Wednesday, October 21, 2009

ADUN NGEMAH, SERAWAK NAK KELUAR PKR


KUCHING 20 Okt. - Belum sampai setahun penyertaannya dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR), Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ngemah, Gabriel Adit Demong membayangkan hasratnya untuk keluar parti setelah menyatakan beliau tidak lagi menyokong parti berkenaan.
Adit yang juga Ahli Majlis Kepimpinan PKR bagaimanapun berkata, dia hanya akan membuat pengumuman mengenai keputusannya tidak lama lagi.
''Tidak perlu untuk alasan lah," katanya ketika mengulas mengenai keputusannya itu di sini semalam.
Terdapat spekulasi yang mengatakan bahawa Adit membuat tindakan tersebut setelah kecewa dengan keputusan pucuk kepimpinan PKR yang melantik Baru Bian sebagai Ketua Perhubungan PKR Sarawak yang baru menggantikan Mustaffa Kamil Ayub.
''Saya tidak lagi menyokong PKR, jadi apa saya nak peduli. Apa yang saya dapat katakan kepada Baru ialah semoga beliau berjaya.
''Memberi (jawatan itu) kepada Baru merupakan satu lagi kesilapan (PKR), namun saya berharap saya salah anggap," ujarnya ketika ditanya mengenai pelantikan Baru.
Adit menyertai PKR tahun lalu setelah genap dua tahun menjadi wakil rakyat bebas bagi kawasannya.
Sementara itu, Adit ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini memberitahu, beliau akan menubuhkan sebuah parti baru tidak lama lagi.
Katanya, dia akan membuat pengumuman mengenai penubuhan parti itu setelah penubuhan itu disahkan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS).


komen : Itulah masalah dalaman PKR yang sesama sendiri tidak puas hati dan apabila rasa marah yang tidak dapat dikawal akan keluar dari PKR bagi memuaskan rasa kepuasan diri sendiri.

1 comment:

  1. Kes pencarian dalam pelarian di mana mana. Memang begitulah. Macam mana rakyat nak tumpang bergantung. Mereka sendiri pun tergantung.

    ReplyDelete