Tuesday, October 6, 2009

ANGKATAN TENTERA MALAYSIA HANTAR PESUKAN KE DUA



KUALA LUMPUR 5 Okt. - Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menghantar sebanyak 53 lagi anggota perubatannya ke Padang, Sumatera Barat hari ini bagi membantu mangsa gempa bumi di sana.
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi memberitahu, penghantaran kedua itu menjadikan jumlah keseluruhan petugas perubatan ATM di sana seramai 70 orang.
Katanya, mereka akan dihantar menggunakan pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dengan disertai beberapa petugas Pasukan Mencari dan Menyelamat Malaysia (Smart) yang bertugas di bawah Jabatan Perdana Menteri.
Beliau turut memuji tahap profesionalisme para petugas ATM dan Smart yang terlibat kerana mampu digerakkan ke kawasan bencana dalam notis yang amat singkat iaitu kira-kira lapan jam.
''Bagaimanapun, tempoh keberadaan mereka di sana tidak dapat dijangka berdasarkan pengalaman sebelum ini,'' katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Kongres Perubatan Ketenteraan Sedunia (WCMM) Ke-38 di sini hari ini.
Hadir sama, Panglima Tentera Udara, Jeneral Datuk Rodzali Daud dan Ketua Pengarah Kesihatan ATM, Leftenan Jeneral Datuk Seri Dr. Sulaiman Abdullah.
Sementara itu, Sulaiman memberitahu, kekuatan perubatan ATM di sana masing-masing terdiri daripada seorang pakar bedah, pakar bius, pakar ortopedik, doktor-doktor perubatan serta beberapa staf sokongan. ( dari sumber utusan Malaysia )


komen : Malaysia masih bersikap negara sahabat Asean dan sebagai negara Islam yang patut membantu negara sahabat yang di timpa bancana alam di Sumetera Barat. Walaupun ada segelintir rakyat Indon tidak tahu mengenan budi pertolongan rakyat Malaysia.

No comments:

Post a Comment