KUALA LUMPUR 15 Sept. – Pengguna Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) dan Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak akan menikmati laluan tol percuma dari 12 tengah malam hingga pukul 5 pagi pada 18 dan 24 September ini.
‘Hadiah hari raya’ itu meliputi semua kelas sama ada kereta, bas mahupun lori.
Ini bermakna, kenderaan kelas pertama seperti kereta bakal menikmati pengecualian maksimum iaitu RM29 sehala yang melibatkan perjalanan dari Plaza Tol Gombak hingga ke Plaza Tol Jabor di Kemaman, Terengganu atau laluan sebaliknya.
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MTD, Datuk Azmil Khalid berkata, program pengecualian tol itu adalah yang pertama dilakukan oleh syarikat konsesi lebuh raya di negara ini.
Katanya, perjalanan percuma sempena Aidilfitri itu dianggarkan bernilai RM2 juta berdasarkan purata penggunaan 200,000 buah kenderaan sehari.
“Bagi kami, jumlah RM2 juta itu tidaklah besar apabila dibandingkan dengan nyawa para pengguna dua lebuh raya tersebut.
“Pengecualian tol ini bertujuan mendorong para pengguna merancang perjalanan sekali gus mengurangkan kesesakan dan kemalangan,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Kumpulan MTD di sini hari ini.
komen : Itu sebagai tanda kerajaan kepimpinan Datuk Seri Najib akan melakukan apa sahaja demi membantu rakyat di dalam meghadapi kos kehidupan. Dalam menghadapi saat hari raya puasa banyak perbelanjaan perlu ditanggung oleh Ketua keluarga. Oleh itu dengan mengecuali bayaran TOL adalah dapat menolong rakyat menghadapi kos kehidupan yang tinggi.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Tahniah LPT dan LKLK. 1 Malaysia di sambut baik. Semuga menjadi inspirasi kepada pehak pehak lain.
ReplyDeleteBukan sekadar menyelamatkan nyawa pengguna LR berkenaan sahaja. Laluan2 lain dalam rangkaian laluan yang serangkai pun akan ikut mengendurkan kesesakan sekaligus melebarkan potensi keselamatan. Tahniah.
Salam Che Leh Jangok,
ReplyDeleteTerima kasih atas komen saudara, saya cuba beberapa kali buka blog saudara tapi tidak dapat.Salam perjuangan. Selamat hari raya
puasa dan maaf zahir batin