Monday, October 5, 2009

MALAYSIA KOMITED TERUS BANTU INDONESIA



MENDENGAR cakap-cakap 'kedai kopi', ramai yang membantah usaha Malaysia membantu mangsa gempa di Indonesia kali ini. Ramai yang terkilan kerana rakyat seberang seperti tidak pernah belajar untuk berterima kasih.
Ramai yang masih berkecil hati atau mungkin marah dengan kempen 'ganyang Malaysia' yang cuba disemarakkan oleh segelintir kecil rakyat Indonesia, baru-baru ini.
Jika dilihat bagaimana sesetengah rakyat Indonesia melenting bila sesuatu isu timbul, memang mungkin agak berat untuk diterima. Dan ia memang menjadi satu hakikat. Ia berlaku sejak sekian lama.
Dan jika dilihat pada budi rakyat Malaysia selama ini, provokasi seperti usaha mengusir rakyat negara ini dari Indonesia atau tindakan membakar bendera Malaysia tidak seharusnya berlaku. Tetapi ia tetap berlaku walaupun hanya kerana isu sekecil "tarian pendet".
Bagaimanapun ternyata majoriti rakyat Malaysia tidak mudah melatah. Api tidak pernah dibalas dengan curahan minyak.
Kini ketika saudara serumpun di negara seberang ditimpa musibah terbaru, wujud gerakan di kalangan rakyat negara ini untuk membantu seboleh mungkin.
Sejak kelmarin, bantuan dari Malaysia mula dihantar ke sana. Bukan sahaja di pihak kerajaan malah NGO-NGO turut menyatakan komitmen untuk membantu mangsa di Sumatera itu.
Semuanya dilakukan atas nama kemanusiaan. Rasa kecil hati dan marah diketepikan. Hati siapa tidak tersentuh ketika menatap gambar-gambar mangsa gempa khususnya kanak-kanak.
Maka rasa marah terhadap sikap segelintir kecil rakyat Indonesia diketepikan.

komen : Walaupun hati ada sedikit terguris tetapi rakyat Malaysia terus melancarkan tabung membantu mangsa bancana Alam di Padang, Sumetera. Pasukan Keselamatan telah di arah kesana bersama pakar-pakar telah mula dihantar bagi melakukan misi membantu mangsa -mangsa bancana alam tersebut. Itulah sikap pemurah rakyat Malaysia.

No comments:

Post a Comment