Friday, January 8, 2010

KETUA PASUKAN BERTINDAK DAP PULAU PINANG KELUAR PARTI

PULAU PINANG 7 Jan. - Setelah menjadi ahli DAP lebih 22 tahun, Ketua Pasukan Bertindak parti itu di negeri ini, Tham Weng Fatt, 54, umum keluar parti dan menyertai Parti Cinta Malaysia (PCM) berkuat kuasa serta-merta.
Beliau yang juga bekas Ahli Majlis Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) membuat keputusan itu kerana tidak sehaluan lagi dengan perjuangan DAP yang sejak akhir-akhir ini tidak lagi memperjuangkan kepentingan rakyat.
Malah, Weng Fatt yang merupakan antara pemimpin DAP yang sangat dikenali di negeri ini berkata, keputusan tersebut juga dibuat kerana DAP juga gagal menunaikan janji yang dibuat sewaktu Pilihan Raya Umum 2008 yang lalu.
''Saya tidak pernah kecewa kerana tidak diberikan pangkat dan kedudukan tinggi dalam parti, namun saya kecewa setelah melihat kepimpinan DAP negeri ini yang terus meminggirkan kepentingan rakyat sejak memimpin negeri ini.
''Ingin ditegaskan di sini bahawa keputusan dibuat itu adalah muktamad dan dibuat secara sukarela setelah memikirkannya selama dua bulan dan ia juga bukan dibuat di bawah tekanan mana-mana pihak," katanya disini hari ini.


Weng Fatt membuat pengumuman itu selepas dilihat pihak media semasa mengadakan pertemuan dengan Naib Presiden PCM, Huan Cheng Guan di sebuah hotel di sini hari ini.
Mengulas lanjut, tambahnya, surat perletakan jawatannya dalam parti akan diserahkan kepada Pengerusi DAP Pulau Pinang, Chow Kon Yeow dalam tempoh tiga hari bermula hari ini.


''Keputusan Weng Fatt menyertai kami dianggap sangat tepat dan signifikan dalam usaha mengukuhkan lagi PCM memandangkan beliau merupakan pemimpin yang sangat prihatin kepada rakyat," katanya.

Ia sudah menampakkan tidak sehaluan kepimpinan DAP Pilau Pinang. Dengan keluarnya Weng Fatt, seorang pemimpin Kanan DAP ia menampakkan kelemahan DAP. Beliau juga menyatakan
janji-janji yang dibuat pada Pilihanraya Umnum 12 Tahun 2008 tidak ditunaikan manakala janji bagi membantu rakyat tidak ditunaikan oleh DAP.

No comments:

Post a Comment