KUALA LUMPUR 18 Okt. - UMNO dan kerajaan Barisan Nasional (BN) akan kembali meraih sokongan rakyat pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 jika mesej Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk merakyatkan UMNO dapat diterjemahkan dalam bentuk tindakan.
Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Zulhasnan Rafique berkata, pemimpin parti itu dan BN perlu menzahirkan teguran Najib dengan bekerja keras menyakinkan rakyat bahawa kerajaan serius untuk melindungi dan menjaga kepentingan masyarakat.
''Saya fikir selepas Perhimpunan Agung UMNO dan tsunami politik, ramai pemimpin telah sedar yang mereka tidak boleh lagi bersifat elitis sebaliknya perlu sentiasa mendampingi rakyat.
''Kesedaran itu jelas terpancar pada setiap perwakilan dan pemimpin UMNO. Jika ia diterjemahkan dalam bentuk tindakan kita akan kembali mendapat mandat yang lebih besar daripada rakyat,'' katanya pada Majlis Rumah Terbuka Hari Raya dan Deepavali anjuran beliau di sini hari ini.
Kira-kira 15,000 orang hadir pada majlis itu. Turut hadir memeriahkan rumah terbuka itu ialah Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar.
Mengulas lanjut, beliau berkata, semua pemimpin dalam UMNO dan BN perlu terbabit secara langsung dalam menyelesaikan masalah yang berhubung kait dengan rakyat agar kehadiran mereka dapat dirasai.
Sementara itu, bercakap mengenai rumah terbuka, Zulhasnan memberitahu ia merupakan acara tahunan yang dilakukannya sejak tahun 2000.
''Majlis ini bertujuan untuk merapatkan hubungan antara kaum dalam Parlimen yang diwakili selain memberi peluang untuk saya mendekatkan diri dengan rakyat,'' katanya.
komen : Oleh itu setiap pemimpin dan ahli-ahli UMNO perlu turun padang dan menglulurkan apa jua bantuan yang perlu. Sikapn pilih kasih harus dijauhi dan semua pihak perlu berubah dan jayakan misi Presiden UMNO serta UMNO akan kembali di zaman kegemilangannya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment