Thursday, February 18, 2010

NIK AZIZ AMALKAN DEMOKRASI TERPILIH



KUALA LUMPUR 17 Feb. - Gesaan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat supaya Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim melepaskan jawatan membuktikan beliau mengamalkan demokrasi terpilih dan seorang yang tidak konsisten.


Pensyarah Kolej Undang-Undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa, Universiti Utara Malaysia (UUM), Md. Shukri Shuib berkata, kenyataan Nik Aziz itu mengelirukan serta bercanggah dengan pendiriannya sebelum ini.
Beliau mengingatkan yang Menteri Besar Kelantan itu pernah menyokong amalan melompat parti apabila tindakan itu dilihat menguntungkan Pas dan pakatan pembangkang.


"Nik Aziz mengamalkan demokrasi terpilih kerana apa sahaja yang dilihat menguntungkan Pas serta pembangkang 'dihalalkan' dan sudah tentu perkara ini (percanggahan) menjejaskan imej Islam yang dibawa Pas.
"Justeru, saya mencabar kepimpinan Pas supaya meminda perlembagaan parti agar jawatan Mursyidul Am dapat dipertandingkan seterusnya menentukan sokongan ahli terhadap Nik Aziz," katanya kepada Utusan Malaysia hari ini.


Md. Shukri mengulas kenyataan Nik Aziz yang meminta Zahrain supaya mengosongkan jawatannya ekoran keputusannya meninggalkan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Jumaat lalu.
Menurut Nik Aziz, tindakan Zahrain untuk keluar parti merupakan satu pengkhianatan ke atas amanah yang diberikan oleh rakyat di kawasan Parlimen Bayan Baru.


Menteri Besar Kelantan itu sebelum ini pernah menegaskan amalan lompat parti menepati peruntukan undang-undang serta sejajar dengan tuntutan masa dan keadaan.
Kenyataan itu dibuat Nik Aziz ketika mengulas pengumuman Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mahu mengambil alih kerajaan melalui kaedah lompat parti oleh Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) dua tahun lalu.
Md. Shukri menambah, kenyataan bercanggah oleh Nik Aziz itu membahayakan negara kerana beliau berupaya mengheret para penyokongnya ke arah sistem anarki berikutan prinsip politik yang tidak jelas.
"Sudah tentu dia (Nik Aziz) bukan tok guru agama, tetapi lebih kepada 'tok guru siasah' yang pandai mengambil segala kesempatan," jelasnya.


Itulah cara Nik Aziz akan menghalalkan jika ia memihak kepadanya. Ia bukan lagi tokoh PAS seperti Alahyarham Ustaz Fadil Nor atau tokoh-tokoh PAS sebelum ini.

Perjuangan PAS pada zaman ini berbeza hanya berjuang mengikut caranya bukan lagi berjuang untuk benar-benar mengikut ajaran islam.

Friday, February 12, 2010

ISU PENGGUNAAN KALIMAH ALLAH



KUALA LUMPUR 11 Feb. - Raja-Raja Melayu dalam Mesyuarat Majlis Raja-Raja Melayu Ke-220 yang berlangsung semalam dan hari ini, mengambil maklum pelbagai permintaan, surat dan memorandum pelbagai pertubuhan dan individu Islam di negara ini yang menzahirkan rasa dukacita mereka tentang penterjemahan perkataan 'God' kepada Allah.

"Isu ini jika tidak ditangani dengan segera akan menggugat kesucian agama Islam dan berkemungkinan menjejaskan keselamatan dan ketenteraman awam," kata kenyataan itu.
Menurut kenyataan tersebut, Perkara Tiga Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan agama Islam sebagai agama rasmi negara ini dan Perlembagaan Persekutuan juga memberikan kuasa kepada Raja-Raja Melayu sebagai Ketua Agama Islam di negeri-negeri di negara ini.
"Raja-Raja Melayu bertanggungjawab mempertahankan kedaulatan dan kesucian agama Islam sebagai agama rasmi negara tanpa mengetepikan hak dan kebebasan beragama kaum-kaum lain.


"Raja-Raja Melayu memberi jaminan untuk memenuhi tanggungjawab melindungi kesucian dan status agama Islam," kata kenyataan itu.
Raja-Raja Melayu juga mengambil maklum isu penggunaan istilah Allah oleh akhbar Herald-The Catholic Weekly sedang di peringkat pertimbangan Mahkamah Rayuan, menurut kenyataan itu lagi.


Mesyuarat Majlis Raja-Raja kali ini yang dipengerusikan Sultan Perak, Sultan Azlan Shah turut membincangkan perkara-perkara berkaitan agama, pertahanan, keselamatan serta pelantikan hakim-hakim Mahkamah Rayuan, Mahkamah Tinggi dan Ahli-Ahli Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran. - Bernama


Setiap orang islam perlu pertahankan kalimah Allah. Ia tidak boleh diganggu gugat oleh orang lain.Orang islam perlu bersatu dalam soal agama.

Tuesday, February 9, 2010

100 AHLI PKR MENYERTAI UMNO KERANA HILANG KEPERCAYAAN



KUALA LUMPUR 8 Feb. - Gara-gara tidak lagi percayakan kepimpinan yang mementingkan agenda peribadi berbanding nasib rakyat, 100 ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang diketuai Bendahari PKR Wilayah Persekutuan, Norasidi Salim nekad keluar parti dan menyertai UMNO.


Mereka yang merupakan ahli PKR Cabang Bandar Tun Razak turut mendakwa hilang kepercayaan kepada Ahli Parlimen kawasan tersebut, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang dianggap terlalu elit sehingga melupakan tugas selaku wakil rakyat.
Kumpulan itu menyerahkan borang keahlian kepada Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan di pejabat badan itu di sini malam ini. Turut hadir Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin yang juga Timbalan Pengerusi Perhubungan badan itu.


Perkembangan tersebut merupakan tamparan hebat kepada parti itu apatah lagi pada saat-saat kes liwat Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sedang dibicarakan di mahkamah.
Sementara itu, menurut Norasidi, keputusan itu dibuat dengan rela hati tanpa sebarang desakan.
"Kami yakin UMNO dapat mengembalikan kepercayaan rakyat dan mentadbir negara dengan baik demi kesejahteraan rakyat,'' katanya kepada pemberita di sini malam ini.


Ahli PKR sudah hilang kepercayaan kepada kepimpinan PKR dan menyertai UMNO. Itu adalah satu tamparan yang hebat bagi PKR dan UMNO terus diterima oleh rakyat.

UMNO PERLU BERHATI-HATI AJAKAN PEMBANGKANG



KUALA LUMPUR - UMNO perlu berhati-hati dalam menimbang pelawaan pihak pembangkang untuk berbincang atau bekerjasama bagi mengelakkan terperangkap dengan mainan politik sempit, kata Naib Presidennya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Ahmad Zahid yang juga Menteri Pertahanan berkata, beliau percaya perkara serupa dilakukan pembangkang apabila UMNO atau Barisan Nasional (BN) membuat tawaran sedemikian.


“Jika kita tidak mengambil langkah berhati-hati, nanti setiap apa yang kita lontarkan, dikhuatiri akan diputarbelitkan dan dimain-mainkan untuk kepentingan politik sempit yang akhirnya memporak-perandakan negara dan memecahbelahkan rakyat,” katanya kepada pemberita di sini, semalam. Beliau yang sebelum itu menerima lawatan delegasi Pasukan Latihan Pegawai Simpanan Institusi Pengajian Tinggi Awam (Palapes IPTA) ke kementeriannya diminta mengulas pendirian UMNO berhubung tawaran Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat untuk bermuzakarah dengan UMNO demi kepentingan agama Islam. Ahmad Zahid yang berpendapat perbincangan itu sebagai langkah positif bagaimanapun meminta Pas agar menetapkan pendirian sebelum memfokuskan isu yang harus dibincang.


“Perbincangan itu tidak salah direalisasikan demi kepentingan negara, ummah dan juga kepentingan rakyat dengan diterjemahkan dalam bentuk ukhuwah dan rasa persaudaraan tetapi dengan syarat isu di hadapan kita tidak dimanipulasikan dan dipolitikkan. “Pas harus menentukan pendirian mereka dan apabila mereka jelas mengenai pendirian mereka barulah kita memfokuskan kepada isu yang harus dibincangkan,” katanya. - Bernama


UMNO perlu berhati-hati, atau itu cuma permainan parti PAS bagi melemahkan Kerajaan UMNO/BN. Ini kerana UMNO dalam proses pemulihan dan sudah muda semula kalangan orang melayu. Sikap berhati perlu ada dikalangan pemimpin tertinggi UMNO supaya kita tidak tunduk terhadap permainan PAS.

Thursday, February 4, 2010

KEPIMPINAN PAS DISERANG AHLI PAS DEMI KEPENTINGAN POLITIKNYA

KUALA LUMPUR 3 Feb. - Pengerusi Jawatankuasa Disiplin Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man kecewa dengan sikap ahli parti itu yang secara semberono menyerangnya berhubung hukuman yang diputuskan terhadap dua pemimpin parti tersebut baru-baru ini.
Menurutnya, agak pelik kerana bukannya UMNO yang cuba mengambil kesempatan melemahkan pengaruh Pas tetapi ia dilakukan oleh ahli parti itu sendiri.
"UMNO Tidak Menyerang Pas...' dalam blognya,
http://tuanibrahim.blogspot.com.

Jumaat lalu, Jawatankuasa Disiplin Pas memutuskan Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad digantung jawatan sebagai Yang Dipertua Pas kawasan Shah Alam dan Ahli Jawatankuasa Lujnah Politik Pas selama enam bulan berkuat kuasa serta merta.
Beliau didapati bersalah mengeluarkan kenyataan yang menjejaskan imej parti serta mendedahkan kerahsiaan parti di dalam blognya itu.
Jawatankuasa itu turut memutuskan Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr. Hasan Ali sebagai bersalah tetapi hanya diberikan amaran bertulis atas tuduhan mengkritik secara terbuka pentadbiran kerajaan Selangor.


Kedua-dua pemimpin itu juga dilarang mengeluarkan sebarang kenyataan yang boleh menjejaskan imej parti dan sekiranya ia berlaku, jawatankuasa akan bertindak mengikut peruntukan sedia ada.
Mengikut pendakwaan, Khalid dituduh mengkritik Hasan secara terbuka berhubung isu Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (Selcat) serta menyiarkan minit mesyuarat Pas Selangor di dalam blognya pada 27 September 2009.
Hasan pula dituduh mengkritik prosedur pendengaran Selcat selain membuat kritikan terbuka terhadap pelantikan pemangku Pengurus Besar Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), Low Siew Moi.


Dahulu PAS dan PKR semua yang berlaku berkenaan isu dan kelemahan parti itu semua kerja orang UMNO. Tapi sekarang sesama mereka menjatuhkan dan menyerang sesama sendiri. Ini semua diakui oleh Dato' Tuan Ibrahim bin Tuan Man, Pengerusi Jawatankuasa Disiplin PAS.
Pas sesama mereka bercakaran sudah.

PERJUANGAN PERKASA UNTUK MEMPERJUANGKAN NASIB ORANG MELAYU PERLU DITERUSKAN

KUALA LUMPUR 3 Feb. - Pertubuhan Pribumi Perkasa Negara (Perkasa) tidak mungkin bertukar menjadi parti politik kerana agenda utamanya memperjuangkan nasib orang Melayu.
"Perkasa akan meneruskan perjuangan sebagai 'pemimpin kecil' walaupun menerima pelbagai tohmahan kerana dikatakan begitu kuat menyokong kerajaan UMNO," katanya pada sidang akhbar di pejabat Perkasa, di sini hari ini.
Dalam pada itu, kata Ibrahim, beliau dan 36 anggota Perkasa telah mengunjungi pejabat Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Putrajaya semalam untuk menyerahkan dua memorandum.


"Dalam pertemuan hampir dua jam itu, kami memberi tiga tumpuan utama yang diperbincangkan iaitu berkaitan dengan pendidikan, ekonomi dan keselamatan," katanya.
Menurutnya, perbincangan mengenai isu pendidikan dan ekonomi itu lebih membabitkan hak keistimewaan orang Melayu yang mengikut Perkara 153, Perlembagaan.
Tambah beliau, antara isu pendidikan yang dibincangkan termasuk isu meritokrasi yang mengetepikan kepentingan 30 peratus hak bumiputera.
"Setelah diperkenalkan meritokrasi, jumlah pelajar yang memasuki universiti dalam bidang kritikal seperti kejuruteraan, perubatan dan undang-undang ketara perbezaannya antara bumiputera dan bukan bumiputera," katanya.


Sehubungan itu, Ibrahim berkata, Perkasa mencadangkan kerajaan kembali menggunakan nisbah jumlah penduduk Malaysia iaitu bumiputera 60 peratus dan kaum lain 30 peratus supaya hak bumiputera tidak dinafikan.
"Perkasa juga mencadangkan kepada kerajaan supaya meneruskan Dasar Ekonomi Baru (DEB) sehingga penyertaan 30 peratus bumiputera dalam bidang ekonomi tercapai sepenuhnya," katanya.
Menurutnya, Muhyiddin juga memberi jaminan akan memberi perhatian terhadap isu DEB yang dicadangkan Perkasa.
Berhubung isu keselamatan, Ibrahim berkata, pihaknya meminta kerajaan supaya menghapuskan terus visa semasa ketibaan (VOA) yang telah menyebabkan negara ini kini dibanjiri warga asing.

Perjuangan Perkasa untuk mempertahankan hak orang melayu perlu diterus. Jangan Melayu dipinggirkan di bumi mereka sendiri. Taniah dan syabas Perkasa.



Wednesday, February 3, 2010

LIM GUAN ENG TAK SEBULU DENGAN EXCO DAN ADUNNYA



GEORGETOWN: Seorang bekas pemimpin veteran DAP, Tham Weng Fatt, semalam mendedahkan mengenai pergeseran yang didakwa berlaku di antara Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dengan beberapa Exco negeri dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) dari parti itu sendiri hingga menyebabkan keretakan dalam DAP semakin buruk. Tham yang menganggotai DAP selama 22 tahun dengan jawatan terakhirnya sebagai Ketua Pasukan Bertindak DAP Pulau Pinang sebelum menyertai Parti Cinta Malaysia (PCM), bulan lalu, mendakwa pergeseran itu berlaku kerana perebutan kuasa tetapi perkara berkenaan cuba disembunyikan Lim.
Beliau mendakwa pergeseran itu antara lain membabitkan Guan Eng dengan Exconya, Phee Boon Poh dan Law Heng Kiang serta Ketua Staf di Pejabat Ketua Menteri, Ooi Chuan Aun atau Jeff Ooi. "Saya berada dalam parti selama 22 tahun dan saya tahu apa yang berlaku.


Sememangnya berlaku keretakan dalam parti yang semakin buruk dan menunggu masa untuk meletup," katanya ketika ditemui di sini. Guan Eng, yang juga Setiausaha Agung DAP, dikritik hebat sejak kebelakangan ini terutama oleh wakil rakyat dari Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Zaharin Mohamed Hashim dan Tan Tee Beng, masing-masing Ahli Parlimen Bayan Baru dan Nibong Tebal.

Zaharin melabelkan Ketua Menteri Pulau Pinang itu sebagai diktator, cauvinis dan berfikiran komunis, manakala Tan mendakwa Guan Eng mentadbir negeri ini secara tidak adil sehingga hak rakan dalam pakatan pembangkang diabaikan dan tidak gemar dikritik. Tham berkata, keretakan dalam DAP juga berlaku kerana layanan berbeza oleh Guan Eng terhadap pemimpin yang dibawa ketika pilihan raya umum lalu berbanding dengan veteran DAP yang memastikan kemenangan parti sebelum ini. "Awak sendiri boleh lihat ahli baru di pejabat Ketua Menteri dan Ibu Pejabat DAP (di Pulau Pinang). Mereka ini adalah orang Guan Eng," katanya. Tham berkata, keretakan dalam DAP sebenarnya bukan perkara baru tetapi keadaannya sekarang bertambah buruk.


Guan Eng perlu sedar beliau adalah Ketua Menteri untuk semua rakyat Pulau Pinang dan perlu berhenti bertindak seperti Setiausaha Agung DAP. Tham juga mendakwa Guan Eng bertindak seolah-olah cuba menguasai segala-galanya dalam pakatan pembangkang sehingga menyebabkan ahli PKR dan Pas tidak berpuas hati. "Oleh kerana itulah mereka mengkritik dan menghentamnya," katanya yang meminta Ketua Menteri bertindak segera memperbetulkan kesilapannya. Sementara itu, "Saya sedia dipecat dan sudah pun menjangkakan hukuman bakal menanti," katanya ketika dihubungi. Tan turut menjelaskan beliau tidak pernah melobi jawatan Ahli Lembaga Pengarah Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang Sdn Bhd (PBAPP), sebaliknya dilakukan oleh partinya sebelum ditolak DAP. "Mereka beritahu saya tidak boleh memegang jawatan itu.


Telah nampak ahli-ahli DAP cuma hendak berebut untuk mengejar jawatan tanpa memperdulikan penggundi. Mereka lebih berminat berebut jawatan bagi kepentingan mereka sendiri. Sedarlah tolak DAP dan bersatulah kembali menyokong BN yang unggul banyak membantu rakyat dan membela rakyat. Perkhidmatannya usah dipertikaikan dan banyak jasanya.

Tuesday, February 2, 2010

SESAMA GABUNGAN PAKATAN RAKYAT SAMAN SAMA SENDIRI



GEORGETOWN - Seorang ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) memfailkan saman malu RM10 juta terhadap Ahli Parlimen Jelutong daripada DAP, Jeff Ooi yang didakwa membuat kenyataan memfitnah dan berniat jahat secara berulang terhadap beliau. Mohd Razali Abdullah yang juga bekas Ahli Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) diiringi peguamnya, Abdul Fareed Abdul Gafoor memfailkan saman itu melalui Tetuan V M Mohan, Fareed & Co di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di sini, kira-kira jam 12 tengah hari, semalam.


Razali mendakwa Jeff Ooi yang juga Ketua Staf Pejabat Ketua Menteri membuat kenyataan mengenai dirinya secara berulang dan disiarkan dalam surat khabar tempatan, laman web dan portal Internet. Menurutnya, maruah dan reputasinya tercalar apabila fitnah yang dibuat dan disiar itu diketahui umum berikutan liputan meluas media yang menyebabkan beliau dan keluarga mengalami tekanan emosi.


Sehubungan itu, plaintif menuntut satu injunksi kekal terhadap defendan untuk tidak mengulang atau menyiar perbuatan fitnah itu dan juga satu permohonan maaf daripada defendan dibuat secara terbuka. Razali berkata, tindakan saman dibuat selepas Jeff Ooi masih enggan membuat permohonan maaf walaupun diberikan tempoh yang agak lama sebelum ini. Sementara itu, Jeff Ooi ketika ditanya mengenai perkara itu, berkata, beliau sedia untuk berhadapan dengan Razali di mahkamah mahupun di khalayak awam untuk menjawab tuntutan Razali.


Ia telah menampakkan tidak ada kesepatan dalam Pakatan Rakyat yang mana semasa sendiri pun menyaman kerana tidak puas hati semasa mereka. Anwar Ibrahim tidak peduli itu semua asalkan matlamat beliau berjaya. Negara dan negeri apa jadi pun tak peduli.

DAP MEMERINTAH CUMA MEMENTINGKAN KEPENTINGANNYA SAHAJA

PUTRAJAYA 1 Feb. - Gabungan NGO Malaysia mendesak pemimpin tertinggi Parti Keadilan Rakyat (PKR) membuka mata terhadap senario peniaga Melayu di Pulau Pinang yang terabai di bawah kepimpinan DAP.
Setiausahanya, Mohd. Jurit Ramli menegaskan, jika PKR menganggap tindakan Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim mendedahkan kemelut yang dihadapi peniaga Melayu sebagai salah, pihaknya sebaliknya mengalu-alukan keprihatinan wakil rakyat pakatan itu sebagai seorang yang berprinsip dan bermaruah.


''Beliau tidak menggadai maruah bangsa hanya semata-mata menjaga kepentingan politik. Sememangnya itu adalah tugas pemimpin yang dipertanggungjawabkan.
''Apa yang telah dibangkitkan oleh Datuk Zahrain itu harus diberi perhatian oleh pemimpin tertinggi PKR. Mohd. Jurit berkata, pihaknya amat bersimpati dengan nasib peniaga-peniaga Melayu di Pulau Pinang.
''Gerai-gerai milik peniaga Melayu dirobohkan dengan alasan mereka tidak mengikut peraturan Pihak Berkuasa Tempatan sedangkan gerai ini telah lama wujud sebelum pakatan pembangkang mengambil alih Pulau Pinang," katanya.


Dalam aspek ini, beliau turut menuntut penjelasan berhubung status gerai milik bukan bumiputera yang berniaga tanpa mengikut garis panduan PBT yang terlepas dari sebarang tindakan.
''Sedangkan mereka ini berniaga di bahu-bahu jalan yang mana boleh mengganggu lalu lintas serta menyebabkan kekotoran keadaan sekeliling seperti di sekitar Georgetown meliputi Lebuh Weld Quay, Lebuh Chulia, Lebuh Kimberly, Lorong Baru, Jalan Macalister, Jalan Burma dan Sungai Dua," katanya.
Kata beliau: ''Pemimpin DAP sepatutnya tidak mengaitkan Datuk Zahrain dengan masalah peribadi dengan Ketua Menteri Pulau Pinang.
''Sepatutnya berilah perhatian terhadap isu yang dibangkitkan oleh beliau kerana ia ada kaitan dengan masalah rakyat. Sememangnya tugas wakil rakyat adalah untuk membela nasib rakyat khasnya peniaga-peniaga Melayu di Pulau Pinang."


Begitulah nasib orang melayu dipimpin oleh DAP. Mereka cuma pandai menarik melayu menyokong mereka dan apabila berkuasa melayu dipinggir seperti sampah yang dibuang tidak berguna langsung. Sedarlah orang melayu Pulau Pinang, kembalilah menyokong kerajaan BN yang mampu membela nasib orang miskin tidak seperti PKR, PAS dan DAP cuma penting kuasa dari menolong kaum miskin dan tertindas.

DATUK SERI ZAHRAIN KATA BELIAU ADA BUKTI DAN BUKAN CAKAP KOSONG



GEORGETOWN - "Saya ada bukti," tegas Datuk Seri Zahrain Mohd Hashim mengenai kritikan kerasnya terhadap Ketua Menteri, Lim Guan Eng yang menyebabkan beliau terpaksa menghadap Lembaga Disiplin Parti Keadilan Rakyat (PKR) sebagaimana yang diputuskan dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi parti itu kelmarin.


Bagi mempertahankan kritikannya terhadap Guan Eng, Ahli Parlimen Bayan Baru itu berkata, beliau akan menyerahkan bukti-bukti itu kepada Lembaga Disiplin PKR. “Saya mempunyai banyak bukti untuk menguatkan kenyataan saya bahawa Guan Eng adalah seorang diktator, cauvinis dan berfikiran komunis.


Bekas Pengerusi PKR Pulau Pinang berkata, beliau tidak akan berdiam diri, sebaliknya terus mengkritik kepimpinan Guan Eng jika masih terdapat kepincangan atau salah tadbir. “Saya berkhidmat untuk rakyat yang memberi mandat kepada saya pada pilihan raya umum lalu. Mengenai dakwaan menjadi ejen UMNO dan Barisan Nasional (BN), Zahrain berkata, orang ramai boleh bercakap apa sahaja tetapi beliau ada prinsip perjuangan dan maruah diri. “Saya tahu apa yang saya buat dan orang lain boleh kata apa sahaja kepada saya. Ini adalah masalah dalam parti dan tidak kena mengena dengan orang lain. “Kenapa apabila berlaku masalah dalam parti, ada pihak yang akan menuding jari kepada orang lain dengan melabel sebagai ejen BN. “Sepatutnya kita menilai semula keadaan parti dan diri sendiri agar dapat memperbaikinya untuk kebaikan semua pihak dan demi survival PKR pada masa depan. Ia isu parti dan tiada kena mengenai dengan parti lain termasuk UMNO,” katanya.


Betul kata Datuk Seri Zahrain, jangan buat berbagai andaian tanpa usul periksa. Bagi setiap orang kita mesti ada prinsip dan beliau akan bercakap, jika dilihat ia bercanggah pada prinsipnya. Beliau selaku wakil rakyat yang dipilih rakyat boleh menyampaikan hasrat dan keluhan rakyat tersebut dikawasannya. Jangan leberkan beliau adalah agen BN atau sebagainya tanpa usul periksa kerana beliau ada prinsip yang jelas.

KEPERCAYAAN TERHADAP LIM GUAN ENG SEMAKIN TERHAKIS DI PULAU PINANG

Parti Cinta Malaysia (PCM) mendakwa lebih ramai pemimpin dan ahli DAP di Pulau Pinang menyatakan minat menyertai parti itu ekoran kekecewaan terhadap sikap dan cara kepimpinan Ketua Menteri, Lim Guan Eng.
”Rata-rata mereka mendakwa sudah mengenali ‘wajah sebenar’ Guan Eng dan jelas mereka sangat kecewa dengan pentadbiran kerajaan negeri yang dilihat sebagai kerajaan monopoli,’’ kata Naib Presiden PCM, Huan Cheng Guan.


Bekas ahli Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP), Mohd. Razali Abdullah yang juga ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) memfailkan saman malu sebanyak RM10 juta terhadap Ahli Parlimen Jelutong, Jeff Ooi Chuan Aun kerana membuat kenyataan memfitnah dan berniat jahat. Jeff Ooi ialah Ketua Staf Pejabat Ketua Menteri.

Sekretariat Perhimpunan Melayu Pulau Pinang mencabar Guan Eng mendedahkan kepada umum nilai tender yang diberikan kepada kontraktor Melayu dan bukan Melayu sejak pakatan pembangkang mengambil alih pentadbiran negeri itu.

Oleh itu buat keputusan yang baik dalam menentukan semua semua ini. Jangan baling batu sembunyi tangan. Orang melayu telah merasainya semasa pemerintahannya sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng. Sedarlah mulakan langkah yang baru dan kerja kuat sokong kerajaan Pusat yang banyak berjasa kepada rakyat.

PERBICARAAN KES LIWAT ANWAR IBRAHIM DIBICARAKAN DI MAHKAMAH TINGGI HARI INI



KUALA LUMPUR 2 Feb. – Mahkamah Tinggi di sini menangguhkan ke pukul 2 petang ini untuk mendengar permohonan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi menangguhkan perbicaraan kes liwat beliau.
Peguam utama Anwar, Karpal Singh berkata, penangguhan itu diperlukan kerana mereka perlu memfailkan permohonan untuk menyemak semula keputusan Mahkamah Persekutuan pada Jumaat lepas yang menolak permohonan Anwar untuk diberikan akses kepada dokumen daripada pihak pendakwaan untuk tujuan pembelaannya.


Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah berkata, jika tiada tarikh ditetapkan oleh Mahkamah Persekutuan untuk mendengar permohonan itu, Mahkamah Tinggi akan meneruskan prosiding bagi mendengar permohonan penangguhan perbicaraan.
Asalnya, mahkamah menetapkan perbicaraan didengar hari ini, tetapi perlu mendengar terlebih dahulu permohonan Anwar bagi menangguhkan perbicaraan itu.
Sama ada perbicaraan yang ditunggu-tunggu dan telah berulang kali ditangguhkan itu akan berlangsung bergantung kepada Hakim Mohamad Zabidin yang kini perlu mendengar permohonan penangguhan itu. – Bernama


Oleh itu kita tunggu perbicaraan kes liwat Anwar Ibrahim. Biar Mahkamah menentukan kedudukan beliau bersalah atau tidak. Jangan buat apa-apa andaian kerana mahkamahlah yang akan menentukan kes tersebut.

GUAN ENG DICABAR DEDAH NILAI TENDER KONTRAKTOR MELAYU DI PULAU PINANG

PULAU PINANG 1 Feb. - Kerajaan negeri dicabar mendedahkan kepada umum nilai tender yang diberikan kepada kontraktor Melayu dan bukan Melayu sejak pakatan pembangkang mengambil alih pentadbiran negeri itu.
Setiausaha Sekretariat Perhimpunan Melayu Pulau Pinang, Mohd. Nor Suhaili Jamali berkata, pengakuan Ketua Menteri, Lim Guan Eng bahawa kontraktor Melayu memenangi lebih 50 peratus tender ditawarkan kerajaan negeri tidak mencerminkan senario sebenar sistem secara terbuka itu.


Menurut beliau, sekiranya kerajaan negeri mengamalkan pentadbiran telus, nilai tender yang telah diberi kepada kontraktor Melayu dan bukan Melayu perlu didedahkan kepada orang ramai. "Kami hendak tahu nilai tender yang diberi oleh kerajaan negeri Pulau Pinang kepada kontraktor Melayu dan bukan Melayu termasuk apa yang mereka bekalkan seperti terkandung dalam kontrak itu.

"Kalau kerajaan negeri telus, mereka sepatutnya umumkan juga nilai tender yang diberi, bukan sekadar menyatakan peratusan," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Guan Eng dalam kenyataannya semalam memberitahu, sejak pelaksanaan sistem tender terbuka kepada semua kaum di negeri itu, jumlah kontraktor Melayu yang berjaya memperoleh kerja-kerja ditawarkan melebihi kontraktor bukan Melayu.
Daripada 23 tender yang ditawarkan Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC), 16 (70 peratus) dimenangi kontraktor Melayu dan selebihnya iaitu tujuh (30 peratus) oleh kontraktor bukan Melayu.
Bagi Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) yang mengeluarkan 66 tender terbuka, 44 (67 peratus) diberi kepada kontraktor Melayu dan 22 (33 peratus) diperoleh oleh kontraktor bukan Melayu.


Mohd. Nor Suhaili menjelaskan, rakyat berhak mengetahui nilai sebenar tender yang dimenangi kontraktor Melayu dan bukan Melayu bagi menentukan sama ada kerajaan negeri berlaku adil atau sebaliknya.
Katanya, jumlah yang dinyatakan dalam bentuk peratusan sebenarnya tidak menggambarkan nilai yang diperolehi.
"Kita lihat apa yang dibuat Kerajaan Pusat selama ini, mereka selalu mengumumkan sesuatu pemberian kepada rakyat dalam bentuk nilai bukannya peratusan.
"Dengan mendedahkan jumlah pemberian, kita dapat melihat secara lebih jelas nilai sebenar pemberian itu," ujarnya.


Seharusnya rakyat perlu menilai dan fikirkanlah mana yang lebih baik. Jangan hanya pandai sokong kerana janji-janji manis untuk melakukan perubahan untu membantu rakyat. Tetapi apabila dilihat kekuatan semakin lemah, mulalah mencari tempat lain untuk berteduh. Oleh berfikirlah jangan jadi ia berulang kali ke 2.

Monday, February 1, 2010

KLINIK 1 MALAYSIA JELI PERTAMA DI BUKA DI KELANTAN



JELI - Kewujudan klinik 1Malaysia di Batu Melintang, Jeli, adalah klinik pertama seumpama itu yang dibina di kawasan pedalaman sebagai tanda keprihatinan Kerajaan Pusat terhadap keperluan rakyat, kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed. Menurutnya, meskipun konsep mewujudkan klinik 1Malaysia bertujuan mengatasi masalah kesesakan pesakit di bandar namun kerajaan tetap memberi pengecualian dengan membina sebuah klinik 1Malaysia di pedalaman daerah itu dengan mengambil kira kesusahan penduduk di kawasan terbabit.


Kerajaan Pusat prihatin terhadap keperluan rakyat di pedalaman khususnya pedalaman Jeli di Batu Melintang ini kerana menghadapi kesuka:ran ekoran ketiadaan klinik terdekat kecuali klinik swasta dan hospital Jeli. “Justeru, kita meminta ke:rajaan memberi pengecualian dengan mewujudkan sebuah klinik 1Malaysia daripada 50 buah klinik yang diwujudkan seluruh negara untuk keperluan rakyat di kawasan ini,” katanya kepada p:emberita selepas merasmikan Klinik 1Malaysia di Batu Melintang, di sini, semalam.


Beliau yang juga Ahli Parlimen Jeli berkata, kewujudan klinik terbabit di kawasan itu menjadikannya sebagai klinik 1Malaysia pertama di kawasan luar bandar berbanding 49 buah klinik lain di seluruh negara termasuk tiga buah klinik di Kelantan yang kesemuanya terletak di kawasan pekan dan bandar. Mustapa berkata, dengan: adanya klinik berkenaan, ia memberi kemudahan kepada hampir 10,000 isi rumah di kampung terbabit dan sekitarnya yang kebanyakannya adalah :golongan berpendapatan rendah. Menurutnya, Kerajaan Pusat memperuntukkan RM10 juta untuk menubuhkan klinik 1Malaysia di seluruh negara dan Kelantan memperoleh empat buah klinik 1Malaysia iaitu di pekan Jelawat, Bachok, Pengkalan Batu, Pasir Mas, Sri Cemerlang, Kota Baharu dan di Batu Melintang, Jeli. - Bernama:


Kelantan tidak dipinggirkan dan mendapat Klinik 1 Malaysia. Sepatut rakyat Kelantan seharusnya menyokong kerajaan Pusat. Seharus rakyat seharus bersyukur apa yang ada dan dapat dinakmati oleh mereka.

ANWAR IBRAHIM APA CARA PUN MAJADI PERDANA MENTERI



GEORGETOWN - Selepas kurang 24 jam mengkiritik secara terbuka pentadbiran Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, Ahli Jawatankuasa Biro Politik Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Zahrain Mohd Hashim menjadikan ’bossnya’, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai sasaran kedua. Melalui temubual secara eksklusif bersama Sinar Harian semalam, Zahrain secara terbuka membidas tindakan Penasihat PKR itu yang didakwanya terlalu ghairah mengejar jawatan Perdana Menteri sehingga sanggup mengorbankan prinsip perjuangan parti untuk berkompromi dengan tekanan pemimpin DAP.


"Perjuangan PKR kini sudah melencong daripada matlamat asal. Dulu dia (Anwar) kata nak buat reformasi dalam pelbagai bidang untuk kebaikan rakyat dan negara tetapi sekarang sudah jadi lain," kata bekas Pengerusi PKR Pulau Pinang itu. Zahrain yang juga Ahli Parlimen Bayan Baru berkata, beliau bimbang sikap Anwar yang terlalu berkompromi dengan pemimpin DAP untuk memenuhi cita-citanya menjadi Perdana Menteri menyebabkan rak-yat hilang kepercayaan kepada PKR. "Ini yang membimbangkan saya sebenarnya. Kita tidak boleh berkompromi dengan mengorbankan prinsip perjuangan untuk memenuhi agenda lain. Kita perlu kembali kepada matlamat asal dan Anwar tidak boleh ketepikan pandangan rakan-rakan yang sudah lama mendokong perjuangan PKR selama ini," katanya. Zahrain berkata, PKR perlu kembali kepada matlamat asal dan tidak boleh sama sekali tunduk mengorbankan prinsip yang dipegang selama ini untuk memenuhi impian lain. “Adakah kita perlu melencongkan perjuangan parti serta tunduk kepada tekanan DAP semata-mata mahu mengejar sesuatu yang belum pasti,” katanya. Beliau mengakui bimbang rakyat akan bertindak dan menilai semula peranan PR dalam politik tanah air berdasarkan perkembangan yang berlaku dalam gabungan itu sekarang ini. Saya mahu menjayakan reformasi yang dilaung-laungkan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk membawa satu perubahan kepada negara.


PKR hanya ikut telunjuk Anwar Ibrahim bagi menjaga hati DAP dan supaya hasrat Anwar Ibrahim akan tercapai jadi PM. Isu tak puas hati itu perkara biasa yang lebih penting bagi menjaga kepentingan PKR, DAP dan PAS di bawah satu pakatan. Jika dinilai dan dihayatai kata Datuk Seri Zahrin bin Mohd Hashim, Ahli Jawatankuasa Biro Politik Parti Keadilan Rakyat, PKR telah lari dari matlamat asal untuk melakukan refomasi dalam berbagai bidang untuk kebajikan rakyat amnya.