Wednesday, March 31, 2010

LAPAN INISATIF PEMBAHARUAN STRATEGIK JAYA MEB



KUALA LUMPUR 30 Mac - Majlis Penasihat Ekonomi Negara (NEAC) menggariskan lapan Inisiatif Pembaharuan Strategik bagi merealisasikan hasrat kerajaan menjayakan Model Ekonomi Baru (MEB).
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, lapan inisiatif itu akan memberi tumpuan kepada:


Menyuburkan kembali sektor swasta untuk menerajui pertumbuhan ekonomi;
Membangun tenaga kerja yang berkualiti dan mengurangkan kebergantungan kepada pekerja asing;
Mewujudkan ekonomi domestik yang berdaya saing;
Memperkukuhkan sektor awam;
Melaksanakan tindakan afirmatif yang telus dan mesra pasaran;
Membina infrastruktur yang berasaskan pengetahuan;
Meningkatkan sumber pertumbuhan;
Memastikan pertumbuhan yang mapan.
Perdana Menteri berkata, kesemua lapan inisiatif itu adalah saling melengkapi dan kesannya merentasi semua sektor ekonomi.


Banyak pembaharuan yang dibuat dalam memajukan negara. Medel Ekonomi Baru adalah rangka yang terbaik dalam merancang untuk mencapai negara maju tahun 2020.

Tuesday, March 30, 2010

CHOO KEONG SELAR LITTLE NAPOLEON PKR

KUALA LUMPUR 29 Mac - Parti Keadilan Rakyat (PKR) memang bercelaru walaupun secara konsisten dinafikan. Ironinya, bukan pihak lain yang menghuru-harakan mereka tetapi kalangan mereka sendiri yang berbuat demikian.
Terbaru, Wee Choo Keong (PKR- Wangsa Maju) secara terbuka di Dewan Rakyat hari ini menyatakan perasaan dukacitanya dengan perbuatan Little Napoleon di kalangan pembangkang yang cukup pintar iaitu melempar batu dan cekap pula menyembunyikan tangan.
Segelintir mereka itu, katanya, sanggup melakukan apa sahaja termasuk membuat pelbagai fitnah dan penipuan seperti menipu gambar dengan menggunakan teknik super imposed dan diterbitkan dalam Internet untuk mengaibkan tokoh politik negara.
"Tindakan fitnah ini telah diakui oleh Little Napoleon, tetapi tiada tindakan diambil terhadap dia. Sebaliknya tindakan disiplin diambil terhadap pemimpin lain atas perkara remeh-temeh.
"Jika mereka dibenar melakukan perkara sedemikian atas alasan kepentingan politik, tiada lagi perkara di dunia ini yang akan menghentikan mereka daripada menghancurkan negara ini," katanya ketika membahaskan usul menjunjung kasih titah ucapan Yang di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat hari ini.


Tambah Choo Keong, beliau juga amat kesal dengan tingkah laku Little Napoleon terhadap isu-isu yang dibangkitkan terhadap peristiwa 16 September atau perkara lain sama ada dalam atau luar Parlimen, yang langsung tidak dijawab oleh mereka.
Choo Keong berharap Little Napoleon menghentikan kegiatan politik kotor dan fitnah-memfitnah mereka melalui Internet atau medium lain untuk satu matlamat politik sempit yang mementingkan diri sendiri tanpa menghiraukan kepentingan rakyat.
"Jika kegiatan ini berterusan maka parti kita akan hancur, perjuangan akan jadi sia-sia sahaja dan dua sistem parti akan menjadi bayangan dan impian semata-mata," katanya.


Pendedahan yang dibuat oleh Choo Keong dilihat sebagai ketidak puasan hati kalangan ahli PKR itu sendiri kerana banyak mengeluarkan kata-kata manis. Tetapi tidak mampu melaksanakan
janji tersebut.

PERDANA MENTERI BENTANG MODEL EKONOMI BARU



KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, hari ini membentangkan laporan Model Ekonomi Baru (MEB) ke arah menjadikan Malaysia negara maju dan berpendapatan tinggi menjelang 2020 dan bakal menjadi wadah pentadbiran serta pengukur pencapaian kerajaan.
Laporan yang dibentang pada persidangan InvestMalaysia, di sini adalah cadangan yang dihasilkan Majlis Penasihat Ekonomi Negara (MPEN) berdasarkan keperluan ekonomi semasa negara dalam usaha menjadikan Malaysia lebih berdaya saing.


Dimulakan seperti niat dasar 1Malaysia, Bidang Keberhasilan Utama (NKRA) atau Indeks Petunjuk Prestasi (KPI) dan Pelan Halatuju Transformasi Kerajaan (GTP) yang dilaksanakan ketika ini.


Laporan akan diberi kepada orang awam bermula hari ini, sekali gus mencerminkan dasar kerajaan yang telus dan inklusif dengan mengambil kira kehendak rakyat sebelum membuat kepu-tusan. Najib berkata, beliau akan turut mengumumkan beberapa reformasi pentadbiran dalam laporan MEB yang dilaksanakan untuk menyokong pelaksanaan model itu supaya ia mencapai matlamatnya.Penganalisis Ekonomi Maybank Investment Bank Bhd, Suhaimi Illias, berkata sasaran MEB secara umumnya adalah untuk menjadikan Malaysia sebagai negara berpendapatan tinggi menjelang 2020.Bagi tujuan itu, katanya, kerajaan dijangka mensasarkan meraih pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) antara lima hingga lapan peratus setahun bagi tempoh 10 tahun akan datang.“Selain itu, kerajaan dijangka menyasar menaikkan pendapatan perkapita rakyat kepada antara RM50,000 hingga RM57,000 berbanding RM24,000 sekarang,” katanya dalam nota penyelidikan bank pelaburan itu.Suhaimi berkata, MEB juga dijangka menggariskan lapan pelan tindakan atau strategi untuk mencapai status negara maju.


Antara strategi termasuk langkah merangsang modal insan bagi meningkatkan kemunculan usahawan, pencipta dan pereka di kalangan rakyat.Strategi lain yang dijangka dibentangkan adalah meningkat pelaburan domestik dan asing; rancangan pengurangan subsidi secara berperingkat; menghadkan pengambilan pekerja asing dan inisiatif hijau atau mesra alam.


Antara ciri kepimpinan Datuk Seri Najib mampu melaksanakan tugasan yang baik.Beliau mampu membaya keluar dari kegawatan dan akan mensasarkan KDNK dari lima peratus ke lapan peratus. Bergantung pencapian keluaran kasar negara.

AHLI PKR KELUAR BERAMAI-RAMAI DI IPOH BARAT



KECEWA dengan sikap dan cakap tidak serupa bikin para pemimpin tertinggi Parti Keadilan Rakyat (PKR) menyebabkan seramai 700 ahli Pemudanya dari Bahagian Ipoh Barat bertindak keluar parti itu beramai-ramai, kelmarin.
Ketua Pemudanya, V. Subramaniam menjangkakan lebih ramai ahli parti itu akan keluar kerana telah sedar dengan apa yang berlaku.


Pengumuman keluar parti itu dilakukan di Kampung Tengku Hussein Hujung, Manjoi, Ipoh.
Hadir sama ialah Naib Ketuanya, Sherol Aizam Mohd. Damanhuri; Ketua Penerangan, Mokhtar Kodin dan Setiausaha, S. Vikneswaran.
Pemuda PKR Ipoh Barat ketika ini mempunyai kira-kira 900 ahli.Menurut Subramaniam, pemimpin PKR bukan sahaja bersikap 'cakap tidak serupa bikin,' malah mendakwa turut tidak menghormati agama lain.


Kalau sudah sedar kembalilah ke pangkal jalan. Masih belum terlambat. Telah banyak pendedahan dilakukan kalangan ahli PKR sendiri tentang kelemahan dan janji tak serupa bikin oleh Datuk Seri Zaharin bin Hashim, dari ( Bayam Baru ), yang terbaru YB Wee Choo Keong,

( PKR Wangsa Maju ) yang mendadahkan janji-janji yang di buat dan kata-kata manis tetapi merosakkan negara.

Monday, March 29, 2010

DUA ELAUN KHAS BARU BAGI GURU SEKOLAH PENDALAMAN

2010/03/29MIRI: Kementerian Pelajaran bercadang menambah dua lagi kategori elaun khas bulanan bagi guru yang berkhidmat di kawasan pedalaman, kata Pengarah Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, Dr Amir Salleh @ Mohd Salleh. Katanya kategori baru itu di bawah ''Elaun Pedalaman'' akan membabitkan elaun tambahan masing-masing sebanyak RM750 dan RM1,250.
"Elaun baru ini dijangka dilaksanakan dalam sedikit masa lagi dan ia adalah tambahan kepada kategori yang sedia ada iaitu RM500, RM1,000 dan RM1,500," katanya. Sumber Bernama.


Saya pada 27-28.3.2010 mengikuti sama Program Kementerian Pelajaraan melawat sekolah pendalaman di SK Lejang dan SK Lanai dalam Dun Jelai di Negeri Pahangyang turut dihadiri Datuk Badaruddin bin Abd Rahman, Timb. Ketua Setiausaha Kem. Pelajaraan danm Datuk Wan Rosdy bin Wan Ismail, Exco Kerajaan Negari Pahang. Ia amat mencabar dan dengan jalan yang berlopak, berlubang, berlongkang dan licin selepas pada hari sebelumnya hujan lebat. Ia amat sukar untuk sempai ke Pos terutama Pos Titom dengan menaiki Hailak duduk dibelakang dan amat membahaya. Guru-guru kebanyakkan menaiki motosikal untuk pergi mengajar ke sekolah berkenaan melalui Pos Betau. Oleh itu sewajarnya guru itu diberikan elaun khas sebagai galakan bagi guru-guru tersebut mengajar di kawasan pendalaman tersebut.

DATUK SERI DR. CHUA SOI LEK, PRESIDEN BARU MCA



KUALA LUMPUR 28 Mac – Bekas Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek memenangi jawatan Presiden parti dengan majoriti tipis 68 undi, mengetepikan bekas pemimpin nombor satu, Tan Sri Ong Ka Ting dan penyandang jawatan, Datuk Seri Ong Tee Keat dalam pemilihan parti di sini hari ini.
Soi Lek, 62, memperoleh 901 undi berbanding Ka Ting meraih 833 undi manakala Tee Keat di tempat tercorot dengan 578 undi.
Speaker, Datuk Yip Phooi Hong mengumumkan keputusan tersebut kira-kira pukul 6.45 petang yang disusuli sorakan bergema penyokong Soi Lek.
Dengan keputusan tersebut, Soi Lek mempunyai tugas berat dalam usaha menyatukan semula kepimpinan MCA selepas parti berkenaan melalui fasa krisis kepimpinan sejak dua tahun lalu.
Semua yang terpilih hari ini akan memegang jawatan sehingga Oktober 2011.


Bagi jawatan Timbalan Presiden, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai menang tipis apabila majoriti yang diperolehnya hanya 65 undi sahaja.
Tiong Lai berjaya memperoleh 1,171 manakala lawannya Datuk Seri Kong Cho Ha yang juga Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan dan bekas Naib Presiden memperoleh 1,106 undi.
Bagi jawatan Naib Presiden pula, perwakilan telah memilih Menteri Pelancongan, Datuk Seri Ng Yen Yen, Datuk Donald Lim Siang Chai; Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Chor Chee Heung dan Ahli Jawatankuasa Pusat (CC), Gan Ping Sieu.
Bagi perebutan 25 jawatan dalam CC, Timbalan Menteri Luar, Datuk Lee Chee Leong mendapat undi paling tinggi.
Seramai 86 calon bertanding dengan jumlah perwakilan yang membuang undi hari ini mencatat angka paling tinggi iaitu 2,315 orang. Tiga perwakilan tidak mengambil kertas undi sebaik sahaja proses pemilihan diadakan.


Itu satu keputusan yang telah dibuat oleh perwakilan MCA. Oleh itu semua pihak perlu akur atas pemilihan tersebut dan menyokong kepimpinan baru MCA Datuk Seri Soi Lek sebagai Presiden MCA serta barisan kepimpinannya. Semoga parti MCA kuat dan diperkasakan dalam kompenan Barisan Nasional.

Friday, March 26, 2010

BAJET ALTERNATIF DAP BERSIFAT PERKAUMAN

2010/03/26DEWAN Rakyat semalam dimaklumkan Bajet Alternatif Kebangsaan 2010 yang dikemukakan DAP bersifat perkauman kerana tidak memberi penekanan terhadap pembangunan ekonomi umat Islam dan masyarakat Melayu Bumiputera.

Datuk Abdul Rahman Dahlan (BN-Kota Belud) berkata, bajet itu tidak menyentuh secara khusus mengenai peruntukan untuk Islam dan orang Melayu, seperti dijamin dalam Perlembagaan Persekutuan.
Malah, katanya, dalam bajet itu, DAP berhasrat untuk mengecilkan perkhidmatan awam dan Rela yang menyaksikan penyertaan ramai golongan Bumiputera dalam sektor berkenaan. “Mereka tidak memahami kegelisahan orang Melayu dan Bumiputera, saya melihat inilah kelemahan yang ada dalam pakatan pembangkang... ini dokumen penting, saya melihat dokumen ini sebagai satu intipati perjuangan kalau ditakdirkan pakatan pembangkang menjadi kerajaan Persekutuan.


“Apabila pakatan pembangkang menerajui kerajaan, adakah DAP sebagai parti komponen terbesar dalam pakatan pembangkang tidak mahu menjadikan bajet alternatif sebagai asas kepada bajet pakatan... di mana input Bumiputera dalam bajet alternatif ini," katanya membahaskan usul menjunjung kasih Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin. Abdul Rahman turut mempertikaikan tindakan DAP merangka bajet alternatif bersendirian tanpa penyertaan dua rakan pakatan. Beliau bersetuju dengan pandangan Datuk Bung Mokhtar Radin (BN-Kinabatanga) bahawa bajet itu adalah bajet perkauman. "Saya ini orang Melayu berketurunan suku Sungai, kami di Sabah kecewa apabila melihat bajet alternatif pembangkang, kalau inilah pakatan yang menjadi pemerintah, yang tukang buat bajet orang luar, hancurlah negara kita.

Itu belum lagi dapat berkuasa telah menepoli untuk kaum mereka sahaja, sedangkan kaum melayu masih jauh ketinggalan dan perlukan bantuan bagi menaikkan taraf hidup mereka.
Sedarlah orang melayu dan bersatulah.

Tuesday, March 23, 2010

LAPAN AHLI PARLIMEN BN TETAP SETIA



KUALA LUMPUR 22 Mac - Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein memuji lapan ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) kerana kesetiaan mereka kepada parti walaupun dikaitkan dengan tindakan melompat parti bagi menubuhkan kerajaan 16 September.


Katanya, beliau sendiri telah bertemu dengan sebahagian daripada mereka dan dimaklumkan yang tawaran Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim itu ditolak secara bulat-bulat.


"Saya sungguh kagum dengan mereka ini kerana ia memberikan gambaran positif yang menunjukkan kesungguhan, keikhlasan dan kesetiaan mereka pada BN.
"Bagi saya kalau betul perkara ini akan berlaku, kenapa sampai sekarang tak ada seorang pun daripada mereka ini yang pergi ke seberang sana?" katanya kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini.


Beliau diminta mengulas pendedahan ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim baru-baru ini tentang lapan nama ahli Parlimen BN yang dikatakan akan melompat parti bagi membolehkan Anwar menubuhkan kerajaan 16 September.
Hishammuddin berkata, nama-nama wakil rakyat BN itu mungkin digunakan bagi terus memperdayakan pihak pembangkang supaya terus menyokong pelan penubuhan kerajaan baru itu.


Ahli Parlimen BN tetap dipuji kerana tetap setia dengan BN walau berbagai cara yang dilakukan oleh Anwar Ibrahim isu 16 september, 2008. Ia cuma menwar-warkan kepada pembangkang beliau akan mengambil alih Perdana Menteri sedangkan anggota BN masih setia dan kuat tanpa diganggu gugat. Ahli pembangkan dari PKR yang lari dan tidak setia kepada mereka.

SURUHANJAYA DIRAJA SIASAT ANWAR



KUALA LUMPUR - Seorang ang- gota Bebas semalam mencadangkan di DewanRakyat supaya satu suruhanjaya diraja dibentuk bagi menyiasat tindak tanduk Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang didakwa mengancam keselamatan negara.


Datuk Ibrahim Ali (Bebas-Pasir Mas) berkata, langkah itu perlu diambil oleh kerajaan bagi memperbetulkan persepsi rakyat terhadap Anwar. Katanya, rakyat terutama orang kampung terpedaya apabila perbicaraan kes liwat melibatkan Anwar sebagai tertuduh dijaja di seluruh negara. “Jadi, sudah cukuplah kalau kita kumpulkan tindak-tanduknya seperti yang didedah oleh Ahli Parlimen Bayan Baru mengenai Peristiwa 16 September, nama Agong, nama Ketua Turus Tentera diseret, kemudian cerita Apco yang menjadi heboh pagi ini (semalam) yang didedah penafiannya oleh Ahli Parlimen Rembau, kemudian kaset yang mempergunakan tokoh agama iaitu Yusuf al-Qaradawi dan surat serta risalah yang ditandatangani oleh Ahli Parlimen Machang,” katanya ketika membahaskan usul Menjunjung Kasih Titah Ucapan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin.


Beliau juga meminta kerajaan menyiasat pengedaran sejuta risalah serta surat yang turut dilampirkan laporan perubatan yang mendakwa Anwar tidak bersalah dan dianiayai dalam kes liwat yang membabitkan bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan. Selain itu, terdapat kaset atau cakera padat yang mengandungi fatwa Yusuf al-Qardawi yang dibuat di kediaman tokoh agama itu di Qatar yang mahu Saiful dirujuk di bawah qazaf mengikut Undang-undang Syariah kerana gagal mengemukakan empat saksi dalam pertuduhan liwat terhadap Anwar. Katanya, tindakan Anwar turut menyaksikan campur tangan 50 Ahli Parlimen Australia yang mendesak agar tuduhan liwat terhadap Anwar digugurkan. Ibrahim berkata, beliau telah mengutus surat kepada Ahli Parlimen Australia, Micheal Danby bagi membantah campur tangan tersebut. “Mengikut apa yang saya dapat dari website, Micheal Danby adalah dari bangsa Yahudi dan penyokong kuat Israel serta pejuang hak asasi gay dan lesbian. Ini maklumat yang mungkin rakyat Malaysia terutama orang kampung tak tahu,” katanya. - Bernama


Oleh itu setiap rakyat perlu melihat dan berfikir kerja yang dilakukan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim sanggup menjaja apa sahaja demi kepentingannya. Kita rakyat Malaysia seharusnya menolak kerja yang dilakukan oleh Anwar Ibrahim yang mahu merosakkan negara dan bangsa di negara ini. Yang penting beliau sanggup melakukan apa sahaja dengan DAP asalkan ia dapat jadi Perdana Menteri. Penubuhan Suruhanjaya DiRaja ini memang baik bagi mendaulatkan negara dari darib dirampas golongan yang rakus ingin berkuasa.

LAPORAN POLIS DIBUAT BAGI PENDEDAHAN 16 SEPTEMBER, 2008



KUALA LUMPUR 22 Mac - Semakin banyak pihak yang membuat laporan polis hari ini berikutan pendedahan rancangan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengambil alih kerajaan pada 16 September 2008.
Hari ini, sebanyak lapan lagi laporan diterima pihak polis di seluruh negara mendesak supaya pendedahan Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim mengenai tindakan Ketua Pembangkang itu, disiasat.
Daripada jumlah itu, empat Pergerakan Pemuda UMNO negeri iaitu Perak, Kedah, Melaka dan Pahang membuat laporan di negeri masing-masing berikutan pendedahan itu yang dianggap menghina Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin.
Turut membuat laporan polis berhubung pendedahan itu adalah Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Bukit Mertajam di Pulau Pinang dan Pemuda UMNO Bahagian Kangar, Perlis.
Selain itu, Pergerakan Puteri UMNO dan Majlis Gabungan NGO Pembela Negara (Magaran) membuat laporan, masing-masing di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul dan IPD Gombak hari ini.
Di Ipoh, Pemuda UMNO Perak mendesak supaya Anwar dikenakan tindakan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana 'mengisytiharkan perang' terhadap Yang di-Pertuan Agong.
Ketuanya, Maslin Sham Razman menegaskan, tindakan itu pernah diambil terhadap kumpulan Al-Maunah yang pernah menggemparkan negara di Perak, 10 tahun lalu.
"Menjaja nama Yang di-Pertuan Agong kononnya memperkenankan beliau sebagai Perdana Menteri keenam adalah satu kesalahan yang serius.


"Kita kesal dengan pembohongan yang dilakukan oleh Anwar. Beliau seperti cuba mengulangi tindakan Al-Maunah," katanya selepas membuat laporan di Balai Polis Sungai Senam.
Zahrain dalam perbahasan Dewan Rakyat pada Khamis lalu mendedahkan temberang Anwar kononnya dia telah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) untuk menjayakan rancangan mengambil alih kerajaan Pusat pada 16 September 2008.
Antara pembohongan lain yang didedahkan Zahrain ialah dakwaan Anwar kononnya ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) bersedia melompat parti sudah mencukupi untuk membentuk kerajaan baru.


Pendedahan yang dibuat oleh Datuk Seri Zaharian bin Hasim, membuka tembelang yang dibuat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa ramai Ahli Parlimen BN akan melompat parti ianya satu pembohongan. Beliau sanggup menjual nama Yang di-Pertuan Agong dan Angkatan Tentera Malaysia demi kepentingan dirinya. Oleh setiap rakyat perlu berfikir negara yang ditadbir urus dengan baik dan berwawasan oleh Kepimpinan Datuk Seri Najib perlu diteruskan dan sokongan rakyat tentang 1 Malaysia mula diterima oleh rakyat Malaysia.

Monday, March 22, 2010

ANWAR MENYAMAKAN KONSEP 1 MALAYSIA SAMA DENGAN 1 ISRAEL



KUALA LUMPUR 18 Mac - Tindakan Datuk Seri Anwar Ibrahim menyamakan konsep 1Malaysia dengan 1Israel adalah satu konspirasi pembangkang untuk menyerang dasar kerajaan.
Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, kenyataan itu yang dibuat sewaktu Ketua Pembangkang tersebut berucap membahaskan usul menjunjung kasih titah ucapan Yang di-Pertuan Agong semalam, amat mengecewakan.

Katanya, konsep berkenaan sebenarnya telah digunakan oleh Maharaja Shih Huang Ti sekitar 210 sebelum masihi melalui 'Negeri-Negeri Bersatu' serta Afrika Selatan pada 1995 melalui konsep '1Sukan 1Negara' untuk menyatupadukan kaum kulit hitam dan putih.
Malahan jelasnya, konsep itu juga digunakan di benua Eropah melalui '1 Eropah 1 Mata Wang' bagi menyatupadukan anggota Kesatuan Eropah (EU) supaya menggunakan mata wang Euro.
''Apakah justifikasi pembangkang mendakwa 1Malaysia meniru konsep 1 Israel sedangkan pendekatan sebegitu telah banyak digunakan di negara-negara lain?," katanya dalam satu kenyataan yang diedarkan di Dewan Rakyat hari ini.

Pada sidang Dewan Rakyat semalam, Anwar mendakwa konsep 1Malaysia diilhamkan atas nasihat firma perunding Israel, Apco Worldwide yang turut mengutarakan konsep 1 Israel.
Saifuddin menambah, konsep 1Malaysia yang diperkenalkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah mengukuhkan keyakinan masyarakat berbilang kaum di negara ini untuk terus hidup bersama dan berkongsi hasil kemakmuran negara.

''Hakikatnya pendekatan 1Malaysia adalah mengikut sunah Rasulullah dalam peristiwa Hijrah iaitu menyatupadukan antara sesama umat Islam dan antara umat Islam dengan kaum-kaum lain apabila baginda mula-mula sampai ke Madinah,'' jelasnya.
Ilham keosep I Malaysia yang diilhamkan oleh Dato' Sri Najib telah mula diterima oleh orangramai di Malaysia. Kita harus bersatu dan saling hormat menghormati di antara kaum di dalam negara ini supaya negara ini makmur dan tidak ada rasa tidak puas hati di antara kaum di dalam negara ini. Hak orang melayu mesti dipertahankan seperti termaktub di dalam perlembagaan negara ini.

ANWAR SANGGUP LAKUKAN APA SAHAJA ASALKAN NIAT BELIAU BERJAYA


JEMPOL – Tidak mustahil Ketua Umum Pakatan Rakyat (PR), Datuk Seri Anwar Ibrahim melibatkan nama Yang di-Pertuan Agong kerana beliau sanggup berbuat apa sahaja semata-mata untuk merealisasikan '16 September'nya.


Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata, tingkah laku Anwar itu dilihat sebagai sesuatu yang terdesak dan perlu diambil tindakan sewajarnya menerusi Jawatankuasa Pilihan Dewan Rakyat. “Kalau beliau (Anwar) sanggup bohong sedemikian, maka beliau juga kemudian akan sanggup buat apa saja. Nama (Yang di-Pertuan) Agong tidak seharusnya dilibatkan tetapi nampaknya ia sudah dilibatkan seperti apa yang diluahkan salah seorang pemimpin terdekat Anwar sendiri. “Saya rasa dukacita seorang yang begitu dipandang pelbagai pihak, tetapi beliau tidak amal nilai yang seharusnya lurus dan terus dalam perjuangannya,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Pewaris Muda Negara 1Malaysia 2010 di Padang Sekolah Kebangsaan (SK) Pasoh 2, Felda Pasoh 2, di sini semalam.


Gerakan Anwar Ibrahim ini perlu pengawasan oleh Bahagian Keselamatan Negara, Ia sanggup melakukan apa sahaja dan berjanji asalkan mendapat sokongan dari orangramai supaya menyokong beliau. Pendedahan yang lakukan oleh Datuk Seri Zaharin Hashim itu supaya orang melayu sedar dan perlu berhati-hati kerana negara yang dibina sekian lama ini perlu dipelihara dengan baik.

Friday, March 19, 2010

SAIFUDDIN NASUTION TUDUH BN PERGUNAKAN ZAHRAIN



KUALA LUMPUR - Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR) Saifuddin Nasution menyifatkan Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim sebagai ‘tentera upahan’ Barisan Nasional (BN) untuk mendedahkan kepada umum agenda politik pembangkang.


Katanya, sebelum ini tidak pernah menteri-menteri hadir dan me-nunggu sehingga lewat petang semata-mata untuk mendengar usul yang dibahaskan oleh Zahrain. “Bayan Baru (Zahrain) kini dijadikan sebagai watak baru dan penting dalam pasukan tentera upahan untuk membongkar 1001 rahsia dan kelemahan Pakatan Rakyat (PR) termasuklah PKR serta Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim,” katanya.



Menurutnya, PR tidak gentar untuk menghadapinya malah menganggap ianya hanya ancaman kecil. “PR tidak akan terkalih untuk berdepan dengan BN sebagai musuh tetap nombor 1 kita,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen, semalam.


Berbagai cara yang dilakukan bagi mengalih pandangan orangramai kerhadap PKR. Parti yang dilihat menunggu kehancuran bila banyak ahlinya keluar dari PKR dan jadi calon bebas. Anwar mempunyai watak dan pelakun yang handal, kononnya ia bakal menjadi PM sedangkan PKR telah hilang kepercayaan pengaruhnya akibat penipuan di buat oleh Anwar Ibrahim dan sanggup ikut telunjuk DAP. Tuduhan menyatakan Datuk Seri Zahrain Hashim AP Bayam Baru tentera Upahan BN sebagai tuduhan tidak berasas sama sekali kerana ia bukan penyokong BN, ia adalah ahli bebas. Fikir sendirilah Safuddin, PKR sendiri buat hal sebab itu ramai ahli keluar dari PKR.

PEMBOHONGAN ANWAR IBRAHIM PADA 16 SEPTEMBER, 2008



KUALA LUMPUR 18 Mac – Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim mencabar wakil rakyat Parti Keadilan Rakyat (PKR) bersumpah menafikan yang Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim banyak berbohong ketika menggerakkan misi 16 September 2008.
Beliau sendiri sanggup bersumpah untuk mempertahankan kenyataan pembongkaran yang dibuatnya termasuk wujud dakwaan Anwar bahawa Yang di-Pertuan Agong merestuinya sebagai Perdana Menteri keenam.


Baginya, tindakannya tidak lain daripada mahu menyedarkan wakil rakyat PKR yang mungkin tidak tahu hal sebenar.
‘‘Yang main peranan dalam rancangan untuk mengambil alih Putrajaya hanya dua tiga orang. Walaupun saya tidak terlibat dalam Biro Politik PKR tapi saya tahu perkara ini kerana saya sahabat baik Anwar,” katanya pada sidang akhbar di lobi Parlimen di sini hari ini.
Semalam, Zahrain menggegarkan sidang Dewan Rakyat apabila ‘memecahkan tembelang’ Anwar berhubung rancangan mengambil alih kerajaan Pusat 16 September.


Pendedahan itu juga menyebabkan Anwar ‘panas punggung’ sehingga bertindak meninggalkan sidang Dewan sebelum bekas orang kepercayaannya itu menghabiskan ucapan.
Zahrain antara lain mendedahkan yang Anwar telah membohongi wakil rakyat pembangkang kononnya jumlah ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) yang akan melompat parti menyertai pembangkang lebih daripada mencukupi untuk membentuk kerajaan baru.
Anwar juga mendakwa Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menyokong pelantikannya sebagai Perdana Menteri.

Itulah kalau dah terlalu inginkan kuasa dan mahu menjadi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, sanggup melakukan apa sahaja demi kepentingan beliau. Beliau sanggup melakukan pembohongan dan sanggup menipu rakan-rakan dalam PKR menyatakan ramai Ahli Parlimen dari BN akan melompat parti dan akan menyertai pembangkang sedangkan perkara ini tidak berlaku sama sekali.

Jika kita nilai apa yang dilakukan oleh PKR bila menang sahaja, dikalangan wakil rakyat sudah tidak pedulikan penggundi kerana mereka tiada peruntukan dari kerajaan BN. Kerja sebagai ahli Parlimen cuma mengadakan ceramah memburukkan kerajaan BN itu sahaja. Kerajaan BN ada bantuan dari jabatan Kebajikan Masyarakat yang sentiasa diberikan termasuk yang menyokong pembangkang. Di zaman kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak sekarang rakyat tahu beliau mampu membangunkan negara dengan lebih baik. Sedangkan PKR sedang bergelumang dengan Ahli Parlimennya keluar PKR dan menjadi calon Bebas serta mereka juga telah mendedahkan tembelang PKR itu sendiri.

Wednesday, March 17, 2010

LAWATAN NAJIB KE RUMAH KELAHIRANNYA DI BUKIT BIUS, LIPIS



KUALA LIPIS 17 Mac – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan melawat rumah kelahirannya di Bukit Bius sempena perasmian ulang tahun ke-50 Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah di Dataran Lipis di sini, Sabtu ini.


Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kemudahan Asas dan Pengangkutan negeri, Datuk Ir. Mohd Soffi Abdul Razak berkata, lawatan itu dianggap penuh nostalgia kerana Najib pernah dibesarkan di rumah tersebut ketika ayahandanya, Tun Abdul Razak Hussein menjadi Pegawai Daerah Lipis sebelum dilantik sebagai Perdana Menteri. – Utusan


Orang Lipis berbangga Datuk Seri Nejib dilahirkan di Lipis di rumah Pegawai Daerah Lipis pada masa itu, di Bukit Bius. Dengan kedatangan pemimpin yang kita kasihi dan mempunyai idea yang baik serta mentadbirkan negara dengan baik.

PENDIDIKAN SEKS PERLU PANDANGAN SEBELUM DILAKSANAKAN


KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, hari ini berkata satu jawatankuasa akan ditubuhkan untuk mendapatkan pandangan pelbagai pihak berhubung polisi pendidikan seks di sekolah di negara ini. Beliau berkata, jawatankuasa itu perlu dianggotai pakar dalam bidang pendidikan seks, biologi dan hal-hal yang berkaitan.


"Mungkin kita boleh mengambil sedikit contoh daripada apa yang berlaku di setengah-setengah negara yang sudah memperkenalkan (polisi ini) dan juga pakar yang ada di kementerian," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa induk pembangunan sukan di sekolah di bangunan Parlimen di sini. Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata, isu pendidikan seks di sekolah telah dibincangkan oleh banyak pihak.

- Bernama


Apa yang penting pandangan pihak ibubapa, golongan pakar-pakar dan golongan ilmuan perlu sebelum ia diperkenalkan di sekolah-sekolah. Setiap orang berhak memberikan pandangan yang baik sebelum ianya di ajar di sekolah-sekolah.

PERDANA MENTERI MAHUKAN MCA PILIH PEMIMPIN YANG DISUKAI RAMAI



KUALA LUMPUR 16 Mac - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mahu MCA diterajui barisan kepemimpinan yang bukan sahaja diterima baik oleh ahli parti itu malah semua masyarakat Cina di negara ini.
Sehubungan itu beliau menyerahkan kepada kebijaksanaan ahli-ahli MCA untuk memilih pemimpin-pemimpin yang menepati dengan hasrat tersebut.


''Isu yang berkaitan dengan MCA ini kita serahkan kepada ahli-ahli untuk mereka tentukan apakah yang sepatutnya dilakukan dalam usaha menamatkan segera krisis parti tersebut.
''Apa yang penting kepimpinan MCA bukan sahaja boleh diterima oleh ahli parti berkenaan tetapi oleh masyarakat Cina seluruhnya,'' katanya selepas menerima kunjungan juara All England, Datuk Lee Chong Wei dan jurulatihnya, Datuk Misbun Sidek di kediamannya di Langgak Duta di sini hari ini.


Pandangan Perdana Menteri itu perlu diambil perhatian bagi mempastikan kekuatan MCA dan BN.

Rakyat amat sayang kepada negara dari jatuh ke tangan orang yang cumu pentingkan diri atau kepentingan seorang. Negara akan hancur jika pemimpin yang mentadbir gagal mentadbir negara dengan baik.

HAK BUMIPUTRA TIDAK DIHAPUS DALAM MODEL EKONOMI BARU

KUALA LUMPUR- Model ekonomi baru (MEB) yang akan diperkenalkan tidak akan menghapuskan hak istimewa bumiputera tetapi akan memfokuskan kepada kerjasama dengan bukan bumiputera, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata, antara bentuk kerjasama yang diharapkan adalah dalam aspek politik dan promosi dalam perniagaan."Kita mahu supaya ada kerjasama antara kedua-dua belah pihak yang bukan sahaja menguntungkan bumiputera, tetapi juga bukan bumiputera," katanya ketika menjawab soalan Datuk Mahfuz Omar (Pas-Pokok Sena) di Dewan Rakyat hari ini.Mahfuz mahu tahu tentang pengekalan istilah bumiputera dalam MEB yang akan diperkenalkan tidak lama lagi dan apakah langkah untuk mengelakkan timbulnya masalah antara kaum.

Nazri berkata, status dan hak golongan bumiputera tidak akan diketepikan dalam NEM dan bagi memastikan perkara tersebut, setiap tindakan yang akan diambil haruslah berpaksikan kepada perlembagaan dan undang-undang negara.-Bernama

Hak bumiputra hendahlah dikekalkan dalam Model Ekonomi Negara, hak keistemewaan orang melayu ia telah dimaktub dalam perlembagaan negara.
Setiap rakyat Malaysia perlu akur dan jangan mempertikaikan hak orang melayu dalam negara ini.

Friday, March 12, 2010

KERAJAAN MANSUH BAYARAN BAYARAN WAD UNTUK PEGAWAI DAN PESARA



KUALA LUMPUR - Kerajaan memansuhkan bayaran wad terhadap pegawai dan pesara perkhidmatan awam yang mendapatkan rawatan di hospital kerajaan berkuat kuasa 1 April ini. Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Ismail Adam berkata, menurut Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun 2010 yang dikeluarkan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), pemansuhan itu turut terpakai untuk anggota keluarga dan ibu bapa mereka.


“Pemansuhan bayaran wad itu juga tidak menjejaskan kelayakan wad yang ditetapkan untuk pegawai berdasarkan gred pegawai,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, semalam. Beliau berkata, kelayakan wad untuk pegawai pengurusan tertinggi, Gred 45-54 adalah Kelas 1 bilik seorang, Gred 31-44 (Kelas 1 bilik berdua), Gred 21-30 (Kelas 1 bilik bertiga) dan Gred 1-20 (Kelas 2). "Kelayakan untuk anggota keluarga dan ibu bapa sah adalah berdasarkan kelayakan yang ditetapkan kepada pegawai awam berkenaan," katanya.


Ismail berkata, dengan berkuatkuasanya pekeliling perkhidmatan itu, perenggan C2 berkaitan kelayakan dan kadar bayaran wad di Lampiran C8 Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun 2002, perenggan 11 berkaitan kadar bayaran wad sehari di Lampiran O Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 10 Tahun 1991, dan Bahagian J berkaitan permohonan perbelanjaan bagi rawatan di luar negeri di Lampiran B Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 21 Tahun 2009 adalah dibatalkan. Peruntukan pekeliling perkhidmatan itu pada keseluruhannya turut dipanjangkan kepada semua Perkhidmatan Awam Negeri, Pihak Berkuasa Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan. - Bernama


Itu adalah satu cadangan yang baik dari Kerajaan yang sentiasa peka dengan keadaan.

Kerajaan amat pentingkan rakyat terutama golongan yang berpendapatan rendah dan pertengahan yang sentiasa terhimpit dengan kehidupan yang susah akibat kenaikan harga barangan pada masa ini. Itulah kepimpinan Datuk Seri Najib telah banyak melakukan perubahan dan rakyat telah mula menerima kepimpinan beliau Perdana Menteri.

Thursday, March 11, 2010

PERDANA MENTERI SASAR EKONOMI TUMBUH LEBIH 6 %



KUALA LUMPUR 10 Mac – Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, beliau masih belum berpuas hati dengan pencapaian 4.5 peratus pertumbuhan ekonomi negara yang dicapai pada suku terakhir tahun lalu.
Perdana Menteri berkata, beliau hanya akan berasa gembira jika angka pertumbuhan ekonomi mencecah angka enam peratus atau lebih, yang menjadi sasaran pada tahun ini.


“Saya amat berharap sasaran ini dapat dicapai hasil kerjasama semua pihak baik daripada kerajaan, swasta mahu pun rakyat.
“Saya yakin dengan gabungan semua pihak atas semangat 1Malaysia, apa yang kita hasratkan ini akan tercapai,” ujarnya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis makan malam sempena Tahun Baru Cina Gabungan Dewan Perniagaan dan Perindustrian China Malaysia (ACCCIM) di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) di sini malam ini.
Turut hadir isteri beliau Datin Seri Rosmah Mansor dan Presiden ACCCIM, Tan Sri William Cheng.


Dalam perkembangan berkaitan, Najib meminta pelabur Cina tempatan dan asing supaya meningkatkan jumlah pelaburan di negara ini bagi menjana ekonomi negara.
“Tahun ini merupakan Tahun Harimau mengikut kalendar Cina. Saya harap dengan semangat harimau garang ini kita dapat bergabung tenaga untuk menjadikan Malaysia yang harmoni dan makmur,” tambahnya.
Menyentuh mengenai perkembangan politik di negara ini, Perdana Menteri berkata, beliau mahu parti kaum Cina yang sedang berhadapan dengan masalah supaya segera mencari jalan penyelesaian.
Ayuh, segeralah bangkit untuk hadapi cabaran. Marilah kita jadikan Malaysia negara yang hebat bermula tahun ini,” katanya.


Ia satu langkah yang bijak di zaman kepimpinan Datuk Seri Najib.

Wednesday, March 10, 2010

PILIHANRAYA PBT TIDAK PERLU DIADAKAN



PUTRAJAYA: Datuk Seri Najib Razak berkata pilihan raya kerajaan tempatan tidak perlu diadakan semula kerana ia tidak semestinya menjadikan perkhidmatan kepada rakyat bertambah baik. Sebaliknya, Perdana Menteri berkata, proses pilihan raya berkenaan akan menyebabkan politiking, walhal pihak berkuasa tempatan (PBT) sepatutnya menumpukan kepada kaedah memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyaT.


Beliau berkata, pilihan raya kerajaan tempatan sudah lama dimansuhkan dan kerajaan hanya mahu menumpukan kepada memberi perkhidmatan terbaik untuk rakyat. "Yang kita hendak beri tumpuan ialah penambahbaikan khidmat kita kepada rakyat," katanya selepas Majlis Perdana Perkhidmatan Awam ke-11 (Mappa XI), di sini semalam. Cadangan mengadakan semula pilihan raya tempatan adalah antara janji pembangkang kepada rakyat ketika pilihan raya umum lalu.


Ia bagi mengalihkan isu-isu dalam Pakatan Rakyat. Mereka cuba mengalihkan isu yang timbul di kalangan ahli-ahli Pakatan rakyat, yang dibangkitkan oleh orangramai. Ini adalah cara parti pembangkang untuk menampakkan mereka membuat kerja, tetapi sebaliknya tidak mampu dan gagal menunaikan janji dalam pilihanraya.

KEMELUT DALAM PKR ISYARAT JELAS KEPADA RAKYAT



KUALA LUMPUR 9 Mac - Kemelut dalaman Parti Keadilan Rakyat (PKR) adalah isyarat jelas kepada rakyat bahawa parti itu terlalu banyak kelemahan hingga menyebabkan pemimpin utamanya keluar seorang demi seorang.


Sehubungan itu, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin meminta rakyat menilai tahap sebenar kepimpinan PKR serta parti pembangkang lain kerana apa yang pasti mereka sememangnya lemah dan tidak mampu membawa kemajuan kepada negara.


Beliau berkata, kenyataannya itu berdasarkan pendedahan berterusan bekas pemimpin-pemimpin PKR mengenai segala kepincangan tanpa didalangi oleh mana-mana pihak.
"Bekas pemimpin-pemimpin PKR sendiri yang telah membuat pengakuan dalam beberapa siri wawancara yang mana jelas terbukti tindakan mereka meninggalkan parti itu adalah disebabkan kepincangan dan kelemahan yang wujud dalam PKR.


"Saya percaya mereka terlalu kecewa dengan PKR kerana mereka melihat sendiri apa yang disebut-sebut oleh PKR (janji-janji kepada rakyat) tidak dilaksanakan. Selain itu mereka juga kecewa dengan kepimpinan parti," katanya.
Beliau bercakap kepada pemberita selepas merasmikan Sidang Ke-49 Majlis Bahasa Brunei-Indonesia-Malaysia (Mabbim) di Menara Dewan Bahasa Dan Pustaka (DBP) di sini hari.

Oleh itu setiap orang seharus menilai parti pembangkang. Adakah parti pembangkang satu parti yang rapuh yang gagal mengawal 4 orang Ahli Parlimen PKR meninggalkan parti tersebut. Apakah janji dan mampukah menunaikan janji dalam pilihanraya umum yang lalu 2008 yang lalu. Jika tidak seharusnya menilai apakah yang dilakukan oleh Kerajaan BN yang mampu dan melaksanakan program membela rakyat di dalam negara ini.

Tuesday, March 9, 2010

HARUSSANI JAWAB NIK AZIZ



PUTRAJAYA 8 Mac - Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berkata, tujuan beliau mengungkap kembali usahanya membantu menubuhkan kerajaan perpaduan di Perak adalah supaya tidak ada nada songsang dari mana-mana pihak yang menyatakan mufti tidak berperanan dalam menyatukan masyarakat Melayu Islam.


Kata beliau, tindakannya itu disebabkan ada pihak-pihak yang memohon nasihat dan pandangannya bagaimana perlu dilakukan bagi mengembalikan semula kekuatan Melayu Islam.
Menurutnya, kenyataan beliau berhubung penolakan mentah-mentah cadangan penubuhan kerajaan perpaduan Pas-UMNO di Perak baru-baru ini adalah berdasarkan pengamatannya terhadap Pas Perak yang tidak mahu memberi ruang untuk berbincang selepas mereka menang dalam pilihan raya umum lalu.


Maka, beliau berpandangan tidak ada jalan pintas melainkan berusaha bersama-sama mencantumkan semula dua parti yang majoritinya Melayu itu untuk bersatu.
"Mereka (Pas Perak) tidak menunjukkan minat untuk mengadakan perbincangan dengan dakwaan yang pelbagai.
"Saya adalah mufti yang dilantik oleh DYMM Tuanku Sultan Perak yang antara lain tugasan utama saya adalah membantu dan menasihat DYMM Sultan dalam perkara yang berkaitan hukum syarak.
"Oleh yang demikian, segala urusan yang menjadi kepentingan orang Islam dan Islam itu sendiri, maka saya bertanggungjawab memberi pandangan apatah lagi ia membabitkan perpaduan dan hubungan antara dua parti terbesar orang-orang Melayu Islam," kata beliau dalam satu kenyataan kepada Utusan Malaysia hari ini.


Kenyataan itu dikeluarkan sebagai menjawab tindakan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat semalam menggelarkan beliau sebagai ejen UMNO apabila ulama itu didakwa campur tangan dalam usaha membentuk kerajaan campuran di Perak.
Reaksi Menteri Besar Kelantan itu adalah susulan daripada pendedahan terbuka Harussani dalam Program Dialog Za'ba - Perpaduan Melayu, Cabaran dan Realiti di Universiti Kebangsaan Malaysia, baru-baru ini.


Ia satu pandangan yang baik demi kepentingan umat islam dalam negara ini.

PEMBANGKANG GAGAL TARIK PELABUR KE NEGARI SELANGOR



UTUSAN: Apakah pandangan Datuk Seri setelah genap dua tahun pentadbiran kerajaan campuran PKR, DAP dan Pas mentadbir di Selangor?
MOHAMAD KHIR: Setelah dua tahun pentadbiran pakatan pembangkang di Selangor ini apa yang kita nampak, prestasi ekonomi negeri tidak begitu memberangsangkan terutamanya dari segi perolehan pelaburan langsung asing (FDI) yang mencatatkan penurunan kepada RM6.7 bilion pada 2009.


Berbeza dengan jumlah FDI pada 2008 yang mencatatkan angka sebanyak RM11.8 bilion dan jumlah tersebut merupakan hasil strategi ekonomi kerajaan negeri di bawah Barisan Nasional (BN) yang berjaya menarik pelaburan sepanjang 2006-2007, iaitu sebelum pilihan raya umum. Penurunan FDI di Selangor ini disumbang atas kegagalan kerajaan negeri pakatan pembangkang melaksanakan rancangan untuk menarik pelabur ke Selangor.


Malah, kerajaan negeri juga turut bermasalah dari segi imbangan perbelanjaan dan pendapatan. Pendapatan kerajaan negeri sebanyak RM1.4 bilion tidak setara dengan perbelanjaan negeri sebanyak RM2 bilion yang menyebabkan bajet kerajaan negeri mengalami defisit.


Negeri yang di perintah oleh pembangkang gagal mentadbir dengan baik. Mereka pandai menyerang kerajaan BN yang dibuat semua tidak betul tetapi mereka gagal membawa pelabur ke Negeri Selangor bagi mendapatkan sumber ekonomi kerajaan.

BANTUAN IBU TUNGGAL HANYA TINGGAL JANJI

SHAH ALAM 8 Mac - "Tidak ada.. tidak ada langsung."
Itulah ungkapan yang dikeluarkan kebanyakan ibu tunggal di negeri ini apabila ditanya sama ada kerajaan negeri menyalurkan bantuan kebajikan kepada golongan itu seperti yang pernah dijanjikan pakatan pembangkang pada pilihan raya umum lalu.


Rata-rata mereka menyifatkan janji kerajaan negeri yang diterajui oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP dan Pas untuk meningkatkan taraf hidup dan ekonomi mereka itu hanyalah 'janji kosong' semata-mata.
Menurut Pengerusi Persatuan Ibu Tunggal Selangor (Anggerik Murni), Nortini Kasman, kerajaan negeri hari ini dilihat banyak mengabaikan soal kebajikan ibu tunggal dalam program pembangunan yang dilaksanakan ketika ini.


Malah, katanya, janji dalam manifesto pilihan raya pakatan pembangkang untuk memberikan elaun khas kepada ibu tunggal juga hanyalah satu harapan kosong.
"Kami (golongan ibu tunggal) ini bukannya suka nak meminta-minta. Akan tetapi kalau kerajaan negeri telah berjanji untuk beri bantuan, sepatutnya mereka tunaikan.
"Akan tetapi sehingga hari ini tiada sebarang bantuan atau elaun diberikan oleh kerajaan negeri untuk membantu mengurangkan bebanan kami.


"Malah, kerajaan negeri juga sejak mula mentadbir Selangor tidak pernah menjenguk golongan ibu tunggal di Selangor ini apatah lagi tawarkan bantuan atau kerjasama kepada kami," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai status pemberian elaun khas kepada ibu tunggal yang dijanjikan oleh kerajaan negeri pakatan pembangkang melalui manifesto pilihan raya umum lalu.
Katanya, sebagai sebuah kerajaan negeri, adalah tanggungjawab PKR, DAP dan Pas untuk membantu rakyat seperti mana yang telah dijanjikan sebelum ini.
"Kerajaan negeri buat janji, laksanakanlah, tak kan nak tunggu rakyat mohon, desak baru nak buat. Kalau tak mampu, jangan buat janji," katanya yang kini menjalankan aktiviti jahitan bagi menyara keluarganya.

"Sekarang dah masuk dua tahun, tidak ada apa-apa pun kita dengar mengenai bayaran elaun kepada ibu tunggal. Jangan kata kerajaan negeri nak jumpa golongan seperti kita ini, bertanya khabar pun tak ada langsung," ujarnya.

Kalau berjanji memang mudah tetapi mahu melaksanakan bukan mudah. Dalam pilihanraya mahu menarik sempati orangramai mengundi mereka amat mudah membuat bermacam janjji tapi tidak mampu melaksanakan. Rakyat seharusnya berfikir dan jangan terpengarah dengan janji manis tersebut. Kerajaan Pusat yang mampu malaksanakannya.

Monday, March 8, 2010

SAYA MALU BERSAMA PKR



KUALA LUMPUR: "Saya berasa malu kepada Allah dan umat Islam untuk terus bersama Parti Keadilan Rakyat (PKR). PKR akan hancur kerana segala keputusan dibuat untuk kepentingan sendiri dan ramai lagi akan keluar selepas ini kerana kecewa dengan keadaan PKR sekarang."


Itu antara luahan Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin selepas mengetahui keputusan Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR memecat beliau serta-merta, petang semalam. Beliau diberi masa 14 hari untuk membuat rayuan berhubung keputusan yang dikenakan terhadapnya dan jika gagal berbuat demikian PKR mendesaknya supaya mengosongkan kerusi Parlimen yang dimenanginya atas tiket PKR.
Zulkifli kecewa kerana Anwar terlalu taksub untuk mengejar cita-citanya ke Putrajaya (menjadi Perdana Menteri).
Zulkifli yang bertegas untuk tidak membuat rayuan atau mengosongkan kerusinya turut mendakwa PKR tidak mempunyai sebarang agenda untuk perjuangan Islam tetapi menjadikan agenda Islam untuk mainan politik picisan dan retorik murahan serta pembohongan jelas pada rakyat.


Malah, katanya, PKR turut membuat laungan palsu berhubung perjuangan untuk memartabatkan nilai kemanusiaan, mengembalikan hak asasi manusia, mendaulatkan nilai dan prinsip keadilan sejagat.


Seorang pejuang dalam PKR sanggup mendedahkan kepincangan dalam PKR. Ia sanggup tinggal PKR kerana tidak sanggup bersekongkol dengan mereka tidak memperjuangan islam yang sebenar, sebab itulah Zulkifli Nordin menyatakan yang benar tetapi kenyataan beliau tidak disukai oleh pemimpin PKR peringkat tertinggi.

PAKATAN TIDAK KESEPAKATAN

KUALA LUMPUR 7 Mac – Gabungan parti pembangkang di Selangor, Pulau Pinang dan Kedah dilihat tiada kesepakatan sehingga menyebabkan berlakunya kepincangan yang meruncing dalam pentadbiran di ketiga-tiga negeri.

Penganalisis politik Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof. Madya Datuk Dr. Ahmad Faiz Hamid berkata, punca tiada kesepakatan di kalangan pakatan pembangkang di ketiga-tiga negeri itu terutamanya di Selangor dan Pulau Pinang adalah disebabkan tiadanya pengalaman memerintah.
“Jika tidak, ia akan berlaku seperti apa yang terjadi di negeri-negeri yang kini diterajui pakatan pembangkang seperti di Selangor, Pulau Pinang dan Kedah.
“Mereka beranggapan apabila menang pilihan raya, ia merupakan kejayaan besar bagi mereka. Tapi ternyata mereka salah kerana gagal untuk mentadbir akibat ketiadaan pengalaman dan kesepakatan antara gabungan mereka,” katanya.
Mengulas lanjut, Dr. Ahmad Faiz berkata, apa yang penting bagi mereka adalah ‘mendapatkan kuasa’ dan kedudukan sehingga mengabaikan pentadbiran negeri dan kebajikan rakyat.


Pengerusi Program Sains Politik Universiti Sains Malaysia (USM), Dr. Azeem Fazwan Ahmad Farouk pula berkata, di Pulau Pinang pentadbiran kerajaan negeri yang diketuai oleh Lim Guan Eng nyata tidak matang dan berjuang hanya untuk mencapai kepentingan parti itu semata-mata.
Menurutnya, matlamat DAP hanyalah untuk merampas kuasa dan kedudukan daripada parti Gerakan dan BN.
“Kini, matlamat itu yang juga merupakan matlamat utama Penasihat DAP, Lim Kit Siang - ayah kepada Guan Eng tercapai. Soal pentadbiran, pembangunan dan kebajikan tidak akan diberi keutamaan kerana apa yang penting Pulau Pinang di bawah takluk mereka,” katanya.



Pihak pembangkang menganggap mentadbir sebuah kerajaan itu mudah tetapi sebaliknya sukar mahu dilaksanakan jika tidak ada pengalaman. Itulah apa yang berlaku di negeri yang dikuasai oleh pembangkang. Rakyat seharus sedar tidak ada yang boleh dilakukan untuk membela rakyat dalam negara ini, mereka cuma pandai berceramah dan menyatakan itu, tidak betul, ini tidak betul itu sahaja yang mereka pandai.Mereka gagal membantu rakyat memerlukan bantuan dalam negara ini.

Friday, March 5, 2010

UGUTAN SOLAT HAJAT JIKA TIDAK MELETAKKAN JAWATAN AP



BAGAN SERAI - Ahli Parlimen Bagan Serai, Mohsin Fadzli Samsuri diberi tempoh tujuh hari mengosongkan kerusinya atau solat hajat dilakukan supaya tindakannya keluar parti mendapat balasan daripada Allah SWT. Ahli Majlis Syura Ulama Pas, Ahmad Awang berkata, pihaknya akan menganjurkan solat hajat selama tujuh hari tujuh malam supaya Mohsin diberikan hukuman setimpal kerana mengkhianati perjuangan parti.


“Kita beri tempoh tujuh hari supaya beliau letak jawatan. Jika tidak kita akan anjurkan solat hajat tujuh hari tujuh malam supaya Allah menghukumnya kerana khianat pada perjuangan. “Bentuk hukuman tersebut biarlah Allah sahaja yang menentukannya,” katanya ketika mengulas perhimpunan pemimpin dan penyokong Pakatan Rakyat (PR) di hadapan pejabat Mohsin Fadzli Samsuri di Bagan Serai, semalam. Pada perhimpunan itu, hampir 500 penyokong PR Bagan Serai berkumpul di hadapan Pusat Khidmat Ahli Parlimen Bagan Serai dan mendesak meletak jawatan sebagai Ahli Parlimen kawasan itu kerana mengkhianati kepercayaan rakyat.


Itukah cara islam yang memboleh solat hajat menghancurkan seorang. Islam cuma mengalakkan kita mendoakan kebaikan seorang atau dibukakan hati atau petunjuk atau kembali ke pangkal jalan. Jika solat hajat mahu membinasakan seorang ia tidak dianggap menyalahgunaankan Islam demi kepentingan peribadi atau parti.

SUBSIDI MINYAK PETROL TIDAK BERUBAH



PUTRAJAYA 4 Mac - Kerajaan hari ini membatalkan cadangan pelaksanaan penstrukturan semula subsidi petroleum setelah menerima maklum balas negatif daripada rakyat.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, sebagai jalan penyelesaiannya kerajaan mewujudkan Makmal Merasionalisasikan Subsidi bagi mengkaji mekanisme terbaik pelaksanaan penyaluran subsidi merangkumi bahan petroleum, makanan serta infrastruktur lain.


Dalam aspek ini, kata beliau, pihaknya akan segera mengemukakan kertas cadangan kepada Kabinet berhubung kaedah sesuai dalam mengekang pembelian petroleum bersubsidi negara yang turut dinikmati rakyat asing.
Ketika ini, larangan penjualan petrol dan diesel melebihi 20 liter dikuatkuasakan ke atas kenderaan asing dalam lingkungan 50 kilometer dari sempadan negara tetapi tidak di lain-lain tempat termasuk ibu negara.

"Ini menunjukkan kerajaan sentiasa terbuka dalam menerima pandangan rakyat seperti ditegaskan oleh Perdana Menteri bahawa kerajaan hari ini adalah kerajaan rakyat," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar mengumumkan keputusan pembatalan itu di pejabatnya di sini.


Langkah yang diambil oleh kerajaan merupakan langkah yang baik. Rakyat terutama berpendapatan rendah tidak akan mampu sekirannya sabsidi minyak tidak ada atau akan dikaji balik. Golongan kaya dan berkemampuan akan mampu melakukan apa-apa keperluan tanpa batasan. Golongan berpendapatan rendah dan pertengahan akan mengalami keperitan hidup sekirannya sabsidi minyak akan di tarik. Oleh itu setiap rakyat Malaysia seharusnya bersyukur atas perihatin kerajaan BN membela nasib rakyat Malaysia perkara ini tidak semua negara mampu melaksanakannya.

Thursday, March 4, 2010

GURU BERKHIDMAT DI LUAR BANDAR DIBERI KEISTIMEWAAN


KUALA LUMPUR: Pengalaman berkhidmat di sekolah luar bandar dan pedalaman akan diambil kira dalam pertimbangan untuk kenaikan pangkat dan pemberian insentif lain, termasuk tawaran biasiswa untuk melanjutkan pengajian pada peringkat lebih tinggi.


Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom, berkata ganjaran itu antara bentuk dorongan baru yang sedang dikaji untuk menggalakkan guru berkhidmat di kawasan berkenaan, selain sebagai penghargaan dan pengiktirafan terhadap pengorbanan mereka. Mereka yang terbabit akan mendapat kenaikan pangkat dan ganjaran lain secara automatik, sebaliknya ia memberi mereka kelebihan dalam pertimbangan yang turut bergantung kepada faktor penting lain, seperti kekosongan jawatan, kekananan dan prestasi perkhidmatan.

"Satu kertas kerja yang mencakupi segala aspek menyeluruh mengenai perkhidmatan guru di luar bandar dan pedalaman, termasuk dari segi pemilihan, penempatan, bentuk galakan serta ganjaran sedang pada peringkat akhir penyediaan oleh jawatankuasa yang saya pengerusikan, katanya ketika dihubungi Berita Harian, semalam.


Beliau mengulas kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, kelmarin, berhubung cadangan mewajibkan guru bertugas di pedalaman serta luar bandar antara tiga hingga lima tahun dalam tempoh perkhidmatan sebagai salah satu langkah mengatasi kekurangan tenaga pengajar.


Ia satu langkah yang baik bagi mengalakkan guru-guru diberikan peluang kenaikan pengkat kerana sumbangannya mengajar di kawasan pendalaman. Jika sebelum ini tidak diberikan apa-apa peluang tetapi kerajaan amat perihatin memberikan keistemewaan kepada jasa dan sumbangan guru yang mendidik murid-murid sehingga ke menara gading. Curahkan bakti dan khidmat guru demi mendidik anak bangsa.

TEMBELANG ANWAR IBRAHIM KIAN DIKETAHUI AKIBAT DIDEDAHKAN AHLI PKR SENDIRI



PUTRAJAYA 3 Mac - Tembelang masalah yang melanda Parti Keadilan Rakyat (PKR) kian diketahui oleh rakyat setelah ramai wakil rakyatnya keluar parti termasuk yang terbaru Ahli Parlimen Bagan Serai, Mohsin Fadzli Samsuri.
Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Syed Ali AlHabshee berkata, UMNO sudah lama mengetahui masalah dalaman PKR dan pakatan pembangkang terutama membabitkan pemimpin mereka, Datuk Seri Anwar Ibrahim.


''Pakatan pembangkang hanya retak menanti belah dan hari ini kita dapat lihat perkara itu.
''Saya pun terkejut, tidak ada angin tidak ada ribut tiba-tiba Ahli Parlimen Bagan Serai keluar parti," katanya.


Beliau berkata kepada pemberita selepas majlis pelancaran skim Biasiswa Utusan-Yayasan Pendidikan Cheras yang disempurnakan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di sini hari ini.

Mohsin juga meletak semua jawatan dalam parti dan menjadi ahli Parlimen Bebas.
Syed Ali yang mengalu-alukan tindakan Mohsin itu berkata, pihaknya difahamkan ramai lagi wakil rakyat PKR akan bertindak meninggalkan parti tersebut.
''Baguslah mereka sudah sedar kerana waktu masih belum terlambat, jangan tunggu sampai pilihan raya umum akan datang," katanya.


Itulah kerana agenda politik untuk individu yang penting krone-kerone beliau. Ia tidak boleh bertahan lama kerana Datuk Seri Anwar Ibrahim bercita-cita menjadi Perdana Menteri. Ahli Parlimen telah 3 orang meninggal PKR dan menjadi calon Bebas.

MCA PERLU KUKUHKAN SOKONGAN ORANG CINA KEPADA BN

KUALA LUMPUR- MCA beransur-ansur kembali mendapat sokongan bukan saja daripada kalangan kaum Cina tetapi semua rakyat di negara ini sejak parti itu mengalami pengalaman pahit pada pilihan raya umum dua tahun lepas, kata presidennya, Datuk Seri Ong Tee Keat."Tak betullah jika saya katakan bahawa pemulihan MCA sejak 8 Mac (2008) begitu menakjubkan tetapi saya yakin kita berada di landasan yang betul. Masih banyak perlu diusahakan," katanya kepada Bernama hari ini.

Ong berkata, MCA telah menggerakkan beberapa inisiatif bagi mengembalikan sokongan rakyat kepada parti itu termasuk menubuhkan Yayasan Perikatan Masyarakat 1Malaysia (1MCA) serta memberi tumpuan ke arah meningkatkan taraf kehidupan dan menjaga kepentingan masyarakat kurang berada termasuk golongan miskin di bandar.

Katanya, yayasan itu akan memberi perhatian kepada bidang-bidang penting seperti pendidikan dan pembangunan kemahiran, perlindungan masyarakat, isu dan rintihan peniaga-peniaga kecil, kesihatan dan perumahan."Contohnya, Pusat Perkhidmatan Bergerak 1MCA yang akan dilancarkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, akan memastikan kita benar-benar mendekati rakyat yang memerlukan bantuan dan bukannya meminta mereka datang kepada kita," kata Ong.-Bernama

Ia satu langkah yang baik bagi mengembalikan sokongan orang Cina kepada BN. Keadaan negara yang setabil dan kukuh amat diperlukan bagi menjamin pengukuhan ekonomi negara pada masa hadapan. Jika negara tidak setabil negara akan lemah dan pemimpin akan gagal mentadbirkan negara dengan baik.

Monday, March 1, 2010

MOHD FAIRUS BEKAS TIMBALAN KETUA MENTERI 1 PULAU PINANG MASUK UMNO



KUALA LUMPUR - Bekas Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang, Mohd Fairus Khairuddin mengumumkan keluar Parti Keadilan Rakyat (PKR), semalam untuk memasuki UMNO. Keputusannya menyertai UMNO diumumkan selepas menghadiri Perjumpaan Kepimpinan Tertinggi Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia Bersama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak. Fairus, berpakaian ahli Pertubuhan Silat Seni Gayong, menyambut ketibaan Najib, yang juga Presiden UMNO, di lobi hotel berlangsungnya majlis itu.

Fairus, 33, meletak jawatan sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Penanti 16 April lalu. Fairus melepas jawatan ADUN bagi menumpu kepada usahanya melanjutkan pelajaran ke pascasiswazah dan memberi masa kepadanya bersama keluarga.: Beliau juga bekas Pengerusi Pembangunan Keusahawanan dan Koperasi, Penerangan dan Perhubungan Masyarakat Pulau Pinang.


Fairus dalam ucapannya pada majlis itu berkata, beliau membuat keputusan selepas mengambil kira perkembangan sepanjang tiga bulan lalu, khususnya selepas isu kalimah ’Allah’. Beliau mendakwa pendirian PKR, komponen Pakatan Rakyat, amat mendukacitakan kerana bertentangan dengan perjuangan parti. “Saya akhirnya mendapat petunjuk yang sangat jelas dan saya dengan ini atas prinsip mempertahankan agama dan kepentingan rakyat, hari ini saya membuat pengisytiharan keluar PKR dan menyertai UMNO,” katanya.


Ia satu kesedaran yang amat baik dan kembali ke pangkal jalan iaitu memasuki UMNO.
Semoga ia akan membuka lambaran baru dan berjuang bersama demi kekuatan UMNO.