Tuesday, September 29, 2009

ASRAMA 1 MALAYSIA AKAN DIWUJUDKAN



PUTRAJAYA - Kerajaan sedang menimbangkan untuk mewujudkan sebuah asrama di Lembah Klang untuk memenuhi keperluan pelajar semua kaum yang menghadapi pelbagai masalah di rumah yang telah menjejaskan pembelajaran mereka, selaras dengan semangat 1Malaysia, kata Datuk Seri Najib Tun Razak semalam. Perdana Menteri berkata, kerajaan sedang mencari tapak yang sesuai bagi asrama itu, dijangka beroperasi tahun depan. “Kita masih belum lagi memikirkan nama asrama itu tetapi ia akan menjadi yang pertama seumpamanya yang menempatkan pelajar semua kaum hidup bersama-sama. ( Dari Sumber Bernama )


komen : Ia satu langkah yang bijak bagi menyatukan padukan masyarakat berbilang kaum di dalam negara di bawah kepimpinan Dato' seri Najib sebagai Perdana Menteri. Perpaduan amat penting disemai diperingkat sekolah lagi.

1 comment:

  1. Salam, begitulah kebijaksanaan seorang pemimpin yang perlu disokong......

    Tetapi, berapa ramai yang berfikiran begitu dalam UMNO ? Inilah akibatnya bila koperat sudah melebihi pejuang dalam parti.....

    ReplyDelete