KOTA BAHARU 22 Okt. — Ketua Pembangkang di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan, Datuk Md Alwi Che Ahmad (BN-Kok Lanas) hari ini menyelar kerajaan negeri pimpinan Pas yang didakwanya terus buruk sangka terhadap usaha kerajaan pusat untuk membangunkan Islam.
Beliau berkata PAS dan Barisan Nasional (BN) sepatutnya berganding bahu untuk memajukan negara, bangsa dan agama tanpa perlu berpolitik secara keterlaluan.
"Jika kita sesama Islam ini terus bertelagah, musuh Islam akan mencari ruang untuk naik,” katanya ketika membahaskan titah ucapan Pemangku Raja Kelantan pada persidangan DUN di sini.
Beliau sedih jurang pemisah untuk kerjasama itu dilihat semakin melebar tanpa ada sedikitpun bagi Pas mengakui usaha kerajaan pusat itu.
"Dewan ini dijadikan tempat untuk menghentam apa sahaja usaha kerajaan Pusat sedangkan apa yang dilakukan oleh pihak kerajaan Pusat itu jauh lebih besar daripada apa yang dilakukan kerajaan Kelantan sendiri,” katanya. -dari sumber Bernama
komen : Itulah sikap Pas sanggup berkerja sama dengan DAP walaupun perjuangan mereka tidak sehaluan dan jauh hala tuju yang berlainan. Kerana ingin berkuasa sanggup melakukan apa sahaja demi kedudukan masing-masing.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment