebut.
“Pengecualian tol ini bertujuan mendorong para pengguna merancang perjalanan sekali gus mengurangkan kesesakan dan kemalangan,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Kumpulan MTD di sini hari ini.


komen : Itu sebagai tanda kerajaan kepimpinan Datuk Seri Najib akan melakukan apa sahaja demi membantu rakyat di dalam meghadapi kos kehidupan. Dalam menghadapi saat hari raya puasa banyak perbelanjaan perlu ditanggung oleh Ketua keluarga. Oleh itu dengan mengecuali bayaran TOL adalah dapat menolong rakyat menghadapi kos kehidupan yang tinggi.

KELANTAN TIDAK PERNAH DIANAKTIRIKAN - MUSTAPA


Kota Bharu- Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industeri, Datuk Mustapa Mohamad menolak dakwaan kononnya Kelantan dianaktirikan oleh kerajaan pusat.

Menurutnya, hampir keseluruhan projek pembangunan dibawah Rancangan Malaysia Kesembilan (RM -9) di negeri ini dapat disiapkan mengikut jadual ditetapkan khususnya dalam bidang pendidikan.

Buktinya beberapa kampus universiti Teknologi Mara(UITM) sebagai Kampus Bandar dan bangunan tambahan Hospital Universiti Sains malaysia (HUSM) bernilai RM 200 juta dapat dilaksanakan dengan baik.


komen : Adalah tidak benar sama sekali menyatakan Kelantan dianaktirikan oleh kerajaan pusat. Dakwaan yang menyatakan itu tidak benar sama sekali. Walaupun negeri diperintah oleh PAS tetapi bantuan kerajaan pusat masih diberikan dan diteruskan. Sepatutnya rakyat harus bersyukur di ataa pemberian tersebut oleh kerajaan pusat, manakala kerajaan negeri tidak mampu melaksanakan projek-projek tersebut.

BUKAN PERKARA MUDAH UNTUK KETEPIKAN DATUK SERI NAJIB


Lim Guan Eng, Ketua Menteri Pulau Pinang mengakuai bahawa bukan mudah mengetepikan sebagai Datuk Seri Najib sebagai Perdana Menteri kerana dia telah membuktikan dirinya sebagai pemimpin politik yang lebih berkesan berbanding Tun Abdullah Ahmad Badawi sebagai Perdana Menteri sebelum ini.Perkara ini di temu bual dengan akhbar Finaancial Times of London.

komen : Kepimpinan Datuk Seri Najib sebagai Perdana Menteri yang keenam menampak keberkesanan rakyat mula menerima beliau sebagai Perdana Menteri Malaysia. Rakyat telah mula yakin dibawah kepimpinan beliau. Berbanding sebelum ini dibawah kepimpinan Tuan Abdullah bin Ahmad Badawi terlalu lemah dan tidak berapa mampu menguruskan negara.. Pada masa kepimpinan Datuk Seri Najib banyak memperkenalkan dasar-dasar baru dan pembaikan dasar ekonomi untuk negara. Beliau juga dilihat sebagai lov profile contonya boleh turun padang ke Puduraya, Petaling Street, kuartas JKR di Kuala Lumpur dan lain-lain tanpa lawatan yang rasmi dan di pasang kapit merah. . Beliau juga memperkenalkan dasar membantu mesyarakat India dalam perniagaaan melalui dana Tekun. Begitu juga sekolah Keb. Tamil dan Sekolah Kebangsaan Cina telah diberikan peruntukan yang banyak bagi membantu sekolah tersebut. Konsep 1 Malaysia yang diperkenalkan akan dapat menyatukan semula masyarakat berbilang kaum di Malaysia.Memperkenalkan KPI dan NKRI sebagai kayu ukur untuk menilai prestasi pengurusan negara. Dalam pengurusan Felda, Felda dianggap sebagai agensi yang berjaya bukan setakat Malaysia dan luar negara.

Oleh itu dilihat kepimpinan Datuk Seri Najib sudah mula diterima dan dapat menambahkan sokongan rakyat kepada BN di atas kerja-kerja yang dilakukan sebagai Perdana Menteri. Beliau bersikap sederhana dalam banyak perkara dan
mampu memulihkan semula ekonomi negara.

Tuesday, September 15, 2009

MIC PERLU MINTA MAAF DIATAS KENYATAAN BIADAP TERHADAP TUN MAHATHIR


KUALA lUMPUR . 14 Sept. 2009 Para pemimpin UMNO mensyifatkan perwakilan MIC supaya memberi kalung selipar pada gambar Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai perbuatan melampau, biadap dan kurang ajar serta menguris perasaan orang melayu.


komen : Sepatut kenyataan ingin mengalung selipir kepada gambar Tun Mahathir sebagi sikap menguris perasaan pemimpin UMNO. Jasa dan sumbangan Tun banyak di dalam negara ini,jangan kerana marah di atas kemen beliau kerana mohon presiden MIC berundur menyebabkan mereka marah di atas kenyataan tersebut. Itu adalah pandangan yang membina demi kebaikan MIC terutama penerimaan golongan muda dan terpelajar di kalangan kaum India. Pandangan Tun Mahathir juga kadang-kadang lebih-lebih kerana asebagai contoh mencontohkan kepimpinan parti politik pembangkang menumbangkan kerajaan di Jepun dan mengkaitkan kepada BN di masa akan datang. Sepatut lebih baik beliau diam dari menguntungkan parti pembangkang di atas kenyataan tersebut.

Monday, September 14, 2009

UMNO / BN DIAMBANG PEMULIHAN SELEPAS DIAMBIL ALIH DATUK SERI NAJIB


Kenyataan Tun Dr Mahatthir dalam blognya yang menyatakan UMNO dan BN akan beerkubur

jika jika gagal menyakinkan rakyat didalam pilihanraya yang akan datang. Ia mengambil contoh kemenangan Parti Demokratik Jepun (DPJ) pada pilihanraya 30 Ogos lalu sebagai petanda awal Pakatan rakyat (PR) menawan Malaysia.


komen : Sepatutnya sebagai bekas Perdana Menteri duduk diam selepas bersara. Beliau ini banyak menimbulkan masalah dalam UMNO dengan kenyataan yang melemahkan UMNO.

Sepatutnya selepas bersara dari Perdana Menteri beliau duduk berrehat dan memperbanyakkan membuat amal ibadat untuk dirinya dan tidak memperlemahkan UMNO dengan kenyataan.

Jika di zaman Tun Hussin Onn, Pak Lah mereka diam tak menimbulkan masalah kepada UMNO selepas bersara.

Bagitu juga dizaman Tun Mahathir dengan membawa masuk Anwar Ibrahim dan memecatnya bermulalah perpecahan dalam UMNO itu sendiri. Tertubuh kumpulan Tengku Razali Hamzah ( parti UMNO 46 ) dizaman Tun Mahathir. Sepatutnya beliau tidak membuat kenyataan yang melemahkan UMNO itu sendiri. Di zaman Datuk Najib berbagai cara yang dibuat bagi mendekatkan semula hati rakyat di dalam negara ini. Di zaman Pak Lah yang terlalu tulus menyebabkan kelemahan pada UMNO dan BN itu sendiri.

Jika sikap Tun Mahathir mengeluarkan kenyataan yang berterusan akan menyebabkan UMNO dan BN akan lemah.

Kalangan yang sayangkan UMNO amat marah di atas kenyataan yang dibuat oleh Tun Mahathir.

Thursday, September 10, 2009

TAKYAT INDONESIA PERLU DISEDARKAN


SAYA beranggapan tindakan penunjuk perasaan Indonesia membakar Jalur Gemilang adalah perbuatan biadap, keterlaluan dan satu penghinaan kepada rakyat dan negara Malaysia. Hanya kerana tarian Pendet yang berasal dari Bali, Malaysia dituduh sebagai pencuri walaupun ternyata bahan promosi pelancongan itu bukan diterbitkan Kerajaan Malaysia. Tanpa usul periksa mereka terus mencerca Malaysia. Bukannya sekali dua isu seumpama ini berlaku yang sepatutnya tidak harus menjadi masalah besar jika hanya sekadar bantahan. Namun, ia menjadi sebaliknya akibat tindakan kumpulan ekstremis itu membakar Jalur Gemilang yang menjadi simbol kedaulatan negara. Jika kita fahami istilah ‘sebangsa dan serumpun’ yang sering kita ungkapkan, perkara sebegini pasti dapat dielakkan. Sejarah juga menunjukkan ada sebilangan rakyat Malaysia berasal dari tanah Jawa, maka tidak mustahil wujud kesamaan dalam kebudayaan kedua-dua negara.
Kita juga mengakui memang wujud pelbagai masalah dan pertembungan pendapat di antara Malaysia dan Indonesia lebih-lebih lagi dalam soal kebudayaan, namun ia boleh diselesaikan di meja rundingan dan permuafakatan. Oleh itu, jangan disebabkan nila setitik hubungan kedua negara berjiran yang dikatakan serumpun ini musnah dek sifat tidak bertanggungjawab mereka ini. Saya berharap pihak kerajaan, individu mahupun syarikat penerbitan yang ada kaitan dengan isu seperti ini supaya lebih peka dan bertanggungjawab. Ini kerana, media Indonesia hanya menunggu ‘punca’ yang boleh ‘mengganyang’ kita melalui provokasi mereka yang keterlaluan. Realitinya media Indonesia lantang memainkan sentimen mengapi-apikan perasaan rakyat mereka terhadap Malaysia.
Itu belum dikira dalam laman web, blog, e-mel dan lain-lain pautan yang penuh dengan kata cacian dan hinaan kepada Malaysia. Apa gunanya jika pemimpin mereka menjaga persahabatan dan keharmonian dengan Malaysia tetapi media dan rakyatnya pula menghentam kita. Kepada rakyat Indonesia saya ingin anda berfikir sejenak, pada masa negara anda dilanda bencana tsunami di Aceh, gempa bumi di Yogyakarta dan seumpamanya, siapa jiran kamu yang segera membantu? Janganlah disebabkan benda remeh sebegini anda mahu labelkan kami sebagai orang yang tidak mengenang budi. Pernah terfikir jika Kerajaan Malaysia menghentikan pengambilan pekerja asing dari Indonesia, tidakkah ini akan menjadikan negara anda lebih miskin dan tertekan. Sepatutnya anda bersyukur kerana Kerajaan Malaysia memberi ruang kepada rakyat mencari rezeki di sini. Tahukah anda kehadiran banyak warga asing Indonesia menjadi punca meningkatnya kejadian jenayah rogol, bunuh, pecah rumah dan sebagainya di Malaysia.
Jika perkara kecil sebegini pun tiada tolak ansur dan tidak boleh diselesaikan cara baik, saya harap selepas ini jangan disebut lagi ungkapan kita rakyat ‘serumpun dan sebangsa’.

komen; Hubungan yang akrab yang sudah lama terjalin dan dengan sebab isu tarian pendet
kedua rakyat akan bermusuh. Sedarlah tetapa ramai rakyat Indonesia bekerja di Malaysia,
sekirannya terterusan rakyat Indonesia yang bekerja peerlu dihantar pulang ke negaranya.
Maka akan merempat di negara mereka, tetapa ramai warga Indonesia yang kaya raya hasil bekerja di negara ini.

Wednesday, September 9, 2009

DAP PALING AKTIF BANTU SPR DAFTAR PENGGUNDI

PUTRAJAYA 8 Sept. - DAP adalah parti yang paling aktif dalam membantu Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mendaftarkan pengundi baru yang melepasi umur 21 tahun sejak Pilihan Raya Umum Ke-12 (PRU-12) tahun lalu.
Ia diikuti oleh Pas, UMNO dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) manakala yang paling lembap adalah MIC dan Gerakan.
Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar ketika mendedahkannya berkata, rekod SPR itu adalah berdasarkan komitmen dan kerjasama positif parti-parti politik dalam menarik hampir empat juta rakyat Malaysia yang masih belum mendaftar sebagai pengundi.
Katanya, kerjasama SPR dengan parti-parti politik itu adalah menerusi Penolong Pendaftar Sementara (PPS) yang diberi kuasa oleh badan itu untuk berbuat demikian.
"PPS dari DAP mengatasi parti-parti lain di Selangor, Pulau Pinang, Perak dan Melaka.
"Daripada kutipan data pemilih baru sejak PRU-12, kita dapati kesedaran kaum Cina sebagai pengundi pilihan raya adalah yang paling tinggi sementara terendah adalah kaum India," katanya kepada Utusan Malaysia di pejabatnya di sini hari ini.
Wan Ahmad berkata, SPR menghargai daya usaha PPS dalam menarik minat orang ramai mendaftar menjadi pemilih memandangkan tanggungjawab besar yang dipikulnya berikutan setiap tahun terdapat 400,000 orang mencapai umur 21 tahun.
"Kumpulan PPS inilah yang paling berkesan dalam mencari dan mendaftarkan pemilih baru berbanding kakitangan SPR yang turun padang, diikuti di pendaftaran di pejabat pos dan kaunter.
"Tahun lepas terdapat kira-kira 2,000 PPS di seluruh negara. Mereka begitu rajin sekarang dan bila rajin, tinggilah pendapatan mereka yang diberi RM1 jika berjaya mendaftarkan seorang pemilih baru," katanya.
Sehubungan itu, Wan Ahmad berkata, beliau akan mencadangkan kepada SPR supaya menambah bilangan PPS sedia ada iaitu dari seorang setiap parti untuk satu Dewan Undangan Negeri kepada tiga hingga lima orang.
"Mungkin kita akan mencadangkan supaya setiap daerah mengundi diperuntukkan seorang PPS bagi setiap parti," katanya.

komen : Itulah sikap masyarakat Cina yang sedar bertapa penting hak seorang untuk menggundi. Tetapi hak orang melayu juga perlu dikejutkan dari terus terlalai dan tidak ambil kesah hak untuk menggundi. Atau adakah orang melayu mahu terjadi seperti Singapura yang hak keistemewaan orang melayu sudah tidak ada lagi. Melayu cuma diberikan jawatan rendah, duduk dirumah flek sahaja, azan tidak boleh dibunyikan keluar, orang melayu susah dan merempat di bumi sendiri. Fikir-fikir nasib melayu di zaman anak dan cucu cicik kita di masa hadapan nanti.

PENUNJUK PERASAAN MAHU USIR RAKYAT MALAYSIA

JAKARTA 8 Sept. - Sekumpulan penunjuk perasaan bersenjata buluh runcing menahan kenderaan-kenderaan yang melalui Jalan Deponegoro di sini dalam gerakan yang dipanggil 'Sweeping Malaysia' (Sapu Malaysia) bagi mencari dan mengusir rakyat Malaysia.
Kumpulan berkenaan yang mengikat bendera Indonesia di kepala bertindak menahan semua kenderaan dan meminta pemandu dan penumpang menyerahkan kad pengenalan masing-masing.
Sebuah televisyen tempatan, Metronews melaporkan kumpulan berkenaan bertindak merampas kad pengenalan rakyat Malaysia supaya mereka diusir dari Indonesia.
Setakat ini, tiada laporan rakyat Malaysia yang ditahan oleh kumpulan tersebut atau dirampas kad pengenalan mereka.
Kumpulan itu juga merancang untuk mengadakan tunjuk perasaan kali kedua di hadapan Kedutaan Besar Malaysia di sini.
Kumpulan terbabit yang tidak berpuas hati dengan sikap berlembut Kerajaan Indonesia terhadap Malaysia berhubung isu tarian Pendet sebelum ini telah mengadakan tunjuk perasaan di hadapan kedutaan tersebut.
Indonesia sebelum ini menuduh Malaysia sengaja menggunakan tarian Pendet berasal dari Bali dalam promosi pelancongan, walaupun kesilapan itu sebenarnya dilakukan oleh sebuah syarikat swasta dan tidak membabitkan kerajaan Malaysia.
Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta difahamkan telah menghubungi para pelajar dan rakyat Malaysia di Indonesia supaya mengambil langkah berjaga-jaga serta tidak pergi ke kawasan yang sensitif.
Kedutaan juga telah meminta Kementerian Luar dan Polis Indonesia supaya mengambil langkah sewajarnya bagi melindungi rakyat Malaysia.
Sementara itu, Detikcom melaporkan 'Sweeping Malaysia' berlangsung selama kira-kira 30 minit dalam suasana 'cukup tegang'.
Pengguna jalan raya berkenaan terkejut kerana mereka ditahan oleh sekumpulan penunjuk perasaan yang menggunakan senjata buluh runcing dan diminta mereka menyerahkan kad pengenalan masing-masing untuk diperiksa.

komen : Kepada rakyat Malaysia yang berada di Indonesia terutama saudara dan kenalan rapat
supaya berhati-hati. Semangat yang ditiup supaya membenci Malaysia oleh penunjuk-penunjuk perasaan mengambarkan ia tidak bertamadun perlu difikirkan apa yang perlu dilakukan.
Malaysia adalah negara yang banyak membantu Indonesia dalam menghadapi masalah gempa bumi, sunami, bantuan kepada rakyat miskin dan mengambil pekerja Indonesia bekerja di Malaysia. Oleh itu jika pemimpin mereka membiarkan ia akan berlaku jika tidak dikawal dengan baik.

Tuesday, September 8, 2009

PELAJAR TERBAIK


KUALA LUMPUR 7 Sept. - Pelajar Malaysia, Adelina Raisa Sufian, 21, meraih anugerah 'Pelajar Terbaik Keseluruhan' dengan kelulusan Kelas Pertama Ijazah Sarjana Muda Pengajian Bahasa Inggeris di Queen Mary College di University of London yang sekali gus mengharumkan nama negara.
Beliau mencipta sejarah tersendiri apabila dipilih untuk anugerah 'Westfield Trust Prize for Outstanding Academic Achievement' apabila berjaya menjadi pelajar Malaysia pertama memenangi anugerah yang dianggap paling berprestij dari universiti tersebut.
Anak sulung kepada pasangan, Datuk Sufian Majid dan Datin Alissa Fitri ini berkata, beliau begitu gembira dan bangga kerana mendapat kelulusan kelas pertama dan berjaya menggondol anugerah tersebut kerana ia merupakan impian dan cita-citanya ketika mula menjejak kaki ke universiti tersebut.
''Saya belajar bersungguh-sungguh dengan menetapkan sasaran tertentu. Yang penting adalah kesungguhan dan keyakinan pada diri kita. Saya terpaksa menandingi ramai pelajar di London dan juga pelajar dari negara lain tetapi berbekalkan semangat yakin boleh, saya berjaya melakukannya.
''Saya juga selalu mendapat sokongan dan rangsangan daripada ibu bapa dan juga adik saya. Kata-kata rangsangan mereka memberikan suntikan semangat yang kuat kepada saya,'' katanya kepada Bernama.
Adelina Raisa yang mahir bermain piano dan pernah mewakili universiti dalam pertandingan koir, pertandingan Matematik dan banyak lagi aktiviti lain berkata, pelajar Malaysia boleh melakukan yang terbaik dalam pengajian bahasa Inggeris walaupun meneruskan pengajian di luar negara seperti di London yang penuh dengan cabaran.
Beliau juga pernah memenangi anugerah 'Headmaster's Prize' pada 2004 di Oakham School dan juga Anugerah Terbaik untuk mata pelajaran Matematik, Inggeris dan Kimia pada tahun yang sama.
Ketika ditanya mengenai perancangan seterusnya, Adelina Raisa yang suka meluangkan masanya untuk menulis berkata: ''Saya akan bekerja di Malaysia. Saya sayangkan Malaysia. Negara kita tetap menjadi pilihan saya untuk meneruskan karier saya kerana banyak peluang di sini.
''Apabila kita habis belajar di luar negara, adalah lebih baik kita balik dan menyumbang tenaga dan khidmat kita kepada negara kita yang tercinta,'' katanya yang bercadang meneruskan pengajian mastersnya kelak.
komen : Ini contoh yang perlu diikuti oleh pelajar-pelajar dinegara ini.

BN TUNAIKAN JANJI



KUALA KRAI 7 Sept. - Biarpun tewas pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai, Barisan Nasional (BN) tetap menunaikan janji untuk membantu penduduk di situ dengan peruntukan awal sebanyak RM8.9 juta menerusi tiga projek utama.
Projek tersebut ialah pembinaan jambatan dua lorong menghubungkan Manek Urai Lama dan Manek Urai Baru bernilai RM8 juta, penambaikan Masjid Temalir (RM600,000) dan pembinaan kemudahan sukan di Kampung Manjor dengan kos RM300,000.
Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan perkara tersebut sebagai menghargai kesediaan pengundi untuk membawa perubahan ketika menghadiri Majlis Berbuka Puasa Bersama Rakyat dan Penyampaian Bantuan di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Kuala Krai di sini petang ini.
Perdana Menteri berkata, ia sebagai tanda terima kasih dan membuktikan bahawa BN ikhlas menepati janji untuk membantu rakyat di kawasan berkenaan yang dianggap sudah membawa kemenangan walaupun tewas dengan majoriti amat tipis di kawasan kubu kuat Pas itu.
''Oleh kerana pemimpin UMNO di sini termasuk Ketua UMNO Bahagian memintanya maka saya sahkan projek membina jambatan ini akan dilaksanakan dengan anggaran sebanyak RM8 juta sebagai penghargaan kepada mereka dan menunaikan janji pilihan raya.
''Saya anggap ini sebagai menghargai sokongan pengundi di Manek Urai yang sebenarnya mahukan perubahan, mudah-mudahan yang sikit itu (majoriti) akan menjadi kenyataan sikit masa lagi," katanya ketika berucap pada majlis tersebut.
Turut hadir isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor dan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Mustapa Mohamed. Kira-kira 4,000 rakyat Kuala Krai menghadiri majlis itu.
Pada Pilihan Raya Kecil Manek Urai lalu, calon BN, Tuan Aziz Tuan Mat tewas dengan majoriti 63 undi kepada calon Pas, Mohd. Fauzi Abdullah.
Kekalahan tipis itu mengejutkan semua pihak kerana kawasan itu dikatakan kubu kuat Pas memandangkan pada pilihan raya umum lalu, calon Pas, Allahyarham Ismail Yaakob menang dengan majoriti, 1,352 undi.
Pilihan raya kecil itu diadakan ekoran kematian Ismail akibat pelbagai komplikasi di Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu.
Najib yang juga Pengerusi BN berkata, Kerajaan Pusat dan BN akan terus membela nasib rakyat Kelantan dan Malaysia seluruhnya.
Beliau menegaskan, ia berdasarkan kepada hala tuju untuk memperjuangkan Islam, menjadikan ummah yang progresif dan berjaya di samping keadilan untuk semua kaum.

komen : Walaupun kalah didalam Pilihanraya Kecil Manik Urai, kerajaan BN tetap meneruskan projek yang dijanjikan semasa kempen yang lalu. Ini membuktikan kerajaan mempu dalam membantu rakyat dalam segi pembangunan dalam memberikan kemudahan kepada rakyat.

Friday, September 4, 2009

LEBIH 78,000 PENEROKA FELCRA TERIMA DIVIDEN



MOHD. Shafie Apdal (tengah) menyampaikan replika cek kepada salah seorang wakil peneroka Felcra di Sik, Kedah semalam.
SIK 3 Sept. – Seramai 78,019 peserta Lembaga Pemulihan dan Penyatuan Tanah Negara (Felcra) di seluruh negara akan menerima bayaran dividen yang berjumlah RM445.99 juta sebelum sambutan Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi.
Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata, agihan dividen tersebut lebih rendah iaitu kira-kira 28 peratus berbanding RM588.18 juta pada 2008.
“Walaupun ekonomi lembap terutama sektor komoditi sawit dan getah yang tidak stabil, Felcra Berhad dapat mengimbangi cabaran itu,” katanya.
Beliau bercakap kepada pemberita selepas Majlis Penyampaian Dividen Peserta Felcra Berhad Peringkat Negeri Kedah 2009 dan berbuka puasa bersama peneroka di Institut Kemahiran Mara (IKM) Sik di sini malam ini.
Hadir sama ialah Pengerusi Felcra Berhad, Datuk Tajuddin Abdul Rahman; Ketua Pegawai Eksekutif Felcra, Datuk Mohd. Nasir Baba dan Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Paduka Ahmad Bashah Hanipah.
Mohd. Shafie yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah memberitahu, kerajaan sentiasa berusaha membantu meningkatkan ekonomi rakyat terutamanya di kawasan luar bandar.
Sejak penubuhannya kata beliau, Felcra berjaya mengeluarkan masyarakat luar bandar di negara ini daripada belenggu kemiskinan.
“Kita yakin Felcra akan meneruskan usaha secara berterusan untuk menjana ekonomi negara dan membangunkan taraf hidup masyarakat luar bandar,” tambah beliau.

komen : Ini mengambarkan kerajaan begitu perihatin masalah rakyat dan mampu menguruskan pendapatan rakyat dengan baik dan dibayar kepada yang berhak.
Ini adalah sikap pemimpin yang terdahulu merancang demi kebaikan untuk rakyat dan golongan yang miskin di kampung terutama menjelang hari perayaan tidajk lama lagi. Apa lagi yang rakyat mahukan duduk sahaja apabila tiba masanya semua yang terpilih dapat wang untuk keperluan mereka. Apa yang pembangkang boleh buat seperti kerajaan BN yang merancang dari awal perkara ini. Teruskan sokongan kepada kerajaan BN, selamat berpuasa dan bersyukur apa yang dianugerahkan oleh Allah kepada kita.

Thursday, September 3, 2009

KEKEJAMAN BINTANGB TIGA

Kekejaman Bintang Tiga
Bau hanyir darah, sungai jernih bertukar merah, mayat bergelimpangan DITANGKAP dan disembelih hidup-hidup, darah menyembur keluar dari leher yang hampir putus, tubuh terangkat ke atas dan menggelepar menahan seksa sakratulmaut. Bunyi geruh menarik nafas akhir amat gerun dan memilukan. Tidak cukup dengan itu, walaupun batang tubuh sudah tidak bergerak dan basah bermandi darah, dagingnya ditakik pula sebelum dibakar dan dihumban ke dalam lubang sedalam paras paha. Perbuatan kejam dan di luar peri kemanusiaan itu adalah gambaran kekejaman komunis yang bermaharajalela ketika era darurat dari 1948 sehingga 1960.
Bagi Presiden Persatuan Bekas Polis Malaysia, Shafie Bakri menyifatkannya sebagai tindakan membalas dendam Parti Komunis Malaya (PKM) yang juga dikenali Bintang Tiga terhadap individu yang disyaki menjadi tali barut tentera Jepun. Tentera Jepun menguasai negara ini untuk tempoh tiga tahun lapan bulan. “Jepun menyerah kalah selepas Hiroshima dan Nagasaki dibom pada 6 Ogos 1945. Sebaik mendapat khabar, komunis keluar daripada tempat persembunyian di hutan dan menunjukkan kekuatan dengan membunuh sesiapa saja yang dipercayai bersekongkol dengan Jepun,” katanya. Gambaran kekejaman Bintang Tiga dijelaskan beliau pada ceramah program Bicara Tokoh Darurat sempena pameran Darurat-Rentetan Sejarah 1948-1960 anjuran Muzium Negara yang berlangsung dari 30 Jun hingga 30 Ogos lalu.


Info

Kes keganasan komunis

Serang hendap di Kelian Intan - 10 September 1947 Peristiwa berlaku pada jam 7.30 pagi membabitkan serangan pengganas ke atas sebuah lori dan dua bas yang membawa anggota polis. Tiga anggota polis dan enam orang awam terkorban, manakala dua mata-mata polis serta 12 orang awam cedera parah. Segerombolan pengganas komunis dikatakan melepaskan tembakan bertubi-tubi selama 10 minit, merampas harta penumpang dan mengacukan senapang kepada mereka.

Pembunuhan di Sungai Siput, Perak - 16 Jun 1948 Tragedi ini mengorbankan tiga pengurus ladang berbangsa Eropah iaitu T.G Christian, A.E Walker dan J.M Allison. Pembunuhan ini menggemparkan penduduk tempatan, seterusnya penyebab kepada pengisytiharan Undang-undang Darurat di Perak. Ia adalah pengumuman darurat pertama sebelum ia diperluaskan di seluruh Tanah Melayu pada 18 Jun 1948. Pembunuhan ini disifatkan sebagai kemuncak keganasan komunis yang mula berleluasa sejak tamat Perang Dunia Kedua di negara ini.
Serangan ke atas kampung Jeram Choh, Johor - 18 Jun 1948 Ia dilakukan kira-kira 20 pengganas komunis lengkap bersenjata. Kemuncak kejadian ialah serangan ke atas balai polis yang menyebabkan kerajaan mengalih langkah mengumumkan perintah darurat berkuat-kuasa serta-merta.

Tragedi lombong Batu Arang, Selangor - 12 Julai 1948 Lombong ini ditawan komunis sebagai strategi melumpuhkan ekonomi negara. Ia bukan saja mengakibatkan operasi kilang terhenti, malah seluruh kilang dimusnahkan manakala lima pekerja berbangsa Cina terkorban.
Sabotaj ke atas kuari Sungai Gepai, Tapah, Perak - 19 Januari 1950 Serangan membabitkan kira-kira 20 pengganas itu memusnahkan beberapa kenderaan dan peralatan kuari.
Serang hendap di Seberang Perai - 22 Januari 1950 Serangan ini mengorbankan lapan anggota polis termasuk seorang sarjan Inggeris manakala enam anggota polis Melayu cedera parah.
Serangan di Kampung Simpang Tiga, Setiawan, Perak - 4 Februari 1950 Kira-kira 80 pengganas komunis menyerang dan membakar kampung yang mengakibatkan 1,000 penduduk kehilangan tempat tinggal dan harta benda.

Peristiwa Bukit Kepong - 23 Februari 1950 150 pengganas komunis yang diketuai Mat Indra menyerang balai polis pada jam 4.30 pagi. Tragedi memilukan ini mengorbankan 23 mangsa membabitkan 13 anggota polis, enam pengawal kampung, tiga wanita dan seorang kanak-kanak.
Serang hendap di Sungai Semur, Kelantan - 25 Mac 1950 Pertempuran antara kira-kira 250 pengganas komunis dengan platun Kompeni D Batalion Ketiga Rejimen Askar Melayu Diraja berjumlah 25 orang. Serangan berlaku pada jam 10.30 pagi ketika platun berkenaan menyusuri sungai. Sejumlah 17 orang anggota tentera terbunuh dengan lapan cedera.

Pembunuhan Pesuruhjaya Tinggi British, Sir Henry Gurney di Batu 56 1/2, Jalan Kuala Kubu Bharu, Bukit Fraser - 6 Oktober 1951 Sir Henry, Pesuruhjaya Tinggi British pada 1948 hingga 1951 diberi tanggungjawab membanteras ancaman komunis di Tanah Melayu. Dia dan isteri ditembak mati ketika dalam perjalanan ke Bukit Fraser dari Kuala Lumpur untuk bercuti.

Serang hendap kereta api, Tampin, Negeri Sembilan - 14 November 1951 Serangan ini mengorbankan empat orang awam, termasuk pemandu kereta api, K Vettivelu. Kejadian berlaku pada waktu malam ketika kereta api berkenaan berada kira-kira sebatu dari Tebong berhampiran Tampin. Sabotaj dilakukan dengan mengalihkan landasan mengakibatkan kereta api tersasar, manakala sebahagian gerabak terbabas serta tergelincir kira-kira 10 meter ke bawah landasan. Kereta api itu ditembak bertubi-tubi sekali gus mencederakan 20 penumpang. Antara mangsa terselamat, termasuk Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Abdul Rahman ibni Almarhum Tuanku Muhammad dan isteri serta dua putera baginda.

Pokok getah seluruh Tanah Melayu ditetak (1948 - 1951) Ia adalah tindak balas pengganas komunis terhadap pemilik ladang yang enggan bekerjasama dengan mereka. Perbuatan menetak pokok juga bertujuan melumpuhkan ekonomi yang ketika itu banyak bergantung kepada hasil pengeluaran getah.

komen : Begitu kejam yang dilakukan Bintang Tiga pada masa itu,..kemerdekaan yang dicapai bukan senang bergadai nyawa dan harta benda untuk mencapai kermedakaan, seharusnya rakyat perlu sedar susahnya nya mencapai keselesaan yang dinikmati pada hari ini.

PERSIDANGAN BAWAH POKOK KE HOTEL


Selepas mengadakan 'sidang Dewan Undangan Negeri' (DUN) di bawah pokok pada Mac lalu, Pakatan Rakyat (PR) Perak semalam meneruskan pula mesyuarat sama di sebuah hotel di sini. Persidangan itu diadakan di Ballroom, Hotel Heritage, Jalan Raja DiHilir Perak, kira-kira jam 11.30 pagi selepas 27 Adun pembangkang dilarang memasuki Bangunan Perak Darul Ridzuan yang menempatkan DUN.
Ini berikutan keputusan Mahkamah Tinggi Ipoh kelmarin menolak permohonan bekas Speaker Perak, S Sivakumar, supaya Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Dr Abdul Rahman Hashim tidak menghalang Pakatan Rakyat mengadakan sidang DUN di bangunan berkenaan. Pada 3 Mac lalu, Adun Pakatan Rakyat juga cuba memasuki bangunan itu tetapi tidak berjaya menyebabkan mereka mengadakan sidang DUN di bawah pokok kira-kira 100 meter dari Bangunan Perak Darul Ridzuan. Bagaimanapun, kali ini Pakatan Rakyat lebih bersedia dengan menempah hotel bagi mengadakan sidang DUN itu.
Malah, mesyuarat di hotel itu dipercayai sudah diatur lebih awal kerana ballroom berkenaan menyediakan susunan tempat duduk Adun DAP, Pas dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) serta Barisan Nasional (BN) yang lengkap dengan tanda nama kawasan DUN masing-masing, kecuali untuk tujuh Adun BN termasuk Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir yang digantung dan tiga Adun Bebas yang didakwa sudah meletak jawatan. Sivakumar yang mempengerusikan sidang itu duduk di pentas utama, tempat paling tinggi seperti susun letak dalam Sidang DUN sebenar, manakala Adun pakatan pembangkang duduk di sebelah kanan bekas speaker itu yang biasanya dikhaskan untuk wakil rakyat kerajaan. 'Setiausaha DUN', Misbahul Masduki Munir pula duduk di depan Sivakumar, manakala Adun Pasir Panjang (Pas), Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin duduk di kerusi paling dekat dengan 'speaker', tempat yang secara tradisinya dikhaskan untuk Menteri Besar. Hanya 23 Adun Pakatan Rakyat menghadiri sidang berkenaan selepas tiga lagi Adun pembangkang ditahan polis, manakala Adun Titi Serong, Khalil Idham Lim mengerjakan umrah.

komen ; Terlalu sukar menerima ketiadaan kuasa Pakatan Rakyat sanggup melakukan apa sahaja untuk membolehkan mereka mentadbir semula di Negeri Perak. Ini sikap pembangkang tidak menerima ketidak upayaan mereka berkuasa di pentadbiran Negeri Perak.
Sikap terlalu angkuh dan mengiktiraf karajaan baru yang lebih berhak dan perkenan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Perak. Kalau beginilah cara pembangkang sedarlah rakyat bahawa Pakatan Rakyat ini akan melakukan apa sahaja demi mereka boleh berkuasa,
tolak pembangkang yang menghuru hara keamanan negara ini.

SELESAIKAN ISU KUIL

Oleh Azian Azizpengarang@utusan.com.my

SHAH ALAM 2 Sept. – Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menitahkan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mencari jalan terbaik bagi menyelesaikan isu cadangan pembinaan kuil di Seksyen 23 di sini bagi mengelak perselisihan kaum.
Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani berkata, titah baginda itu disampaikan kepada Abdul Khalid dalam sepucuk surat bertarikh 24 Ogos lalu.
“Baginda juga telah menitahkan perkara itu pada sesi menghadap hari Rabu iaitu sebelum mesyuarat Exco berlangsung,” katanya dalam kenyataan bagi mengulas berita yang disiarkan Utusan Malaysia hari ini bertajuk Sultan Selangor diminta campur tangan.
Dalam laporan tersebut, beberapa pemimpin badan bukan kerajaan (NGO) meminta Sultan Selangor campur tangan isu kuil di Seksyen 23 di sini.
Isu tersebut bermula apabila penduduk di Seksyen 23 membantah cadangan pembinaan kuil di kawasan mereka yang majoritinya beragama Islam berbanding hanya 40 penganut Hindu.
Ekoran tiada jaminan daripada kerajaan negeri untuk membatalkan cadangan itu, kira-kira 200 penduduk bertindak mengadakan perhimpunan selepas solat Jumaat minggu lalu bagi menyatakan bantahan.
Keadaan bagaimanapun bertukar kecoh serta menjadi kontroversi apabila ada kalangan mereka yang menyertai perhimpunan itu membawa kepala lembu ketika berarak ke bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) di sini.
Sehubungan itu, pelbagai pihak termasuk dari luar negara mengkritik tindakan tersebut yang dianggap tidak sensitif dengan sentimen kaum dan agama.

komen : Isu kuil ini perlu diselesaikan dengan baik. Ia akan melibatkan rasa tidak puas hati penduduk melayu Syekyen 23 terhadap kelulusan kerajaan Negerib Selangor membina kuil
di tempat mereka. Sehingga perhimpunan yang menjadi kontervesi isu membawa kepala lembu di masa perarakan itu. Menteri Besar perlu menyelesaikan bagi menyelakkan perkara tidak puas hati antara kaum dan permusuhan di antara penduduk di tempat itu.

Tuesday, September 1, 2009

JANGAN SEKADAR LAUNG MERDEKA


Oleh ZULKIFLEE BAKARpengarang@utusan.com.my

''Saya memantau banyak Facebook status sepanjang minggu ini dan apa yang saya dapati agak menakutkan. Sebahagian anak muda Melayu, bukan sekadar berbeza pendapat dengan pemimpin negara malah ada di antaranya yang menunjukkan kebencian kepada negara, Jalur Gemilang dan sambutan Hari Kemerdekaan itu sendiri. Saya fikir ini cukup berbahaya."
Demikianlah bunyi sebahagian Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) yang diterima oleh seorang menteri kanan menjelang detik 12 tengah malam, 31 Ogos iaitu ketika negara di ambang menyambut ulang tahun kemerdekaan ke-52 semalam.
SMS itu sudah menunjukkan dengan jelas betapa erti dan nilai kemerdekaan yang sebelum ini begitu disanjung oleh generasi-generasi sebelum merdeka semakin terhakis di kalangan generasi muda.
Bagi sebahagian golongan muda kemerdekaan bererti kebebasan dengan berkumpul di tempat-tempat di mana ambang kemerdekaan akan disambut hatta biarpun di bulan Ramadan.
Ia menjadi semakin meriah apabila ada VVIP yang hadir biarpun sepatutnya VVIP berkenaan berada di Masjid Negara bagi menghadiri majlis doa selamat.
Semua keadaan ini sebenarnya adalah satu ancaman yang semakin menular di kalangan rakyat Malaysia. Perasaan sayang kepada negara semakin terhakis di kalangan generasi muda dan mereka juga tidak akan sama sekali memahami betapa bernilainya sebuah kemerdekaan.
Oleh itu, kita tidak perlu membuang masa berhujah atau membuat seruan supaya menghargai dan mengingati jasa-jasa pejuang kemerdekaan, kerana sebahagian generasi muda tidak akan mempedulikan itu semua.
Pemikiran dan pandangan mereka tidak lagi serupa dengan generasi sebelum merdeka atau generasi yang mengenal sejarah. Kita kini berhadapan dengan generasi Facebook, Myspace dan entah-entah apa-apa lagi kelompok yang lebih mengenal sejarah hidup artis atau ahli sukan berbanding pahlawan-pahlawan bangsa.
Malah kita juga tidak perlu berasa terkejut kalau di kalangan generasi berkenaan untuk menyebut lima menteri Kabinet pun mereka tidak tahu, apatah lagi meminta mereka menghuraikan siapa itu Tok Janggut.
Inilah realitinya dan inilah juga generasi yang sering kita laung-laungkan sebagai pewaris masa depan negara. Persoalannya, apakah masa depan negara itu akan benar-benar wujud atau 52 tahun lagi, Malaysia sudah tiada identiti bangsanya?
Setakat ini, kita harus akui tiada usaha bersungguh-sungguh dilakukan oleh mana-mana pihak untuk menanam semangat patriotik di kalangan generasi muda.
Kita hanya melaungkan seruan mengibarkan Jalur Gemilang atau menjerit 'merdeka' bersama-sama mereka di malam 31 Ogos, tetapi selepas itu apa kesannya?
Mereka tidak mahu memikirkan bahawa generasi muda melihat apa yang mereka lakukan dan ia kesudahannya akan menjadi contoh. Akhirnya yang akan menjadi mangsa ialah negara.
Justeru janganlah memandang ringan fenomena tidak sayangkan negara yang semakin menular di kalangan generasi muda tersebut. SMS yang dipaparkan pada awal rencana ini, sudah jelas membuktikan bahaya yang menanti kita.
Kita tidak pasti, apa yang akan dilakukan oleh kerajaan dan apa pula sumbangan parti-parti pembangkang dalam soal ini.
Selagi semangat meletakkan kepentingan politik mengatasi segala-galanya, maka selagi itu generasi muda akan terus hanyut dengan dunia mereka.
Tokoh-tokoh politik yang ada sekarang akan meninggalkan alam fana ini apabila tiba masanya, oleh itu kalau benar mereka sering melaung-laungkan untuk mewariskan sebuah negara yang aman, damai dan maju dengan identiti sendiri maka mereka perlu bertindak daripada sekarang untuk menyedarkan generasi muda daripada terus hanyut dengan dunia mereka.
Malaysia sudah 52 tahun mereka, Malaysia memerlukan pewaris bangsa yang mempunyai identitinya sendiri dan bukan 'kembali dijajah' dengan budaya luar.
Apalah gunanya segala kemajuan yang dinikmati kalau akhirnya rakyat Malaysia ibarat pelarian di negara sendiri. Tiada gunanya 52 tahun lagi kita hanya menjerit 'merdeka' sedangkan segala-galanya sudah menjadi milik asing tidak kira siapa pun mereka.

komen : Kita seharus menghayati semangat kemerdekaan dengan sebenar-benarnya, jangan
ambil mudah. Pejuang-pejuang yang memperjuangkan kemerdekaan bersusah payah untuk memerdekaan negara ini. Jangan kufur nikmat yang dinikmati selama ini, merdeka-merdeka-merdeka......

PETROL RON 95 KINI RM 1.80 SELITER

Oleh HATA WAHARIpengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 31 Ogos - Harga petrol RON95 yang akan dijual bermula esok ditetapkan pada RM1.80 seliter dan boleh diperoleh di semua stesen minyak di seluruh negara.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memberitahu, petrol RON97 pula dijadikan petrol premium dengan harga ditetapkan RM2.05 sen seliter.
''Penetapan RON95 pada RM1.80 dan RON97 pada RM2.05 adalah berikutan purata kos produk bagi petrol telah meningkat daripada US$40.75 (RM142.63) pada Disember 2008 kepada US$82.30 (RM288.05) pada Ogos 2009.
''Dengan jangkaan jualan RON95 sebanyak 95 peratus daripada keseluruhan jualan petrol di Malaysia, kerajaan dianggarkan masih membayar subsidi sebanyak 33.81 sen seliter atau RM304 juta sebulan untuk rakyat negara ini manakala subsidi yang perlu ditanggung oleh kerajaan bagi RON97 ialah 42.72 sen seliter,'' katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Pelancaran Penjualan Petrol RON95 di seluruh negara bermula esok di Stesen Minyak Petronas Lebuh Raya Sprint di sini hari ini.
Turut hadir pada majlis pelancaran itu ialah Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Tan Lian Hoe; Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Mohd. Zain Mohd. Dom dan Ketua Pegawai Eksekutif Petronas Dagangan Berhad, Mohd. Sabaruddin Mohd. Amin.
Ismail Sabri memberitahu, berdasarkan pada harga produk petroleum dunia, kementerian yakin harga RON95 dan RON97 dapat dikekalkan sehingga akhir tahun ini.
Katanya, RON95 merupakan bahan bakar yang mematuhi spesifikasi Euro2M di mana ia dapat mengurangkan pencemaran yang berpunca daripada pengeluaran asap kenderaan.
''Spesifikasi Euro2M adalah merupakan standard baru bagi petrol dan diesel yang akan mengurangkan kandungan sulfur daripada 3,000 bahagian perjuta (ppm) kepada 500ppm yang akan mengurangkan pelepasan asap kenderaan di udara,'' katanya.
Beliau memberitahu, 80 peratus pengguna telah bertukar menggunakan RON95 berbanding RON97 sejak penjualan RON95 di beberapa stesen minyak terpilih di sekitar kawasan Lembah Klang dan Putrajaya pada 12 Mei 2009.
Tambahnya, sehingga kini tiada rungutan ataupun aduan diterima daripada pengguna mengenai prestasi enjin kenderaan akibat daripada penggunaan RON95.
Jelas beliau, kebanyakan enjin kenderaan ketika ini menggunakan teknologi yang direka bentuk sesuai dengan penggunaan petrol RON95.
''Negara-negara pengeluar kenderaan utama dunia masa kini seperti Jepun, Eropah dan Amerika Syarikat juga menggunakan petrol RON95,'' katanya.
Ismail Sabri juga mengumumkan bermula esok petrol RON92 akan dikeluarkan daripada pasaran memandangkan penggunaan petrol tersebut adalah begitu kecil iaitu sekitar lima peratus sahaja daripada keseluruhan penjualan petrol di negara ini.

komen :