Friday, January 1, 2010

EKONOMI MALAYSIA LEBIH KUKUH BERBANDING JANGKAAN AWAL

PETALING JAYA 30 Dis. - Ekonomi Malaysia dijangka berada pada kedudukan yang positif tahun depan melalui rangsangan fiskal dan monetari selain sektor eksport yang semakin pulih.

Deloitte dalam Laporan Tinjauan Ekonomi Asia Pasifik berkata, pemulihan ekonomi Malaysia juga dijangka lebih kukuh berbanding jangkaan awal.

Kerajaan yang mengumumkan peruntukan pelan rangsangan ekonomi berjumlah RM60 bilion dijangka digunakan sepenuhnya pada pertengahan tahun depan.

Dalam laporannya terhadap Malaysia, Deloitte berkata, Malaysia kini dalam proses pemulihan dengan jangkaan ekonomi berkembang sebanyak empat peratus pada 2010.

''Bagaimanapun untuk jangka panjang prestasi ekonomi bergantung kepada keupayaan dalam perubahan struktur.

''Faktor utama ialah kemampuan negara menarik pelaburan swasta asing khususnya dalam sektor perkhidmatan,'' menurut Deloitte dalam laporan itu.

Malaysia yang berhasrat menjadi ekonomi berpendapatan tinggi menjelang 2020, kini semakin jelas menuju ke arah pemulihan," katanya.

Memandangkan ekonomi terlalu bergantung kepada eksport melebihi 100 peratus Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), ia menyebabkan negara dilanda kemelesetan, menurut laporan itu.

Sepatutnya rakyat Malaysia seharus bersyukur dengan pencapain ekonomi negara berada di dalam keadaan yang lebih baik dari negara lain. Jika ini berlaku kita akan dapat mengembalikan keyakinan pelabur-pelabur untuk terus melabur di dalam negara ini, ia satu petanda baik untuk semua rakyat Malaysia.

No comments:

Post a Comment