KOTA BAHARU- Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan hari ini meluluskan Rang Undang-Undang Enakmen Perbekalan Tambahan bagi membolehkan elaun wakil rakyat, termasuk Menteri Besar dan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco), dinaikkan selepas kali terakhir ia dinaikkan pada 2004.
Rang Undang-undang itu meminda Enakmen Saraan anggota pentadbiran kerajaan negeri dan anggota Dewan Undangan Negeri 1980, dicadangkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan, Datuk Husam Musa dan disokong oleh Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Usahawan dan Perpaduan Masyarakat, Datuk Anuar Tan Abdullah. Rang undang-undang itu kemudiannya diluluskan sebulat suara oleh semua 45 anggota dewan, termasuk enam anggota pembangkang dalam persidangan DUN yang masuk hari ketujuh, hari ini. Dengan kelulusan enakmen itu, elaun bulanan Menteri Besar dinaikkan daripada RM10,200 kepada RM12,800, Timbalan Menteri Besar (RM6,600 kepada M8,800), Speaker (RM5,400 kepada RM5,600) dan Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) (RM3,600 kepada RM4,600).
Ketika membentangkan rang undang-undang itu, Husam berkata kadar elaun wakil rakyat itu sememangnya wajar dinaikkan kerana ia sudah lama tidak dipinda. "Kenaikan itu juga bersesuaian dengan tugas dan peranan yang dimainkan oleh wakil rakyat yang semakin luas serta kos sara hidup yang semakin tinggi," katanya. Husam berkata kenaikan itu masih kecil jika dibandingkan dengan wakil rakyat negeri lain yang sudah lama menikmatinya. Langkah kerajaan negeri menaikkan elaun itu juga bukan berasaskan kepada desakan atau permintaan mana-mana pihak, tetapi ia suatu keperluan, katanya
dari petikan sumber bernama.
komen : Kenaikan elaun wakil rakyat di Kelantan menampakkan mereka mahu mendapat faedah yang lebih baik di atas kenaikan elaun tersebut. Rakyat susah bertungkus lumus mendapat wang untuk meneruskan kehidupan seharian mereka. Adalah rakyat menerima kenaikan ini menyebabkan beban Kerajaan Negeri bertambah dan wakikl rakyat nampak bergaya dan selesa, rakyat dihimpit kesusahan dan kemiskinan.
No comments:
Post a Comment