Wednesday, April 14, 2010

MODEL EKONOMI BARU BERI TUMPUAN PEMBANGUNAN RAKYAT

KANGAR 13 April – Kerajaan akan memastikan Model Ekonomi Baru (MEB) yang diwujudkan untuk melonjakkan ekonomi negara menjelang 2020 dapat menangani masalah jurang pendapatan dan membasmi kemiskinan tanpa mengira kaum.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bagaimanapun mengakui perkara itu bukan satu tugas mudah tetapi ia mesti dilaksanakan secara tersusun kerana pulangan jangka panjang yang terbaik akan diterima oleh rakyat sendiri.


Menerusi MEB, kata beliau, jika ada segelintir kaum yang masih berada dalam kelompok tercicir seperti miskin tegar, mereka akan dibantu untuk segera terlepas daripada masalah berkenaan.
“Jika didapati masih ada orang Melayu yang benar-benar tertinggal dalam pencapaian ekonomi negara, kumpulan ini akan segera ditolong secara tersusun agar mereka tidak terus terpinggir.
“Sekiranya masyarakat Cina juga mengalami masalah serupa, atau orang India yang terlibat dengan masalah yang sama, kerajaan akan membantunya tanpa mengira bangsa,” tegasnya


Ia merupakan langkah kerajaan yang bijak dalam menyelesaikan masalah rakyat tanpa mengira warna kulit,yang susah dan perlukan bantuan perlu dibantu pada setiap masa, itulah satu-satu langkah kerajaan dalam membantu mereka bukan hanya menyelesaikan masalah rakyat.

No comments:

Post a Comment