Friday, November 20, 2009

PAHANG BERHAK TUNTUT ROYALTI MINYAK

KUANTAN - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Padang Tengku, Datuk Abdul Rahman Mohamad meminta Kerajaan Pahang menuntut royalti minyak daripada Kerajaan Persekutuan kerana hasil minyak yang digali di perairan Terengganu mungkin dari kawasan negeri itu.

Abdul Rahman ketika membahaskan Bajet Kerajaan Negeri Pahang 2010 berkata, satu syarikat konsultan perlu dilantik bagi mengkaji perkara itu dalam usaha meningkatkan pendapatan baru Kerajaan Negeri yang sudah 12 tahun mengalami bajet defisit. “Terengganu diberi royalti minyak, Kelantan juga diberi peruntukan ihsan, kenapa Pahang tidak diberi, Pahang juga berhak,” katanya pada Persidangan Ketiga Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri Pahang ke-12 di sini, semalam. Abdul Rahman berkata, kebanyakan pelantar cari gali minyak di Terengganu bersempadan dengan Pahang dan tidak mustahil minyak yang digali itu disedut dari kawasan perairan Pahang.

Sekiranya kita layak kita berhak menuntut royilti minyak itu dari kerajaan pusat demi membangunkan Negeri Pahang yang disayangi.

KERAJAAN KENAL PASTI TAPAK SELUAS 480 HEKTAR MAHU DIJADIKAN INDUSTERI PERTAHANAN



KUALA LUMPUR 19 Nov. - Malaysia bakal menjadi pusat atau hab industri pertahanan bagi pasaran tempatan serta rantau ASEAN apabila kerajaan mengenal pasti tapak seluas 480 hektar di Sungkai, Perak untuk dimajukan.
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi (gambar) berkata, bagi tujuan itu syarikat-syarikat tempatan yang berpotensi tinggi telah diminta mengorak langkah untuk mengadakan kerjasama dengan negara luar khususnya dari negara ASEAN.

''Sudah sampai masanya kerjasama di kalangan negara ASEAN untuk kita keluarkan barangan dan peralatan di rantau ini sekali gus mengurangkan kebergantungan kepada pembelian dari luar negara.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Saifuddin Nasution Ismail (PKR-Machang) yang menyelar tindakan kerajaan kerana tidak menggunakan jaket kalis peluru yang dihasilkan oleh syarikat tempatan. Ahmad Zahid ketika menjelas isu itu berkata, semua anggota tentera negara ini menggunakan jaket kalis peluru hasil buatan syarikat tempatan.
Ahmad Zahid berkata, negara berkecimpung dalam industri pertahanan negara sejak 1970-an.
Antara syarikat tempatan yang berpotensi menjayakan matlamat berkenaan termasuklah Composites Technology Research Malaysia Sdn. Bhd. dalam pembuatan komponen komposit, Airod Sdn. Bhd. (penyelenggaraan pesawat), SME Ordnance Sdn. Bhd. (pembuatan senjata dan bahan letupan) dan DRB Hicom Defence Technologies Sdn. Bhd. (pembuatan kenderaan tentera).


Ini adalah satu langkah yang bijak dan baik bagi memajukan negara ke arah membangunkan industeri pertahanan yang dibuat dan dibekalkan di dalam negara Asen. Ini menunjukkan Malaysia mampu setanding membangunkan industeri pertahanan setanding negara maju.

SOAL SAKSI WAKTU PEJABAT - SPRM

KUALA LUMPUR 19 Nov. – Berkuat kuasa hari ini, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak boleh lagi menyoal siasat saksi selepas waktu pejabat seperti diamalkan sebelum ini.
Hakim Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas), Mohamad Ariff Md. Yusof dalam penghakiman bersejarah itu berkata, tindakan menahan seorang saksi untuk disoal siasat menjangkaui waktu pejabat adalah satu penahanan secara salah di sisi undang-undang.
Pada hemat hakim itu, peruntukan menyoal siasat saksi ‘sehari-ke-sehari’ seperti tertera dalam Seksyen 30(3)(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah 2009 tidak bermakna SPRM boleh melakukannya secara berterusan selama 24 jam.
Seksyen itu hanya menyatakan seseorang yang diarahkan oleh SPRM, hendaklah terus hadir membantu siasatan ‘sehari-ke-sehari’ seperti diarahkan.
Hakim Mohamad Ariff menegaskan, oleh kerana tafsiran ‘sehari-ke-sehari’ tidak dinyatakan secara jelas, maka mahkamah tidak boleh memberikan tafsiran secara literal atau mengandaikan ia membawa maksud 24 jam kerana ia boleh mendatangkan kesan terhadap kebebasan seseorang.
Menurut hakim itu, mahkamah juga perlu berhati-hati memberikan tafsiran berhubung perkara yang menyentuh kebebasan seseorang individu.
Lantaran tiadanya tafsiran tersebut, mahkamah merujuk kepada kamus Oxford berhubung definisi ‘sehari-ke-sehari’, kata Hakim Mohamad Ariff.
Berdasarkan kamus tersebut, beliau menyatakan frasa ‘sehari-ke-sehari’ membawa maksud daily basis (asas harian).
Beliau memutuskan demikian ketika membenarkan semakan kehakiman oleh Tan Boon Wah bagi mendapatkan perisytiharan bahawa SPRM hanya boleh menyoal siasat saksi dalam tempoh waktu pejabat antara pukul 8.30 pagi hingga 5.30 petang dan bukannya selepas tempoh itu.
Hakim Mohamad Ariff turut membenarkan tuntutan ganti rugi oleh plaintif dengan jumlah yang ditaksirkan kemudian selain defendan diperintah membayar kos.
Boon Wah, 39, menamakan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Ahmad Said Hamdan, Mohammad Hassan Zulkifli selaku Penolong Penguasa SPRM Selangor dan SPRM sebagai responden pertama hingga ketiga.
Dalam afidavit sokongannya, Boon Wah menyatakan, dia dikehendaki hadir di Ibu Pejabat SPRM Selangor di Shah Alam pada pukul 8.45 malam, 15 Julai lalu sebagai saksi bagi membantu siasatan pembelian bendera Malaysia sempena sambutan Hari Kemerdekaan tahun lalu.
Menurutnya, setelah disoal oleh pegawai-pegawai SPRM, dia hanya dilepaskan pada pukul 1.35 tengah hari keesokan harinya.
Akibat tindakan ejen-ejen defendan itu, dia mendakwa mengalami kerosakan akibat ditahan di luar kemahuannya di dalam premis SPRM di luar masa yang dibenarkan oleh undang-undang pada 15 dan 16 Julai lalu.
Ketika ditemui di luar mahkamah, Karpal memberitahu, keputusan hari ini bukan sahaja mengikat SPRM tetapi juga memberikan kesan kepada penyiasatan polis.
“Saya berharap mereka yang pernah disiasat oleh SPRM selepas waktu pejabat menyaman suruhanjaya itu,” katanya.


Adalah diharapkan SPRM akan mematuhi undang-undang tersebut kerana semua yang ditahan itu cuma dituduh dan bukan didapati bersalah. Banyak kes ditahan sampai besok sehari suntuk di tahan SPRM tetapi baru dituduh atau dilapurkan mereka yang sakit hati kepada beliau, ia akan terjerat dalam kes tersebut. Dalam keadaan tersebut mereka akan menghadapi tekanan dan apabila berdepan dengan masyarakat semuanya gara-gara disiasat oleh SPRM sahaja, tuduhan bersalam belum tahu lagi atau tindakan undang-undang belum tentu lagi.

Thursday, November 19, 2009

PEMULIHAN EKONOMI MALAYSIA BERADA DI lANDASAN BETUL

PUTRAJAYA 18 Nov. - Unjuran pertumbuhan ekonomi Malaysia yang lebih baik pada tahun depan oleh Bank Dunia menunjukkan usaha kerajaan untuk memulihkan ekonomi negara berada pada landasan betul.
Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah (gambar) percaya Bank Dunia mempunyai andaian sendiri untuk meletakkan pertumbuhan ekonomi negara pada kadar lebih positif berbanding apa yang kerajaan jangkakan.


''Saya percaya ini disebabkan pemulihan ekonomi yang mula nampak di merata rantau di seluruh dunia dan berasaskan itu andaian mereka lebih positif berbanding andaian kita," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Kementerian Kewangan 2008 di sini hari ini.
Seramai 180 kakitangan Kementerian Kewangan menerima anugerah tahunan tersebut.


Bank Dunia mengunjurkan pertumbuhan ekonomi Malaysia lebih baik pada tahun depan berikutan usaha pemulihan aktif yang dilakukan kerajaan.
Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) diramalkan meningkat kepada 4.1 peratus tahun depan berbanding -2.3 peratus tahun ini.
Bank Dunia juga telah meramalkan bahawa ekonomi Malaysia, yang mula menunjukkan tanda-tanda pemulihan dari kesan kemelesetan ekonomi, akan kembali kepada potensi kadar pertumbuhan puratanya sebanyak 6.0 peratus menjelang 2012.

Ini menunjukkan pemimpin negara di bawah kepimpinan Dato' Seri Najib mampu membawa keluar negara dari krisis ekonomi negara yang kepada yang lebih baik.

PERLANTIKAN ANWAR IBRAHIM SEBAGAI PENASIHAT KERAJAAN SELANGOR TANDA KELEMAHAN KERAJAAN PKR

SHAH ALAM – Pelantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Penasihat Ekonomi Negeri Selangor membuktikan kerajaan Pakatan Rakyat (PR) di negeri itu semakin lemah, kata bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamad Khir Toyo, semalam.

“Rakyat semakin kurang percaya dengan pentadbiran Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang lemah dan mereka membawa masuk Penasihat Parti Keadilan rakyat (PKR) itu serta menggunakan pengalamannya yang ada terutamanya semasa berada di dalam Kerajaan Pusat dahulu. Anwar mungkin bukan setakat penasihat ekonomi tetapi menasihati Abdul Khalid dalam urusan pentadbiran negeri," katanya. Beliau berkata demikian mengenai pelantikan Anwar sebagai Penasihat Ekonomi kerajaan negeri berkuat kuasa serta-merta pada 13 November lalu dengan bayaran gaji RM1.

Itu adalah tanda kelemahan Kerajaan Selangor dibawah Pakatan Rakyat. Ianya gagal membawa perubahan kepada rakyat dalam membantu rakyat miskin di Negari Selangor. Banyak perkara gagal diselesaikan seperti kes Kuil di Sekyen 23 Shah Alam, isu penjualan arak kepada orang awam, isu air dengan syabas dan banyak lagi perkara yang gagal diselesaikan oleh Dato' Seri Abdul Khalid Ibrahim gagal membawa kebaikan kepada kerajaan Negeri Selangor.

KRISIS DALAM MCA SEMAKIN KUSUT

Krisis dalaman MCA semakin kusut apabila mesyuarat Jawatankuasa Pusat (CC) parti itu semalam mengumumkan keputusan drastik termasuk menolak mesyuarat agung luar biasa (EGM) 28 November ini.

Mesyuarat juga melucutkan keanggotaan Ketua Pemuda, Datuk Dr. Wee Ka Siong dan Ketua Wanita, Datin Paduka Chew Mei Fun serta tujuh lagi dalam Lembaga Presiden.
Naib Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai yang tetap mahu ahli-ahli MCA menghadiri EGM tersebut menyifatkan keputusan CC sebagai operasi pancung sejak mesyuarat 3 November lalu.
Ka Siong berkata, muslihat di sebalik pelan perpaduan itu kini jelas iaitu Presiden mahu membina kumpulan yang mematuhi arahannya.

Sepatutnya Dato' Seri Najib selaku Pengerusi BN bertanggungjawab dalam menyelesaikan masalah dalaman MCA yang semakin bercaru. Jika ini berterusan ia akan mengagalkan atau menguatkan MCA dalam Barisan Nasional. Oleh itu adalah diharapkan pandangan Dato' Seri Najib perlu dalam menyelesaikan masalah dalaman MCA tersebut.



Wednesday, November 18, 2009

ISU WANG IHSAN KELANTAN KECUH DI DEWAN RAKYAT

DEWAN Rakyat kecoh, semalam apabila berlaku pertikaman lidah membabitkan beberapa pemimpin pembangkang dengan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz ketika beliau memberi penjelasan berhubung pemberian wang ihsan kepada Kelantan dan bukannya royalti seperti dituntut.

Ahli Parlimen Kubang Kerian, Salahuddin Ayub yang mendakwa Nazri cuba memutarbelitkan fakta berhubung isu itu mencabarnya untuk berdebat mengenai perkara berkenaan di luar dewan sama ada di Kuala Lumpur atau di Kota Bharu.
Nazri yang menerima cabaran itu dan sanggup berdebat walaupun diadakan di markas Pas, memaklumkan fakta dibentangkannya mengikut peruntukan undang-undang. Beliau berkata, Akta Kemajuan Petroleum (PDA) 1974 bersama perjanjian antara Petronas dengan kerajaan negeri hanya memperuntukkan bayaran tunai bagi petroleum dicarigali dan diusaha hasil dalam sempadan negeri. Katanya, berasaskan tarif sempadan negeri itu, tiada petroleum diusahakan di perairan Kelantan, sekali gus tiada asas perundangan bayaran royalti petroleum kepada negeri itu.


"Mengikut Ordinan Kuasa-kuasa Perlu Darurat 1969 (no 7), perairan sesebuah negeri ditakrifkan kawasan yang terletak tidak melebihi tiga batu nautika diukur dari tikas air surut dan ketika ini, medan minyak dan gas di perairan Malaysia yang mengeluarkan hasil adalah di luar tiga batu nautika atau di luar kawasan perairan negeri," katanya ketika menggulung perbahasan di Dewan Rakyat. Bagaimanapun jawapan itu dibantah Salahuddin, Lim Kit Siang (DAP-Ipoh Timur), Saifuddin Nasution Ismail (PKR-Machang), Dr Dzulkefly Ahmad (Pas-Kuala Selangor), Mohd Yusmadi Mohd Yusoff (PKR-Balik Pulau) dan Khalid Abdul Samad (Pas-Shah Alam). Mereka mendakwa mengikut PDA, setiap negeri layak mendapat lima peratus daripada nilai petroleum yang ditemui di dalam atau di luar perairan negeri masing-masing.

Itulah sikap pemimpin pembangkang cuma mencari publisiti dan menampakkan perjuangan mereka untuk negeri Kelantan kerana kerusi yang beliau menang dari Kelantan.. Itu sahaja yang boleh dilakukan oleh mereka. Memohon wang dari kerajaan pusat sedangkan mencari sumber lain tidak tahu, kata mereka itu hak mereka. Perkara ini rakyat sudah muak dengan gelagat pemimpin pembangkang.

PERDANA MENTERI MINUM BERSAMA ANWAR IBRAHIM

PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semalam meluangkan masa bertemu ahli-ahli Parlimen termasuk daripada parti pembangkang.
Keterbukaan Najib terserlah apabila beliau minum serta berbual dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim biar pun Ketua Pembangkang dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) pimpinannya banyak melakukan serangan peribadi dan tohmahan terhadap Perdana Menteri.
Pertemuan dalam suasana mesra itu turut menarik perhatian ahli-ahli Parlimen yang lain


Perdana Menteri masih boleh bersama Anwar Ibrahim minnum bersama ketika persidangan Parlimen berhenti rehat. Ini menunjukkaan sikap beliau masih boleh bersama walaupun sikap Anwar Ibrahim banyak menyerang peribadi beliau.

Tuesday, November 17, 2009

PAKATAN RAKYAT TELAH RETAK

SHAH ALAM – Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mustaffa Kamil Ayub, menafikan bahawa pakatan pembangkang menghadapi krisis. Katanya, situasi semasa dalam PR mampu diselesaikan melalui perbincangan. “Biasalah tu, semua pihak mahu bagi pandangan demi kebaikan parti, tetapi keputusan yang dicapai berdasarkan keputusan bersama dan mahu atau tidak, mesti terima. “Sehingga sekarang ahli parti gabungan (PKR, Pas, DAP) tidak pernah tidak bersetuju dengan keputusan dibuat, tidak timbul soal ada ahli yang memberontak kerana keputusan yang kita buat melalui proses demokrasi,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian semalam.

Dalam pada itu, Mustaffa Kamil berkata, pengisytiharan ‘perang’ Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak semalam, bukanlah bermakna ‘perang menggunakan senapang’. “Maksud Ahli Parlimen Permatang Pauh itu adalah perang politik iaitu perang melalui kata-kata. Bila kita dapat kesan ada wujud isu-isu bercanggah, kita akan bangkit, misalnya ada unsur penyelewengan dalam parti kerajaan, kita akan selongkar dan buktikan benda itu benar. Itulah yang dimaksudkan perang kata-kata. “Tetapi masih banyak lagi maksud ‘perang’ yang dikatakan Anwar itu, kita tunggu dan lihat saja,” katanya.

Pengerusi BN pada beberapa siri lawatannya ke Selangor sebelum ini mengajak pemimpin BN bersatu dan berusaha mulai sekarang untuk merampas kembali negeri Selangor daripada pembangkang. Anwar yang juga Ketua Pembangkang berkata, serangan untuk merampas Selangor dapat dilihat daripada beberapa isu yang cuba ditimbulkan untuk melemahkan kepemimpinan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang juga Pengerusi PKR negeri itu.

Itulah sikap PKR yang dilihat gagal membawa pembaharuan di Negeri yang diperintah oleh pembangkang. Mereka cuma menyalahkan kerajaan Pusat tidak menyalurkan peruntukan kepada mereka. Carilah sumber kewangan sendiri dalam
membantu rakyat dinegeri yang diperintah oleh pembangkang dengan janji negeri kebajikan seperti di war-warkan selama pilihanraya ke dua belas lalu. Ia hanya tinggal janji yang gagal ditunaikan.Apa yang dibanggakan oleh PKR yang manis mulut dalam membantu di negeri yang diperintah oleh mereka.Kepimpinan Dato' Seri Najib dilihat sebagai dapat diterima oleh semua golongan rakyat di bawah konsep 1 Malaysia.

UMNO TETAP KEMUKAKAN RAYUAN DI MAHKAMAH ISU KEKOSONGAN DUN KOTA SIPUTEH

KUALA LUMPUR 16 Nov. – UMNO akan mengemukakan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi di sini hari ini yang mengisytiharkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Siputeh di Kedah, kosong.
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Shafie Apdal berkata, rayuan akan dibuat secepat mungkin berdasarkan keputusan awal Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebelum ini bahawa kerusi itu masih disandang Datuk Abu Hassan Sarif.


Katanya, beliau sudah memaklumkan kepada peguam yang mewakili Abu Hassan, Datuk Mohd. Hafarizam Harun mengenai hasrat itu dan perbincangan lanjut akan diadakan sebelum rayuan dibuat.
“UMNO hormati keputusan mahkamah itu. Namun, kami tetap akan buat rayuan berasaskan kepada keputusan SPR sebelum ini yang menetapkan kerusi itu masih milik Abu Hassan.
“Apa pun, UMNO tetap bersedia menghadapi segala kemungkinan dan akan menerima apa juga keputusan selepas ini,” katanya
.


Keputusan Mahkamah Tinggi itu yang mengistifarkan Dun Kota Seputin, Kedah kosong adalah keputusan mahkamah. UMNO berhak mengemukakan rayuan di mahkamah. Apa jua keputusan semua pihak seharusnya terima dengan baik.

Friday, November 13, 2009

EKONOMI NEGARA DIJANGKA TUMBUH POSITIF TAHUN HADAPAN

KUALA LUMPUR - Ekonomi negara diunjurkan kembali pulih dengan jangkaan pertumbuhan positif antara dua dan tiga peratus tahun depan, kata Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussin. Beliau berkata, pertumbuhan ekonomi itu dicapai dengan kedudukan defisit kewangan kerajaan yang dijangka lebih baik, pada paras 5.6 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) berbanding 7.4 peratus tahun ini. “Akaun semasa dijangka terus mencatatkan lebihan yang besar berjumlah RM91 bilion pada 2010,” katanya menjawab soalan Charles Anthony Santiago (DAP-Klang).

Charles bertanyakan mengenai rancangan kerajaan bagi mengatasi kemelesetan ekonomi sekiranya bentuk pemulihan ekonomi dunia bertukar daripada 'U' ke 'W' seperti yang diramal oleh ahli ekonomi. Awang Adek berkata, untuk tahun depan, ekonomi dunia kembali berkembang kukuh pada kadar 3.1 peratus, termasuk perdagangan dunia yang dijangka kembali pulih pada 2.5 peratus berbanding penguncupan 11.9 peratus tahun lepas.

“Sejajar perkembangan ekonomi dan perdagangan dunia yang semakin pulih serta pelaksanaan segera dan berkesan dua Pakej Rangsangan Ekonomi (PRE) serta pelonggaran dasar monetari, KDNK sudah beransur pulih, menyusut pada kadar yang lebih perlahan sebanyak 3.9 peratus dalam tempoh suku kedua 2009 setelah menguncup ketara sebanyak negatif 6.2 peratus dalam tempoh suku pertama. “Bagi keseluruhan tahun 2009, KDNK diunjur negatif 3.0 peratus iaitu lebih baik daripada anggaran awal antara negatif 4 peratus hingga negatif 5 peratus yang diumumkan pada 28 Mei lepas,” katanya. Awang Adek berkata, Bajet 2010 yang dibentangkan baru-baru ini, berupaya mencergaskan ekonomi negara serta menjadi asas kepada pembentukan model ekonomi baru. - Bernama

Ia menampakkan pemilihan ekonomi negara. Sebagai rakyat Malaysia seharusnya bersama-sama membantu memulihkan ekonomi dan menyokong saranan supaya negara terus maju di bawah konsep 1 Malaysia.

LIM GUAN ENG TERUS DIDESAK

BALIK PULAU 12 Nov. - Ketua Menteri, Lim Guan Eng terus didesak memberi penjelasan berhubung status pemilikan tanah Lot 408 bersebelahan Hotel Eastern & Oriental di Georgetown yang didakwa telah ditukar oleh kerajaan negeri.
Pergerakan Pemuda UMNO Pulau Pinang yang melahirkan rasa kecewa di atas perkara itu menggesa Guan Eng memberitahu perkara sebenar dan meletakkan jawatan sebagai Ketua Menteri sekiranya wujud penipuan dalam soal itu.


Bendaharinya, Aziaan Ariffin berkata, sebagai rakyat Pulau Pinang mereka telah hilang kepercayaan terhadap Ketua Menteri yang kononnya selama ini mengamalkan ketelusan dalam pentadbiran negeri tetapi berbuat sebaliknya.
Menurut beliau, Guan Eng selaku seorang yang sering melaungkan prinsip cekap, akauntabiliti dan telus (CAT) dalam pentadbirannya malah turut mengikut cara Khalifah Umar Abdul Aziz tidak sepatutnya berbohong dalam jawapannya semasa Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN).


''Jika beliau berbohong di dewan yang mulia itu, bermakna rakyat Pulau Pinang juga telah diberi fakta tidak tepat dan tidak benar, dengan kata lain kami sebagai rakyat telah ditipu oleh beliau.
''Adakah begini sikap seorang pemimpin yang mengamalkan ketelusan, ini tidak boleh diterima langsung kerana tidak sepatutnya seorang Ketua Menteri berbohong di dewan yang mulia.
''Apakah motif beliau menyembunyikan kelulusan tersebut daripada pengetahuan rakyat, ini baru satu pembohongan beliau terhadap rakyat yang kita dedahkan, bagaimana pula yang lain-lain," katanya pada sidang akhbar di sini semalam.
Kelmarin, Ketua Pembangkang, Datuk Azhar Ibrahim dan pemimpin parti komponen Barisan Nasional (BN) menggesa Guan Eng memberi penjelasan berhubung status tanah di sebelah Hotel E&O di sini.


Itulah Lim Guang Eng cuma pandai bercakap ketulusan tetapi gagal melaksanakan apa yuang dikata.

TINDAKAN ANWAR SEBOTAJ GAGAL MEMULIHKAN EKONOMI



KUALA LUMPUR 12 Nov. – Strategi Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menyerang kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak boleh dianggap sebagai satu usaha untuk mensabotaj ekonomi negara.
Timbalan Menteri Kewangan, Senator Datuk Dr. Awang Adek Hussain berkata, tindakan mereka itu akan menyebabkan keyakinan pelabur terhadap kestabilan politik dan ekonomi negara terhakis.
Sedangkan kata beliau, kerajaan telah bertindak pantas untuk menangani masalah ekonomi global dengan memperkenalkan pakej rangsangan ekonomi, meliberalisasi pelbagai sektor dan menyatukan rakyat melalui gagasan 1Malaysia.
“Semua ini untuk memulihkan ekonomi negara supaya rakyat kembali mendapat pekerjaan yang sewajarnya untuk mereka menyara hidup keluarga dan anak-anak yang masih di bangku sekolah.


“Namun apabila wujud usaha yang digerakkan Anwar dan sekutunya untuk menyerang kepimpinan Perdana Menteri dan kerajaan, sudah tentu ia akan menyebabkan keyakinan pelabur terhakis dan mereka tidak akan menanam modal di negara kita,” katanya kepada Utusan Malaysia di Parlimen hari ini.
Beliau mengulas kenyataan Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin mengenai keputusan mesyuarat Majlis Tertinggi PKR yang dipengerusikan Anwar awal minggu ini.
Menurut Zulkifli, pada mesyuarat tersebut Anwar menasihati ahli-ahli mengenai strategi baru untuk melancarkan serangan peribadi terhadap Perdana Menteri.
Mengenai imej negara dari sudut ekonomi, Awang Adek berkata, pelbagai tindak tanduk pembangkang sejak Pilihan Raya Umum Ke-12 menyebabkan sebuah akhbar di Jerman baru-baru ini melabelkan Malaysia sebagai mempunyai masalah yang sama dengan Thailand.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau berkata, perancangan Anwar itu mungkin disebabkan beliau kini berada dalam situasi ‘buku bertemu ruas’ dengan gandingan Najib dan Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Katanya, walaupun pada mulanya rakyat mempunyai rasa sangsi dengan pelbagai pembaharuan yang dibuat oleh kerajaan, mereka kini mula merasakan angin perubahan yang sedang berlaku.


Itulah cara yang boleh dilakukan oleh Anwar dan kuncu-kuncunya serta mengalihkan pandangan tentang kes liwat dari pengetahuan orangramai. Sebenar sekarang rakyat dah bijak lakuan Anwar dan pemimpin Pakatan Rakyat. Ceramah Pakatan Rakyat sudah tidak dihadiri orangramai cuma dihadiri oleh penyokongnya sahaja.Pas telah hilang kepercayaan kerana tidak memperjuang Islam sebenarnya cuma mengikut telunjuk PKR dan DAP.

Thursday, November 12, 2009

ANWAR MULA TERCABAR DAN PKR



SEREMBAN 11 Nov. – Langkah Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim menggerakkan strategi menyerang kepimpinan Perdana Menteri, dilihat sebagai percubaan untuk mengalih perhatian daripada pelbagai kemelut peribadi dan parti yang diterajuinya.
Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, Anwar juga sudah mula berasa tercabar dengan gabungan mantap Datuk Seri Najib Tun Razak dan timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin apabila dasar demi dasar yang dilancarkan kerajaan diterima rakyat.
‘‘Kenapa Anwar mahu menyerang Perdana Menteri? Dia sepatutnya tidak lari daripada kenyataan bahawa PKR dan dirinya sedang menghadapi banyak masalah dalaman.
‘‘Dia sendiri pun sedang berhadapan dengan perbicaraan mahkamah dan PKR juga sedang dilanda tsunami kepimpinan. Orang dalam parti itu juga sedang mengkritik kepimpinan Anwar,” tegasnya pada sidang akhbar selepas mesyuarat Exco kerajaan negeri di sini hari ini.
Mohamad berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Nordin tentang mesyuarat Majlis Tertinggi PKR yang dipengerusikan Anwar kelmarin.


Pada mesyuarat itu, menurut Zulkifli, Penasihat PKR itu menasihati ahli-ahli mengenai strategi baru untuk melancarkan serangan peribadi terhadap Perdana Menteri.
Bagi Mohamad, Anwar sengaja mahu mengalihkan pandangan orang ramai terhadap pelbagai isu yang sedang dihadapinya.
“Begitulah yang berlaku setiap kali dia mahu ke mahkamah, ada sahaja perkara yang dibangkitkan supaya orang ramai ‘terleka’ dengan kisahnya,” ujar beliau.
Justeru beliau tidak bersetuju dan berasa meluat dengan tindak-tanduk Anwar yang mahu menyerang Perdana Menteri.
‘‘Saya rasa dia sudah kelam-kabut sebab Najib dan Muhyiddin bergabung dengan baik. Pemimpin negara ini sudah berjaya mengembalikan keyakinan rakyat terhadap dasar kerajaan Barisan Nasional (BN).
Oleh itu gandingan yang matap antara Dato Seri Najib dan Tan Seri Mahyuddin Yassin akan banyak membawa perubahan kepada negara. Rakyat telah menilai dan sedar ke dua gandingan yang mantap ini akan dapat membawa Malaysia ke arah zaman kegemilangan.

HUBUNGAN BEJING-KL MENUJU ERA BARU KATA HU JINTAO, PRESIDEN CHINA

PUTRAJAYA 11 Nov. - Presiden China, Hu Jintao menganggap hubungan dua hala yang progresif sepanjang tempoh lebih tiga dekad dengan Malaysia banyak menyumbang kepada keamanan, kestabilan dan kemakmuran serantau.
Malah, beliau percaya hubungan Kuala Lumpur-Beijing yang berusia 35 tahun kini melangkah ke era baru apabila wujud kesepakatan strategik dalam pelbagai hala.
''Saya amat berbesar hati dapat melakukan lawatan ke Malaysia bertepatan dengan ulang tahun ke-35 hubungan diplomatik antara kedua-dua negara.
''Malaysia merupakan sahabat yang baik dan sepanjang tempoh itu, hubungan antara kedua-dua negara serta rakyatnya semakin matang dan kerjasama dalam pelbagai bidang telah membuktikan hakikat itu," katanya.


Beliau bercakap pada sidang akhbar bersama dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di sini hari ini.
Terdahulu Jintao bersama anggota delegasinya mengadakan rundingan dua hala hampir sejam dengan Perdana Menteri di Bangunan Perdana Putra sini.
Jintao berkata, dalam pertemuan dengan Perdana Menteri, mereka berdua mengadakan perbincangan mendalam mengenai kerjasama perdagangan, pelaburan, pembinaan dan sumber tenaga.
''Ini sebagai langkah menangani kesan krisis ekonomi global bagi menggalakkan kestabilan dan pertumbuhan ekonomi," katanya.


Presiden China itu berkata, kerjasama strategik antara kedua-dua negara amat penting kerana Malaysia merupakan rakan dagang terbesar China di ASEAN dengan jumlah dagangan mencecah RM190.3 bilion.
''Kita bersetuju mengekalkan hubungan di peringkat tertinggi dan akan mengambil langkah berkesan bagi melaksanakan pelan tindakan membabitkan kerjasama strategik itu.
''Kami bersetuju untuk melangkah aktif menuju satu era kerjasama yang baru," katanya.
Selain itu, Jintao berkata, kedua-kedua negara juga sepakat mahu memperkukuhkan kerjasama dalam bidang pendidikan, sains dan teknologi, kebudayaan dan pelancongan.

Dengan hubungan yang baik kedua buah negara akan dapat memulihkan ekonomi Malaysia / China dengan perbincangan menjurus kepada kesefahaman yang baik dan dapat membawa keluar negara dari kegawatan ekonomi.

PKR RISAU GELOMBANG PERUBAHAN DALAM BN


KUALA LUMPUR 11 Nov. - Parti Keadilan Rakyat (PKR) kini goyah berikutan penerimaan sebahagian besar rakyat terhadap dasar-dasar yang dibawa oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Kebimbangan mengenainya dapat dilihat apabila PKR terpaksa menyusun strategi untuk menyerang Perdana Menteri walaupun keadaan parti itu sendiri kucar-kacir.
Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Noh Omar berkata, PKR sudah tiada isu lain untuk diketengahkan dan Penasihatnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim mula goyang dengan perubahan yang dibawa oleh Najib.
"Kepimpinan Perdana Menteri mula diterima malah rakyat sudah mula sedar dan tahu siapa Anwar serta agenda politik PKR yang sebenarnya,'' katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.


Semalam, Majlis Tertinggi PKR bermesyuarat dengan dipengerusikan oleh Anwar bagi membincangkan kaedah dan strategi baru untuk melancarkan serangan ke atas Perdana Menteri.
Noh berkata, tembelang PKR mula pecah sehingga ada kalangan ahli parti itu bertindak keluar parti sekali gus menggambarkan pergolakan dalam parti tersebut.
Beliau berkata, rakyat lebih mengetahui apa yang terjadi dan ia dapat dibuktikan dengan keadaan negeri-negeri di bawah pentadbiran pembangkang yang tidak stabil.


Sementara itu, Ketua Pergerakan Puteri UMNO, Datuk Rosnah Rashid Shirlin berkata, perubahan yang dibawa Perdana Menteri membuka mata rakyat yang selama ini hanyut dalam propaganda PKR.
Menurutnya, rakyat menyedari perkara ini dan mula menyokong Perdana Menteri yang membawa gagasan 1Malaysia demi perpaduan dan kesejahteraan rakyat.
"Agenda PKR hanya mendatangkan kemudaratan dan perpecahan di kalangan orang Melayu dan bukannya keamanan dan kestabilan,'' katanya.


PKR telah dinilai oleh rakyat. Mereka telah tahu temberang yang dibuat oleh Anwar Ibrahim, Azmin Ali dan Azizah. Sudah sampai masa rakyat menolak PKR dan menyokong kepimpinan Dato Seri Najib yang banyak membuka lambaran baru dan memberikan pembelaan kepada rakyat. PKR hanya pandai berjanji tetapi tidak dikotakan janji tersebut. Lawatan Presiden China akan membuka peluang pelabur-pelabur kedua belah pihak mendapatkan ruang-ruang perniagaan ken dua buah negara.

Wednesday, November 11, 2009

BURSA MALAYSIA KEKAL TEGUR

KUALA LUMPUR 10 Nov - Harga saham di Bursa Malaysia mengekalkan aliran meningkatnya pada Selasa dengan indeks petunjuk pasaran naik 0.5 peratus, disokong oleh minat kukuh dalam saham kewangan di tengah-tengah prospek positif bagi pertumbuhan ekonomi negara, kata para peniaga.
Bursa tempatan juga mengambil petunjuk daripada kenaikan di Wall Street semalaman apabila dolar AS merosot dan negara-negara G20 bersetuju mengekalkan usaha pakej rangsangan ekonomi.
Indeks Komposit Kuala Lumpur FTSE Bursa Malaysia (FBM KLCI) naik 6.33 mata untuk ditutup kepada 1,274.08 selepas diniagakan pada paras tertinggi harian 1,277.81. Ia dibuka 5.89 mata lebih tinggi pada 1,273.64 pagi ini.
Indeks FBM Emas naik 33.63 mata kepada 8,505.94, FBM Top 100 meningkat 39.20 mata kepada 8,297.47 manakala FBM 70 menokok 30.63 mata kepada 8,178.89.Bagaimanapun FBM ACE Index, susut 59.56 mata kepada 4,621.80.


Indeks Kewangan melonjak 82.71 mata kepada 10,874.51, Indeks Perusahaan naik 6.84 mata kepada 2,716.59 manakala Indeks Perladangan menokok 13.53 mata kepada 6,211.95.
Kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 358 berbanding 325 manakala 268 kaunter tidak berubah dan 319 yang lain tidak diniagakan. Sejumlah 1.258 bilion saham bernilai RM1.352 bilion bertukar tangan hari ini naik daripada 1.100 bilion saham bernilai 1.179 bilion pada Isnin.
Jumlah dagangan di Pasaran Utama meningkat kepada 1.019 bilion saham bernilai RM1.310 bilion daripada 938.908 juta saham bernilai RM1.138 bilion sebelumnya.
Bagaimanapun, jumlah dagangan di Pasaran ACE turun kepada 102.361 juta saham bernilai RM28.433 juta daripada 113.044 juta saham bernilai RM23.758 juta semalam.
Jumlah dagangan Waran meningkat kepada 20.325 juta unit bernilai RM4.535 juta daripada 16.180 juta unit bernilai RM3.419 juta semalam.


Menerajui kaunter cergas, Talam turun satu sen kepada 11.5 sen, Nam Fatt naik 3.5 sen kepada 33.5 sen, Poh Huat jatuh 6.5 sen kepada 53.5 sen, Multi Sports berkurangan 7.5 sen kepada 61.5 sen manakala KNM Group merosot 1.5 sen kepada 79.5 sen.Panasonic merupakan saham paling untung, naik 40 sen kepada RM12.60, manakala saham paling rugi ialah KFC yang turun 37 sen kepada RM7.33.
Barangan pengguna menyumbang 115.847 juta saham yang diniagakan di Papan Utama, barangan perusahaan 161.051 juta, pembinaan 104.709 juta, perdagangan dan perkhidmatan 296.931 juta, teknologi 54.342 juta, prasarana 21.334 juta, kewangan 41.650 juta, hotel 2.646 juta, hartanah 176.608 juta, perladangan 42.786 juta, perlombongan 12,000, REITs 904,400, dan dana tertutup 39,000. - Bernama


Ini mengambarkan pasaran saham kukuh dan menampakkan peningkatan ekonomi negara bertambah baik. Pemimpin yang pandai menguruskan kewangan negara amat penting dalam membawa negara ke mercu kejayaan.

BAI'AH CERMINKAN SIKAP PAS



KUALA LUMPUR 10 Nov. - Konsep bai'ah dalam Pas mencerminkan sikap sebenar pemimpinnya yang cuba menjadikan Islam sebagai agama yang buruk, suka menekan dan tidak rasional.
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, sikap itu wujud apabila Pas mula mengajar orang ramai tentang perkara-perkara yang tidak munasabah.
"Sebagai contoh, pemimpin Pas menyatakan sesiapa yang tidak mengundi Pas tidak akan masuk syurga.
''Malah sebelum itu, mereka juga boleh mengampunkan dosa seorang wanita sekiranya berani membuat pengakuan telah melakukan kesalahan, tidakkah itu sama seperti agama tertentu yang dengan mudah menjanjikan pengampunan. Itu sudah salah dengan konsep agama Islam,'' katanya.


Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan program ceramah Gender Series Talk on Women's Role in Nation Building anjuran Institut Pengupayaan Wanita NAM (NIEW) di sini hari ini.
Beliau diminta mengulas mengenai pegangan politik Pas pada masa ini ekoran timbulnya isu amalan bai'ah iaitu ikrar taat setia di kalangan pemimpin Pas bahawa akan jatuh talak tiga kepada isteri masing-masing jika mereka keluar parti.
Dr. Mahathir berkata, sejak dulu, beliau menasihati semua parti supaya jangan sesekali mencampuradukkan politik dengan Islam kerana ia akan membawa ke arah perpecahan.
Menurut beliau, bai'ah itu, jelas memperlekehkan wanita Islam yang seharusnya mereka diletakkan di tempat yang tinggi dan dihormati.
''Tetapi bagi ahli-ahli Pas, mereka dengan sewenang-wenangnya 'melepaskan' wanita semata-mata kerana kepentingan politik. Ini memang ada kaitan dengan polisi politik Pas. Saya tidak percaya dengan konsep itu.


Bai'ah yang diamalkan oleh Pas telah menampakkan wanita dijadikan alat bagi kepentingan politik mereka. Mereka menjahanamkan keluarga demi kepentingan sempit Pas, oleh itu seharusnya semua kaum wanita faham jika telah termasuk di dalam golongan ini amat sukar untuk keluar dari bai'ah tersebut.

DUA LANGKAH LONJAK IT



PUTRAJAYA 10 Nov. – Malaysia sedang merancang untuk mewujudkan sebuah pusat praktikal teknologi maklumat (IT) mirip model pusat perisian Infosys ternama di Bangalore, India.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, menerusi pusat berkenaan, para siswazah lepasan IT akan mengikuti kemahiran tinggi di situ sebelum menceburi bidang pekerjaan dengan gaji lumayan.
“Pusat yang sedang kita rancang ini seakan-akan mirip model Infosys di Bangalore.
“Para siswazah (IT) kita pergi mengikuti latihan praktikal di pusat ini sebelum terjun ke dunia pekerjaan dengan gaji lumayan.


“Kita akan mulakan dengan mendirikannya di satu lokasi yang akan dikenal pasti,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Panel Penasihat Antarabangsa (IAP) Koridor Raya Multimedia (MSC) Malaysia di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini hari ini.
Pengasas Infosys Technology Ltd, N.R. Narayana Murthy yang juga anggota IAP MSC Malaysia memulakan syarikatnya di India pada 1981 dengan modal RM865 (AS$250) dan menukarkannya menjadi sebuah syarikat teknologi maklumat dan perundingan berbilion-bilion dolar.


Infosys di bawah Murthy merupakan satu kisah kejayaan klasik India dengan pendapatan tahunan bagi tahun kewangan 2007 melebihi RM10.72 bilion (AS$3.1 bilion) dan permodalan pasaran sebanyak RM103.8 bilion (AS$30 bilion), menjadikannya salah sebuah syarikat IT terbesar di India.
Syarikat-syarikat IT India berupaya mewujudkan 11.3 juta pekerjaan setahun dan ini sukar ditandingi, malah oleh satu lagi kuasa ekonomi saingannya, China sekalipun.
Bangalore, ibu negeri Karnataka dirujuk sebagai Lembah Silikon India dan merupakan 35 peratus daripada eksport perisian India.

Itu langkah terbaik bagi memperkasakan bidang ITC bagi negara malaysia. Semoga ia berjaya mencapai taraf negara maju.

MALAYSIA JADI NEGARA ISLAM CONTOH


ISTANBUL 10 Nov. – Beberapa negara anggota Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) mahu mencontohi kejayaan Malaysia membangunkan ekonomi dengan cemerlang.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, perkara ini disampaikan sendiri oleh beberapa ketua kerajaan OIC dalam pertemuan dua hala yang diadakan di sini.
“Ia merupakan satu penghormatan kepada Malaysia yang dijadikan negara Islam contoh,’’ katanya kepada wartawan Malaysia di hotel penginapannya di sini hari ini sebelum berlepas pulang ke Kuala Lumpur.
Muhyiddin berada di sini selama tiga hari sempena menghadiri Sidang Kemuncak Ekonomi Jawatankuasa Kerja Kerjasama Ekonomi dan Perdagangan OIC (COMCEC).


Muhyiddin menjelaskan, ada antara negara berkenaan secara khusus meminta kepakaran Malaysia dalam bidang tertentu terutama industri perladangan kelapa sawit dan juga petroleum.
Sebagai contoh kata beliau, Sierra Leonne mengemukakan cadangan supaya Malaysia terlibat secara langsung dengan usaha mereka untuk menanam kelapa sawit secara besar-besaran di negara tersebut.
“Ia diminta oleh Presiden negara itu, Ernest Bai Koroma dalam pertemuan dua hala saya semalam dan kita akan berbincang dengan Felda bagaimana kita dapat membantu menjayakan rancangan Sierra Leonne itu,” ujarnya.


Malaysia telah diiktiraf sebagai negara Islam contoh. Oleh itu sebagai rakyat Malaysia perlu sayangkan negara kita dalam menjayakan apa yang diharapkan oleh kerajaan, Jangan jadi seperti Anwar Ibrahim yang mahu menghancurkan negara ini. Tolak PKR teruskan memberikan sokongan anda kepada Dato' Seri Najib dan kepimpinannya.

Tuesday, November 10, 2009

KELANTAN ANGGAP WANG EHSAN SEBAGAI SEDEKAH - HUSAM MUSA

KUALA LUMPUR – Kerajaan Kelantan tetap mahu menuntut pembayaran wang royalti minyak walaupun kerajaan Pusat mengumumkan pemberian wang ihsan untuk negeri itu, kata Exco kelantan, Datuk Husam Musa. Beliau berkata, Kerajaan Negeri tidak menolak kemungingkan mengambil tindakan undang-undang bagi memastikan Kerajaan Pusat menyerahkan hak lima peratus hasil aktiviti petroleum di perairan negeri tersebut sejak tahun 2004. "Dalam mesyuarat Exco yang lalu, Kerajaan Negeri membuat keputusan melantik panel guaman untuk mengkaji dan memberi pandangan sama ada isu ini akan dibawa ke mahkamah ataupun tidak," katanya pada sidang media di Lobi Parlimen, semalam.

Kerajaan Kelantan sebelum ini telah mengemukakan surat rasmi kepada Kerajaan Pusat bagi menuntut bayaran royalti minyak berjumlah RM1 bilion sejak 2004. Rabu lepas, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pemberian wang ihsan kepada Kelantan tahun depan hasil daripada pengeluaran minyak di luar pesisir pantai negeri itu. Husam berkata, tidak kiralah berapa jumlah wang ihsan yang akan dibelanjakan oleh Kerajaan Pusat, Kerajaan Negeri masih menganggap ia sebagai 'sedekah'. “Sekarang UMNO sudah menerima hakikat bahawa negeri Kelantan mempunyai sumber petroleum, dan saya yakin Kelantan akan dapat hak royalti tersebut,” katanya Ditanya mengenai kenyataan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang bersyukur dengan pemberian wang ihsan itu, Husam berkata, Kerajaan negeri mempunyai ‘dua lapisan tawar-menawar’. “Beliau (Nik Aziz) bersetuju tetapi kita ada ‘two layer bargaining’ di mana Nik Aziz mengambil sikap lebih lunak dan lembut, tetapi bagi saya, faktor undang-undang lebih utama untuk menentukan Kelantan akhirnya mendapat hak ini,” katanya.

Inilah sikap biadap seorang pemimpin Pas, kawasan minyak petronas terletak di luar persisir pantai Negeri Kelantan tapi mereka masih menuntut yang bukan-bukan demi menguatkan Pas itu sebenar. Kerajaan Pusat memberikan wang ehsan adalah langkah terbaik kerana Kelantan di perintah oleh Pas sepatutnya mereka mencari wang dari sumber hasil bumi dan mengharapkan kerajaan pusat sahaja..

PERDANA MENTERI : KELUARKAN GARIS PANDUAN UNTUK WAKIL RAKYAT



PUTRAJAYA 9 Nov. - Datuk Seri Najib Tun Razak mahu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengeluarkan satu garis panduan yang jelas berhubung apa yang boleh atau tidak boleh dilakukan oleh wakil rakyat dalam penyaluran peruntukan kerajaan untuk rakyat.
Sambil menyambut baik penubuhan pasukan khas suruhanjaya itu dalam memantau kegiatan penyelewengan peruntukan Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), Perdana Menteri menegaskan, garis panduan itu membolehkan seseorang individu mengetahui keperluan mereka sebagai wakil rakyat.


"Sebab sebagai Ahli Parlimen, mereka dituntut untuk menyelesaikan pelbagai masalah dan tuntutan rakyat seperti bayaran sekolah, bayaran kesihatan, kenduri-kendara, masalah kesihatan dan pelbagai lagi.
"Tuntutan seperti ini menjadikan mereka terpaksa kadang-kadang melihat bagaimana peruntukan kerajaan boleh digunakan atau tidak boleh digunakan.
"Ini adalah sesuatu yang perlu diperjelaskan SPRM kepada mereka," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Pelaksanaan Koridor Raya Multimedia (MSC) Malaysia ke-21 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini hari ini.


Ia sebagai satu langkah yang baik bagi meningkatkan intigeriti setiap wakil rakyat di dalam negara ini. Diharap pihak pembangkang janganlah menyalahkan pihak kerajaan sahaja tetapi mereka juga perlu mengekalkan amanah dalam menguruskan wang negeri yang mereka perintah dangan baik, tulus dan amanah.

NEGARA MAJU : KERAJAAN SASAR PERTUMBUHAN EKONOMI 6 % SETAHUN



PUTRAJAYA 9 Nov. - Malaysia perlu mencatat pertumbuhan ekonomi sebanyak enam peratus setahun bagi memastikan matlamat menjadi negara maju menjelang tahun 2020 tercapai.
Perdana Menteri berkata, kadar itu disifatkan realistik dan boleh dicapai selepas negara pulih daripada kesan krisis ekonomi dunia.
"Maknanya kita kena menggandakan usaha bagi mencapai kadar pertumbuhan yang lebih tinggi dengan mencari sumber-sumber baru.
"Antaranya teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) serta berdasarkan model ekonomi baru yang akan dilancarkan penghujung tahun ini,"katanya,
Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata demikian pada sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Pelaksanaan (ICM) Koridor Raya Multimedia (MSC) Malaysia ke-21 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini hari ini.
Ia sempena Mesyuarat Panel Penasihat Antarabangsa (IAP) MSC Malaysia ke-12 yang berlangsung di sini sehingga esok.


Ini kali pertama Najib mempengerusikan mesyuarat tersebut selepas dilantik sebagai Perdana Menteri pada April lalu.
Menurut Perdana Menteri, ekonomi negara yang bergantung kepada pasaran eksport dijangka pulih sepenuhnya sekiranya krisis ekonomi dunia berakhir.
"Setakat ini, kadar pertumbuhan sebenar belum kita keluarkan lagi dan kita masih belum pulih daripada krisis ekonomi dunia.
"Pertumbuhan negara akan berlaku lebih cepat sekiranya ekonomi dunia pulih yang turut meningkatkan permintaan negara barat dan menjadikan sektor pembuatan berjalan lebih baik," katanya.


Terdahulu dalam ucapan pembukaannya, Perdana Menteri berkata, model ekonomi baru berasaskan pendapatan tinggi akan dijana oleh inovasi, kreativiti dan aktiviti bernilai tinggi.
Katanya, pendekatan itu bersesuaian dengan aspirasi MSC Malaysia yang mahu membina industri teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) yang bertenaga.
"Kita bertuah kerana mempunyai MSC Malaysia yang menjadi asas bagi membolehkan kita membina sektor teknologi bertaraf dunia.
"Ia akan menjadi enjin pertumbuhan bagi model ekonomi baru," katanya.
Najib berkata, bagi menjadi sebuah negara maju pada 2020, kadar per kapita rakyat perlu digandakan daripada RM25,000 setahun kepada RM61,200 setahun.
"Ini bagi memenuhi spesifikasi sebuah negara maju yang ditetapkan oleh Bank Dunia,"katanya.
Bagi mencapai matlamat itu, Najib berkata, MSC Malaysia menekankan kepada beberapa sektor ICT.


"Kita telah membina jaringan hab multimedia kreatif serantau dengan kira-kira 200 buah syarikat yang menjana pendapatan tahunan sebanyak RM677 juta dalam bidang pasca produksi, animasi, permainan, e-pembelajaran dan kandungan interaktif serta mudah alih.
"Kita perlu mengambil peluang daripada permulaan yang baik ini bagi meraih perkongsian pasaran kandungan global yang lebih besar dianggarkan sejumlah RM2.2 trilion tahun ini," katanya.


Adalah diharapkan keadaan ekonomi negara akan sulih sepenuhnya. Rakyat Malaysia akan terbela dizaman kepimpinan Dato' Seri Najib.

ANWAR SELAR AHLI PKR TAK IKUT IDEOLOGINYA SEBAGAI PENGACAU



KUALA LUMPUR 9 Nov. - Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim menggelar ahli yang gagal mematuhi disiplin dan ideologi parti itu sebagai 'pengacau' di dalam PKR.
Sambil memberi amaran kepada individu terlibat Anwar berkata, mereka harus berundur daripada parti sebelum disingkirkan.
"Saya dengan tegas memberi amaran kepada seluruh anasir-anasir 'pengacau' dalam parti yang gagal patuh kepada disiplin dan ideologi parti, mereka harus undur sebelum disingkirkan," katanya di dalam blognya
www.anwaribrahim.com.


PKR baru-baru ini berhadapan dengan krisis dalaman yang menyaksikan dua pemimpinnya di Sabah iaitu Datuk Dr. Jeffrey Kitingan meletak jawatan sebagai Naib Presiden, sementara Christina Liew pula meletak jawatan sebagai Ahli Majlis Tertinggi parti itu.
Seorang wakil rakyatnya iaitu Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelabuhan Klang, Badrul Hisham Abdullah pula bertindak keluar parti itu dan menjadi ADUN bebas.
Ketiga-tiganya memberi alasan hilang keyakinan terhadap kepimpinan parti itu yang diterajui '3A' iaitu Anwar; Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail; dan Naib Presidennya, Azmin Ali.


Itulah PKR iaitu satu parti di tarajui oleh Anwar Ibrahim. Ahli telah banyak hilang kepercayaan kepada kepimpinan PKR Anwar, Azizah dan Azmin Ali. Ia dalah satu perjuangan untuk dirinya bukan membela rakyat sebagaimana kerajaan BN sekarang.Orangramai seharusnya bersyukur dalam keadaan negara yang aman dan makmur ini. Semasa Anwar jadi Timbalan Perdana Menteri apa yang beliau lakukan.

Cuma masuk dalam poketnya sahaja sekaranglah kata hendak berjuang untuk rakyat.

PAS MUNGKIN KEHILANGAN KELANTAN DAN KEDAH PRU KE 13



KUALA LUMPUR 9 Nov. - Penguasaan Pas di Kelantan dan Kedah mungkin berakhir pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 jika parti itu gagal meraih kepercayaan rakyat yang kini dilaporkan tidak lagi menyokong kepimpinan Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Penganalisis politik, Prof. Datuk Dr. Samsul Amri Baharuddin berkata, Abdul Hadi selaku Presiden mempunyai tempoh enam bulan untuk mengembalikan semula sokongan rakyat dan memulihkan imej parti yang dilihat semakin negatif jika ingin mengelak perkara itu daripada berlaku.


"Situasi ini adalah sesuatu yang serius dan wajar dibimbangi Abdul Hadi. Rakyat hilang kepercayaan terhadap beliau kerana masalah dalaman yang berpanjangan selain kegagalan Pas berperanan dengan lebih penting dalam pembangkang,'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini semalam.
Samsul berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai pendedahan Pensyarah Jabatan Pengajian Media, Universiti Malaya (UM), Prof. Madya Dr. Abu Hassan Hasbullah pada seminar Memperkasakan Pas kelmarin.
Abu Hassan ketika mendedahkan hasil kajiannya terhadap 2,100 responden berkata, 633 orang muda berusia antara 21 dan 30 tahun hilang kepercayaan terhadap Abdul Hadi berbanding hanya 67 yang menyokong.
Selain itu tambahnya, 519 orang daripada golongan yang berusia 31 hingga 40 tahun turut berpandangan negatif terhadap kepimpinan Pas berbanding hanya 181 orang yang positif.


Mengulas lanjut Samsul Amri memberitahu, elemen yang menyumbang kepada krisis dalaman Pas telah lama wujud kerana keanggotaan ahlinya terdiri daripada pelbagai latar belakang dan pendidikan.
"Lebih daripada itu, Pas sendiri gagal berfungsi seperti yang diharapkan oleh penyokongnya. Pertelingkahan di Selangor dan Kedah membuktikan parti ini tunduk kepada rakan pakatan mereka. Ini tidak disukai khususnya pengundi Melayu,'' jelasnya.
Pendapat itu disokong seorang lagi penganalisis politik, Prof. Datuk Dr. Zainal Kling bahawa Pas akan kehilangan apa yang dinikmatinya pada PRU Ke-12 lalu jika masalah dalaman, hilang sokongan dan imej negatif tersebut tidak dapat ditangani dengan segera.


Katanya, Pas tidak mempunyai banyak masa kerana UMNO sendiri telah mengambil langkah ke hadapan dan dilihat semakin memperoleh semula sokongan rakyat di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
"Imej yang negatif dan hilang sokongan berpunca daripada banyak sebab. Antaranya percanggahan dalam pakatan pembangkang di mana Pas yang sepatutnya lebih dominan banyak mengalah dan seolah-olah menjadi kuda tunggangan.
"Masalah dalaman walaupun reda sekejap tidak bererti telah selesai. Ramai yang menyedari ia persefahaman yang rapuh antara Abdul Hadi dan Mursyidul Am, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat,'' ujarnyA.


Itulah realitinya parti PAS sekarang dalam menuju kehancuran. Sokongan orangramai telah merosot cuma dijadikan kuda tonggangan oleh DAP dan PKR.
Nik Aziz juga bercakap merapu ikut sedap mulut sahaja.

Monday, November 9, 2009

BN PERLU BANGUN JADI JUARA RAKYAT KATA DATO' SERI NAJIB



KOTA KINABALU 8 Nov. - Semua parti komponen Barisan Nasional (BN) perlu bangun menjadi juara rakyat atau bersedia menghadapi nasib yang pernah menimpa parti tersohor Jepun, LDP yang tersungkur di tangan rakyat negara itu.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, LDP yang pernah memerintah Jepun selama lebih 50 tahun dan merintis kemerdekaan negara matahari terbit itu jatuh kerana mereka melupakan rakyat.


"Rakyat muak dengan parti yang tidak bekerja untuk rakyat, yang mengutamakan konkrit (membina bangunan) dan kontrak.
"Oleh itu, kita mesti menjadikan BN parti yang bukan sahaja dilihat sebagai juara rakyat, tetapi bertindak menjuarai (nasib) rakyat," katanya ketika berucap merasmikan Kongres Parti Liberal Demokratik (LDP) Sabah di sini hari ini.
Turut hadir Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman; Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal; Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan Presiden LDP, Datuk Liew Vui Keong;.


"Saya baru-baru ini ada berjumpa dengan Perdana Menteri baru Jepun, Yukio Hotoyama dan bertanya dengannya bagaimana partinya mampu menundukkan LDP yang telah lama berkuasa.
"Jawapan dia amat mudah, LDP jatuh sebab parti itu hilang sentuhan dengan rakyatnya," katanya.
Justeru, Najib berkata, kejatuhan parti LDP Jepun harus diambil iktibar dan semua parti komponen BN harus kembali kepada idea asal BN untuk memenangi hati rakyat dengan memberikan perkhidmatan terbaik.
Katanya lagi, parti komponen BN pada masa ini harus meletakkan komitmen yang tinggi untuk memberi khidmat kepada masyarakat tanpa mengharapkan apa-apa balasan.
Beliau menambah semangat sukarela harus disegar dan pertingkatkan semula kerana ia merupakan resipi kejayaan pada masa lalu.

Najib memberitahu, beliau yakin sekiranya semua parti komponen dapat memberikan perubahan yang bermakna kepada rakyat, BN mampu memenangi pilihan raya akan datang.
Malah, katanya, jika rakyat sentiasa diutamakan, adalah tidak mustahil BN akan direkodkan dalam sejarah dunia sebagai parti paling lama memerintah.

Kepimpinan Dato' Seri Najib mampu memulihkan sokongan rakyat, UMNO telah melakukan perubahan, MCA dan MIC perlu memparbaiki pemulihan parti . Semua pihak perlu bekerja keras dalam mengukuhkan BN sepaya terus kekal memerintah negara ini.

200 AHLI PKR SERTAI UMNO



PADANG BESAR 8 Nov. - Bekas Timbalan Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Perlis, Zainurin Yahaya bersama 200 ahlinya bertindak keluar parti tersebut untuk menyertai UMNO.
Beliau yang juga Timbalan Ketua Bahagian PKR Padang Besar dan ahli-ahli parti itu menyerahkan borang keahlian untuk menyertai UMNO kepada Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perlis, Datuk Seri Dr. Md. Isa Sabu.
Zainurin berkata, selepas ini, dijangka kira-kira 1,000 lagi penyokong PKR di negeri itu akan mengambil tindakan yang sama selepas mendapati perjuangan parti tersebut terpesong daripada dasar utamanya.


"Kami mengambil langkah ini selepas menyedari perjuangan PKR tidak berfungsi seperti yang digambarkan di peringkat awal kononnya untuk membela nasib rakyat," ujarnya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyerahkan borang keahlian UMNO kepada Md. Isa di Kampung Sungai Siran, Santan, yang turut disaksikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Santan, Sabry Ahmad.
Kata Zainurin, PKR Bahagian Padang Besar dijangka lumpuh kerana sebahagian besar daripada ahlinya akan menyertai UMNO pada bila-bila masa selepas mendapati UMNO lebih mementingkan akar umbi.


Penyokong-penyokong PKR sudah hilang kepercayaan kepada PKR dan kembali ke pangkal jalan. BN di zaman kepimpinan Dato Seri Najib mampu membawa perubahan dan mampu membela nasib rakyat dalam negara ini. Teruslah sokongan kepada Dato Seri Najib dan mampu memulihkan negara ini dari terus mengalami kegawatan ekonomi.



MCA PERLU DISELESAIKAN DEMI BN



KOTA KINABALU 8 Nov. - Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan, MCA tidak mempunyai pilihan lain melainkan segera menyelesaikan kemelut dalaman parti itu.
Perdana Menteri yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) berkata, kegagalan MCA menyelesaikan segera masalah dalaman mereka, bukan sahaja akan melemahkan parti itu, tetapi turut menjejaskan BN.


Tegas beliau, lebih membimbangkan lagi, calon-calon daripada parti itu juga akan ditolak pada pilihan raya umum akan datang.
"Mereka tidak ada pilihan. Kalau tidak selesai dalam tempoh tertentu, MCA akan ditolak pada pilihan raya akan datang," katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Kongres Parti Liberal Demokratik (LDP) Sabah ke-20 di sini hari ini.
Turut hadir Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman; Presiden LDP, Datuk Liew Vui Keong dan Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.
Perdana Menteri mengulas perkembangan kemelut MCA yang menyaksikan kumpulan diketuai Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tong Lai mendesak supaya diadakan Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) kedua parti itu.


MCA perlu mencari jalan perdamian dalam kemelut dalaman dalam MCA. Ia penting dalam menghadapi Pilihanraya ke 13 nanti. Jika isu ini dibiarkan terlaku lama ia akan menjejaskan sokongan bagi masyarakat Cina kepada BN dalam negara ini.

HADI AWANG TOLAK DESAKAN LETAK JAWATAN PRESIDEN PAS



KUALA LUMPUR - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, semalam, menegaskan bahawa beliau tidak akan meletakkan jawatan walaupun dikritik hebat dan didesak berbuat demikian. “Pemimpin dipilih melalui muktamar parti dan ia adalah aman:ah... saya tidak akan membuang baju amanah ini,” katanya semasa menggulung hujah pada Seminar Khas Memperkasakan Parti Pas di Markas Tarbiah Pusat parti itu di Taman Melewar di sini. Beliau berkata, sebagai pemimpin, seseorang itu perlu bersikap profesional dan menerima sebarang kritikan dengan hati terbuka walaupun ia pedih. “Pemimpin Pas ibarat pemain bola dan kita perlu berjiwa besar dalam menghadapi masalah. “Walaupun ada teguran yang keras... suruh pecat kapten, buang pengurus dan pemain, tapi kita belum habis separuh masa pertama... kita pemain profesional, bukannya pemain kampung,” katanya. Sementara itu, pada sidang akhbar selepas seminar itu, Abdul Hadi merumuskan bahawa seminar itu sebagai berjaya. “Insya-Allah, kita (Pas) dapat menunjukkan prestasi yang baik untuk menghadapi cabaran yang akan datang bagi membuat per:ubahan bersama dengan Pakatan Rakyat.


:“Kita anggap ini bahtera baru yang perlu diperkukuhkan lagi untuk melayari perjuangan perubahan di negara kita,” katanya. :Di dalam sidang media selepas itu, Abdul Hadi yakin seminar yang dijalankan menggantikan Muktamar Khas yang tamat kira-kira jam 6.00 petang semalam itu telah berjaya mencapai objektifnya. :“Jika ada pihak mengatakan seminar ini gagal, itu pandangan mereka. Bagi Pas, seminar ini berjaya. Malah, kita dapat menunjukkan prestasi yang baik untuk menghadapi cabaran yang akan datang bagi membuat perubahan bersama dengan PR. :“Kita anggap PR sebagai bahtera baru yang perlu diperkukuhkan lagi untuk melayari perjuangan perubahan di negara ini. Kita perlu bersabar dan tidak akan meninggalkan PR,” katanya dan memberi keyakinan bahawa isu kerajaan perpaduan Pas dengan UMNO yang dibangkitkannnnya dahulu dijamin tidak akan dibangkitkan lagi. “Pas dan PR sudah berjanji untuk tidak membuka lagi isu kerajaan perpaduan. Kita perlu tumpu kepada bahtera yang ada. Tiada keperluan bersama dengan bahtera yang sudah lemah.


komen : Sebenarnya orangramai sudah bosan dengan cara PAS dan PKR yang cuma pandai berjanji tetapi tidak dapat laksanakan apa yang dijanjikan dalam pilihanraya.

Yang penting dapat mereka gaji dan dapat duit semasa ceramah dan berceramah memfitnah itu sahaja yang mereka tahu. Orangramai dan penggundi atas pagar telah sedar dan telah kembali ke pangkal jalan. Apa lagi perjuangan yang di pertahankan oleh parti Pas, Islam sudah tidak dipertahankan seperti isu arak di Selangor, pembinaan kuil di Seksayen 23 Shah Alam, isu babi di Kedah, orang meskin tidak dibela dan banyak lagi isu besar yang gagal ditanganani oleh Pas.

WANITA DIJADIKAN PERTARUHAN UNTUK TERUS KEKAL DENGAN PAS



KUALA LUMPUR 8 Nov. - Terdapat isteri calon wakil rakyat Pas yang menangis dan menggeletar pada majlis bai'ah apabila mendengar ikatan perkahwinan mereka dijadikan bahan tebusan demi kepentingan politik kepartian yang sempit dan jumud.
Gelojak rasa itu turut dikongsi si suami yang menggigil sewaktu mengangkat bai'ah yang memberi kata dua sama ada terus setia kepada parti atau bercerai talak tiga dengan isteri.
Debaran dan suasana hiba pada majlis bai'ah Pas itu didedahkan oleh Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu, Zulkifli Noordin (gambar) selepas mendengar pengakuan daripada beberapa wakil rakyat parti itu.
Malah kata Zulkifli, wakil rakyat terbabit juga meminta bantuannya supaya membawa isu bai'ah itu ke tengah selepas ia menjadi perdebatan umum apabila disahkan oleh Ahli Parlimen Pas Shah Alam, Khalid Samad, Khamis lalu.


Katanya, mereka sudah tidak mampu menanggung bebanan yang dipikul tetapi tiada kekuatan untuk mendedahkannya kerana takut dikutuk dan dikenakan tindakan.
"Mereka meminta isu ini dibincangkan supaya tindakan segera dapat diambil dan kemungkaran yang berlaku dapat dicegah.
"Mereka berharap apabila isu ini terdedah, maka ada jalan keluar buat mereka dari ikatan bai'ah dan sumpah ini," kata Ahli Parlimen dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu dalam laman blog beliau http://zul4kulim. blogspot.com/.
komen : Itu jika terlalu taksub sanggup melakukan apa sahaja, walaupun ikatan perkahwinan perlu dikerbankan, demi parti PAS. Adakah anda sanggup melakukannya. Berfikirlah dan kembali semula kepangkal jalan dan keluar dari PAS. Jika ini berlaku anak-anak akan menjadi korban dan ikatan perkahwinan yang dibina lama hancur jika tidak mengikut syarat suami dengan ikatan parti Pas.

Friday, November 6, 2009

WAN AZIZAH TAHU ANWAR SILAP PERCATURAN



KUALA LUMPUR: Sikap membisu Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berhubung pergolakan dalaman Parti Keadilan Rakyat (PKR) serta isu moral membabitkan suaminya Datuk Seri Anwar Ibrahim membuktikan Presiden PKR itu seorang presiden boneka.

Bekas Setiausaha Sulit Anwar, Anuar Shaari, berkata Dr Wan Azizah sedar pergolakan melanda parti itu berpunca daripada sikap suaminya yang juga Penasihat PKR tersilap membuat percaturan ketika merombak parti dan barisan kepemimpinan tertingginya. "Wan Azizah tahu Anwar silap percaturan," katanya ketika dihubungi, semalam.


Anuar mengulas sikap Dr Wan Azizah yang terus berdiam diri dan tidak menjawab persoalan moral yang dibangkitkan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pelabuhan Klang, Badrul Hisham Abdullah sehingga mendorong beliau keluar PKR. Sebelum ini, kenalan rapat Anwar, Datuk S Nallakaruppan mendakwa Dr Wan Azizah layak menerima anugerah pelakon terbaik kerana melindungi selama 12 tahun tingkah laku suaminya yang dikaitkan dengan kes liwat. Anuar berkata, Anwar dan Dr Wan Azizah serta parti pembangkang lain sedar PKR sedang mengalami krisis kepemimpinan namun mereka tidak berani mendedahkannya kerana enggan masalah dalaman parti terus berlarutan.

komen : Wan Azizah seorang Peresiden Keadilan yang cuma bonika di digunakan oleh suaminya. Beliau tidak mahu memberikan penjelesan yang benar apa yang berlaku dalam parti Keadilan Rakyat. Orangramai telah mula muak atas gelagat Anuar Ibrahim untuk membuang kes beliau dan berdolak dalih supaya kes tersebut ditangguh serta di buang terus. Sedar rakyat Malaysia beliau berjuang demi kepentingan diri, meraih sempati dunia luar. Rakyat telah dapat menilai apa yang benar atau lakonan Anuar Ibrahim.



MANOHARA PERLU BAYAR GANTI RUGI


KUALA LUMPUR 5 Nov. – Tengku Temenggong Kelantan, Tengku Muhammad Fakhry Sultan Ismail Petra, memenangi kes saman fitnah RM105 juta yang dikemukakan terhadap isteri, Manohara Odelia Pinot dan ibu mertuanya, Daisy Fajarina.
Putera ketiga Sultan Kelantan itu berjaya dalam tuntutan tersebut setelah Mahkamah Tinggi di sini hari ini membenarkan permohonannya untuk memasukkan penghakiman ingkar terhadap Manohara dan Daisy yang gagal melantik peguam baru.
Dengan perintah yang dikeluarkan Penolong Kanan Pendaftar, Shazali Hidayat Shariff itu bermakna Manohara dan ibunya yang dinamakan sebagai defendan perlu membayar ganti rugi kepada Tengku Muhammad Fakhry selaku plaintif.


Bagaimanapun peguam plaintif, Mohd. Haaziq Pillay ketika ditemui di luar mahkamah menyatakan, jumlah ganti rugi akan ditaksirkan oleh mahkamah kemudian.
Penghakiman ingkar adalah satu keputusan yang mengikat dan berpihak kepada plaintif jika defendan gagal mengambil sebarang tindakan terhadap saman atau tidak hadir di mahkamah.
Perintah penghakiman tersebut dikeluarkan setelah mahkamah memberi tempoh sehingga hari ini untuk Manohara dan ibunya melantik peguam baru selepas firma guaman terdahulu menarik diri daripada mewakili mereka.
Firma guaman Tetuan Fakrul Hisham Abdullah & Associates mengemukakan permohonan menarik diri daripada menjadi peguam cara mereka pada 25 September dan ia dibenarkan oleh mahkamah pada 12 Oktober lalu.
Tindakan tersebut diambil oleh firma guaman tempatan itu setelah Manohara dan ibunya tidak memberikan kerjasama sehingga menyukarkan proses menyediakan pembelaan.
Tengku Muhammad Fakhry, 31, dan Manohara, 17, yang juga model Indonesia, berkahwin pada 26 Ogos tahun lalu dan menetap di Istana Mahkota, Kubang Kerian, Kelantan.
Selepas sembilan bulan bernikah, Manohara pulang ke Indonesia secara mendadak tanpa kebenaran dan pengetahuan suaminya pada 31 Mei lalu.
Menurut Mohd. Haaziq, sejak plaintif memfailkan saman pada 20 Julai lalu, kes terhadap Manohara telah disebut sebanyak empat kali, namun defendan tidak pernah hadir.
Tengku Muhammad Fakhry mengemukakan tuntutan sivil itu setelah mendakwa defendan memfitnahnya dalam sidang akhbar pada April dan Jun lalu.
Dalam pernyataan tuntutannya, plaintif mendakwa, defendan telah secara palsu dan niat jahat melafazkan perkataan bersifat umpatan dan fitnah mengenai dakwaan penderaan seksual pada sidang akhbar itu.
Dakwa beliau lagi, pernyataan fitnah itu telah diterbitkan semula dalam media elektronik seperti The Jakarta Globe, Banjarmasin Post, Detiknews, Kompas.com, Global TV dan Malaysiakini, serta dilaporkan secara meluas dalam akhbar di Malaysia dan Indonesia.


komen : Oleh itu setiap ungkapan dan kata-kata yang keluar mulut seorang perlu berfikir banyak kali. Jangan lakukan perbuatan ikut suka mulut dan tanpa memikirkan apa yang diperkatakan dan yang keluar dari mulut seorang. Oleh itu berhati-hatilah sebelum diambil tindakan oleh seorang dan dibawa ke Mahkamah. Ini yang berlaku Mahonara yang mengeluarkan kenyataan dan memfitnah Tengku Muhammad Fakhry, ia perlu mematuhi undang dalam negara ini.

TOLAK WANG IHSAN DEMI POLITIK RUGIKAN RAKYAT


KUALA LUMPUR: Kerajaan Kelantan diminta berfikir lebih matang dengan tidak membuat keputusan hanya berlandaskan kepentingan politik semata-mata, menolak wang ihsan kerana ia adalah untuk kepentingan rakyat negeri itu. Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) Kuala Nerus, Terengganu, Datuk Mohd Nasir Ibrahim Fikri, berkata ura-ura kerajaan Pas di Kelantan untuk menolak wang ihsan akan merugikan rakyat di negeri itu yang sepatutnya dapat menikmati hak mereka.

Jika Kelantan benar-benar ingin membawa isu ini ke Mahkamah Antarabangsa, saya khuatir pemberian wang ihsan yang sepatutnya diberikan pada tahun depan akan tergendala gara-gara kedegilan pemimpin mereka sendiri," katanya ketika ditemui di lobi Parlimen, di sini, semalam.
Kerajaan Kelantan sebelum ini mengemukakan surat rasmi kepada Kerajaan Pusat bagi menuntut bayaran royalti minyak berjumlah RM1 bilion sejak 2004 berdasarkan laporan Jabatan Statistik. Kelmarin, Nik Aziz kesal dengan kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, iaitu Kelantan tidak berhak mendapat royalti minyak kerana operasi cari gali minyak dilakukan di kawasan pada jarak lebih tiga batu nautika.

Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan negeri, Datuk Husam Musa, pula berkata kerajaan Pas Kelantan menolak pembayaran wang ihsan itu kerana menganggapnya tidak mematuhi perjanjian yang ditandatangani mengikut Akta Pembangunan Petroleum 1974.

Ahli Parlimen BN Setiu, Datuk Mohd Jidin Shafee, berkata Perdana Menteri sudah pasti meneliti pelbagai aspek, termasuk peruntukan undang-undang apabila mengumumkan pemberian wang ihsan kepada Kelantan. "Sekarang terpulang kepada kepemimpinan Kelantan sama ada untuk menerima atau tidak. Setahu saya jika minyak itu berada melebihi tiga batu nautika, itu dikira berada di perairan negara dan ia adalah milik kerajaan pusat," katanya.

komen : Itulah kepimpinan PAS yang menganggap minyak itu milik mereka. Tetapi sebenarnya ia berada diluar perairan Negeri Kelantan. Kerana kepentingan politik mereka sanggup menolak dan kata tuntut reyoliti minyak dari Kerajaan Pusat, nanti rakyat yang rugi. Bagi kerajaan pusat ia diberikan demi membantu rakyat Kelantan yang masih banyak berada di paras kemiskinan.



ANWAR GESA BAJET 2010 DIKAJI SEMULA



PETALING JAYA – Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa Bajet 2010 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri baru-baru ini dikaji semula kerana tidak dapat menjamin kesejahteraan rakyat. Menurutnya, beliau akan berbincang dengan pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat di seluruh negara (PR) supaya satu idea berkenaan dengan bajet ini dapat dikemukakan kepada kerajaan persekutuan seterusnya dilaksanakan.


“Beberapa perkara yang dibentangkan dalam bajet ini menyusahkan rakyat terutamanya yang berkaitan dengan cukai-cukai yang dikenakan, juga tiadanya peruntukkan untuk menangani jenayah. “Kadar jenayah di negara ini juga agak tinggi dan sepatutnya disediakan peruntukan khas sebagaimana yang diperuntukkan kepada Kementerian Pertahanan untuk membeli peralatan-peralatan yang canggih dan moden,” katanya ketika Diskusi Belanjawan Kerajaan Malaysia 2010, di sini, kelmarin.


Beliau turut menyatakan kebimbangan kerana belanjawan 2010 tidak mengemukakan dasar yang ampuh memaksimakan kepenggunaan sumber negara.
komen : Itulah Anuar Ibrahim cuma mencari isu dan diberbesarkan. Semasa beliau menjadi Timbalan Perdana Menteri ia memperkayakan korani-keroninya sahaja. Contohnya Rahim Gaus sampai sekarang masih belum balik ke negara ini. Ramai keroninya kaya raya pada masa beliau, Bila tidak lagi menjadi Timbalan Perdana Menteri mencetuskan berbagai isu di dalam negara. Rakyat telah mula sedar PKR akan hancor pada pilihanraya ke 13 nanti. Rakyat sudah tidak menpercayai parti Keadilan dan Pakatan Rakyat. Belum lagi mentadbir negara berbagai cara membuat orang melayu akan tinggal kebelakang jika Anuar berkuasa. Kes liwat dicari berbagai alasan, kes ini tertangguh dan membosankan. Itulah Anuar Ibrahim cuma pandai berlakon dan mendapatkan peblisiti murah.

JAWATANKUASA MASJID BIADAP ORANG BUKAN ISLAM BERUCAP DI DEWAN UTAMA SOLAT

SHAH ALAM 5 Nov. - Ahli jawatankuasa sebuah masjid di Taman Sri Andalas, Klang akan dikenakan tindakan undang-undang kerana membenarkan Ahli Undangan Negeri (ADUN) Seri Andalas, Dr. Xavier Jayakumar berucap di dewan utama masjid itu bulan lalu.
Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) Datuk Mohamed Khusrin Munawi (gambar) menegaskan, orang bukan Islam tidak boleh memasuki masjid kerana mereka dikategorikan sama seperti wanita didatangi haid.
"Orang bukan Islam dibenarkan datang dan melawat masjid tetapi tidak boleh masuk dewan utama solat, lebih-lebih lagi berucap di tempat kita bersolat.

"Semua perkara ini patut diketahui oleh nazir masjid demi menjaga kesucian masjid serta perkara-perkara yang boleh dan tidak boleh dilakukan," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Beliau diminta mengulas desakan wakil Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Kota Raja, Misnan Ahmad supaya JAIS menyiasat tindakan jawatankuasa masjid tersebut membenarkan Xavier berucap di dewan masjid tersebut pada majlis berbuka puasa dan penyampaian sumbangan pada 31 Ogos lalu.
Misnan turut mengetuai 20 anggota Pemuda UMNO bahagian itu menyerahkan memorandum bantahan berhubung perkara itu kepada Mohamed Khusrin di sini hari ini.

Bagaimanapun Mohamed Khusrin tiada di pejabat dan memorandum itu diterima oleh Penolong Pengarah Unit Perhubungan Awam dan Penerbitan JAIS, Mohd. Hidayat Abd. Rani.
Misnan berkata, tindakan jawatankuasa masjid itu amat dikesali kerana ADUN tersebut tidak akan berbuat demikian jika tidak dijemput.
"Beliau sebenarnya boleh berucap di pekarangan masjid tanpa perlu menggunakan dewan utama solat," katanya.
Sementara itu Mohd, Hidayat memberitahu, pihaknya akan meminta nazir masjid terlibat memberi laporan bertulis berhubung kejadian berkenaan.
"Kes itu pertama kali berlaku di Selangor dan ia akan disiasat terlebih dahulu sebelum mengambil sebarang tindakan mengikut peraturan yang ada,'' katanya.

Dalam pada itu Xavier yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan, Kerajaan Prihatin Selangor ketika dihubungi menjelaskan beliau hanya memberi ucapan alu-aluan pada majlis tersebut.

komen : Itulah kalau mahu mengagongkan orang bukan Islam sanggup melakukan apa sahaja demi menguatkan PKR di Selangor ia dilakukan oleh jawatankuasa majjd Taman Seri Andalas, Kelang. Dewan utama solat sanggup dicemari najis dan dicemari oleh orang kafir serta boleh melakukan apa sahaja bertujuan untuk berjaya dan mengekalkan kekuasaan mereka di Negeri Selangor. Itulah orang melayu sanggup mencemarkan kesucian masjid kalau sudah jahil dengan agama Islam atau dah tahu tetapi tidak ikut ajaran islam sebenar. Tunggulah balasan Allah kalau agama itu sanggup ditinggalkan demi kepuasan politik mereka. Itu kalau mereka berkuasa hancorlah negara ini.

Thursday, November 5, 2009

PERATURAN WAJIB KERETA BERUSIA DIKAJI SEMULA



KUALA LUMPUR: Kerajaan bersedia meneliti semula peraturan mewajibkan semua kenderaan penumpang berusia lebih 15 tahun menjalani pemeriksaan tahunan di Pusat Pemeriksaan Berkomputer (Puspakom) jika ia membebankan rakyat. Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata pertimbangan itu sekiranya syarat berkenaan terbukti membebankan pemilik kereta lama yang kebanyakannya terdiri daripada golongan yang tidak berkemampuan.


Sehubungan itu, beliau mengarahkan Kementerian Pengangkutan menyediakan laporan terperinci berhubung bantahan pelbagai pihak untuk kajian lanjut. "Kita sebagai kerajaan yang bersikap terbuka, mahu mereka (orang ramai) kemukakan kes kenapa mereka rasa susah sangat untuk syarat itu dilaksanakan, beban apa yang timbul. "Kita akan dengar... kalau ada asas tertentu sama ada untuk buat pengecualian, itu kita kena teliti... saya percaya kalau kumpulan ini ada sebab kukuh tidak puas hati, mereka boleh kemukakan," katanya pada sidang media selepas merasmikan Persidangan Akuakultur Asia Pasifik 2009 di sini, semalam.


Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas rungutan pelbagai pihak yang meminta kerajaan mempertimbang dan memperhalusi syarat mewajibkan kenderaan penumpang berusia 15 tahun ke atas menjalani pemeriksaan tahunan di Puspakom seperti disyaratkan dalam Dasar Automotif Nasional (NAP). Mengulas lanjut, Muhyiddin berkata syarat baru itu sebenarnya untuk menjaga keselamatan, bukan berniat untuk menyusahkan rakyat. yang dicapai pada mesyuarat Majlis Biodiversiti-Bioteknologi Negara Keenam (MBBN6) yang dipengerusikannya, semalam.


komen : Jika langkah kerajaan memperkenalkan kenderaaan berusia 15 tahun ke atas perlu dilakukan pemeriksaan ia akan membebankan golongan golongan yang berpendapatan rendah. Ini kerana kenderaan lama cuma digunakan oleh mereka yang tidak mampu membeli kenderaan baru dan miskin dari segi wang ringgit. Sekirannya diperkenalkan ia akan menjejaskan sokongan penggundi kepada Bn pada Pilihanraya akan datang. Oleh itu ia perlu dikaji sedalam-dalam nya sebelum diluluskan dan dilaksanakan oleh kerajaan,.

KELANTAN DAPAT WANG IHSAN



KUALA LUMPUR 4 Nov. – Kerajaan Persekutuan memutuskan untuk memberikan wang ihsan petroleum kepada Kelantan mulai tahun depan. Perdana Menteri berkata, pemberian itu adalah berasaskan pertimbangan sama yang diberikan kepada Terengganu iaitu mengambil kira pengeluaran petroleum di luar perairan negeri berkenaan.


Ini kerana, kata Datuk Seri Najib Tun Razak, daripada segi perundangan, Kelantan seperti juga Terengganu tiada hak menuntut royalti kerana pada masa ini tiada pengeluaran petroleum dari perairan kedua-dua negeri itu yang ditakrif lebih tiga batu nautika (5.55 kilometer) dari tikas air surut atau pesisir.
Perdana Menteri ketika mengumumkan perkara itu berkata, wang ihsan itu akan diberi dalam bentuk projek pembangunan dan pembasmian kemiskinan di Kelantan.
“Keputusan ini mencerminkan komitmen Kerajaan Persekutuan memastikan setiap lapisan masyarakat Kelantan menikmati manfaat pembangunan negara.
“Ia selaras pendekatan inklusif dan semangat 1Malaysia yang diamalkan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN).
“Ini juga mengambil kira keperluan untuk terus membangunkan Kelantan dan meningkatkan kesejahteraan rakyatnya, selaras arus pembangunan perdana negara,” katanya.
Perdana Menteri berkata demikian ketika menjawab soalan Salahuddin Ayub (Pas-Kubang Kerian) pada sidang Dewan Rakyat di sini hari ini.
Najib memberitahu, Petronas memaklumkan pada masa ini hanya terdapat sebuah medan petroleum yang mengeluarkan hasil di Kelantan, yang terletak di luar perairan negeri tersebut iaitu medan Bumi Selatan dalam Blok PM301.

Sehubungan itu, katanya, pemberian wang ihsan kepada Kelantan akan mengambil kira pengeluaran dan penjualan dari medan petroleum Bumi Selatan berkenaan.

komen : Kerajaan Pusat akan membantu memberikan wang ihsan demi membangunkan kesejahteraan rakyat Kelantan. Sepatutnya mereka seharusnya bersyukur ia dapat ditunaikan oleh kerajaan Pusat walaupun hak pengeluaran petronas di luar persiaran pantai Negeri Kelantan. Ia wang kerajaan pusat dan berhak melakukan demi membantu rakyat miskin di Kelantan.