Wednesday, October 28, 2009

CHRISTINA LIEW LETAK JAWATAN AHLI MAJLIS TERTINGGI PKR




KOTA KINABALU: Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sabah menghadapi satu lagi tamparan, dengan Ketua Bahagian Kota Kinabalu, Christina Liew mengumumkan peletakan jawatan sebagai ahli majlis tertinggi parti hari ini, mengikut jejak naib presiden PKR, Datuk Dr Jeffrey Kitingan. Liew, yang digantikan bagi jawatan timbalan pengerusi PKR Sabah, berkata, bagaimanapun beliau kekal sebagai ahli parti dan mengekalkan jawatan ketua bahagian Kota Kinabalu. "Saya akan menyerahkan surat peletakan jawatan saya kepada presiden parti hari ini," katanya.

Liew berkata, selama ini beliau percaya yang parti itu adalah adil dan telus sehingga pelantikan Datuk Kong Hong Ming sebagai timbalan pengerusi PKR Sabah dan Ahmad Thamrin Jaini sebagai ketua parti yang baru di Sabah. "Ibu saya terpaksa berdepan dengan pandangan serong orang ramai kerana saya telah digantikan (sebagai timbalan pengerusi) atas alasan yang tidak diketahui. Saya telah bekerja keras selama sembilan tahun untuk mempromosikan PKR Sabah. Oleh kerana parti tidak menghargai sumbangan saya, saya berundur dengan bermaruah sekarang," katanya.

dari sumber Bernama


komen : Seorang demi seorang meletakkan jawatan kerana tidak puas hati di atas perlantikan Pengerusi Perhubungan PKR Negeri sabah. Itu cara PKR yang hanya disenangi oleh Anuar Ibrahim

No comments:

Post a Comment