JELI - Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Mustapa Mohamed berkata, UMNO bukan sebuah parti primadona yang berkonsepkan pemujaan terhadap seseorang pemimpin tetapi berjuang atas dasar parti dan masa depan bangsa Melayu.
Beliau, yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata, parti yang berjuang atas dasar pemujaan terhadap seseorang pemimpin tidak akan kekal lama. “Malah, ia akan mudah hilang pengaruh apabila tiba masanya menyebabkan ahlinya berpaling tadah kepada UMNO atau Barisan Nasional (BN),” katanya kepada pemberita selepas mengadakan perjumpaan dengan pemimpin UMNO empat peringkat di Kompleks UMNO Bukit Nangka, dekat sini, malam semalam.
Mustapa, yang juga Ketua UMNO Bahagian Jeli berkata, gabungan parti dalam pakatan pembangkang, seperti Parti Keadilan Rakyat (PKR), Pas dan DAP adalah rapuh dan bukan merupakan ikatan yang kuat. “Tetapi, oleh kerana rakyat terlalu terpengaruh dengan emosi politik ketika itu (Pilihan Raya Umum 2008) menyebabkan rakyat menolak UMNO atau BN. “Tetapi kini keadaan ternyata berubah apabila ramai pemimpin atau wakil rakyat daripada parti pakatan pembangkang itu mula berpaling tadah dan hilang kepercayaan dengan pemimpin tertinggi mereka,” katanya. - Bernama
Ini adalah satu langkah yang baik untuk terus menyokong dan memperkasa BN dan UMNO.
BN terus akan memperjuangkan nasib rakyat miskin dan perlukan bantuan seperti JKM. Mereka tidak akan dipinggirkan dan akan terus dibantu sebagaimana selogan 1 Malaysia, rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment