Monday, October 5, 2009

MALAYSIA NEGARA BERTUAH DAN PERLU BERSYUKUR

MELIHAT apa yang terjadi di negara jiran, kita patut bersyukur bahawa negara kita adalah antara yang paling bertuah di planet bumi. Dia orang kata kita berpecah, kelam-kelibut, gaduh sama sendiri sebab politik. Tetapi kita masih terlindung dari bencana alam yang dahsyat. Seminggu dua ini jiran kita dilanda mala-petaka. Ribut melanda ganas, membunuh lebih 400 orang di Filipina, dan berpuluh lagi mati di Vietnam. Tsunami melanda Samoa, membunuh sekurang-kurangnya 150 orang. Kerosakan harta benda dijangka berbilion dolar. Paling dahsyat ialah gempa bumi berukuran 7.6 pada skala Richter yang melanda Sumatera pertengahan minggu lalu. Kita di Semenanjung, termasuk di Kuala Lumpur, turut merasakan gegeran, dan panik. Kita setakat panik kerana gegaran tidak sampai dua minit, tetapi tidak seorang pun mati. Di Sumatera, terutama di Padang, bencana alam itu amat menakutkan, dan setakat Jumaat lalu lebih 1,000 telah disahkan mati dalam tragedi itu. Selain tsunami 2004 yang menyebabkan kira-kira 50 orang kita maut, dan musim tengkujuh yang melanda negeri-negeri pantai timur bulan Disember, alam masih amat mesra dan tidak marah pada kita. Ketika di tempat lain orang sengsara dan kelaparan dilanda bencana, kita masih boleh bersantai sambil menikmati teh tarik, nasi lemak, tose, roti canai, yong-taufu. Kita aman tenteram, dimurahkan rezeki, mewah. Sebab itu, tidaklah menghairankan apabila bumi bertuah ini menjadi impian pendatang dari negara-negara lain.

komen : Rakyat Malaysia seharusnya bersyukur kerana negara ini diluar kawasan gunun berapi atau sebagai. Kita boleh hidup dengan selamat.

1 comment:

  1. SALAM..Masyarakat Malaysia pun sudah mula tidak bersyukur apabila berpecah belah,hasad dengki dan dendam menguasai diri...Anak2 bencana
    sudah menghampiri seperti tsunami dan gegaran2 kecil..semuanya peringatan dari Ilahi..

    ReplyDelete