KUALA LUMPUR 12 Jan. - Pelan 100 Hari pembangkang akan hanya menghancurkan ekonomi negara yang sedang disusun oleh kerajaan kerana ia tidak menyumbang sebarang kebaikan terhadap pertumbuhan ekonomi.
Ketua Pengarah Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa (ISIS) Datuk Dr. Mahani Zainal Abidin berkata, pelan tersebut sangat mustahil dan luar biasa kerana cadangan tersebut semata-mata bersifat agihan sahaja.
"Macam mana hendak membuat agihan sekiranya tiada usaha untuk mencambah ekonomi. Kalau kerajaan asyik memberi, apa yang akan tinggal?.
"Yang ada hanyalah kehancuran, bukan sahaja kepada ekonomi sebaliknya terhadap keseluruhan negara itu,'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini, hari ini.
Tegas beliau, dalam menguruskan sesebuah ekonomi, mana-mana kerajaan pun perlu mengembangkan ekonomi dan kemudian mengagihkannya.
Mahani yang juga ahli Majlis Perundingan Ekonomi Negara berkata, Pelan 100 Hari pembangkang itu tidak berteraskan kepada realiti bagi pengurusan ekonomi sesebuah negara.
Sebaliknya, beliau mempersoalkan bagaimana pakatan pembangkang boleh memikirkan pelan seperti itu, sedangkan ia bukan cadangan yang baik bagi pembangunan dan pertumbuhan ekonomi.
Tambah beliau, tidak ada satu negara di dunia ini yang berterusan memberi subsidi kecuali negara-negara pengeluar minyak tetapi masih berdepan dengan masalah.
Jika kita semua memikirkan apa yang baik untuk negara, jika janji pilihanraya umum 12dulu tahun 2008 masih gagal ditunaikan masakan janji baru mahu dibuat.Ini semua cakap-cakap kosong yang tidak boleh tidak boleh dibuat.
"Sekiranya subsidi diberikan secara besar-besaran, negara yang terlibat akan mengalami hutang yang besar seperti yang berlaku di Greece dan Itali,'' ujarnya.
Sambil memberi contoh lain, Mahani berkata, Mesir antara negara yang mempunyai masalah sosial yang tinggi akibat memberi banyak subsidi kepada rakyatnya.
Mengulas perkara lain, beliau berkata, cadangan pakatan pembangkang itu seolah-olah menyerahkan pengurusan ekonomi kepada kerajaan dan menolak sektor swasta.
"Mana logiknya kerajaan yang menjadi penggerak tunggal, itu mustahil.
"Dalam ekonomi semakin mencabar dan terbuka tidak ada kerajaan yang boleh memacu ekonomi secara bersendirian," ujar beliau.
Menurutnya, pakatan pembangkang juga perlu tahu mengapa kerajaan memberi subsidi kepada penjana kuasa bebas! Ini adalah untuk memastikan industri dapat mengurangkan kos dan tidak membebankan pengguna.
"Jadi, adakah pelan tersebut boleh memberi jaminan bahawa industri akan mendapat harga bekalan elektrik murah seperti yang dinikmati sekarang?" katanya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment