Wednesday, April 14, 2010

KES DENGGI PERLU MENDAPAT RAWATAN YANG CEPAT DAN BETUL

2010/04/14PUTRAJAYA: Pegawai perubatan di semua hospital dan klinik di negara ini diminta melakukan pemeriksaan teliti ke atas pesakit yang mempunyai simptom demam denggi. Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican, berkata ini kerana kehadiran virus yang menyebabkan demam denggi kini sukar dikesan khususnya pada kalangan doktor yang tidak pakar.
"Virus sekarang sangat bijak. Kehadirannya tidak lagi seperti kelaziman. Kalau doktor itu bukan pakar beliau mungkin terlepas pandang," katanya di sini, hari ini.

Beliau berkata, penularan demam denggi di negara ini dipandang serius kementerian itu sekarang memandangkan jumlah kematian yang meningkat berbanding tahun lalu. Untuk itu, kata Dr Mohd Ismail, kementerian akan merangka strategi baru bagi menguruskan pesakit yang dijangkiti demam denggi supaya kes kematian dapat dikurangkan. Mengulas laporan media mengenai aduan pesakit Influenza A (H1N1) yang mendakwa gagal mendapat nasihat yang betul ketika mendapatkan rawatan, Dr Mohd Ismail berkata, pihaknya telah mengeluarkan ingatan kepada pengamal perubatan supaya berbuat demikian. "Kita telah mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Mengenai H1N1 yang pertama untuk tahun ini semalam, dan dalam mesyuarat itu juga kita turut memberi peringatan kepada pengamal perubatan supaya memberi nasihat yang betul kepada orang ramai," katanya. - Bernama

Jika rawatan yang lambat dan tidak cekap ia boleh mengundang maut dengan cepat kerana denggi ini amat membahaya kepada pesakit tersebut.

No comments:

Post a Comment