Wednesday, August 11, 2010

KERJASAMA BUKAN PERKONGSIAN IKHLAS




KUALA LUMPUR 10 Ogos – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, tindakan Pas bersekongkol dengan DAP merupakan contoh jelas bahawa hipokrasi masih menebal dalam dunia politik di negara ini.
Katanya, tindakan Pas itu bukanlah satu perkongsian yang ikhlas sebaliknya parti itu hanya mahu mendapatkan sokongan dan undi kaum Cina semata-mata.


“Jika Pas terlalu menyokong kaum Cina pada hari ini, ia bukan kerana parti itu tidak lagi terkesan oleh dasar kaum atau agama tetapi lebih kepada memainkan sentimen perkauman Cina untuk mendapatkan undi kaum itu semata-mata.
“Perlu diingatkan sebelum ini, Pas pernah mengutuk UMNO kerana bekerjasama dengan MCA tetapi sekarang Pas menerima DAP. Inilah hipokrasi berpolitik,” katanya di dalam blog
http://chedet.co.cc.

Mahathir berkata, perkauman juga masih menjadi isu dalam dunia politik di negara ini apabila masih ada yang mempersoalkan kuasa politik yang dipegang oleh kaum tertentu terutama oleh orang Melayu.
Katanya, orang Melayu perlu mengekalkan kuasa politiknya selepas Dasar Ekonomi Baru (DEB) tidak mencapai sasarannya untuk meningkatkan taraf ekonomi kaum itu dan bumiputera kepada 30 peratus.


Seharusnya kaum bumiputra perlukan pembelaan demi kekuatan yang lebih kukuh dari sebelum ini. Mereka perlukan pembelaan yang betul-betul baik dan padu bagi mencapai hasrat murni itu. Jika tidak melayu akan tertinggal kebelakang dari kaum lain di Malaysia ini.

Wednesday, August 4, 2010

MCA PERLU BERSIKAP RASIONAL KEPADA BN

PUTRAJAYA: Tan Sri Muhyiddin Yassin mengingatkan MCA supaya bersikap rasional dalam pendiriannya selaku komponen Barisan Nasional (BN) sebelum bersekongkol dengan pihak tertentu bagi mendesak kerajaan menarik balik pengharaman penggunaan kalimah ‘Allah’ di kalangan bukan islam.
Timbalan Perdana Menteri menegaskan, isu itu tidak wajar dihangatkan kembali berikutan kenyataan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein bahawa keputusan pengharaman itu oleh menteri sebelumnya, Tan Sri Syed Hamid Albar.
“Saya fikir lebih baik elakkan daripada polemik terbuka dan berharap tiada pihak cuba mencetuskan hal yang menghangatkan perkara lama sedangkan kita tahu apa pendirian kerajaan.

Sepatutnya MCA perlu bersikap terbuka dan bersama dengan BN dan jangan cuba mengeruhkan lagi keadaan dengan bersekongkul dengan DAP. Akibat dilihat persefaman dikalangan kompenan BN bercelaru dan sekata. Ia sepatutnya lebih dimeja rundingan diantara ke dua belah pihak tersebut.

NIZAR DI KELUARKAN DARI PERSIDANGAN

IPOH – Keingkaran Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pasir Panjang, Datuk Seri Ir Mohamad Nizar Jamaluddin mematuhi arahan Yang Dipertua Dewan Negeri, Datuk R Ganesan menyebabkan bekas Menteri Besar itu dihalau dan digantung sehingga sidang sehari itu tamat, semalam.

Penggantungan itu diputuskan Ganesan sebaik sahaja menolak rayuan Mohammad Nizar untuk meneruskan perbahasannya selepas semua 32 ADUN Barisan Nasional (BN) dan Bebas bersetuju dengan usul dibawa Datuk Ramly Zahari (BN-Manong).

Sepatutnya persidangan akan berjalan dengan baik tanpa perkara bertengkar dan mengikut peraturan dewan yang mulia. Mesti ada sikap saling hormat menghormati di antara satu sama lain di dewan persidangan tersebut. Barulah ianya akan terus membincangkan isu masalah rakyat dan negara.

Tuesday, August 3, 2010

CABAR TUTUP PUSAT HIBURAN DAN RUMAH URUT

KAJANG – Pas Selangor dicabar mendesak Kerajaan Negeri pimpinan Pakatan Rakyat (PR) memastikan pusat hiburan dan rumah urut di negeri ini ditutup sepanjang Ramadan jika ia benar-benar memperjuangkan Islam.

Tindakan ini perlu dilaksanakan oleh kepimpinan Pas yang diterajui Pesuruhjaya Pas Negeri, yang juga Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali, sekiranya parti yang memperjuangkan Islam berkenaan betul-betul ikhlas dalam perjuangannya. Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri, Datuk Seri Noh Omar berkata, Pas perlu mendesak Kerajaan Negeri menutup pusat-pusat hiburan sepanjang bulan puasa ini.

“Kita mendesak dan mencabar Pas bertindak segera bagi menghormati bulan mulia itu. “Buktikan bahawa Pas tidak berada di bawah telunjuk parti komponen lain, khususnya DAP dalam menangani isu ini dan rakyat sendiri boleh menilai sejauh mana keikhlasan Pas dalam memperjuangkan Islam,” katanya ketika berucap pada Ceramah Selamatkan Selangor di Padang Awam Taman Putra Kajang, dekat sini semalam. Menurutnya, UMNO sedia berganding bahu sekiranya Pas ingin bersama-samanya mendesak Kerajaan Negeri mengeluarkan larangan operasi pusat hiburan sempena Ramadan ini bagi memastikan kesucian bulan berkenaan. “Kita sedia berganding bahu mengenai perkara ini dan komitmen kita amat jelas tapi kita kurang pasti apakah Pas sanggup berbuat demikian atau lebih suka mengambil sikap berdiam diri demi menjaga kepentingan politik bersama PR.

Ia adalah satu pandangan yang baik bagi menghormati bulan Islam setelah semua umat Islam semua berpuasa. Sepatutnya PAS yang lebih memperjuangkan islam bertegas akan menutup pusat hiburan dan rumah urut tersebut. Jangan disebabkan bagi menjaga kepentingannya ia membiarkan sahaja apa yang ada kemungkaran di depan mata.

RM 3 DAFTAR SEORANG PEMILIH MEMBAZIR

2010/08/03BATU PAHAT: Cadangan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menaikkan bayaran kepada penolong pendaftar yang berjaya mendaftarkan setiap pemilih baru daripada RM1 kepada RM3, bukan saja tidak praktikal malah membazirkan wang rakyat.Ahli Parlimen Batu Pahat, Dr Mohd Puad Zarkashi, berkata SPR seharusnya menggunakan kaedah lain termasuk menambah baik pendekatan diguna sebelum ini dalam menarik pengundi baru mahupun merangka program bersepadu lebih berkesan bagi menyedarkan rakyat mengenai kepentingan mendaftar sebagai pengundi.

Mohd Puad berkata, adalah lebih baik pendaftaran pengundi dan pemilih baru dilaksanakan menerusi sistem pendaftaran pengundi secara automatik bagi semua rakyat Malaysia yang mencapai usia 21 tahun berdasarkan maklumat yang diperoleh daripada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).“Bukan saja ia lebih menjimatkan kerajaan malah ia lebih praktikal dan mudah daripada terpaksa memberi insentif atau subsidi seperti dicadangkan SPR,” katanya.Beliau berkata, parti politik dan pertubuhan bukan kerajaan seharusnya membantu menggerakkan usaha menarik lebih ramai rakyat supaya berbuat demikian dengan rela hati.

Cadangan usia 21 tahun untuk automatik untuk mengundi satu yang baik dan seharusnya dilaksanakan oleh kerajaan. Ia akan dapat membawa kebaikan kepada semua dalam negara ini.