Tuesday, October 19, 2010

PKR DIDAKWA MASIH AMAL SINDROM NAFI KESALAHAN MEREKA

GEORGETOWN - Parti Keadilan Rakyat (PKR) masih terus mengamalkan sindrom nafi (denial syndrom) dengan menuding jari kepada pihak lain jika timbul masalah dalam kalangan pemimpin atau membabitkan parti berkenaan. Sebaliknya Ahli Parlimen Bebas Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim berkata, mereka tidak akan mengakui kelemahan dalam parti sebaliknya meletakkan keburukan itu kepada pihak lain termasuk parti lawan iaitu Barisan Nasional (BN). “Itulah budaya yang masih diamalkan oleh PKR untuk meneruskan survival dalam persada politik tanah air. Mereka lebih suka mencari helah atau menjadikan pihak lain sebagai kambing hitam.

“Mereka tidak pernah mengakui kelemahan diri tetapi menyalahkan orang lain kononnya menjadi punca kepada masalah yang berlaku. Sampai bila PKR akan berbuat demikian dengan mengamalkan ‘escapism’,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian semalam. Menurutnya, kes mahkamah yang melibatkan Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah isu besar dan sepatutnya pemimpin parti itu membiarkan ia diselesaikan mengikut saluran undang-undang.

Sikap cuma mencari kesalahan orang lain dan tidak boleh menerima hakikatnya mereka yang melakukan kesalahan yang sebenarnya. Jika beginilah catra PKR orang akan tahu menilainya.

1 comment:

  1. memang benar sikap pemimpin pkr itulah amalan mereka termasuk memfitnah orang lain.Walau bagaimana pun Allah maha mengetahui, satu demi satu telah Allah tunjukan, contoh anuar telah menuduh DS Najib ke Amerika suatu ketika dulu berjumpa Presiden Barrack Obama, kononya DS najib pergi menyembah lutut Amerika dan dianggap sebagai pak turut. Tapi selepas itu apa yang jadi pada anuar yang terpaksa menyembah yahudi demi menjaga persahabatan yang akrab..olih itu sapa sembah sapa..? Allah membayar tunai terhadap anuar. sekarang berbagai2 pekara yang hak telah terbukti menghapuskan yang batil..Allahsubhanahuwataala maha mengetahui segala2nya.

    ReplyDelete