Wednesday, September 9, 2009

DAP PALING AKTIF BANTU SPR DAFTAR PENGGUNDI

PUTRAJAYA 8 Sept. - DAP adalah parti yang paling aktif dalam membantu Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mendaftarkan pengundi baru yang melepasi umur 21 tahun sejak Pilihan Raya Umum Ke-12 (PRU-12) tahun lalu.
Ia diikuti oleh Pas, UMNO dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) manakala yang paling lembap adalah MIC dan Gerakan.
Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar ketika mendedahkannya berkata, rekod SPR itu adalah berdasarkan komitmen dan kerjasama positif parti-parti politik dalam menarik hampir empat juta rakyat Malaysia yang masih belum mendaftar sebagai pengundi.
Katanya, kerjasama SPR dengan parti-parti politik itu adalah menerusi Penolong Pendaftar Sementara (PPS) yang diberi kuasa oleh badan itu untuk berbuat demikian.
"PPS dari DAP mengatasi parti-parti lain di Selangor, Pulau Pinang, Perak dan Melaka.
"Daripada kutipan data pemilih baru sejak PRU-12, kita dapati kesedaran kaum Cina sebagai pengundi pilihan raya adalah yang paling tinggi sementara terendah adalah kaum India," katanya kepada Utusan Malaysia di pejabatnya di sini hari ini.
Wan Ahmad berkata, SPR menghargai daya usaha PPS dalam menarik minat orang ramai mendaftar menjadi pemilih memandangkan tanggungjawab besar yang dipikulnya berikutan setiap tahun terdapat 400,000 orang mencapai umur 21 tahun.
"Kumpulan PPS inilah yang paling berkesan dalam mencari dan mendaftarkan pemilih baru berbanding kakitangan SPR yang turun padang, diikuti di pendaftaran di pejabat pos dan kaunter.
"Tahun lepas terdapat kira-kira 2,000 PPS di seluruh negara. Mereka begitu rajin sekarang dan bila rajin, tinggilah pendapatan mereka yang diberi RM1 jika berjaya mendaftarkan seorang pemilih baru," katanya.
Sehubungan itu, Wan Ahmad berkata, beliau akan mencadangkan kepada SPR supaya menambah bilangan PPS sedia ada iaitu dari seorang setiap parti untuk satu Dewan Undangan Negeri kepada tiga hingga lima orang.
"Mungkin kita akan mencadangkan supaya setiap daerah mengundi diperuntukkan seorang PPS bagi setiap parti," katanya.

komen : Itulah sikap masyarakat Cina yang sedar bertapa penting hak seorang untuk menggundi. Tetapi hak orang melayu juga perlu dikejutkan dari terus terlalai dan tidak ambil kesah hak untuk menggundi. Atau adakah orang melayu mahu terjadi seperti Singapura yang hak keistemewaan orang melayu sudah tidak ada lagi. Melayu cuma diberikan jawatan rendah, duduk dirumah flek sahaja, azan tidak boleh dibunyikan keluar, orang melayu susah dan merempat di bumi sendiri. Fikir-fikir nasib melayu di zaman anak dan cucu cicik kita di masa hadapan nanti.

1 comment:

  1. Salam,

    UMNO-BN sepatutnya bergerak seperti mereka terutama dari Pergerakan Pemuda dan Puteri, dalam perkara ini UMNO-BN terlalu berat dan lambat untuk memikirkannya...

    ReplyDelete