Berikutan itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop meminta semua spekulasi berhubung penjualan IJN dan mana-mana jabatan di dalam institut itu dihentikan.
Jelas beliau, kerajaan tidak pernah menerima, membincang dan membuat sebarang keputusan mengenai penjualan IJN kepada mana-mana syarikat.
''Jadi, semua laporan mengenai penjualan IJN adalah tidak benar dan ia tidak pernah berlaku.
''Dan, saya berharap dengan kenyataan ini (isu tersebut) tidak berpanjangan dan apa yang lebih penting saya tidak mahu isu ini timbul lagi.
''Apa yang diputuskan kerajaan sebelum ini adalah muktamad dan tidak akan ada sebarang perubahan dalam IJN,'' tegasnya kepada Utusan Malaysia.
Beliau mengulas mengenai laporan akhbar kononnya Unit Perancang Ekonomi sedang melaksanakan Skim Pelupusan Harta besar-besaran dengan memisahkan fungsi operasi IJN dan menubuhkan anak-anak syarikat baru.
Spekulasi itu mendakwa, anak- anak syarikat yang bakal ditubuhkan IJN itu termasuk perkhidmatan IJN, satu syarikat kerjasama untuk perkhidmatan sokongan hospital, aset IJN bagi mengurus bangunan dan peralatan dan farmasi IJN yang menguruskan farmaseutikal.
Laporan itu turut menyebut kertas cadangan mengenai pengambilan alih itu telah ditolak oleh Kementerian Kesihatan tetapi Unit Perancangan Ekonomi (EPU) didakwa telah memanggil pihak terbabit untuk membentangkan kertas cadangan kepada Perdana Menteri, Najib Tun Razak pada 27 Oktober ini.
komen : Ia sebagai satu langkah yang baik dan kerajaan perlu mengekalkan hak milik kerajaan sepenuhnya. Ini kerana jika diambil alih oleh orang perseorangan atau syarikat besar ia akan mengenakan bayaran yang tinggi dan mahal.
Salam, kawe setuju bebenar dengan komen deme tuh........ semuanya untuk rakyat, doktor-doktor pakar yang ada pun belajar dari hasil duit rakyat, apa salahnya berbakti pada rakyat pulak.....
ReplyDelete