KUALA LUMPUR - Datuk Seri S. Samy Vellu, yang menjawat jawatan Duta Khas Malaysia bertaraf menteri bagi Infrastruktur ke India dan Asia Selatan pada Sabtu lepas, akan memulakan khidmatnya bermula dengan New Delhi, Khamis ini.
Beliau akan mengetuai delegasi 150 kaum India Malaysia untuk menghadiri Pravasi Bharatiya Divas kali kesembilan, satu persidangan tahunan yang menghimpunkan masyarakat berketurunan India dari seluruh dunia, menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh pejabat Samy Vellu di sini, hari ini.
Bekas Menteri Kerja Raya itu akan mengadakan perbincangan dengan pegawai peringkat tertinggi kerajaan India di luar persidangan empat hari di New Delhi untuk menyediakan asas ke arah membuka lebih banyak peluang untuk diteroka oleh ahli perniagaan Malaysia di India.
Persidangan itu yang dirasmikan oleh Perdana Menteri India Dr Manmohan Singh pada Sabtu, akan turut dihadiri oleh menteri-menteri utama Kabinet India, termasuk Menteri Kewangan Pranab Mukherjee serta Menteri Pengangkutan dan Lebuh Raya Kamal Nath, yang bertanggungjawab terhadap projek infrastruktur di India.
Bekas Presiden MIC, yang meletak jawatan bulan lepas setelah menerajui parti selama 31 tahun, dilantik sebagai Duta Khas Malaysia oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk memanfaatkan pengalaman Samy Vellu dalam mendapatkan projek bernilai berbilion ringgit bagi syarikat dari Malaysia semasa berkhidmat sebagai Menteri Kerja Raya.-Bernama
Ia sudah sampai masa untuk Sammy Vellu memberikan laluan kepada Timb. Presiden MIC untuk mengambil alih Presiden MIC, sudah terlalu lalu dan ahli MIC sudah tidak berminat.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment