Wednesday, October 7, 2009

1 RANTAU 1 DUNIA AMAN SEJAGAT


DATUK Seri Najib Razak berkata, konsep 1Rantau 1Dunia yang bersandarkan kepada sikap saling mempercayai dan menghormati serta bekerjasama adalah formula paling tepat untuk dilaksanakan pada peringkat global dalam mencapai keharmonian dan keamanan dunia. Perdana Menteri berkata, konsep itu boleh membantu dunia menghadapi dua cabaran besar ketika ini, iaitu jurang perbezaan budaya dan fahaman yang semakin tebal, krisis ekonomi global dan perubahan cuaca yang perlu ditangani secara bersama. Beliau berkata, hasrat rakyat Malaysia untuk mencapai 1Impian, 1Bangsa dan 1Negara menerusi gagasan 1Malaysia yang diperkenalkannya selepas mengambil alih tugas Perdana Menteri, April lalu, juga boleh menjadi impian masyarakat seluruh dunia untuk hidup harmoni.


Dalam ucaptama pada Persidangan Pertubuhan Pendidikan Saintifik dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unesco) ke-35 di sini, semalam, Najib juga berkata, dalam menghadapi cabaran pertama, Malaysia bersedia menjadi jambatan dialog antara budaya bagi mencapai keamanan berterusan.


"Keamanan tidak boleh dicapai kerana paksaan dan ketakutan. Kejahilan, ketakutan, prejudis dan sikap tidak peduli, jika dibiarkan akan menimbulkan perasaan benci, fanatik, ekstrim dan terlalu bergantung kepada takdir. Ini tentu akan memburukkan lagi keadaan dunia yang sakit sekarang. "Kesediaan Malaysia ini bukan kerana untuk kepentingan diri, tetapi ini adalah untuk kejayaan dan kepentingan bersama," katanya yang menjadi pemimpin pertama dari Malaysia diberikan penghormatan menyampaikan ucaptama pada persidangan itu.


Beliau yang dalam rangka lawatan empat hari ke Paris sejak Ahad lalu, diiringi isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor; Menteri Luar, Datuk Anifah Aman.
Mengenai cabaran kedua, Perdana Menteri berkata, dunia perlu membentuk sistem kewangan global yang baru bagi menjadikan keadaan lebih stabil dan adil dalam menghadapi kesan globalisasi. Najib berkata, krisis ekonomi yang dihadapi adalah realiti yang perlu dihadapi dan negara dunia perlu bergabung untuk menghadapinya. Katanya, pembentukan sistem kewangan global yang baru itu akan dapat memastikan kekayaan dirasai bersama dengan adil oleh semua negara.
( dipetik dari sumber Berita Harian )
komen : Seharusnya rakyat di negara ini mengekalkan perpaduan bagi menjamin ini selamat dan aman. Sikap saling hormat dan menghaomati sepatut ditanam di jiwa raga setiap rakyat di dalam negara ini.

2 comments:

  1. Tapi ngapa puak-puak PAS khawari, PKR barua yahudi dan Dap komunis nak sangat nengok malaysia huru hara ?

    ReplyDelete
  2. Kenapa UMNO pilih Isa??

    Aku kecewa apabila UMNO memilih Isa, sebahagian keluarga aku menaruh harapan yang tinggi terhadap UMNO, hancur berkecai.

    UMNO tidak pernah belajar dari kesilapan memilih calon yang imej tercemar bermula di Permatang Pasir melarat ke Bagan Pinang.UMNO tidak memperdulikan lagi imej calon asal kemenangan memihak kepadanya.

    Walau pun Tun Mahathir dan Tengku Razaleigh tidak mahu UMNO memilih Isa sebagai calon. Tapi nasihat veteran UMNO ini ditolak mentah dengan alasan kehendak rakyat memilih Isa.

    Ujud juga budaya kuno mengugut dari ahli-ahli UMNO sendiri untuk memboikot PRK jika Isa tidak dipilih. Budaya Melayu yang menjejekkan. Begini corak pemikiran Melayu yang dihasilkan oleh UMNO setelah lebih 52 tahun memerintah, setia membabi buta.

    Kekalahan demi kekalahan menjadikan UMNO terdesak untuk menang.

    Pemilihan Isa sebagai calon BN menunjukkan UMNO secara tidak langsung mengiktirafkan politik wang. Walaupun kehendak rakyat menolak politik wang, UMNO lebih mementingkan kemenangan. Jika Isa benar-benar mementingkan masa depan UMNO, dia sepatutnya menolak pencalonan tersebut. Isa lebih mementingkan diri sendiri.


    Pemilihan Isa sebagai calon BN menunjukkkan sikap kepimpinan DS Najib dan TS Muhyiddin yang lemah dan tidak berani membawa perubahan kepada UMNO. Mereka lebih takut kepada desakan dan kekalahan BN dari masa depan UMNO. Beginikah kepimpinan yang diperlukan untuk memimpin Malaysia?


    Demi masa depan UMNO , saya tidak dapat menerima Isa Samad sebagai calon BN di Bagan Pinang.

    Dan saya berharap UMNO dapat dikalahkan lagi di Bagan Pinang supaya UMNO benar-benar dapat menghayati makna perjuangan parti.

    ReplyDelete