Thursday, January 13, 2011

PELAN 100 HARI BOLEH HANCURKAN NEGARA

KUALA LUMPUR 12 Jan. - Pelan 100 Hari pembangkang akan hanya menghancurkan ekonomi negara yang sedang disusun oleh kerajaan kerana ia tidak menyumbang sebarang kebaikan terhadap pertumbuhan ekonomi.

Ketua Pengarah Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa (ISIS) Datuk Dr. Mahani Zainal Abidin berkata, pelan tersebut sangat mustahil dan luar biasa kerana cadangan tersebut semata-mata bersifat agihan sahaja.

"Macam mana hendak membuat agihan sekiranya tiada usaha untuk mencambah ekonomi. Kalau kerajaan asyik memberi, apa yang akan tinggal?.

"Yang ada hanyalah kehancuran, bukan sahaja kepada ekonomi sebaliknya terhadap keseluruhan negara itu,'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Tegas beliau, dalam menguruskan sesebuah ekonomi, mana-mana kerajaan pun perlu mengembangkan ekonomi dan kemudian mengagihkannya.

Mahani yang juga ahli Majlis Perundingan Ekonomi Negara berkata, Pelan 100 Hari pembangkang itu tidak berteraskan kepada realiti bagi pengurusan ekonomi sesebuah negara.

Sebaliknya, beliau mempersoalkan bagaimana pakatan pembangkang boleh memikirkan pelan seperti itu, sedangkan ia bukan cadangan yang baik bagi pembangunan dan pertumbuhan ekonomi.

Tambah beliau, tidak ada satu negara di dunia ini yang berterusan memberi subsidi kecuali negara-negara pengeluar minyak tetapi masih berdepan dengan masalah.

Jika kita semua memikirkan apa yang baik untuk negara, jika janji pilihanraya umum 12dulu tahun 2008 masih gagal ditunaikan masakan janji baru mahu dibuat.Ini semua cakap-cakap kosong yang tidak boleh tidak boleh dibuat.

"Sekiranya subsidi diberikan secara besar-besaran, negara yang terlibat akan mengalami hutang yang besar seperti yang berlaku di Greece dan Itali,'' ujarnya.

Sambil memberi contoh lain, Mahani berkata, Mesir antara negara yang mempunyai masalah sosial yang tinggi akibat memberi banyak subsidi kepada rakyatnya.

Mengulas perkara lain, beliau berkata, cadangan pakatan pembangkang itu seolah-olah menyerahkan pengurusan ekonomi kepada kerajaan dan menolak sektor swasta.

"Mana logiknya kerajaan yang menjadi penggerak tunggal, itu mustahil.

"Dalam ekonomi semakin mencabar dan terbuka tidak ada kerajaan yang boleh memacu ekonomi secara bersendirian," ujar beliau.

Menurutnya, pakatan pembangkang juga perlu tahu mengapa kerajaan memberi subsidi kepada penjana kuasa bebas! Ini adalah untuk memastikan industri dapat mengurangkan kos dan tidak membebankan pengguna.

"Jadi, adakah pelan tersebut boleh memberi jaminan bahawa industri akan mendapat harga bekalan elektrik murah seperti yang dinikmati sekarang?" katanya.

Friday, January 7, 2011

KEPERLUAN MATA PELAJARAN SEJARAH MATA PELAJARAAN WAJIB BELUM DIPUTUSKAN LAGI

RAUB 6 Jan. – Kementerian Pelajaran masih belum membuat keputusan muktamad bagi membolehkan mata pelajaran Sejarah dijadikan subjek wajib lulus di peringkat peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Timbalan Menterinya, Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, berikutan itu, satu jawatankuasa ditubuhkan untuk menjalankan kajian berhubung perkara itu.

“Perkara ini tidak boleh diadakan secara terburu-buru kerana ia perlu dikaji secara menyeluruh bagi memastikan semua pihak mendapat manfaat daripadanya,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan Gali, Gong di sini hari ini.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin baru-baru ini mengumumkan mata pelajaran Sejarah akan dijadikan subjek wajib lulus di peringkat peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mulai 2013.

Keputusan Menteri Pelajaran untuk mewajibkan pelajaran Sejarah dijadikan pelajaran wajib lulus bagi peringkat Sijil Pelajaraan Malaysia masih dalam kajian. Pada asasnya ia bagi meningkatkan kefahaman bagi setiap anak-anak perlu faham sejarah tanah air dalam negara ini.Oleh itu setiap orang perlu faham sejarah tanah air supaya tidak akan terjadi rasa ketidak puasan hati sebagai rakyat Malaysia.

Thursday, January 6, 2011

TUDUHAN DR. RAIS YATIM KES JENAYAH PERKOSAAN SATU TUDUHAN LIAR

Tuduhan yang dilemparkan oleh penulis blog yang menuduh Dato' Seri Utama Dr. Rais Yatim terlibat kes jenayah perkosaan adalah satu tuduhan yang liar. Ini kerana apa yang dituduh di dalam blog pro pembangkang segaja diadakan bagi merosak nama seorang Menteri yang kuat mempertahan kepimpinan Datuk Seri Najib, selaku Perdana Menteri. Tuduhan yang dilemparkan telah terlalu lama dan tidak tahu kesasihannya dan sengaja mahu menjatuh imej seorang Menteri yang bekerja, mempertahankan konsep 1 Malaysia yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri, yang telah mula mendapat penerimaan masyarakat dalam negara ini.

Perkara ini juga dinafikan sekeras Dr. Rais yang menuduh permainan kotor parti Pro Pembangkang mahu menjatuhkan maruah beliau.Tuduhan yang dilemparkan itu berlaku tahun 2007 di masa kepimpinan Tun Abdullah Ahmad Badawi selaku Perdana Menteri ketika itu.Tetapi di dalam blog itu menyatakan tidak disiasat bagi mengelakkan konflik serantau di antara dua negara.

Tetapi apa yang jelas apa yang dilakukan ADUN Selensing tidak diambil apa-apa tindakan, seperti yang banyak diceritakan di dalam blog dan internet. Ia lebih jelas dikatakan berzina dengan isteri orang di Gerabak KTM Ferst Class, KTM dalam perjalanan dari Kota Baharu ke Kuala Lumpur.Perkara ini tidak diperbesar pihak pembangkang dan mereka cuma berdiam diri dan cuba menutup kes tersebut.Cuba berlaku calun BN sudah semesti di suruh meletakkan jawatan sebagai ADUN.

Begitu juga kes Dato' Seri Anwar Ibrahim yang banyak didedahkan oleh individu yang terlibat seperti adik angkat Anuar,Sukmar, Noraini dan banyak lagi didedahkan oleh blog dan internet tetapi pihak Pro Pembangkang cuma banyak mendiam diri dan masih setia mereka yang melakukan perbuatan terkutuk tersebut.Jika dilihat ia jelas mereka cuba tidak mempercayai sedang orang ramai sudah meluat kes Dato' Seri Anuar ini cuba mengaggalkan kes perbicaraan di mahkamah.Dengan mencari berbagai helah dan alasan.

Sedarlah kita perlu insaf dan bertaubat kepada Allah supaya perkara yang membawa kemurkaan Allah ini dijauhi dan dihindari oleh setiap manusia. Kita akan di soalkan apabila meninggal dunia kelak. Perkara yang tidak betul jangan sengaja diadakan kerana setiap fitnah itu akan disoal apabila kita meninggal dunia nanti. Oleh itu sedarlah dan insaflah semoga umat islam di Malaysia akan bersatu ke jalan Allah.janganlah disebabkan mahu berkuasa sanggup melemparkan fitnah yang belum tentu
kesahihannya.

' Balik India ' - Bukti DAP Parti Resis

KUALA LUMPUR 5 Jan. - UMNO Pulau Pinang menganggap tindakan mengeluarkan kata-kata berunsur perkauman oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Komtar yang juga Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, Ng Wei Aik sebagai bukti DAP sebuah parti rasis tulen.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Datuk Zainal Abidin Osman berkata, kejadian tersebut jelas menunjukkan apa yang tersirat di dalam perjuangan parti itu yang hanya memperjuangkan kaum Cina semata-mata.

''Perjuangan rasis itu juga terbukti dengan pemilihan DAP baru-baru ini dimonopoli oleh kaum Cina dan ramai pemimpin kaum India yang tewas.

''UMNO Pulau Pinang kesal dengan kebiadaban seorang wakil rakyat yang bertindak seperti samseng dan keadaan amat berbeza semasa pemerintahan Barisan Nasional (BN) di mana rakyat sentiasa didahulukan," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas ungkapan "Tutup kedai, balik India," yang diluahkan Ng Wei Aik kepada pengusaha Restoran Nasi Kandar Mohamad Aliyar, Syed Kassali Mohamed Aliyar, semasa operasi penyitaan di premisnya malam kelmarin.

Menceritakan semula kejadian itu, Syed Kassali mendakwa, pada malam kejadian, Wei Aik bertindak kasar seperti samseng apabila tanpa memperkenalkan diri terus bertindak meluru masuk ke restorannya dan 'mengepak' tangan seorang pekerjanya.

Zainal Abidin berkata, semua rakyat Malaysia ada hak masing-masing mengikut perlembagaan dan hak tersebut tidak boleh dinafikan mana-mana pihak.

Catitan : Semua rakyat di dalam negara ini perlu menghormati kaum lain dan mengeluarkan kata-kata yang boleh melukakan hati, perasaan kaum lain dalam negara ini, perlembagaan negara mesti dipatuhi setiap warga negara di dalam negara ini.

Monday, January 3, 2011

SAMY VELLU MULA TUGAS DUTA KHAS MALAYSIA BAGI INFRASTRUKTUR

KUALA LUMPUR - Datuk Seri S. Samy Vellu, yang menjawat jawatan Duta Khas Malaysia bertaraf menteri bagi Infrastruktur ke India dan Asia Selatan pada Sabtu lepas, akan memulakan khidmatnya bermula dengan New Delhi, Khamis ini.

Beliau akan mengetuai delegasi 150 kaum India Malaysia untuk menghadiri Pravasi Bharatiya Divas kali kesembilan, satu persidangan tahunan yang menghimpunkan masyarakat berketurunan India dari seluruh dunia, menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh pejabat Samy Vellu di sini, hari ini.

Bekas Menteri Kerja Raya itu akan mengadakan perbincangan dengan pegawai peringkat tertinggi kerajaan India di luar persidangan empat hari di New Delhi untuk menyediakan asas ke arah membuka lebih banyak peluang untuk diteroka oleh ahli perniagaan Malaysia di India.

Persidangan itu yang dirasmikan oleh Perdana Menteri India Dr Manmohan Singh pada Sabtu, akan turut dihadiri oleh menteri-menteri utama Kabinet India, termasuk Menteri Kewangan Pranab Mukherjee serta Menteri Pengangkutan dan Lebuh Raya Kamal Nath, yang bertanggungjawab terhadap projek infrastruktur di India.

Bekas Presiden MIC, yang meletak jawatan bulan lepas setelah menerajui parti selama 31 tahun, dilantik sebagai Duta Khas Malaysia oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk memanfaatkan pengalaman Samy Vellu dalam mendapatkan projek bernilai berbilion ringgit bagi syarikat dari Malaysia semasa berkhidmat sebagai Menteri Kerja Raya.-Bernama

Ia sudah sampai masa untuk Sammy Vellu memberikan laluan kepada Timb. Presiden MIC untuk mengambil alih Presiden MIC, sudah terlalu lalu dan ahli MIC sudah tidak berminat.