GUA MUSANG - Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menafikan dakwaan bahawa kerajaan pimpinannya tidak akan memberikan geran tanah kepada penduduk di Gua Musang.
Sebaliknya Mursyidul Am Pas itu berkata geran tanah itu akan diberikan selepas mendapat kelulusan daripada Pejabat Tanah dan Jajahan Gua Musang.
“Kita akan beri geran tanah, tidak timbul isu tidak mahu beri (geran tanah).
“Kita tidak suka cakap kosong,” katanya ketika sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat khas Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan di Bandar Baru Lojing di sini, semalam.
Isu tanah orang Asli sebelum ini menjadi perbalahan antara Pas dan Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah dalam kempen pilihan raya kecil DUN Galas yang mana Pas menuduh beliau mengkhianati orang Asli di negeri ini:.
Namun dakwaan tersebut dinafikan oleh Tengku Razaleigh dan menyifatkan Pas tidak sewajarnya membuat tuduhan tersebut kepadanya.
Catitan : Sepatutnya geran ini diberikan kempen pilihanraya Dun Galas, tak semasa kempen baru berjanji. Rakyat seharusnya sedar permainan politik puak-puak ini cuba menipu rakyat.
Oleh itu dakwaan ini seharusnya ditolak masak-masak.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment