Tuesday, August 3, 2010

RM 3 DAFTAR SEORANG PEMILIH MEMBAZIR

2010/08/03BATU PAHAT: Cadangan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menaikkan bayaran kepada penolong pendaftar yang berjaya mendaftarkan setiap pemilih baru daripada RM1 kepada RM3, bukan saja tidak praktikal malah membazirkan wang rakyat.Ahli Parlimen Batu Pahat, Dr Mohd Puad Zarkashi, berkata SPR seharusnya menggunakan kaedah lain termasuk menambah baik pendekatan diguna sebelum ini dalam menarik pengundi baru mahupun merangka program bersepadu lebih berkesan bagi menyedarkan rakyat mengenai kepentingan mendaftar sebagai pengundi.

Mohd Puad berkata, adalah lebih baik pendaftaran pengundi dan pemilih baru dilaksanakan menerusi sistem pendaftaran pengundi secara automatik bagi semua rakyat Malaysia yang mencapai usia 21 tahun berdasarkan maklumat yang diperoleh daripada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).“Bukan saja ia lebih menjimatkan kerajaan malah ia lebih praktikal dan mudah daripada terpaksa memberi insentif atau subsidi seperti dicadangkan SPR,” katanya.Beliau berkata, parti politik dan pertubuhan bukan kerajaan seharusnya membantu menggerakkan usaha menarik lebih ramai rakyat supaya berbuat demikian dengan rela hati.

Cadangan usia 21 tahun untuk automatik untuk mengundi satu yang baik dan seharusnya dilaksanakan oleh kerajaan. Ia akan dapat membawa kebaikan kepada semua dalam negara ini.

No comments:

Post a Comment