Tuesday, July 27, 2010

FELDA MEMBAYAR CUKAI BERJUMLAH RM 1,303.18 JUTA KEPADA LHDN

KUALA LUMPUR - Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) telah membayar cukai berjumlah RM1,303.18 juta kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) untuk tempoh empat tahun bermula 2004, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan.

Beliau berkata pengumuman data yang pertama kali dibuat itu bertujuan menepis isu Felda bankrap yang masih dimainkan pembangkang. “Data ini adalah kali pertama diumumkan. Tujuan diumumkan adalah untuk membuktikan dakwaan bahawa Felda bankrap adalah tidak benar. “Ini (cukai) adalah usaha Felda untuk membantu kerajaan dan rakyat. Cukai ini boleh digunakan kerajaan untuk membantu rakyat secara keseluruhan,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Seminar Pengurus Felda dan Pelancaran Manual Pengurusan Rancangan (MPR) Felda di Dewan Perdana Felda, di sini, semalam. - Bernama

Ini adalah kenyataan yang benar dan menangkis tangkapan yang menyatakan Felda Telah bankrap. Oleh itu berfikirlah sebelum menyatakan sesuatu. Felda masih mampu dan menguruskan hartanya dengan baik. Harta yang berbelion masih ada dan mampu diuruskan dengan baik sehingga kini.

1 comment:

  1. Kalau cukai yang dibayar sampai lebih RM:1.3b tentulah untungnya amat memberangsangkan. Macam mana pula ada cerita kata Felda nak bangkrap. Fitnah nyatalah kalau begitu...

    ReplyDelete