Tuesday, April 27, 2010

ADUN PAS PERTIKAIKAN KUASA SULTAN

ALOR SETAR 26 April – Tindakan seorang wakil rakyat Pas mengemukakan dua soalan kontroversi pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah hari ini dilihat sebagai seolah-olah cuba mempertikai kuasa Sultan selaku Ketua Agama Islam di negeri ini.

Perbuatan itu dapat dilihat apabila Mohd. Nasir Mustafa (Pas-Kubang Rotan) mengemukakan dua soalan bertulis kepada Dewan iaitu:
Sejauh manakah bidang kuasa Sultan sebagai Ketua Agama Islam di negeri ini dihormati oleh Kerajaan Pusat?
Setakat manakah tahap tidak boleh campur tangan Kerajaan Negeri Kedah dalam pentadbiran hal ehwal agama Islam?
Menyedari perkara itu, Speaker DUN Kedah, Datuk Dr. Abdul Isa Ismail kemudiannya bertindak menarik balik soalan tersebut dan mengakui beliau mungkin terlepas pandang selepas menerima bantahan pembangkang.


Bagaimanapun, sebelum soalan itu ditarik balik, sidang DUN menjadi kecoh selama 20 minit akibat pertikaman lidah antara penyokong kerajaan dan pembangkang.
Ia bermula apabila soalan tersebut disanggah Ketua Pembangkang, Datuk Seri Mahdzir Khalid yang mencadangkan kepada Abdul Isa supaya membatalkan soalan tersebut.
Ini kerana, menurut Mahdzir, tidak pernah berlaku dalam sejarah sidang DUN Kedah yang membahaskan tentang sejauh mana kuasa Sultan sebagai ketua agama Islam di negeri ini dan soalan tersebut seolah-olah mempertikaikan kuasa Sultan sebagai Ketua Agama Islam.


Kita mesti faham perlembagaan negara ini sebelum membuat sesuatu, takkan kuasa raja hendak dipertikaikan dimana dilihat kuasa raja dipertikaikan sendiri oleh orang melayu, sepatutnya kaum lain mempertikaikan tetapi orang melayu pertikaikan kuasa Sultan yang menjadi kekuatan orang melayu dan agama islam dalam negara ini.

DATUK SERI NAJIB MEMBAWA IMEJ BARU DAN DITERIMA RAKYAT



KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Tun Razak telah dapat memperbaharui imej kepimpinan Barisan Nasional (BN) dan ia berpeluang memperoleh kejayaan lebih baik pada pilihan raya umum akan datang, kata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad. Beliau memuji peranan Najib dalam kemenangan calon BN P Kamalanathan dalam pilihan raya kecil kerusi Parlimen Hulu Selangor kelmarin.


“Saya fikir Datuk Seri Najib telah dapat tukar imej kepimpinan BN daripada yang terdahulu,” katanya kepada pemberita selepas memberi ucap tama pada satu forum anjuran Dewan Perniagaan dan Perindustrian Kebangsaan Malaysia (NCCIM).


Bagaimanapun, Dr Mahathir berkata, BN harus melakukan post mortem tentang kehilangan sokongan pengundi Cina manakala sokongan pengundi Melayu dan India telah meningkat. “PRU (Pilihan Raya Umum) ke-13, ada kemungkinan kita menang, lebih dari kali ini. PRU 12 kalah bukan kerana BN, tapi orang tertentu yang rakyat tak suka,” katanya. - Bernama


Ia menampakkan gambaran kepimpinan Datuk Seri Najib mula diterima oleh rakyat. Ia telah banyak melakukan perubahan selepas mengambil alih kepimpinan negara. Oleh itu terus usaha memertabatkan malaysia di mata dunia.

SOKONGAN KAUM CINA KEPADA BN PERLU DICARI PUNCANYA



KUALA LUMPUR 26 April - Barisan Nasional (BN) perlu membuat satu 'bedah siasat' bagi mengenal pasti punca kenapa pengundi Cina enggan memberi sokongan pada parti tersebut semasa Pilihan Raya Kecil Parlimen Hulu Selangor, semalam.
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, ini kerana parti itu telah melakukan banyak perkara bagi membela nasib penduduk di Hulu Selangor termasuk kaum Cina sendiri.
Malah tegas beliau, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah melakukan yang terbaik bagi mendapatkan sokongan penduduk di kawasan tersebut.


''BN menang tetapi majoritinya tidaklah seperti yang sepatutnya. Ini agak jelas dan kita nampak sokongan yang kurang daripada pengundi Cina.
''Bagaimanapun sokongan kaum Melayu dan India meningkat dan membolehkan BN mencapai kemenangan.
''Kita kena buat bedah siasat dan analisis supaya kita tahu apa masalahnya yang menyebabkan kita menang tetapi dengan majoriti yang tak seperti dijangkakan," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas berucap pada perbincangan "China Yang Kukuh - Implikasi dan Cabaran" anjuran Dewan Perdagangan dan Perindustrian Kebangsaan Malaysia (NCCIM) di sini hari ini.


Dalam pada itu, Dr. Mahathir berkata, biarpun ada yang berpendapat bahawa politik berasaskan kaum akan berkurangan selepas pilihan raya umum lalu namun jelas bahawa ia semakin kuat berbanding sebelum ini.
Bagaimanapun, beliau percaya, harapan untuk melihat BN menang besar pada Pilihan Raya Umum ke-13 nanti tetap ada.
''Ini kerana keputusan Pilihan Raya Umum 2008 bukan kerana parti BN tetapi kerana orang tertentu yang rakyat tidak suka,'' katanya lagi.


Oleh itu kepimpinan MCA perlu mendakati semua golongan dan turun padang bertemu masyarakat Cina yang masih gagal memberikan sokongan kepada BN. Mereka boleh berubah jika sekiranya nasib dan masalah mereka dapat diselesaikan atau kepimpinan MCA perlu dapat berubah serta mendekati rakyat tanpa pilih kasih.

Monday, April 26, 2010

BN MENANG TAPI HILANG SOKONGAN MASYARAKAT CINA

2010/04/26HULU SELANGOR: Menyifatkan kemenangan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil kawasan Parlimen Hulu Selangor hari ini sebagai kemenangan yang baik, para pemimpin BN berkata parti masing-masing telah dapat menawan hati dan fikiran rakyat di kawasan berkenaan.

Namun Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata walaupun menang dengan majoriti 1,725, tetapi pengundi Cina didapati tidak menyokong BN, bukan sahaja dalam pilihan raya kecil itu tetapi juga semasa pilihan raya umum 2008.
"Kita perlu melihat di mana silap kita. Saya akan berjumpa dengan parti-parti komponen untuk membincangkan perkara ini, tetapi kita gembira kerana pengundi India kembali menyokong BN. Begitu juga dengan pengundi Melayu.


"Kita hilang kerusi pada pilihan raya 2008 dengan majoriti kecil 198 undi tetapi kini mengekalkan kembali kerusi dengan majoriti yang lebih besar. Ini menunjukkan rakyat menyambut baik konsep yang diutarakan pucuk pimpinan seperti gagasan 1Malaysia dan Model Ekonomi Baru," katanya selepas pengumuman keputusan pilihan raya kecil Hulu Selangor diumumkan di Dewan Serbaguna Kuala Kubu Baharu di sini.

Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek pula berkata MCA memerlukan anjakan paradigma bagi mendekati masyarakat Cina yang dilihat tidak begitu memberi perhatian kepada soal kehendak dan keperluan asas. "Anjakan paradigma ini mesti datang dari pemimpin MCA. Selain itu Hulu Selangor mempunyai masalah dalamannya sendiri. Bagi saya dan pemimpin parti yang lain, banyak perkara yang perlu dilakukan. "Ia satu lagi isyarat, jika mereka tidak meletak ke tepi perbezaan antara mereka, maka MCA akan menjadi bakul sampah politik atau dinosur politik. "Kami perlu melihat kembali diri kami, sama ada selepas 50 tahun menumpukan perhatian kepada masyarakat peringkat setempat, kami perlu melihat lebih lagi. Anda boleh pasti bahawa kami akan menjadi lebih vokal selepas ini," katanya.

Presiden Gerakan, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon berkata walaupun BN menang, tetapi terdapat pelbagai isu yang perlu ditangani dan diselesaikan. "Sokongan di kalangan masyarakat Cina tidak bertambah. Apabila kita mula berkempen di sini, tahap sokongan hanya sekitar 12 hingga 15 peratus. Selepas Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) turun menemui rakyat, ia meningkat kira-kira 25 peratus.

Ahli Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata kemenangan itu menunjukkan rakyat yakin dengan dasar yang di bawa Perdana Menteri berbanding keyakinan mereka terhadap pembangkang. "Rakyat telah pilih parti yang lebih jamin masa depan, itu tanda pemulihan rakyat dan keyakinan rakyat pada BN. Saya harap ini akan menjadi titik tolak untuk BN untuk pilihan raya kecil yang lain pada masa depan," katanya. - Bernama

Oleh itu kepimpinan MCA perlu mencari apakah punca hilang sokongan penggundi terutama masyarakat Cina terhadap BN. Sedang dalam bidang ekonomi mereka lebih berjaya dan mengaut keuntungan dalam negara ini kerana kerja kuat mereka. Oleh itu sepatutnya sokongan padu kepada kerajaan perlu diberikan untuk mengekalkan kesetabilan politik dalam negara ini.

Thursday, April 22, 2010

MEE SEGERA MEMBAWA KESAN PENYAKIT - CAP

GEORGETOWN - Senang didapati, mudah disediakan pada bila-bila masa dan harga murah antara faktor mi segera menjadi pilihan khususnya pelajar apabila lapar di waktu malam ketika mengulang kaji pelajaran. Bagaimanapun, masih ramai yang tidak menyedari makanan segera ini boleh memudaratkan kesihatan dan kajian mendapati ia boleh menyebabkan penggemarnya mendapat pelbagai penyakit kronik seperti serangan jantung, strok, kerosakan buah pinggang dan kanser.

Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), S M Mohamed Idris berkata, kajian CAP ke atas 10 sampel mi segera mendapati tiga daripadanya mengandungi natrium melebihi 1,000 miligram sedangkan saranan untuk orang dewasa dan kanak-kanak berusia empat tahun adalah 2,400 miligram sehari. “Pengambilan mi segera boleh menyebabkan pengambilan garam yang berlebihan kerana natrium sering ditambah dalam makanan harian kita dan mi segera adalah makanan yang menjalani pelbagai peringkat pemprosesan tanpa sebarang khasiat makanan.

“Mi segera adalah makanan remeh yang mengandungi karbohidrat, natrium dan pelbagai penambah perisa selain rendah khasiat seperti serat, vitamin dan galian. Perisa sup juga mengandungi ‘Monosodium Glutamate’ (MSG) yang berperanan menjadikan perisanya benar-benar tulen,” katanya pada sidang media semalam.

Oleh itu setiap kita perlu berhati-hati dalam mengambil makanan seharian kita. Adakah kita tahu bahawa mee segera yang kita selalu makan akan memberikan kesan mudarat kepada tubuh badan kita jika sekiranya kita tidak mengetahuinya akan bahayanya kepada kesihatan jika kita tidak awasi dan tidak menjaga makanan seharian. Oleh itu sayangilah diri kita dan keluarga kita.

PENGGUNDI WANITA KESAL CARA PKR MENTADBIR SELANGOR



HULU SELANGOR 21 April - Pengundi-pengundi wanita di sini kesal kerana kebajikan ibu tunggal, warga emas serta keluarga miskin terabai tanpa sebarang pembelaan sejak pakatan pembangkang memerintah Selangor dua tahun lalu.
Ketua Pergerakan Wanita UMNO, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata, hal sedemikian berlaku kerana kerajaan negeri tidak menunaikan janji-janji yang dibuat semasa Pilihan Raya Umum 2008 dan kini terbukti semuanya adalah palsu bagi mengaburi fikiran rakyat.


Menurutnya, rasa serik kumpulan itu yang mewakili 52 peratus daripada jumlah keseluruhan 64,500 pengundi di Parlimen Hulu Selangor disuarakan ketika jentera Wanita UMNO, 'Jalinan Rakyat' membuat lawatan rumah ke rumah berkempen pilihan raya kecil yang sedang berlangsung sekarang.
"Ekoran tiada bantuan kerajaan negeri, masyarakat hanya bergantung kepada peruntukan wakil-wakil rakyat Barisan Nasional (BN) yang memenangi tiga kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini.
"Maklumat balas yang diterima bahawa pengundi-pengundi wanita tidak mahu lagi memilih Parti Keadilan Rakyat (PKR), mereka juga tidak mahu mensia-siakan peluang untuk memilih calon BN pada pilihan raya kali ini," katanya.


Shahrizat yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menyatakan demikian selepas melawat rumah warga emas, Napsiah Abdul Rahman, 86, di Kampung Pasir Putih, Kalumpang dekat sini hari ini.
Beliau menambah, ekoran itu pengundi-pengundi wanita tidak lagi mahu tertipu dengan helah pembangkang setelah tiada pembangunan yang dibawa sejak dua tahun diberi peluang menguasai Parlimen Hulu Selangor.


Diharapkan penggundi memikirkan dengan sebaik sebelum memilih parti yang layak dipangkah.

Jika tidak janji yang dibuat hanyak tinggal janji sahaja tetapi kerajaan pusat mampu melaksanakan tanggungjawab yang diberikan kerana ia sentiasa membantu rakyat mengikut keutamaan dan kelayakan seorang itu. Oleh itu Jabatan Kebajikan Masyarakat akan menyalurkan kepada yang layak menerima bantuan tersebut.

Wednesday, April 21, 2010

KETELITIAN JEPUN PERLU DIIKUTI KATA PERDANA MENTERI

2010/04/21 Rakyat perlu hapuskan sikap ‘lebih kurang’DATUK Seri Najib Razak mahu masyarakat Malaysia menghapuskan sikap ‘lebih kurang’, sebaliknya mencontohi budaya ketelitian yang menjadi amalan masyarakat Jepun sehingga mereka berjaya seperti sekarang.

Perdana Menteri berkata, jika mahu maju serta berjaya dalam bidang sains dan teknologi, rakyat harus menjadi masyarakat mengutamakan ketelitian dan kesungguhan untuk bersaing sebagai masyarakat yang inovatif.
“Dalam lawatan saya kali ini, saya melalui program yang begitu teliti yang menggambarkan kekuatan nilai masyarakat Jepun.“Malah, ketika saya ditanya sebelum majlis ini, apakah kualiti paling penting dalam masyarakat Jepun, saya berfikir sejenak, sebelum menjawab ketelitian sebagai kualiti utama mereka,” katanya ketika berucap selepas menerima anugerah Ijazah Kehormat Kedoktoran dari Universiti Meiji di sini, semalam.


Anugerah berkenaan disampaikan Presiden universiti itu, Hiromi Naya, pada majlis di Liberty Tower Hall, Universiti Meiji. Turut hadir, isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.Mengenai hubungan Malaysia-Jepun, Najib yang dalam rangka lawatan rasmi empat hari ke Jepun sejak Ahad lalu berkata, kedua-dua negara ibarat dua rakan lama dan perhubungan yang dijalin berasaskan kepentingan bersama. “Seperti Malaysia banyak belajar daripada kekuatan Jepun dalam kemajuan sains dan teknologi, Jepun juga boleh memperoleh manfaat daripada kekayaan kepelbagaian Malaysia, daripada oseanografi ke perhutanan, daripada kelapa sawit ke perubatan tropikal dan daripada kewangan Islam ke perhubungan pelbagai budaya,” katanya.

Budaya kerja dengan teleti perlu di amalkan bagi rakyat dinegara ini seperti saranan oleh Perdana Menteri tersebut. Rakyat perlu melihat kebaikan yang disarankan itu supaya rakyat negara ini maju dan boleh bersain dengan negara lain.

BERBAIK BUKAN BERMANA MELUTUK KEPADA AMERIKA

TOKYO 20 April - Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan, tindakan beliau berbaik-baik dengan pentadbiran Presiden Barrack Obama bukan bermakna Malaysia melutut kepada Amerika Syarikat (AS).
Perdana Menteri menjelaskan, ada pihak telah menyebarkan fitnah mengatakan Malaysia melutut kepada AS semata-mata kerana mereka tidak senang melihat beliau mengadakan mesyuarat dua hala dengan Obama sempena Sidang Kemuncak Keselamatan Nuklear di Washington, AS baru-baru ini.


"Tidak pernah terlintas dan takkan melutut pada sesiapa sebab kita ada pendirian dan prinsip yang tersendiri.
"Ini perbuatan orang tidak beretika apabila memutar-belitkan fakta untuk kelirukan rakyat," ujar beliau semasa berucap pada Majlis Ramah Mesra bersama Pelajar Malaysia di sini malam ini.


Majlis yang dihadiri lebih 300 pelajar Malaysia itu adalah acara penutup lawatan rasmi pertama beliau selaku Perdana Menteri ke Jepun yang bermula pada Ahad lalu.
Beliau dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor berlepas pulang ke tanah air malam ini.
Tanpa mengulas lanjut identiti pihak yang menyebarkan fitnah itu, Najib berkata, perbuatan tersebut mungkin ada kaitan dengan kehangatan kempen Pilihan Raya Kecil Parlimen Hulu Selangor.


Berhubung dan berbaik bukan bermakna kita melutut dengan Amerika Syarikat. Kita perlu bekerjasama dengan baik dan menjalinkan kerjasama yang baik semua negara. Di tambah Amerika sebuah negara yang maju dan perlukan kerjasama untuk menarik pelaburan ke dalam negara ini.

Tuesday, April 20, 2010

PENDUDUK HULU SELANGOR KECEWA DENGAN KERAJAAN NEGERI

KUALA LUMPUR 19 April - Kebanyakan penduduk di Hulu Selangor tidak berpuas hati dengan kerajaan negeri itu yang diperintah pakatan pembangkang berikutan pendapatan mereka masih di paras rendah walaupun ia merupakan kawasan perindustrian.
Naib Presiden MIC, Datuk Dr. S. Subramaniam berkata, walaupun Hulu Selangor mempunyai banyak kilang tetapi pekerja hanya menerima pendapatan kurang daripada RM1,000 sebulan.
Menurutnya, isu itu dibangkitkan oleh penduduk-penduduk kawasan itu kepada pemimpin-pemimpin Barisan Nasional (BN) ketika mengadakan kempen Pilihan Raya Kecil Parlimen Hulu Selangor.


"Kebanyakan penduduk berasa tidak puas hati dengan kerajaan Selangor kerana mereka telah mengutarakan masalah itu sejak beberapa bulan lalu tetapi kerajaan negeri tidak mengambil sebarang usaha bagi menyelesaikan masalah ini.
"Sikap kerajaan negeri itu menimbulkan kemarahan penduduk di kawasan Hulu Selangor," katanya pada sidang akhbar sebelum menyampaikan sijil kepada graduan Akademi Pengurusan Kosmetologi Beaubelle 2010 di sini hari ini.


Menurut Subramaniam, penduduk Hulu Selangor turut membangkitkan beberapa isu lain yang menimbulkan masalah sehingga menjejaskan aktiviti harian mereka.
Beliau memberitahu, antaranya ialah sampah yang tidak dikutip, longkang tidak dibersihkan dan rumput tidak dipotong di kebanyakan kawasan perumahan mengakibatkan suasana yang kurang selesa di kalangan penduduk kawasan itu.
"Perkara-perkara ini sudah pasti menimbulkan kemarahan kerana penduduk membayar cukai pintu dalam masa yang ditetapkan tetapi kerajaan negeri gagal menjalankan tugas mereka," jelasnya. Ia mengambarkan pentadbiran kerajaan gagal menjalankan kehendak rakyat dan rakyat hidup susah akibat kenaikan kos kehidupan pada masa ini
.


Diharapkan rakyat dapat menilai dan memberikan sokongan yang padu kepada kepimpinan
yang konsisten dalam membantu rakyat dan rakyat dapat hidup selesa dan tidak dipinggirkan.
Dasar pentadbiran dan kepimpinan Datuk Seri Najib mampu membantu rakyat dan menunaikan
tanggungjawab membela rakyat.

ANUAR SEMAKIN HILANG SOKONGAN

MELAKA 19 April - Sokongan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) dilihat semakin merosot apabila ramai ahli dan pemimpin parti itu bertindak meninggalkan parti tersebut sejak kebelakangan ini.
Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam (gambar) berkata, mereka bertindak demikian selepas merasakan perjuangan Anwar dalam PKR semata-mata hanya untuk kepentingan individu.


Menurutnya, niat sebenar Anwar itu terbukti selepas memilih Datuk Zaid Ibrahim sebagai calon PKR untuk bertanding pada Pilihan Raya Kecil Parlimen Hulu Selangor.
"Ramai ahli PKR termasuk dari kalangan anak watan Hulu Selangor mahu menjadi calon tetapi mereka ditolak mentah- mentah oleh Anwar.
"Selain kecewa dengan pemilihan Zaid itu, mereka juga tidak nampak bekas Ahli Parlimen Kota Bharu tersebut sebagai pilihan yang baik untuk mewakili pakatan pembangkang di Hulu Selangor," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Kursus Pemantapan Kepimpinan anjuran kerajaan negeri dan Yayasan Pembangunan Insan di sini hari ini.
Semalam Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Bahagian Shah Alam, Nor'isham Manap dan timbalannya, Muhammad Ali Mukhtar dan lima anggota AMK Selangor mengumumkan keluar daripada PKR.
Hari ini pula, Datuk Dr. Halili Rahmat yang merupakan salah seorang pemimpin dan juga bekas doktor peribadi Anwar Ibrahim mengisytiharkan keluar PKR dan menyertai UMNO.
Dr. Halili, 58, yang turut bersama-sama Anwar mengasaskan Parti Keadilan Nasional (Keadilan) pada tahun 1999 mengambil keputusan itu selepas beliau mendapati PKR bukan lagi sebuah parti politik berasaskan perjuangan.
Mohd. Ali turut menafikan dakwaan Anwar kononnya senario yang melanda PKR itu disebabkan oleh tindakan provokasi daripada UMNO.


Sudah jelas kepimpinan Sdr Anwar Ibrahim sudah hilang kepercayaan oleh rakyat kerana sudah ramai ahli PKR keluar parti. Mereka sudah tidak mempercayai PKR yang cuma berjuang untuk kepentingan diri pemimpinnya sahaja. Ia tidak membantu rakyat miskin dan melarat cuma ingin mendapatkan kuasa, janji pilihanraya itu tidak ambil peduli lagi atau tidak dihiraukan lagi.

Monday, April 19, 2010

KETUA PEMUDA PKRDAN TIMBALANNYA KELUAR DARI PKR



SHAH ALAM 18 April - Kecewa dengan tindakan Datuk Seri Anwar Ibrahim memilih Datuk Zaid Ibrahim sebagai calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Hulu Selangor yang disifatkan mempunyai rekod moral memalukan, dua pemimpin Angkatan Muda Keadilan (AMK) hari ini mengumumkan keluar parti serta-merta.
Mereka ialah Ketua AMK Bahagian Shah Alam, Nor'isham Manap dan timbalannya, Muhammad Ali Mukhtar.


Turut menyertai Nor'isham dan Muhammad Ali ialah lima lagi anggota AMK termasuk dua ahli jawatankuasa cawangan masing-masing dari Shah Alam dan Padang Jawa.
Menurut Nor'isham, pemilihan Zaid sebagai calon PKR pada Pilihan Raya Kecil Parlimen Hulu Selangor jelas merupakan pengkhianatan terhadap semangat dan cita-cita perjuangan reformasi yang disertainya bersama rakan-rakan pada tahun 1999.
Katanya, rekod Zaid sebagai pejuang reformasi dan keadilan masih belum diuji malah rekod moral beliau amat memalukan setiap orang Melayu dan Islam yang berpegang pada akidah dan akhlak.
''Kami yakin pemilihan Zaid bukan atas dasar kepentingan perjuangan dan rakyat tetapi untuk menjaga kepentingan Anwar yang memerlukan seorang bekas menteri dan peguam berprofil tinggi untuk menjadi benteng dan pembelanya di Parlimen.
''Justeru Zaid dipilih oleh Anwar hanya untuk menjaga kepentingan dirinya sendiri bukan kepentingan rakyat seperti yang diuar-uarkan.
''Tidak masuk akal seorang yang bukan anak tempatan boleh menjadi wakil rakyat yang berkesan di Hulu Selangor," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Hadir sama bekas Ketua AMK, Ezam Mohd. Noor.
Nor'isham mendakwa, beliau sebenarnya mewakili ramai anak muda dalam AMK yang tidak berpuas hati dan kecewa dengan keputusan dan sikap Anwar.
Namun katanya, masih ramai yang belum berani membuat keputusan untuk keluar parti dan beliau mempunyai bukti.
''Kami menyeru kepada pemimpin dan ahli AMK lain yang majoritinya kecewa dengan pemilihan Zaid untuk menunjukkan keberanian berpegang pada prinsip dan perjuangan sebenar dengan meninggalkan Anwar dan PKR yang telah jauh menyimpang perjuangannya.
''Kami menyeru rakyat khususnya pengundi di Hulu Selangor terutamanya anak-anak muda untuk meninggalkan Anwar yang menyeret rakyat dengan masalah dan cita-cita peribadi beliau dalam setiap tindakan politiknya dan parti PKR," katanya.beliau yakin selepas ini pasti lebih ramai anggota AMK di Selangor akan meletak jawatan. sumber bernama.


Ahli PKR telah kecewa kepada sdr Anwar Ibrahim yang memilih calon PKR demi menjaga kepentingan mereka. Sepatutnya beliau mesti mendengar hasrat ahli-ahli PKR dari sudut akar umbi. Ia isu dalaman dalam PKR itu sendiri.

Friday, April 16, 2010

PERBINCANGAN MALAYSIA DENGAN AMERIKA MEMBUKA PELUANG PELABURAN

Washington -Majlis Perniagaan Amerika Syarikat (USABC) dan Dewan Perniagaan Amerika berbincang cara membawa lebih banyak pelaburan antara Amerika Syarikat dan Malaysia di Washington, semalam.PM saran institusi strategik AS, Malaysia bergabung jalan kajian bersamaDATUK Seri Najib Razak mencadangkan dua institusi kajian strategik terkemuka Amerika Syarikat (AS) dan Malaysia bergabung menjalankan kajian untuk membetulkan persepsi mengenai Islam, khasnya di Asia Tenggara.

Perdana Menteri berkata, Pusat Kajian Strategik dan Antarabangsa (CSIS) AS dan Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa (ISIS) Malaysia perlu melakukan sesuatu untuk membetulkan salah tanggapan itu, di samping mencari jalan mewujudkan kemakmuran, keamanan dan kestabilan masyarakat antarabangsa.

Ia satu langkah yang baik bagi membuka peluang pelaburan dengan Amerika Syarikat.
Kepimpinan Dato' Seri Najib mampu membawa Malaysia keluar krisis Ekonomi negara pada masa ini.

RAKYAT MALAYSIA KAHWIN WANITA SUMATERA SETIAP HARI

MEDAN - Purata menunjukkan seorang rakyat Malaysia mengahwini wanita Indonesia dari Sumatera pada setiap hari dalam tempoh lima bulan lalu dan 80 peratus daripada mereka mengambil isteri kedua.

Berdasarkan rekod di Pejabat Konsulat Jeneral Malaysia di Medan, 30 lelaki Malaysia berkahwin dengan wanita Indonesia dari Sumatera pada setiap bulan dalam tempoh lima bulan lalu. Konsul Muda Bahagian Konsular dan Imigresen di pejabat itu, Ismail Ali berkata, terdapat 31 pasangan Malaysia-Indonesia berkahwin pada Januari lalu, 29 pasangan (Februari) dan 32 pasangan (Mac).

Perkahwinan dengan wanita Indon ini murah dan mudah. Jika mengambil wanita Malaysia
berbagai peraturan yang perlu diikuti. Adalah lebih baik berkahwin dengan wanita luar. Adalah lebih baik berkahwin jika seorang itu gagal mengawal nafsunya dan melakukan dosa besar.

P. Kamalanathan Calon BN Hulu Selangor



HULU SELANGOR 15 April - Ketua Penerangan MIC, P. Kamalanathan diumumkan sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil Hulu Selangor, 25 April ini.
Pengumuman tersebut dibuat oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam satu majlis di Markas Induk BN, di Bukit Sentosa di sini hari ini.
Dalam ucapannya, Muhyiddin berkata, pemilihan Kamalanathan yang merupakan anak jati Rawang dilakukan selepas mengambil kira pandangan pengundi di kawasan Parlimen ini yang mahu seorang muka baru diketengahkan.


''Kamalanathan adalah seorang anak muda yang berkelulusan tinggi, fasih dalam tiga bahasa dan tidak mempunyai sebarang rekod buruk, pemilihan beliau menepati semangat gagasan 1Malaysia, Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan," katanya.
Beliau berkata, pemilihan calon daripada MIC itu membuktikan bahawa UMNO tidak tamak dan ingin mengambil kesempatan.
''Kita berpegang kepada semangat setiakawan, ini kerusi MIC, maka kita berikan kepada MIC untuk bertanding.
''Kamalanathan bukannya bertanding atas nama MIC tetapi BN. Beliau akan memberi perkhidmatan kepada semua penduduk tanpa mengira kaum," katanya.


Calon yang dipilih adalah calon baru yang diketengahkan. Ia tidak ada isu dan UMNO meletakkan calon MIC kerana ia kerusi MIC bertanding pada sebelumnya. Diharapkan kerjasama kompenan BN akan dapat memenangkan calon BN nanti.

WEI SHU PKR JADI CALON BEBAS

KUALA LUMPUR 15 April – Parti Keadilan Rakyat (PKR) menerima tamparan hebat menjelang Pilihan Raya Kecil Parlimen Hulu Selangor pada 25 April ini apabila seorang lagi wakil rakyatnya mengisytiharkan keluar daripada parti itu.
Selepas lapan pemimpinnya mengisytiharkan diri sebagai wakil rakyat Bebas sebelum ini, hari ini giliran Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bakar Arang, Kedah Tan Wei Shu (gambar) pula mengumumkan keluar daripada parti itu berkuat kuasa serta-merta.


Wei Shu berkata, keputusan keluar parti itu diambil disebabkan rasa tidak puas hati kerana mendakwa dipermainkan oleh pemimpin parti yang beliau sifatkan sebagai ‘kacang lupakan kulit’ yang mempergunakannya untuk kepentingan tertentu.

Ia menampakkan kelemahan PKR. Kerosakan sesama sendiri bukan dari parti lain.
telah ramai wakil rakyat PKR keluar parti dan menjadi calon bebas.

Wednesday, April 14, 2010

KLINIK BERGERAK PEMUDA UMNO LANGKAH YANG BAIK MEMBANTU MASYARAKAT





PULAU PINANG 13 April – Kempen Kami Prihatin anjuran Utusan Malaysia turut mendapat sokongan Klinik Kesihatan Bergerak Pergerakan Pemuda UMNO yang meletakkan logo kempen tersebut pada kenderaan mereka.
Pengerusinya, Dr. Novandri Hasan Basri berkata, pihaknya terpanggil untuk bersama-sama menyertai kempen tersebut kerana mahu usaha akhbar ini memberi kesedaran kepada masyarakat terus digiatkan.



‘‘Klinik ini selalu diundang oleh komponen parti Barisan Nasional (BN) untuk memberikan khidmat perubatan kepada rakyat terutama yang menetap di pedalaman.
‘‘Justeru, apabila memberikan khidmat, kami berjumpa dengan orang ramai dan secara tidak langsung mampu memberikan sedikit penerangan kepada masyarakat berhubung perkara itu,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada Utusan Malaysia ketika ditemui di sini. Turut hadir Naib Pengerusi Klinik Kesihatan Bergerak Pergerakan Pemuda UMNO, Afris Mohd Noor.
Klinik Kesihatan Bergerak Pergerakan Pemuda UMNO yang mempunyai lapan sukarelawan mula diperkenalkan pada 2001 dan pernah memberikan perkhidmatan dari Bukit Gelugor, Pulau Pinang hingga ke Sembrong, Johor.




Ia langkah yangb baik dalam membantu rakyat yang perlu rawatan. Ia dapat memberikan rawatan kepada pengunjung kepada Klinik Bergerak Pemuda UMNO Malaysia. Dengan ada klinik bergerak ia akan memberikan perkhidmatan tempat yang dilawati.

MODEL EKONOMI BARU BERI TUMPUAN PEMBANGUNAN RAKYAT

KANGAR 13 April – Kerajaan akan memastikan Model Ekonomi Baru (MEB) yang diwujudkan untuk melonjakkan ekonomi negara menjelang 2020 dapat menangani masalah jurang pendapatan dan membasmi kemiskinan tanpa mengira kaum.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bagaimanapun mengakui perkara itu bukan satu tugas mudah tetapi ia mesti dilaksanakan secara tersusun kerana pulangan jangka panjang yang terbaik akan diterima oleh rakyat sendiri.


Menerusi MEB, kata beliau, jika ada segelintir kaum yang masih berada dalam kelompok tercicir seperti miskin tegar, mereka akan dibantu untuk segera terlepas daripada masalah berkenaan.
“Jika didapati masih ada orang Melayu yang benar-benar tertinggal dalam pencapaian ekonomi negara, kumpulan ini akan segera ditolong secara tersusun agar mereka tidak terus terpinggir.
“Sekiranya masyarakat Cina juga mengalami masalah serupa, atau orang India yang terlibat dengan masalah yang sama, kerajaan akan membantunya tanpa mengira bangsa,” tegasnya


Ia merupakan langkah kerajaan yang bijak dalam menyelesaikan masalah rakyat tanpa mengira warna kulit,yang susah dan perlukan bantuan perlu dibantu pada setiap masa, itulah satu-satu langkah kerajaan dalam membantu mereka bukan hanya menyelesaikan masalah rakyat.

KES DENGGI PERLU MENDAPAT RAWATAN YANG CEPAT DAN BETUL

2010/04/14PUTRAJAYA: Pegawai perubatan di semua hospital dan klinik di negara ini diminta melakukan pemeriksaan teliti ke atas pesakit yang mempunyai simptom demam denggi. Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican, berkata ini kerana kehadiran virus yang menyebabkan demam denggi kini sukar dikesan khususnya pada kalangan doktor yang tidak pakar.
"Virus sekarang sangat bijak. Kehadirannya tidak lagi seperti kelaziman. Kalau doktor itu bukan pakar beliau mungkin terlepas pandang," katanya di sini, hari ini.

Beliau berkata, penularan demam denggi di negara ini dipandang serius kementerian itu sekarang memandangkan jumlah kematian yang meningkat berbanding tahun lalu. Untuk itu, kata Dr Mohd Ismail, kementerian akan merangka strategi baru bagi menguruskan pesakit yang dijangkiti demam denggi supaya kes kematian dapat dikurangkan. Mengulas laporan media mengenai aduan pesakit Influenza A (H1N1) yang mendakwa gagal mendapat nasihat yang betul ketika mendapatkan rawatan, Dr Mohd Ismail berkata, pihaknya telah mengeluarkan ingatan kepada pengamal perubatan supaya berbuat demikian. "Kita telah mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Mengenai H1N1 yang pertama untuk tahun ini semalam, dan dalam mesyuarat itu juga kita turut memberi peringatan kepada pengamal perubatan supaya memberi nasihat yang betul kepada orang ramai," katanya. - Bernama

Jika rawatan yang lambat dan tidak cekap ia boleh mengundang maut dengan cepat kerana denggi ini amat membahaya kepada pesakit tersebut.

HUBUNGAN AMERIKA SYARIKAT DAN MALAYSIA DAPAT DIRAPATKAN

WASHINGTON - Malaysia melihat hubungan dua hala dengan Amerika Syarikat (AS) akan menjadi lebih positif, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ekoran pertemuan sulung beliau dengan Presiden Barack Obama di sini, kelmarin.

Katanya, kedua-dua negara berada pada permulaan baru yang boleh menyumbang kepada kesejahteraan dan keamanan serantau. Bercakap kepada wartawan Malaysia, Najib berkata Obama menyatakan beliau puas hati dengan hubungan dua hala itu dan beliau juga melihat perkembangan yang sangat positif di Malaysia. Beliau berkata kesediaan Obama untuk mendengar dan melibatkan negara Islam serta tidak mengambil pendekatan bermusuhan dengan dunia Islam berbeza dengan rejim Bush sebelumnya. “Saya rasa perubahan oleh pentadbiran baru ini amat memberangsangkan dan saya harap ia bukan sekadar pada corak dan pendekatan tetapi juga pada isinya,” kata Perdana Menteri yang mengadakan perbincangan dengan Obama sebelum bermulanya Sidang Kemuncak Keselamatan Nuklear yang bermula di sini kelmarin.

Najib adalah antara 46 pemimpin dunia termasuk kuasa-kuasa nuklear dan negara-negara maju selain yang sedang membangun, yang dijemput oleh Obama ke sidang kemuncak itu untuk mencari jalan bagi menghalang bahan nuklear jatuh ke tangan kumpulan pengganas. - Bernama

Semoga hubuingan dua hala diantara Datuk Seri Najib dan Obama telah bersahabat dan membentuk hubungan dua hala dalam perniagaan di antara Washington dan Kuala Lipis.

EKONOMI BAIK BERI KELEBIHAN BN UNTUK MENANG DI HULU SELANGOR



KUALA LUMPUR 14 April - Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, sentimen terkini dan angin perubahan oleh pengundi pada pilihanraya kecil Parlimen Hulu Selangor memberi kelebihan kepada Barisan Nasional (BN) untuk menang pada hari pengundian, 25 April ini.


Bagaimanapun, katanya, BN tidak boleh terlalu yakin dan mengambil mudah terhadap faktor itu, sebaliknya perlu lebih berhati-hati berhadapan tentangan besar pihak pembangkang nanti.
"Saya percaya berdasarkan sentimen terkini dengan perubahan sokongan dan keadaan ekonomi yang bertambah baik, kelebihan ada pada kita.
"Saya berharap itu menjadi asas pada pengundi nanti,'' katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Sidang Kemuncak Pendidikan Malaysia 2010 di sini hari ini. - Utusan


Dizaman kepimpinan Dato' Seri Najib bin Tun Razak, Perdana Menteri dilihat dapat diterima rakyat diatas pendekatan yang dilakukan.

Tuesday, April 13, 2010

FAHAMI PERLEMBAGAAN NEGARA TITAH SULTAN SELANGOR



SHAH ALAM 12 April - Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mengingatkan semua pihak supaya memahami Perlembagaan Persekutuan agar tidak ada rakyat yang berlebihan dalam menuntut hak masing-masing.
Baginda bertitah, Perlembagaan negara memberikan hak kepada semua dan ia merupakan pelindung rakyat sama ada dari segi politik, ekonomi atau sosial.


Tanpa merujuk kepada mana-mana pihak, titah baginda, rakyat perlu menjadikan Perlembagaan sebagai asas dalam usaha menguruskan permasalahan kerana isi kandungannya sudah memaktubkan hak rakyat dengan jelas.
''Prinsip kebebasan dan keadilan adalah prinsip yang sedia ada dalam pemasyhuran kemerdekaan.


"Beta berharap ahli-ahli Yang Berhormat dapat memberi mesej yang jelas kepada rakyat mengenai perkara ini," titah baginda ketika merasmikan Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Ke-12 di Bangunan DUN di sini hari ini.
Baginda turut mengingatkan semua ahli politik di negeri ini supaya tidak menghabiskan masa yang banyak untuk berpolitik.
"Politik harus ada masa dan tempatnya," titah baginda sambil menyeru Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) menggunakan kesempatan terhad ketika sidang DUN untuk membincangkan dasar yang baik dan jangan berkelakuan yang tidak sepatutnya.
"Semua ahli Dewan harus memberi contoh baik (mengenai) akal budi kepada semua," titah baginda. sumber Bernama.

Setiap ahli politik seharusnya faham seperti dalam Perlembagaan Negara. Titah Sultan mesti diikut bagi menjaga kehormonian kaum yang ada di dalam negara ini.Jika tidak adalah sukar menjaga keharmonian kaum-kaum yang ada di dalam negara ini.

Monday, April 12, 2010

TAMBAHAN RM 12 BELLION DALAM BAJET 2010

IPOH - Kementerian Kewangan akan meluluskan peruntukan tambahan RM12 bilion kepada Bajet 2010 yang diluluskan kerajaan sebelum ini. Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Ahmad Hanadzlah berkata, sebahagian peruntukan itu akan digunakan untuk melaksanakan Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) bagi tempoh Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10). “Sebahagian daripada peruntukan tambahan itu akan diberikan kepada enam NKRA dan beberapa kementerian berkenaan yang memerlukan peruntukan tambahan,” katanya kepada media selepas merasmikan Konvensyen Pembangunan Generasi Muda Parlimen Tambun di Insititut Latihan Perindustrian (ILP) Ipoh, di sini, semalam. - Bernama

Ia satu langkah yang baik bagi meningkatkan keberhasilan NKRA yang diperkenalkan Datuk Seri Najib.

Tuesday, April 6, 2010

CUEPACS SOKONG TUNTUTAN NAJIB


2010/04/061.2 juta penjawat awam perlu tingkat produktiviti jika mahu kenaikan gajiKUALA LUMPUR: Cuepacs memberi jaminan 1.2 juta penjawat awam di negara ini akan bersama kerajaan bagi menyokong inisiatif menjadikan Malaysia sebagai negara ekonomi berpendapatan tinggi.Presidennya, Omar Osman, berkata sebagai tulang belakang kerajaan, penjawat awam perlu bersedia memberi komitmen sepanjang perkhidmatan bagi meningkatkan produktiviti ke tahap membanggakan.


“Jika mahukan satu perubahan atau peningkatan dalam gred gaji, penjawat awam perlu sedar kerajaan perlu melihat kembali prestasi mereka untuk memastikan ia dapat dilaksanakan.

“Jika produktiviti meningkat dan pendapatan negara di luar jangkaan, saya percaya Perdana Menteri akan akur dengan tuntutan sektor awam,” katanya ketika dihubungi semalam.Kelmarin, Datuk Seri Najib Razak dipetik sebagai berkata, gaji kakitangan awam boleh dinaikkan dengan syarat 1.2 juta penjawat awam meningkatkan produktiviti dan menyokong inisiatif kerajaan untuk menjadikan Malaysia negara ekonomi berpendapatan tinggi.Perdana Menteri juga dilaporkan berkata, selagi produktiviti negara meningkat, gaji kakitangan awam akan diselaraskan seiring dengan ekonomi yang lebih kukuh.


Itu adalah harapan yanmg tinggi disampaikan oleh Perdana Menteri kepada penjawat awam. Sehubungan itu, katanya, kakitangan awam perlu melakukan satu anjakan paradigma dari aspek cara bekerja, lebih berdaya saing, kreatif dan inovatif selain memastikan etika sentiasa dipatuhi serta tidak terbabit dengan rasuah. Dengan itu kejayaan boleh dicapai jika kesemua berhati jujur dan ikhlas.

Monday, April 5, 2010

DAP ' ARERGI ' DENGAN PERKATAAN MELAYU

KUALA LUMPUR 4 April – Tindak tanduk pembangkang terutamanya DAP yang sering mempertikaikan usaha kerajaan membela nasib bumiputera membayangkan seolah-olah parti itu alergi atau alah dengan perkataan Melayu.
Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, sedangkan setiap penerima bantuan kerajaan tidak harus dilihat pada warna kulit kerana semua rakyat yang memerlukan akan dibantu.


“DAP kata kita rasis bila menolong kaum Melayu. Namun, kerajaan menghulurkan bantuan kepada semua rakyat yang dalam kesusahan tanpa mengira bangsa, agama dan fahaman mereka.

Sikap DAP yang menggangap orang melayu perlu sentiasa dibantu adalah perlu kerana ia golongan bumiputra yang termasuk dalam Perkara 153 iaitu Hak Keistemewaan Orang Melayu.
Orang Melayu perlu disedarkan jika semua hak dihapuskan apa lagi yang ada pada orang melayu. Adakah orang melayu mahu hidup merempat dibumi sendiri atau dibiar tanpa pertolongan dari kerajaan

Thursday, April 1, 2010

PERDANA MENTERI MENINJAU GERABAK TREN 4 - GERABAK 1 MALAYSIA RapidKL



KUALA LUMPUR 31 Mac - Kerajaan hari ini melahirkan komitmennya untuk menyediakan sistem pengangkutan awam yang mampu memenuhi keperluan rakyat dalam usaha menjadikannya sebagai pilihan utama masyarakat khususnya penduduk ibu kota.


Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, pada masa sama pihak kerajaan juga akan berusaha mengubah cara pemikiran rakyat serta persepsi bahawa pengangkutan awam hanya untuk golongan berpendapatan rendah atau golongan bawahan.


Perdana Menteri sanggup turun padang bagi meninjau gerabak 1 Malaysia RapidKl jika sebelum ini, kurang pemimpin turun padang melihat sendiri apa yang berlaku diperingkat bawah. Sikap Perdana menteri perlu dipuji walau pihak pembangkang cuba mencari isu memburukkan kerajaan.

RAKYAT MENILAI TINGKAH LAKU PEMBANGKANG KATA MENTERI BESAR PERAK

IPOH 31 Mac - Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir kesal dengan sikap pembangkang yang sengaja mencetuskan kekecohan dan suasana huru-hara pada hari kedua sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) di Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini.
Beliau turut mendedahkan ada di antara Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) pakatan pembangkang sanggup mengeluarkan kata-kata kesat dan bertindak mahu melemparkan fail ke arahnya.


Menurut Zambry, sikap yang ditunjukkan oleh pembangkang tersebut mencerminkan 'wajah' dan peribadi mereka sebenarnya.
''Mereka mengaku mahu menjadi pembangkang yang baik, apa yang berlaku hari ini membuktikan segala yang dipertontonkan mereka adalah sikap yang buruk.


''Dewan seolah-olah dijadikan 'kandang' dan medan demonstrasi jalanan mempamerkan poster-poster. Inikah contoh ditunjukkan oleh mereka sebagai wakil rakyat," katanya di sini hari ini.
Zambry berkata, telahan beliau bahawa pembangkang akan tetap dengan sikap 'kurang ajar' mereka dan tidak langsung mengutamakan kepentingan rakyat telah terbukti hari ini.


''Mereka membohongi, memfitnah dan terus memekik-mekik iaitu suatu perbuatan yang buruk sekali dan tidak sepatutnya berlaku dalam Dewan yang dianggap mulia ini.
''Saya yakin rakyat akan menilai mereka menerusi perangai-perangai dan perbuatan tidak bermoral ini," katanya.


Rakyat yang memilih wakil rakyat. Setiap perbuatan yang dilakukan akan di nilai oleh rakyat.
Jika beginilah sikap pembangkang akan rosaklah Dewan yang bersidang tanpa faedah yang baik demi kepentingan rakyat.

PEMBANGKANG BUAT KECOH LAGI DI SIDANG DEWAN PERAK



SEPERTI biasa, sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, di Ipoh semalam berlangsung dalam suasana kecoh berikutan tindakan kurang sopan wakil-wakil rakyat pembangkang.
Namun berbeza dengan dua sidang sebelum ini, kekecohan yang cuba dicetuskan oleh pembangkang kali ini ternyata gagal.


Gagal kerana mereka bukan sahaja tidak berjaya mengheret rakyat mengadakan demonstrasi untuk mempertikaikan kerajaan negeri sedia ada malah, sedikit pun tidak menggugat 'kekuatan' emosi wakil rakyat Barisan Nasional (BN) yang bersidang.
Kekecewaan jelas tergambar di wajah mereka apabila provokasi-provokasi yang dilakukan hanya memakan diri sendiri.


Itulah sikap pembangkang yang tidak boleh menerima pertukaran kerajaan kerana yang lari itu dari PKR dan DAP sepatutnya kalau dah tidak cukup mojoriti untuk memerintah perlu terima kenyataan. Jangan buat kecoh yang tidak menentu, kerana anda dipilih oleh rakyat.