SHAH ALAM 11 Jan. – Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menitahkan semua pihak di negeri ini berpegang teguh kepada pendirian mengharamkan pengunaan kalimah Allah oleh agama selain Islam.
Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Datuk Mohamad Adzib Mohd. Isa hari ini memberitahu, titah itu dinyatakan dalam pertemuan beliau dengan baginda pada 5 Januari lalu.
Katanya, turut menghadap baginda ekoran isu pengunaan kalimah Allah oleh akhbar Herald-The Catholic Weekly ialah Mufti Selangor, Datuk Mohd. Tamyes Abdul Wahid; Ahli MAIS, Datuk Salehuddin Saidin; Setiausaha MAIS, Abdul Halem Hapiz Salihin serta Penasihat Undang-undang MAIS, Nurhani Salwa Jamaluddin di Istana Mestika di sini.
Menurut beliau, baginda memaklumkan pendiriannya mengenai perkara itu bertujuan memelihara akidah umat Islam serta menjaga keharmonian beragama setiap rakyat di Selangor.
“Dalam pertemuan itu, baginda menitahkan supaya isu penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam dibincangkan dengan teliti oleh ahli-ahli MAIS.
“Sebagai Ketua Agama Islam negeri, baginda mahu semua peringkat berpegang teguh dengan pendirian mengharamkan penggunaan kalimah Allah oleh agama lain,” katanya.
Sepatutnya penganut agama Kristian perlu akur jangan cuba bermain api. Jika agama Islam telah tercabar orang Islam Malaysia akan bersatu mempertahankan agama Islam yang dijadikan agama resmi di dalam negara ini.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Salam..Bersyukur kita bila Sultan mula bertitah demi kesucian agama kita. Mohon kepada Paduka negeri lain agar menyusuli titah yang sama. Teman rasa sedih bila ada orang Islam sendiri tidak mempertahankan kalimah Allah milik agama kita malah sanggup menyokong pihak khatolik demi survival politik semata-mata...
ReplyDelete