KUALA LUMPUR – Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai menyifatkan dakwaan yang mengaitkan isterinya menerima hadiah daripada individu tertentu dilihat sebagai satu perbuatan berniat jahat untuk membunuh karier politiknya. Naib Presiden MCA itu berkata, beliau akan memberikan kerjasama penuh kepada polis terhadap tuduhan yang dibuat oleh Ahli Parlimen pembangkang itu kerana mahu tahu perkara yang sebenarnya. “Semua itu tidak berasas. Ini permainan politik dan saya nak katakan yang mereka cuba nak tarik keluarga saya ke dalam (kemelut politik). Semua tahu parti saya ada sedikit masalah dan kita sekarang banyak kerja yang perlu dilakukan. “Jadi saya harap janganlah gunakan taktik sebegini. Kita rasa perkara ini amat jahat tujuannya,” katanya pada sidang media di Lobi Parlimen, semalam.
Semalam akhbar ini melaporkan Ahli Parlimen Segambut, Lim Lip Eng membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul berhubung berita dalam internet mengenai dakwaan ‘hadiah’ kereta dari Axis Construction Sdn Bhd (ACSB) kepada isteri Tiong Lai, Datin Seri Lee Su Loo. Artikel tersebut, ‘To The Health Minister YB Dato Liow’ mendakwa Su Loo menerima Toyota Alphard (dengan nombor pendaftaran WSB 15) yang berharga hampir RM600,000 pada hari jadinya pada bulan Januari. Artikel itu seterusnya mendakwa bahawa ACSB membayar wang pendahuluan kereta tersebut berjumlah lebih RM300,000 melalui cek Bank Hong Leong bernombor HLB 373727. Sementara itu, polis telah merujuk laporan terhadap isteri Tiong Lai berkaitan dakwaan yang terkandung dalam: surat yang disiarkan dalam Internet kepada (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Timbalan Pesuruhjaya SPRM Datuk Abu Kassim Mohamed mengesahkan semalam bahawa polis telah merujuk kes itu kepada SPRM dan suruhanjaya itu sedang mengkajinya. “Kita telah menerima maklumat itu daripada polis. Kita sedang mengkaji laporan itu dan akan menyiasat perkara tersebut,” katanya pada sidang media di sini. Beliau enggan mengulas lanjut mengenai isu itu, dengan mengatakan kerahsiaan dalam siasatan tersebut perlu dijaga. “Sabarlah dan jangan buat spekulasi mengenai apa-apa. Biarlah kita jalankan kerja kita,” katanya.
( di petik dari sumber Sinar Harian )
komen : Siasatan pihak Polis dan SPRM akan menentukan palsu atau fitnah.
Siasatan yang tulus perlu dilakukan. Ini menjadikan menteri yang dilantik biar tulus dan menjauhi rasuah kerana kerajaan bersih adalah impian Dato' Seri Najib selaku Perdana Menteri Malaysia ke 6.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment