Thursday, September 10, 2009

TAKYAT INDONESIA PERLU DISEDARKAN


SAYA beranggapan tindakan penunjuk perasaan Indonesia membakar Jalur Gemilang adalah perbuatan biadap, keterlaluan dan satu penghinaan kepada rakyat dan negara Malaysia. Hanya kerana tarian Pendet yang berasal dari Bali, Malaysia dituduh sebagai pencuri walaupun ternyata bahan promosi pelancongan itu bukan diterbitkan Kerajaan Malaysia. Tanpa usul periksa mereka terus mencerca Malaysia. Bukannya sekali dua isu seumpama ini berlaku yang sepatutnya tidak harus menjadi masalah besar jika hanya sekadar bantahan. Namun, ia menjadi sebaliknya akibat tindakan kumpulan ekstremis itu membakar Jalur Gemilang yang menjadi simbol kedaulatan negara. Jika kita fahami istilah ‘sebangsa dan serumpun’ yang sering kita ungkapkan, perkara sebegini pasti dapat dielakkan. Sejarah juga menunjukkan ada sebilangan rakyat Malaysia berasal dari tanah Jawa, maka tidak mustahil wujud kesamaan dalam kebudayaan kedua-dua negara.
Kita juga mengakui memang wujud pelbagai masalah dan pertembungan pendapat di antara Malaysia dan Indonesia lebih-lebih lagi dalam soal kebudayaan, namun ia boleh diselesaikan di meja rundingan dan permuafakatan. Oleh itu, jangan disebabkan nila setitik hubungan kedua negara berjiran yang dikatakan serumpun ini musnah dek sifat tidak bertanggungjawab mereka ini. Saya berharap pihak kerajaan, individu mahupun syarikat penerbitan yang ada kaitan dengan isu seperti ini supaya lebih peka dan bertanggungjawab. Ini kerana, media Indonesia hanya menunggu ‘punca’ yang boleh ‘mengganyang’ kita melalui provokasi mereka yang keterlaluan. Realitinya media Indonesia lantang memainkan sentimen mengapi-apikan perasaan rakyat mereka terhadap Malaysia.
Itu belum dikira dalam laman web, blog, e-mel dan lain-lain pautan yang penuh dengan kata cacian dan hinaan kepada Malaysia. Apa gunanya jika pemimpin mereka menjaga persahabatan dan keharmonian dengan Malaysia tetapi media dan rakyatnya pula menghentam kita. Kepada rakyat Indonesia saya ingin anda berfikir sejenak, pada masa negara anda dilanda bencana tsunami di Aceh, gempa bumi di Yogyakarta dan seumpamanya, siapa jiran kamu yang segera membantu? Janganlah disebabkan benda remeh sebegini anda mahu labelkan kami sebagai orang yang tidak mengenang budi. Pernah terfikir jika Kerajaan Malaysia menghentikan pengambilan pekerja asing dari Indonesia, tidakkah ini akan menjadikan negara anda lebih miskin dan tertekan. Sepatutnya anda bersyukur kerana Kerajaan Malaysia memberi ruang kepada rakyat mencari rezeki di sini. Tahukah anda kehadiran banyak warga asing Indonesia menjadi punca meningkatnya kejadian jenayah rogol, bunuh, pecah rumah dan sebagainya di Malaysia.
Jika perkara kecil sebegini pun tiada tolak ansur dan tidak boleh diselesaikan cara baik, saya harap selepas ini jangan disebut lagi ungkapan kita rakyat ‘serumpun dan sebangsa’.

komen; Hubungan yang akrab yang sudah lama terjalin dan dengan sebab isu tarian pendet
kedua rakyat akan bermusuh. Sedarlah tetapa ramai rakyat Indonesia bekerja di Malaysia,
sekirannya terterusan rakyat Indonesia yang bekerja peerlu dihantar pulang ke negaranya.
Maka akan merempat di negara mereka, tetapa ramai warga Indonesia yang kaya raya hasil bekerja di negara ini.

1 comment:

  1. Salam, inilah kalau diri tidak berilmu, mereka ni sama juga dengan penyokong-penyokong PAS, yang lebih rela merempat ke negeri lain mencari kesenagan, tetapi tidak pernah berterima kasih....

    ReplyDelete