Tuesday, February 2, 2010

PERBICARAAN KES LIWAT ANWAR IBRAHIM DIBICARAKAN DI MAHKAMAH TINGGI HARI INI



KUALA LUMPUR 2 Feb. – Mahkamah Tinggi di sini menangguhkan ke pukul 2 petang ini untuk mendengar permohonan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi menangguhkan perbicaraan kes liwat beliau.
Peguam utama Anwar, Karpal Singh berkata, penangguhan itu diperlukan kerana mereka perlu memfailkan permohonan untuk menyemak semula keputusan Mahkamah Persekutuan pada Jumaat lepas yang menolak permohonan Anwar untuk diberikan akses kepada dokumen daripada pihak pendakwaan untuk tujuan pembelaannya.


Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah berkata, jika tiada tarikh ditetapkan oleh Mahkamah Persekutuan untuk mendengar permohonan itu, Mahkamah Tinggi akan meneruskan prosiding bagi mendengar permohonan penangguhan perbicaraan.
Asalnya, mahkamah menetapkan perbicaraan didengar hari ini, tetapi perlu mendengar terlebih dahulu permohonan Anwar bagi menangguhkan perbicaraan itu.
Sama ada perbicaraan yang ditunggu-tunggu dan telah berulang kali ditangguhkan itu akan berlangsung bergantung kepada Hakim Mohamad Zabidin yang kini perlu mendengar permohonan penangguhan itu. – Bernama


Oleh itu kita tunggu perbicaraan kes liwat Anwar Ibrahim. Biar Mahkamah menentukan kedudukan beliau bersalah atau tidak. Jangan buat apa-apa andaian kerana mahkamahlah yang akan menentukan kes tersebut.

No comments:

Post a Comment