SHAH ALAM - Ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali semalam mengemukakan 10 sebab mengapa Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat perlu meletak jawatan sebagai Menteri Besar Kelantan. Beliau berkata, antara sebab itu ialah Nik Abdul Aziz terlalu lama memegang jawatan dalam Kerajaan Negeri dan menjadi pemimpin parti sehingga timbul dalam nalurinya mahukan semua benda adalah serba baru. Katanya, faktor usia juga antara sebab mengapa pemimpin Pas itu seperti seorang nyanyuk apabila melihat orang lain selalu berbuat kesalahan tanpa usul periksa dan mudah menerima pakai laporan tanpa usul periksa. ”Saya dengan rendah diri dan saya sedia menerima apa sahaja tohmahan terutama daripada pemimpin pembangkang, penulis blog atau sebagainya setelah saya mengeluarkan kenyataan 10 sebab mengapa Nik Abdul Aziz perlu meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar. ”Saya tahu, saya tidak sempurna dan jauh sama sekali memiliki ‘ilmu’ setinggi Nik Aziz. Ilmu yang saya ada ibarat setitik air dalam lautan. Walaupun bercakap benda yang benar sebab orang hanya nampak kelemahan kita, tetapi kita juga nampak kelemahan orang lain seperti orang tengok kelemahan kita,” katanya, semalam. Kelmarin, Nik Abdul Aziz mengulangi pendirian kerajaan Kelantan sebelum ini bahawa Ibrahim perlu meletakkan jawatannya susulan tindakan yang dilihat tidak sehaluan dengan parti itu. Katanya, beliau tidak mempunyai sebarang agenda ketika membuat kritikan kerana ia adalah benar dan pemimpin berkenaan harus profesional dengan menerimanya secara terbuka, bukan memarahi atau mendesaknya meletakkan jawatan. Ditanya lapan lagi sebab, kata Ibrahim, Nik Abdul Aziz uzur dan sakit serta kerap keluar masuk hospital hingga tidak dapat menumpukan pada tugasnya sebagai Menteri Besar, melainkan asyik berceramah sehingga gagal menjadi pentadbir yang baik. Sebab kelima katanya, pemimpin itu secara tidak sedar telah merosakkan imej Islam dengan mengeluarkan pelbagai kenyataan mengelirukan termasuk cuba mengambil alih tugas malaikat dan tugas Allah untuk menentukan siapa yang akan masuk syurga dan neraka. ”Dia (Nik Abdul Aziz) juga menentukan solat saya diterima Tuhan atau tidak. Sebagai pendakwah dia harus buat kebaikan, bukan menentukan hukum dan balasan yang tak terjangkau oleh manusia. ”Sebab keenam, dia menjadi alat dan perkakas kepada parti DAP yang bertentangan dengan pelaksanaan hukum Allah, manakala ketujuh, turut menjadi alat kepada Pakatan Rakyat yang memecahbelahkan umat Melayu dan Islam,” katanya. Sebab ketujuh katanya, ramai pemimpin Pas Kelantan dan Pusat mahukan beliau berundur daripada menjadi pentadbir dan pemimpin politik, tetapi tidak berani untuk bersuara. Sebab kesembilan, Nik Abdul Aziz juga pemimpin yang mempunyai sikap riak dan takbur sehingga menganggap dirinya saja yang betul. ”Sebab kesepuluh ialah, dia gagal mewujudkan peluang pekerjaan kepada rakyat Kelantan walaupun hampir 20 tahun memerintah sehingga menyebabkan lebih 100,000 rakyat negeri itu berhijrah ke negeri lain mencari rezeki. ”Kita dapat lihat Kelantan sebuah negara yang kaya dengan sumber alam, budaya dan sebagainya. Malangnya, kerana tidak ada inovasi, idea, kreativiti dan tidak cekap menjadikan Kelantan antara negeri paling mundur dan tidak maju,” katanya.
komen : Apa jua cadangan dan komen perlu di nilai dan dihayati oleh pemimpin yang lama yang mentadbir bagi sebuah negari. Apakah komen saudara Ibrahim Ali itu semua tidak baik tetapi pada hakikatnya ada juga betulnya. Nilaikan apa pandangan yang baik dan membina.
Niko Aziz kan dah janji pada rakyat Kelantan akan masuk 'syurga', kalau rakyat Kelantan nak juga hak dunia, gi lah cari kat tempat UMNO-BN memerintah.....
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeletesalam ukhuwah...salam perpaduan..
ReplyDeletesayyidina Abu Bakar as-siddiq yang mempunyai nilai keimanan yang paling tinggi dalam kalangan manusia selain nabi-nabi pun tidak berani hendak menjanjikan syurga kepada sesiapa, apakah nik aziz mempunyi nilai keimanan yang tinggi daripada sayyidina abu Bakar as-siddiq???
kepada YANG GAMBI kalau itu lahir dari nurani anta...mengikut hkum islam yang benar...TERESAT lah sudah anta..jauh menyimpang dari ajaran ISLAM yang Syumul...
tapi ana harap komen anta hanyalah suatu sindiran kepada PAS khususnya TGNA...!!
wassalam
October 14, 2009 1:56 PM