Friday, January 8, 2010

HERALD BELUM BOLEH GUNA KALIMAH ALLAH

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi semalam membenarkan penangguhan perintah yang dikeluarkan sebelum ini bagi membenarkan penggunaan kalimah Allah oleh majalah mingguan Katolik, Herald, berikutan persetujuan Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Ketua Paderi Roman Katolik Malaysia berdasarkan kepada kepentingan negara. Hakim Datuk Lau Bee Lan, yang mengeluarkan perintah pada 31 Disember tahun lepas, membuat keputusan itu di dalam kamar semalam selepas pertemuan dengan Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail dan peguam Derek J Fernandez bagi Ketua Paderi, Tan Sri Murphy Pakiam selama 30 minit.

Fernandez memberitahu pemberita bahawa Hakim Bee Lan bersetuju untuk merekodkan penangguhan itu atas persetujuan. Abdul Gani bersyukur kerana ada perjanjian bagi penangguhan itu. “Bagi saya, ia melibatkan kepentingan negara, tiada keperluan untuk terbabit dalam hujah untuk penangguhan,” katanya. “Saya amat bersyukur dengan rakan saya yang bijaksana yang telah bersetuju untuk penangguhan dan kami akan cuba agar perkara ini didengar secepat mungkin dalam Mahkamah Rayuan, saya percaya ia akan diadakan secepat mungkin,” katanya. Kelmarin, KDN memfailkan permohonan untuk penangguhan perintah mahkamah sebelum ini selepas mengemukakan rayuan dengan Mahkamah Rayuan sehari sebelum itu. Abdul Gani berkata, proses segera itu tidak sepatutnya disalah tafsirkan kerana isu itu perlu diselesaikan secepat mungkin.

Katanya, lanjutan daripada Artikel 11(4) Perlembagaan Persekutuan, adalah satu kesalahan bagi bukan Islam menggunakan kalimah Allah kepada orang Islam untuk menye- barluaskan agama tetapi ia bukan satu kesalahan bagi bukan Islam menggunakan kalimah itu kepada bukan Islam bagi tujuan agama. Pada 16 Februari, Ketua Paderi Roman Katolik Kuala Lumpur, Tan Sri Murphy Pakiam memfailkan semakan kehakiman berhubung penggunaan perkataan 'Allah' dalam penerbitan gereja, dengan menamakan Kementerian Dalam Negeri dan kerajaan sebagai responden. Beliau mendakwa perkataan ‘Allah’ bukanlah eksklusif kepada agama Islam. - Bernama

Demi kepentingan semua pihak faham isu penggunaan kalimah Allah hanya untuk orang Islam sahaja. Jangan ada pihak-pihak mengambil kesempatan dari isu tersebut.

No comments:

Post a Comment