Friday, October 16, 2009

UMNO BUKAN RASIS KATA PRESIDEN UMNO



KUALA LUMPUR 15 Okt. – Datuk Seri Najib Tun Razak memberi peringatan kepada pihak yang semberono menuduh UMNO sebagai parti perkauman supaya terlebih dulu mencermin diri secara ikhlas.
Tegas Perdana Menteri, pihak terbabit harus sedar akan realiti komposisi kaum dalam parti mereka sendiri dan jangan terlalu angkuh mengaku konon merekalah parti pelbagai kaum yang paling bermoral dan intelektual untuk memimpin rakyat di negara ini.
“Adakah ia benar-benar melambangkan keterbukaan yang mereka jerit dan laung-laungkan,” soalnya dalam ucapan dasar sulung sebagai Presiden pada Perhimpunan Agung UMNO Ke-60 di sini hari ini.


Jika betullah parti itu (UMNO) rasis bagai didakwa, beliau percaya tidak mungkin ia amat bertolak ansur terhadap budaya etnik lain sehingga wujudnya sekolah pelbagai aliran bahkan mustahil pula untuk bekerjasama akrab dengan parti komponen lain dalam Barisan Nasional (BN).
Sebaliknya UMNO sebagai parti berasaskan Melayu yang didakwa rasis, kata beliau, telah menjadi nakhoda memimpin kesemua tindakan hebat kerajaan untuk kepentingan rakyat sejak 50 tahun lalu.


Mengimbas sejarah negara yang seiring dengan susur galur UMNO, beliau berkata, parti itu telah mengepalai usaha menyelamatkan negara bermula daripada ambang kehancuran akibat konflik kaum pada 13 Mei 1969.
“Para pemimpin UMNO boleh memilih untuk tidak meneruskan demokrasi yang telah digantung. UMNO juga boleh memutuskan untuk menubuhkan kerajaan satu parti atau mungkin menyokong saja pihak tentera melakukan kudeta.
“Akan tetapi, itu semua tidak dilakukan, malah UMNO berusaha keras mengembalikan demokrasi dalam masa 18 bulan. Ini jelas mempamerkan bahawa UMNO bukan sebuah parti yang mabuk kuasa, jauh sekali sebagai sebuah parti yang bersifat perkauman,” tegasnya.
Baginya, perkauman sebenar adalah apa yang berlaku pada zaman aparteid di Afrika Selatan dan era 60-an di Amerika Syarikat, ketika amalan perkauman berlaku secara terang-terangan sehingga sekolah, bilik air, tempat makan di restoran dan tempat duduk dalam bas dibeza-bezakan.


Semua itu, katanya, hanya berakhir setelah keputusan pengasingan kaum, institusi pendidikan tahun 1954 oleh Mahkamah Agung melalui kes Brown lawan Lembaga Pendidikan Kansas, Akta Hak Sivil tahun 1964 dan Akta Hak Mengundi 1965 digubal.
Menurut Najib, pada pilihan raya kecil di Bagan Pinang yang pengundinya terdiri daripada masyarakat majmuk, orang bukan Melayu menerima UMNO dengan hati terbuka.
Justeru untuk terus diterima rakyat, katanya, amat penting untuk parti itu berpegang kepada falsafah UMNO yang sederhana sejak penubuhannya tanpa condong sama ada kepada fahaman liberal mahupun konservatif.


komen : Itulah parti UMNO yang telah banyak berjasa kepada rakyat di dalam negara ini.

1 comment:

  1. Hidup sebenarnya ialah hadhir dalam dunia nyata. Kenyataannya Malaysia ini berlainan ethnik yang hadhir dengan realiti sejarahnya masing masing. Apakah sejarah itu mahu dinapikan dengan tuduhan rasis?

    Kehidupan membentuk budaya. Dinamik budaya itu adalah proses yang azali tersendiri. Jangan dipaksakan jangan diarah. Setiakan ruang dan landasan dengan lohor dan ikhlas. Timbal balik proses peresapan akan membuka jalan assimilasi yang harmonis dan adil.

    Jangan rakus kawal jangan kekang serong. Izinkan resapan assimilasi yang tulin.

    Itulah yang nak cuba diizinkan melalui satu sekolah untuk semua. Sekolah Intergrasi. Sekolah Wawasan.

    Proses itulah yang dihalang oleh pengasingan sekolah venikular. Kenapa. Ada rahasia dari hajat tersembunyi pihak tersembunyi ke ?

    ReplyDelete