KUALA LUMPUR 30 Sept. - Penganalisis-penganalisis tempatan sependapat bahawa pembentukan syarikat usaha sama antara Malaysia dan Arab Saudi yang diumumkan hari ini mampu membantu menjana pesat pertumbuhan ekonomi negara.
Mereka bagaimanapun berkata, lebih banyak maklumat lanjut diperlukan untuk melihat sejauh mana kesan yang bakal dapat dimanfaatkan.
Menurut Pengarah Eksekutif Jupiter Securities Sdn. Bhd., Nazarry Rosli, pelaburan besar dari Asia Barat di negara ini memberi manfaat kepada pasaran saham negara dan juga rakyat.
Katanya, pelaksanaan syarikat usaha sama itu yang menggalakkan aliran masuk pelaburan langsung asing (FDI) ke dalam negara bukan sahaja menjana peluang perniagaan malah mewujudkan peluang pekerjaan.
"Pengumuman sedemikian sentiasa dinanti-nantikan pasaran kerana ia memiliki kesan gandaan yang besar kepada pelbagai syarikat dan ekonomi," katanya kepada Utusan Malaysia ketika dihubungi, di sini hari ini.
Beliau mengulas mengenai penubuhan sebuah syarikat usaha sama bernilai AS$2.5 bilion (RM8.7 bilion) hasil perkongsian antara 1Malaysia Development Bhd. (1MDB) and PetroSaudi International Limited (PSI).
Syarikat usaha sama berkenaan akan mempelopori kemasukan aliran FDI dari Asia Barat serta melaksanakan pelaburan strategik dalam projek berimpak tinggi di negara ini.
Usaha sama itu merupakan yang pertama dilaksanakan oleh PSI di rantau ini.
Bagaimanapun, Nazarry enggan memberi komen selanjut berikutan intipati mengenai syarikat usaha sama itu belum dijelaskan dengan terperinci.
"Saya hanya boleh berharap pelaburan strategik dalam projek berimpak tinggi yang diumumkan akan menumpu terhadap sektor yang mampu menjana lebih banyak pekerjaan dan bukan hanya memberi manfaat kepada sesetengah golongan.
"Dengan adanya jaringan baik antara Malaysia dan negara tersebut, diharapkan setiap sektor tidak terlepas daripada menerima manfaat," katanya.
Sementara itu, Ketua Penyelidikan OSK Securities, Chris Eng berkata, usaha sama tersebut merupakan satu pakatan strategik yang amat baik dan menunjukkan keyakinan Arab Saudi terhadap prospek ekonomi di Malaysia.
Katanya, kerjasama tersebut dapat menyaksikan negara tersebut mempromosikan Malaysia sebagai destinasi pelaburan pilihan.
komen : Ia satu langkah yang baik bagi memperbagaikan sumber ekonomi negara.
Kepimpinan Dato' Seri Najib mampu melaksanakan dasar ekonomi yang berjaya dan menyakinkan pelabur-pelabur dari luar negara.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment