Wednesday, April 14, 2010

KLINIK BERGERAK PEMUDA UMNO LANGKAH YANG BAIK MEMBANTU MASYARAKAT





PULAU PINANG 13 April – Kempen Kami Prihatin anjuran Utusan Malaysia turut mendapat sokongan Klinik Kesihatan Bergerak Pergerakan Pemuda UMNO yang meletakkan logo kempen tersebut pada kenderaan mereka.
Pengerusinya, Dr. Novandri Hasan Basri berkata, pihaknya terpanggil untuk bersama-sama menyertai kempen tersebut kerana mahu usaha akhbar ini memberi kesedaran kepada masyarakat terus digiatkan.



‘‘Klinik ini selalu diundang oleh komponen parti Barisan Nasional (BN) untuk memberikan khidmat perubatan kepada rakyat terutama yang menetap di pedalaman.
‘‘Justeru, apabila memberikan khidmat, kami berjumpa dengan orang ramai dan secara tidak langsung mampu memberikan sedikit penerangan kepada masyarakat berhubung perkara itu,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada Utusan Malaysia ketika ditemui di sini. Turut hadir Naib Pengerusi Klinik Kesihatan Bergerak Pergerakan Pemuda UMNO, Afris Mohd Noor.
Klinik Kesihatan Bergerak Pergerakan Pemuda UMNO yang mempunyai lapan sukarelawan mula diperkenalkan pada 2001 dan pernah memberikan perkhidmatan dari Bukit Gelugor, Pulau Pinang hingga ke Sembrong, Johor.




Ia langkah yangb baik dalam membantu rakyat yang perlu rawatan. Ia dapat memberikan rawatan kepada pengunjung kepada Klinik Bergerak Pemuda UMNO Malaysia. Dengan ada klinik bergerak ia akan memberikan perkhidmatan tempat yang dilawati.

1 comment:

  1. Matyen, semuanya yg dibaut serta dirancang oleh kerajaan UMNO-BN semata-mata untuk kesejahteraan rakyatnya..... tetapi terlalu banyak juga dari kalangan rakyat yg tidak mahu berterima kasih....

    ReplyDelete