Tuesday, January 5, 2010

JENAYAH ROGOL DI KELANTAN MENINGKAT 26 PERATUS



KOTA BHARU - Jenayah rogol di negeri Kelantan menunjukkan peningkatan sebanyak 26 peratus pada tahun lalu berbanding tempoh yang sama pada tahun sebelumnya (2008). Ketua Polis Kelantan, Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata, lebih mengejutkan kes jenayah tersebut melibatkan 60 peratus remaja di bawah umur (juvana).


"Mengikut statistik polis, 23 mangsa yang terlibat berusia di bawah 12 tahun, 165 mangsa berusia di antara 13 sehingga 16 tahun manakala selebihnya berumur 16 tahun ke atas. "Kebanyakan kes juga melibatkan sukarela (suka sama suka) dan antara daerah yang mencatatkan kes paling tinggi ialah Kota Bharu, Pasir Mas dan Pasir Puteh,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Makan Pagi Ketua Polis Kelantan bersama Media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK), semalam.


Menurutnya, sepanjang tempoh Januari sehingga Disember tahun lalu, sebanyak 313 kes dilaporkan berbanding 250 kes tahun pada tahun sebelumnya. "Hal ini menunjukkan peningkatan sebanyak 63 kes. Kurangnya pengawasan ibu bapa terhadap anak-anak juga merupakan faktor utama jenayah rogol di negeri ini menunjukkan peningkatan sepanjang tahun lalu,” katanya.


Peningkatan kadar jenayah rogol di Kelantan menampakkan peningkatan, jika isu Nasional Menteri Besar pandai membuat komen tetapi di negeri sendiri tidak dapat dikawal.

No comments:

Post a Comment