Thursday, September 3, 2009

PERSIDANGAN BAWAH POKOK KE HOTEL


Selepas mengadakan 'sidang Dewan Undangan Negeri' (DUN) di bawah pokok pada Mac lalu, Pakatan Rakyat (PR) Perak semalam meneruskan pula mesyuarat sama di sebuah hotel di sini. Persidangan itu diadakan di Ballroom, Hotel Heritage, Jalan Raja DiHilir Perak, kira-kira jam 11.30 pagi selepas 27 Adun pembangkang dilarang memasuki Bangunan Perak Darul Ridzuan yang menempatkan DUN.
Ini berikutan keputusan Mahkamah Tinggi Ipoh kelmarin menolak permohonan bekas Speaker Perak, S Sivakumar, supaya Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Dr Abdul Rahman Hashim tidak menghalang Pakatan Rakyat mengadakan sidang DUN di bangunan berkenaan. Pada 3 Mac lalu, Adun Pakatan Rakyat juga cuba memasuki bangunan itu tetapi tidak berjaya menyebabkan mereka mengadakan sidang DUN di bawah pokok kira-kira 100 meter dari Bangunan Perak Darul Ridzuan. Bagaimanapun, kali ini Pakatan Rakyat lebih bersedia dengan menempah hotel bagi mengadakan sidang DUN itu.
Malah, mesyuarat di hotel itu dipercayai sudah diatur lebih awal kerana ballroom berkenaan menyediakan susunan tempat duduk Adun DAP, Pas dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) serta Barisan Nasional (BN) yang lengkap dengan tanda nama kawasan DUN masing-masing, kecuali untuk tujuh Adun BN termasuk Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir yang digantung dan tiga Adun Bebas yang didakwa sudah meletak jawatan. Sivakumar yang mempengerusikan sidang itu duduk di pentas utama, tempat paling tinggi seperti susun letak dalam Sidang DUN sebenar, manakala Adun pakatan pembangkang duduk di sebelah kanan bekas speaker itu yang biasanya dikhaskan untuk wakil rakyat kerajaan. 'Setiausaha DUN', Misbahul Masduki Munir pula duduk di depan Sivakumar, manakala Adun Pasir Panjang (Pas), Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin duduk di kerusi paling dekat dengan 'speaker', tempat yang secara tradisinya dikhaskan untuk Menteri Besar. Hanya 23 Adun Pakatan Rakyat menghadiri sidang berkenaan selepas tiga lagi Adun pembangkang ditahan polis, manakala Adun Titi Serong, Khalil Idham Lim mengerjakan umrah.

komen ; Terlalu sukar menerima ketiadaan kuasa Pakatan Rakyat sanggup melakukan apa sahaja untuk membolehkan mereka mentadbir semula di Negeri Perak. Ini sikap pembangkang tidak menerima ketidak upayaan mereka berkuasa di pentadbiran Negeri Perak.
Sikap terlalu angkuh dan mengiktiraf karajaan baru yang lebih berhak dan perkenan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Perak. Kalau beginilah cara pembangkang sedarlah rakyat bahawa Pakatan Rakyat ini akan melakukan apa sahaja demi mereka boleh berkuasa,
tolak pembangkang yang menghuru hara keamanan negara ini.

1 comment:

  1. Dalam tradisi ada 1 istilah yang disebut sebagai MENGOYANG. Mengoyang adalah satu bentuk gila dimana pengidapnya tak boleh terima hakikat kehilangan atau kegagalan. Dalam masyarakat dahulu mengoyang selalu dihidapi oleh perempuan yang baru lepas bersalin dan anak yang dilahirkan itu meninggal. Niza dan Siva tu sekaligus mengidap mengidap mengoyang dengan penggoda penggoda (syatan) disekeliling sentiasa menghasut goda. Itulah gambarannya.

    ReplyDelete