Thursday, December 31, 2009

HARGA GULA NAIK 20 SEN

PUTRAJAYA, 31 Dis: Kerajaan menaikkan harga runcit gula sebanyak 20 sen sekilogram kepada RM1.65 di Semenanjung dan RM1.75 di Sabah dan Sarawak mulai 12 tengah malam ini.

Menurut kenyataan, kenaikan ini berikutan kenaikan harga gula mentah dunia.

Perkara tersebut diumumkan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Mohd Zain Mohd Dom di sini hari ini.

Sebenarnya kerajaan berikan sebsidi 80 sen dari harga RM 1.65 sen tersebut, separuh harga kerajaan telah berikan sabsidi, ia tidak membebankan rakyat. Kita seharus bersyukur dengan harga gula yang lebih murah berbanding Indonesia, Thailands, Singapura, Filipina dan lain-lain negara.

KERJASAMA, SOKONGAN MENJAYAKAN MISI DATO' NAJIB


AZAM pentadbiran Datuk Seri Najib Razak menjadikan 2010 sebagai tahun melaksanakan pelbagai program dan projek yang sudah dijanjikan kepada rakyat, perlu disusuli tekad sama oleh seluruh jentera kerajaan. Tidak kira sama ada pemimpin, pegawai tinggi atau kakitangan kerajaan, mereka perlu menjadikan pengumuman Najib itu sebagai azam tahun baru mereka juga. Walaupun tugas melunaskan janji itu memang menjadi kewajipan setiap pemimpin dan kakitangan kerajaan, tiada salahnya mereka memperbaharui iltizam berbuat demikian.

Soal sama ada pendirian peribadi mereka sejajar dengan aspirasi kerajaan atau tidak, harus diketepikan. Seperti mana Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) adalah akujanji ketelusan kerajaan terhadap usaha membela nasib rakyat, kakitangan kerajaan juga sudah membuat ikrar sama ketika memulakan tugas mereka. Lebih daripada itu, mereka harus sedar komitmen kerajaan berbuat demikian ialah demi kepentingan seluruh rakyat, tanpa mengira anutan politik. Peringatan Najib bahawa seluruh jentera kerajaan perlu menjuruskan usaha melaksanakan agenda pembangunan kerana rakyat akan meneliti sejauh mana keberkesanannya adalah isyarat jelas untuk semua pihak yang terbabit dalam pentadbirannya bingkas memikul tanggungjawab yang sudah diamanahkan. Semua peringkat pemimpin dan kakitangan kerajaan harus insaf bahawa kerjasama mereka adalah tonggak kepada usaha merealisasikan komitmen itu.

Ia mesti berpaksikan kepentingan rakyat secara menyeluruh dan dikecualikan daripada sebarang niat lain. Kita yakin, jika semua pihak sedia memainkan peranan mereka sebaiknya, 2010 akan menjadi tahun yang cukup bermakna dari segi meningkatkan kesejahteraan rakyat.

Oleh itu setiap rakyat malaysia harus membantu dalam menjayakan azam Perdana Menteri tersebut. Negara telah beransur pulih dari krisis ekonomi dunia di zaman Dato' Seri Najib berkat kerja kuat dan perancangan yang baik bagi memulihkan ekonomi negara ini.

TUDUHAN UMNO/BN AMAL ' 3L ' BERAT SEBELAH


SHAH ALAM – Analisis mengenai sikap para pemimpin UMNO dan Barisan Nasional (BN) yang dikatakan masih dibelenggu sindrom ‘3L’ - Lagak, Laga dan Leka dibidas kerana jelas dikeluarkan oleh pihak yang condong kepada perjuangan Pakatan Rakyat (PR), kata Ketua Puteri UMNO, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin.

“Saya anggap kenyataan itu berat sebelah. Adalah tidak adil menuduh pemimpin-pemimpin UMNO-BN dibelenggu sindrom 3L sedangkan pemimpin-pemimpin PR lebih ‘L’ lagi. Tidak benar kami jarang turun padang dan tidak mendengar masalah rakyat malah kami sendiri mendengar rintihan mengenai sikap-sikap pemimpin PR yang tidak disenangi masyarakat.

“Kalau kita tengok di Parlimen sikap angkuh pembangkang yang cuba berlagak menjadi hero jelas menunjukkan merekalah sebenarnya dibelenggu sindrom 3L ini,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian, semalam.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan penganalisis politik, Profesor Datuk Zainal Kling kelmarin yang berkata, UMNO dan BN perlu melupakan hasrat mengambil alih Selangor daripada PR sekiranya pemimpin mereka masih dibelenggu sindrom ‘3L’.

Zainal berkat, sindrom yang menyelubungi parti itu adalah faktor utama mengapa UMNO-BN dilihat sukar untuk meraih semula kepercayaan masyarakat.

“Mana janji mereka untuk melaksanakan pembangunan sejak mengambil alih Selangor, tidak ada pun pembangunan yang dijanjikan. Jangan ingat mereka boleh mendabik dada dengan terus bersikap angkuh yang menganggap rakyat akan terus menyokong mereka pada Pilihan Raya Umum ke-13 nanti.

“Insyallah kita akan tawan semula Selangor dan berserah kepada Allah SWT.
Kita amat bersetuju kata Ketua Putri itu, jika dilihat apa dibuat dan dijanjikan dalam PRaya ke 12 lalu oleh PKR tidak ditunaikan, cuma berlagak pandai dan bermain silap mata, mencari kesalahan pemimpin BN dan UMNO, itu sahaja bagi menutup kelemahan mereka.

KERAJAAN NEGERI KELANTAN KENA BAYAR RM 800 JUTA KEPADA SYARIKAT PEMBALAKAN




KOTA BHARU 30 Dis. – Kerajaan negeri Kelantan diarah membayar ganti rugi RM800 juta kepada sebuah syarikat pembalakan kerana melanggar beberapa perjanjian di antara kedua belah pihak sejak 45 tahun lalu.

Keputusan Mahkamah Tinggi Kota Bharu itu dikatakan mencatatkan sejarah tersendiri kerana jumlah ganti rugi merupakan antara yang terbesar dalam kes sivil di negara ini.

Menurut sumber, pada prosiding tersebut, Timbermine Sdn. Bhd. diwakili oleh Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah dan kerajaan negeri diwakili Peguam Kanan Persekutuan, Khairul Anuar Wahab.

Difahamkan Hakim Datuk Azman Husin membuat keputusan tersebut dalam prosiding yang berlangsung pagi tadi membabitkan Timbermine Sdn. Bhd. dan kerajaan negeri. Kes itu dipercayai difailkan pada 2004.

Utusan Malaysia difahamkan menurut fakta kes, syarikat pembalakan itu memperoleh konsesi balak beratus ribu hektar di Hulu Kelantan.

Bagaimanapun keluasan asal dikurangkan kepada separuh tetapi masih mengekalkan perkongsian di antara kedua-dua pihak.

Masalah dipercayai timbul apabila kerajaan negeri didakwa melanggar perjanjian konsesi dengan tidak membenarkan syarikat itu menjalankan pembalakan di kawasan yang dimilikinya.

Ekoran daripada itu syarikat yang dikatakan milik bumiputera terbabit terpaksa menanggung kerugian besar..

Itulah jika mendoakan kecelakaan kepada sesama islam ia akan balik semula kepadanya, itulah Nik Aziz yang banyak mengeluar fatwa dan sepatutnya sudah boleh berhenti dari MB, tetapi jawatan itu banyak keistemewaannya ia masih kakal. Hingga Mahkamah Tinggi Kota Baharu memerintahkan Kerajaan Negeri Kelantan membayar RM 800 juta kepada syarikat pembalakan tersebut.

PERWAKILAN PERHIMPUNAN AGONG UMNO 2009 PUAS HATI KEPIMPINAN DATO NAJIB





KUALA LUMPUR 31 Dis. — Anggota UMNO berpuas hati dengan prestasi Datuk Seri Najib Tun Razak sejak mengambil alih teraju kepimpinan sebagai Presiden parti memandangkan mereka berpendapat beliau kini memimpin negara ke arah yang betul.

Kaji selidik yang dikendalikan oleh sebuah firma penyelidikan bebas, Merdeka Centre, terhadap 358 perwakilan ke perhimpunan agung UMNO baru-baru ini menunjukkan kira-kira 95 peratus daripada mereka menyuarakan rasa puas hati terhadap prestasi Najib, sebahagian besarnya disebabkan peningkatan dalam kualiti kepimpinan.

Mereka berpendapat bahawa Najib, yang juga Perdana Menteri, mempunyai kualiti kepimpinan kebangsaan dan mengutarakan beberapa idea menarik bagi meraih sokongan umum, misalnya konsep “1Malaysia”, memberi penekanan terhadap menyelesaikan masalah rakyat dan memperkukuhkan ekonomi.

"Rasa puas hati terhadap Presiden parti dalam kalangan perwakilan adalah amat tinggi iaitu 95 peratus dengan 60 peratus daripada mereka mengatakan ”sangat berpuas hati” dengan prestasi beliau sejak mengambil alih kepimpinan UMNO.

"Sebab utama bagi sokongan yang kukuh itu berpunca daripada peningkatan yang dirasai dalam kualiti kepimpinan,” kata Merdeka Centre dalam rumusan terhadap keputusan kaji selidik perwakilan Perhimpunan Agung UMNO 2009. - Bernama

Kepimpinan Dato Seri Najib, selaku Perdana Menteri boleh kita banggakan mentadbirkan negara ini selepas mengambil alih dari Pak Lah, jika dilihat dizaman Pak Lah diakhirnya pemerintahannya agak lemah, ekonomi dan kilang-kilang banyak yang ditutup selepas di ambil alih pemulihan itu kita nampak hingga ke hari ini, taniah YAB Dato' Seri Najib.

Wednesday, December 30, 2009

SINDROM 3L JEJASKAN UMNO, BN

SHAH ALAM - UMNO dan Barisan Nasional (BN) perlu melupakan hasrat mengambil alih Selangor daripada Pakatan Rakyat (PR) pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) sekiranya pemimpin mereka masih dibelenggu sindrom ‘3L’ iaitu Lagak, Laga dan Leka.

Penganalisis Politik, Profesor Datuk Zainal Kling (gambar) berkata, wabak yang menyelubungi parti itu dilihat faktor utama UMNO sukar mengembalikan kepercayaan rakyat terhadap parti itu.

Katanya, sikap ‘lagak’ dalam kalangan pemimpin UMNO/BN membuatkan parti itu tidak lagi dapat menyelami hati nurani rakyat apatah lagi memahami denyutan hati mereka.

“Mereka ini dilihat kurang mendampingi serta mendekati masalah-masalah yang dihadapi oleh pengundi di kawasan mereka. Malah, mereka dilihat ‘kurang cerdik’ dan tidak unggul untuk menghadapi cabaran dalam pemimpin PR,” katanya.

Zainal berkata, sikap pemimpin UMNO Selangor yang sering bertelagah dan menuding jari antara satu sama lain membolehkan pemimpin PR mengeksploitasi keadaan tersebut dengan sebaik mungkin.

“Perasaan leka yang menyatakan mereka tidak pernah kalah dan tidak akan kalah boleh menyebabkan mereka ini seolah-olah tidak sedar situasi sebenar yang berlaku sekarang,” katanya.

Menurutnya, UMNO diingatkan supaya menangani sindrom segera.

Ditanya sama ada bekas Menteri Besar, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo masih relevan untuk menerajui kepimpinan UMNO Selangor jika parti itu berjaya menawan semula Selangor, Zainal berkata, Dr Khir perlu ‘membersihkan’ dirinya daripada pandangan negatif sebelum berbuat demikian.

“Malah Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Noh Omar belum tentu dapat kerana beliau tidak mempunyai sokongan akar umbi yang kuat di Selangor,” katanya.

Oleh itu UMNO perlu berubah dari lemah kepada yang lebih baik, jika tidak sukarlah untuk membgambalikan semula kepada UMNO pada masa akan datang.

GIMIK POLITIK PAS INGIN TERUS BERKUASA

KUALA LUMPUR 29 Dis. - Kesediaan kerajaan Pas Kelantan untuk meminda UndangUndang Tubuh Negeri bagi memberi peluang kepada bukan Melayu yang beragama Islam menjadi Menteri Besar merupakan gimik politik mereka.
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, tindakan itu dibuat kerana mereka semakin kehilangan pengaruh terutamanya di kalangan kaum Cina.
Katanya, Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat juga dilihat cuba untuk mengalih perhatian permasalahan politik keluarga beliau dengan mewujudkan isu sedemikian.
"Kalau Pas ikhlas, adakah Nik Abdul Aziz telah mempersembahkan isu pindaan itu kepada Sultan Kelantan, Sultan Ismail Petra dan adakah tuanku memperkenankan pindaan itu," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Beliau mengulas kesediaan kerajaan Pas Kelantan meminda Undang-Undang Tubuh Negeri bagi memberi peluang kepada orang bukan Melayu yang beragama Islam menjadi Menteri Besar.
Nik Abdul Aziz berkata, langkah itu selaras dengan dasar Islam yang tidak memandang kaum dalam memilih pemimpin sebaliknya mengutamakan kelayakan dan akhlak seseorang.
Menteri Besar itu menjelaskan, cadangan itu mampu meluaskan penyebaran Islam kepada masyarakat lain kerana bertindak adil kepada semua kaum.
Ahmad Zahid seterusnya mempersoalkan mengapa tidak dipinda undang-undang pemilikan tanah yang tidak mengizinkan rakyat luar Kelantan termasuk orang Melayu untuk memiliki tanah di negeri tersebut.
"Nik Abdul Aziz sengaja menimbulkan isu ini semata-mata mahu menutup masalah yang dihadapi kerajaan Pas Kelantan dan permasalahan politik keluarganya," katanya.Itulah disebabkan PAS ingin terus berkuasa sanggup melakukan apa sahaja demi mencapai cita-cita. Kita amat sayangkan agar kuasa melayu akan terus memtadbir negara ini jangan disebabkan mohon pengaruh politik sanggup melakukan apa sahaja demi mencapai cita-cita Nik Aziz, orang melayu tidak akan setuju cadangan Nik Aziz itu.
Sebab inginkan kuasa, Nik Aziz sanggup melakukan apa sahaja demi mencapai cita-citanya.

MIER RAMAL EKONOMI TUMBUH 4.0 PERATUS

KUALA LUMPUR 29 Dis. - Malaysia dijangka mencatatkan pertumbuhan hampir 4.0 peratus pada 2010 apabila "kesemua perangkaan yang ada menunjukkan dengan jelas bahawa Malaysia kini telah keluar dari kemelesetan."
Pengarah Eksekutif Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) Datuk Dr. Mohamed Ariff Abdul Kareem berkata, negara akan mencatatkan pertumbuhan positif pada suku keempat tahun ini dan berkemungkinan akan melimpah ke tahun 2010.
"Pada peringkat awal, kami merasakan negara ini akan mencatatkan angka pertumbuhan seperti dari -3 hingga -4 peratus bagi tahun ini.
"Kini, selepas melihat perangkaan suku ketiga dan data bulan seterusnya, kami merasakan pertumbuhan tahun ini dijangka dicatatkan sekitar -2 hingga -3 peratus," katanya kepada Bernama di sini.
Bagaimana pun beliau berkata, 2010 akan terus mencabar kerana walaupun ekonomi global sedang bergerak keluar dari kemelesetan, ia belum keluar sepenuhnya dari kegawatan.
Ekonomi Malaysia juga dijangka terus berhadapan cabaran.
"Wujud kebimbangan bahawa lajakan pertumbuhan yang kita lihat sekarang ini - yang bukan sahaja di Malaysia malah di tempat lain juga - agak rapuh kerana pertumbuhan yang kita lihat di Amerika Syarikat (AS) dan Eropah dan sesetengah negara lain terlalu dipacu oleh pakej rangsangan fiskal," kata Mohamed Ariff.
Bagi meneruskan lajakan itu, katanya negara-negara berkenaan kemungkinan perlu menyuntik satu lagi pakej rangsangan fiskal.
"Persoalannya, mampukah negara-negara ini melaksanakan satu lagi pakej rangsangan fiskal?"
"Banyak pihak merasakan usaha itu tidak akan berjaya. Wujud juga kebimbangan bahawa AS mungkin mengalami kemelesetan dua angka pada suku pertama tahun depan," katanya.
Jika keadaan itu berlaku, katanya jelas sekali keadaan akan memberi kesan limpahan kepada negara lain yang berdagang dan mempunyai hubungan dengan AS.
Kebimbangan lain ialah, katanya kemungkinan berlaku gelembong aset, terutama di China dan banyak negara lain di Asia Timur dan peningkatan inflasi.
— BERNAMA


Berkat usaha kepimpinan YAB Dato' Seri Najib berusaha membawa keluar negara dari krisis ekonomi negara yang melanda dunia pada masa ini, Malaysia mampu dan beransur pulih dari kegawatan ekonomi tersebut.

Tuesday, December 29, 2009

BN TEKAN DUA PRINSIP UNTUK KEKAL RELEVEN


KUCHING: Barisan Nasional (BN) sebagai tunjang utama kepada kerajaan yang memerintah negara ini perlu berpegang kepada dua prinsip iaitu sentiasa berpandangan jauh ke hadapan dan mengutamakan kehendak serta keperluan rakyat melalui sistem penyampaian yang lebih berkesan, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Beliau berkata, untuk menjadi kerajaan yang lebih baik, BN tidak seharusnya menoleh ke belakang sebaliknya perlu melihat apa yang harus BN buat untuk rakyat hari ini dan pada masa hadapan. "Tidak dinafikan BN banyak sumbangan kepada rakyat sebelum ini, tapi dengan meningkatnya tahap pendidikan rakyat melalui pembangunan prasarana pendidikan yang dibangunkan oleh BN, rakyat mahu melihat apa yang akan kita (BN) buat hari ini dan masa akan datang," katanya pada majlis perasmian Mesyuarat Agung Tritahunan Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) di Dewan Suarah Kuching di sini, hari ini. - Bernama

BN banyak berjasa kepada rakyat Malaysia. Setiap orang dapat menikmati hasil dan nikmat kemerdekaan negara ini. Jangan sebab satu perkara yang tidak puas hati terus meleberkan semua yang dibuat Kerajaan tidak baik. Nilailah keperluan rakyat seperti kemudahan hospital, klinik, sekolah, masjid, surau dan lain-lain keperluan yang dibina oleh kerajaan.

GESAAN HENTIKAN SIASATAN KE ATAS GUAN ENG MELAMPAU

KUALA LUMPUR 28 Dis. – Ahli Parlimen Sri Gading, Datuk Mohamed Aziz menyifatkan gesaan pemimpin DAP supaya polis menghentikan siasatan ke atas Setiausaha Agung parti itu, Lim Guan Eng kerana mendakwa bekas pegawai khas kepada seorang Exco Selangor, Teoh Beng Hock mati dibunuh sebagai melampau.
Beliau yang juga Bendahari Kelab Penyokong Kerajaan Barisan Nasional (BNBBC) berkata, sebaliknya dalam hal ini polis tidak perlu teragak-agak untuk mengambil tindakan ke atas Ketua Menteri Pulau Pinang itu sekiranya dakwaan itu adalah salah di bawah Akta Hasutan.
Katanya, status Guan Eng sebagai seorang pemimpin tertinggi parti politik tidak harus menghalang polis daripada menegakkan undang-undang seperti mana yang perlu dihadapi oleh setiap rakyat Malaysia.
‘‘Apa sebab nak suruh hentikan siasatan pula? Ini bukan soal menzalimi sesiapa. Rakyat di luar menyokong setiap usaha menegakkan undang-undang. Jadi kalau terbukti bersalah, ambil tindakan.

‘‘Bagi kita ketegasan polis ini jangan kira siapa, UMNO sendiri pun pernah kena. Jadi tak perlu ragu-ragu. Rakyat mahukan tindakan sewajarnya diambil berdasarkan undang-undang negara,’’ katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Beliau mengulas mengenai gesaan Exco Selangor yang Pengerusi DAP negeri itu, Ean Yong Hian Wah yang meminta polis supaya menghentikan segera siasatan ke atas Guan Eng yang dilakukan di bawah Akta Hasutan.

Apa bila jadi pemimpin peringkat tertinggi parti pembangkang boleh melakukan apa sahaja asalkan ia betul disisi parti pembangkang. Itu adalah salah perkara ini tidak berlaku di Malaysia, jika salah mesti diambil tindakan.

Monday, December 21, 2009

UMNO DESAK TUKAR PENGERUSI BN PULAU PINANG


SHAH ALAM: Datuk Seri Najib Razak akan melihat dulu cadangan Umno Pulau Pinang yang menuntut supaya jawatan Pengerusi Barisan Nasional (BN) negeri diserahkan kepada Umno bagi memantapkan kedudukan BN negeri itu. Perdana Menteri berkata, sebarang keputusan sama ada mengekal atau menukar Pengerusi BN negeri akan dibuat nanti adalah atas semangat BN. "Ada macam-macam pendapat, tetapi apa-apa hal, kita terima dulu pendapat mereka.

"Saya sebagai Pengerusi BN akan berunding dengan semua pihak dulu atas semangat permuafakatan," katanya. Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas desakan Umno Pulau Pinang yang menuntut supaya jawatan Pengerusi BN negeri yang diperuntukkan kepada Gerakan diserahkan semula kepada Umno bagi memantapkan kedudukan BN di negeri berkenaan. Umno Pulau Pinang menjelaskan tuntutan itu wajar bagi memantapkan kedudukan BN negeri memandangkan Gerakan dan komponen BN lain kini tidak mempunyai sebarang kerusi berbanding Umno yang memiliki 11 kerusi Dewan Undangan Negeri dan dua Parlimen.

Perkara ini perlu dibincangkan diantara UMNO dan Gerakan dengan cara baik. Gerakan tidak ada program yang dibuat bagi menarik sokongan kepada kerajaan. Di tambah lagi tidak ada satu pun kursi dimenangi oleh parti Gerakan pada pilihanraya ke 12 yang lalu. Ia wajar diserahkan jawatan itu kepada UMNO sebagai Pengerusi BN Pulau Pinang.

BN PERLU AMBIL IKHTIBAR DAN PENGAJARAN

Apa yang berlaku di Dewan Rakyat Isnin lalu adalah sejarah yang tidak pernah berlaku sebelum ini. Dalam insiden mencemaskan itu rang undang-undang perbekalan 2010 atau bajet (belanjawan) tahunan untuk tahun hadapan lulus dengan majoriti tipis tiga undi. Kalau rang undang-undang itu ditolak ia boleh menyebabkan kerajaan terpaksa meletak jawatan dan sebuah kerajaan baru perlu dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong. Memang Perkara 43(4) Perlembagaan Persekutuan tidak menyebutnya, tetapi itulah tindakan yang perlu dilakukan jika Barisan Nasional (BN) gagal mendapat wang daripada Parlimen. Dalam undian yang dibuat BN mendapat 66 undi sementara Pakatan Rakyat (PR) dengan 63 undi menentang rang undang-undang berkenaan. Buat masa ini BN mempunyai 140 kerusi manakala PR mempunyai 82 kerusi.

Itu perlu didisplinkan wakil rakyat BN sepaya tidak ponteng kecuali ada perkara -perkara yang tidak boleh dielakkan. Perdana Menteri perlu mengambil langkah terbaikkan supaya Ahli Parlimen BN terus berada di dewan semasa bersidang. Wakil rakyat BN perlu patuh akan arahan Perdana Menteri.

Wednesday, December 16, 2009

PERDANA MENTERI LANCAR KLINIK 1 MALAYSIA



KUALA LUMPUR 16 Dis. - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dijangka merasmikan secara serentak 50 Klinik 1Malaysia di seluruh negara pada 7 Januari depan.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, upacara perasmian peringkat kebangsaan akan diadakan di Klinik 1Malaysia Kerinchi, Lembah Pantai di sini yang juga merupakan klinik pertama beroperasi.


Beliau berkata, klinik-klinik lain pula akan beroperasi secara berperingkat selepas Januari depan. “Kita yakin Klinik 1Malaysia dapat menjaga kesihatan rakyat dengan meluas dan menyeluruh untuk memastikan mereka menikmati mutu perkhidmatan terbaik,” katanya pada sidang akhbar selepas melakukan lawatan kerja ke tapak Klinik 1Malaysia Kerinchi di sini hari ini. - Utusan


Ia sebagai satu langkah yang baik bagi menjaga kesihatan rakyat Malaysia. Negara lain tidak ambil peduli hal tersebut, yang penting ketenteraan, pembangunan rakyat , persenjataan dan rakyat pandai-pandai sendiri.Malaysia adalah negara contoh menjaga kepentingan rakyat.

JANGAN GUNA TELEFON BIMBIT DI STESEN MINYAK

KUALA LUMPUR: Kebakaran membabitkan dua kereta berlaku di Stesen Petronas Bandar Indera Mahkota di Kuantan semalam mengakibatkan kecederaan ringan terhadap pemandu kereta berkenaan. Kenyataan dari Petronas Dagangan Berhad hari ini menjelaskan bahawa kemalangan jam 9.15 pagi itu berlaku di pam stesen itu dan api segera dipadamkan oleh kakitangannya. Pemandu kereta pertama cedera ringan dan diberi rawatan pesakit luar di Hospital Besar Tengku Ampuan Afzan sementara penumpang kereta kedua masih di bawah perhatian di hospital itu.

Pihak berkuasa dan wakil Petronas Dagangan ketika itu berada di tempat kejadian untuk membantu dan menjalankan siasatan lanjut tentang sebab kejadian itu. Stesen itu kini ditutup sementara, kata kenyataan itu. Dalam pada itu, Petronas Dagangan Berhad menasihatkan pelanggan mematuhi peraturan keselamatan di semua stesennya yang melarang keras penggunaan telefon selular, merokok dan membiarkan enjin hidup semasa mengisi minyak.

"Kami ingin menegaskan bahawa kami menganggap keselamatan pelanggan, pekerja, kontraktor dan orang awam sebagai amat penting di semua kawasan operasi kami," kata kenyataan itu. - Bernama

Oleh itu setiap kenderaan yang mengisi minyak mesti patuh peraturan mematikan injin, mematikan telepon bimbit, tidak merokok semasa urusan di stesyen minyak.
Perkara ini mesti dipatuhi bagi mengelakkan kemalangan berlaku di stesyen minyak.

Tuesday, December 15, 2009

PERTUMBUHAN POSITIF SUKU INI

KUALA LUMPUR 14 Dis. - Malaysia berada di landasan tepat untuk mencatat pertumbuhan positif pada suku keempat tahun ini.
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, sektor eksport telah menunjukkan tanda-tanda pemulihan mulai pertengahan tahun ini.


Menurutnya, tempahan kerja yang mula menyaksikan peningkatan dan pengambilan pekerja baru sejak dua bulan lalu, mencerminkan pertumbuhan positif pada Oktober lalu.
"Angka positif bagi bulan itu adalah tertinggi buat pertama kali dalam beberapa bulan dengan peningkatan sebanyak 15 peratus berdasarkan perbandingan bulan ke bulan manakala 1.6 peratus berdasarkan perbandingan tahunan.


"Bagaimanapun, sama ada perkembangan eksport kekal mantap bergantung kepada pasaran utama dalam eksport dan juga keadaan ekonomi negara dagang," katanya.
Beliau berkata demikian selepas merasmikan majlis penyerahan kelulusan untuk mengamalkan undang-undang oleh Lembaga Perkhidmatan Undang-Undang Victoria dan Persatuan Guaman New South Wales di Australia kepada syarikat guaman Malaysia, Zaid Ibrahim & Co. (ZICO), di sini hari ini.

Kok.

Mustapa berkata, eksport sektor elektrik dan elektronik (E&E) meningkat sebanyak 40 peratus.
Mengenai kelulusan yang diperoleh oleh ZICO untuk beroperasi di Australia, beliau berkata, pengembangan operasi dan eksport perkhidmatan guaman syarikat itu selaras dengan dasar kerajaan untuk memacu pertumbuhan dan eksport dalam sektor perkhidmatan.
"Matlamat kami ialah untuk mempromosi dan memasang strategi daya saing global Malaysia dalam perdagangan antarabangsa dengan menghasilkan barangan dan perkhidmatan tambah nilai yang tinggi," ujarnya.


Ia sabagai tanda Malaysia mampu memulihkan ekonominya dan membawa keluar kisis ekonomi yang dihadapinya.

KETERBUKAAN KERAJAAN MINTA RAKYAT NILAI NKRA BUKTI KETULUSAN KERAJAAN


LANGKAH kerajaan untuk mempamerkan semua dokumen terperinci enam Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) pada Khamis dan Jumaat ini bagi dinilai rakyat bukan saja membuktikan ketelusan kerajaan memperbaiki mutu perkhidmatan seperti dijanjikan, malah menepati pendekatan falsafah 1Malaysia, iaitu 'Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan'.

Inilah kali pertama kerajaan berbuat demikian dan kesanggupan itu bermakna kerajaan sanggup menerima kritikan atau teguran orang ramai jika ada perkara tidak memuaskan hati berkisar kepada enam bidang yang digariskan NKRA itu.

Enam NKRA itu ialah meluaskan akses kepada pendidikan berkualiti dan berkemampuan (diterajui Tan Sri Muhyiddin Yassin); mengurangkan kadar jenayah (Datuk Seri Hishammuddin Hussein); memerangi rasuah (Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz); meningkat taraf hidup rakyat berpendapatan rendah (Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil); memperkasa prasarana luar bandar dan pedalaman (Datuk Seri Shafie Apdal) dan menambah baik pengangkutan awam (Datuk Seri Ong Tee Keat).

Apabila dokumen itu dipamerkan nanti, sudah pasti memberi akses kepada orang ramai mengenai apa yang sudah, sedang dan akan dilakukan kerajaan. Apakah mereka berpuas hati terhadap usaha mengekang jenayah atau memerangi rasuah. Kerajaan ada cara tersendiri menangani isu berkaitan dan orang ramai pula mungkin ada cadangan balas yang boleh diambil kira kerajaan untuk menangani isu itu dengan lebih berkesan. Misalnya, kes jenayah ragut hingga membimbangkan dan apakah langkah seterusnya dilakukan kerajaan atau menteri yang dipertanggungjawabkan untuk membendung masalah itu. Kita yakin orang ramai ada cadangan boleh diambil kira apatah lagi daripada mereka yang pernah menjadi mangsa ragut. Begitu juga kes rasuah dan orang ramai boleh memberi pelbagai cadangan bagaimana masalah ini boleh ditangani sebaik mungkin. Mungkin senang mencapai NKRA bagi projek prasarana luar bandar dan pedalaman serta meningkatkan pendidikan berkualiti kerana ia lebih berbentuk projek pembangunan tetapi rasuah, jenayah dan soal pengangkutan awam, bukan sesuatu yang mudah apatah lagi berkisar kepada persepsi rakyat terhadap isu tertentu.

Misalnya, walaupun berjuta-juta ringgit diumumkan untuk memperbaiki sistem pengangkutan awam, tetapi jika orang ramai masih tidak berpuas hati dengan tahap perkhidmatannya, tidak akan mencapai NKRA dihasratkan. Ini bermakna, kerajaan perlu mengambil kira pandangan pengguna iaitu orang ramai apa yang mereka perlukan. Oleh itu, apabila dokumen terperinci enam NKRA ini dipamerkan, orang ramai boleh membuat cadangan balas dan inilah sebenarnya dikehendaki Datuk Seri Najib Razak yang bersikap terbuka mengenai kepemimpinannya. Jika berlaku penolakan NKRA oleh seorang dua individu, ia tidak bermakna program itu tidak baik atau dikaji semula. Kita akui sukar memuaskan hati semua, tetapi yang pasti, apa dilakukan itu adalah untuk kebaikan semua demi kesejahteraan rakyat.

Ia sebagai langkah yang baik dalam mempertingkat mutu keberhasilan kepada negara. NKRA bertujuan menambahkan baik bagi memberikan kepuasan hati kepada rakyat dalam negara ini.

Friday, December 11, 2009

PENJELASAN KOR MING TIDAK DITERIMA

KUALA LUMPUR 10 Dis. – Ahli Parlimen Taiping, Nga Kor Ming menegaskan, kenyataannya berhubung isu peruntukan kerajaan dalam membina rumah ibadat Islam dan bukan Islam telah diputar belit dan dijadikan bahan menghasut sentimen perkauman oleh sesetengah media.
Menurutnya, dalam kenyataan kelmarin beliau hanya merujuk kepada jawapan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop bahawa kerajaan memperuntukkan RM748.26 juta membina dan menyelenggara 611 buah masjid tetapi satu jumlah kecil, iaitu RM9 juta diagihkan untuk tujuan agama bukan Islam, iaitu 1.2 peratus sahaja.
Justeru beliau memohon supaya agihan lebih adil disalurkan kepada rakyat beragama bukan Islam kerana prinsip pertama Rukun Negara adalah ‘Kepercayaan kepada Tuhan’.
Kor Ming yang membaca kenyataannya pada sidang akhbar di lobi Parlimen di sini turut menegaskan bahawa agama Islam adalah agama suci yang mengajar semua pihak berlaku adil.
‘‘Saya berasa kesal bahawa laporan Utusan Malaysia dengan tajuk Kor Ming persoalkan kerajaan bina masjid adalah salah dan berunsur hasutan. Tajuk tersebut adalah dipapar oleh editor akhbar berkenaan tanpa pengetahuan saya.


‘‘Saya juga berasa kesal sesetengah pihak termasuk Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria, Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Wan Mohamed Sheikh Abd. Aziz dan beberapa badan bukan kerajaan (NGO) telah membuat kenyataan dan dakwaan tanpa membaca keseluruhan teks kenyataan saya,” katanya.
Kor Ming menambah, rakyat Malaysia harus mematuhi prinsip Rukun Negara tersebut dan rakyat bukan Islam juga perlu diasuh dan menerima ajaran agama yang betul.
Katanya, sebagai kerajaan yang adil, adalah tanggungjawab kerajaan membantu pembangunan pendidikan rohani rakyat bukan Islam.
‘‘Atas laporan akhbar yang berunsur hasutan dan memutar belit fakta sebenar, saya akan berbincang dengan panel peguam dan akan merizabkan hak mengambil tindakan mahkamah terhadap pihak yang membuat laporan tidak bertanggungjawab tersebut,” katanya.


Ditanya mengenai kemarahan NGO Islam adalah kerana tindakannya membandingkan peruntukan untuk masjid dalam meminta kerajaan memberi peruntukan tambahan kepada rumah ibadat bukan Islam, Kor Ming berkata;
‘‘Pertama kali saya hormati semua media yang buat laporan benar tetapi yang dilapor oleh akhbar Utusan Malaysia tak macam ini. Kita lihat (hari ini) ‘‘Isu Bina Masjid: Kor Ming dibidas. Semalam tajuknya Kor Ming persoal bina masjid. Itu tajuk dibuat editor, orang baca orang marah.. itu tak betul
.


Bila jadi orang melayu marah, berbagai alasan. Apa pembetulan oleh Kor Ming semua orang melayu tidak boleh terima. Kor Ming harus faham Kontrak Sosial jangan berlagak pandai atau mahu jadi hero. Orang melayu akan pertahan agama, bangsa jika ia terancam. Melayu juga akan bersatu jika hak melayu ambil oleh orang lain.

Thursday, December 10, 2009

JANGAN TERPERANGKAP POLITIK DAP

KUALA LUMPUR 9 Dis. – Ahli-ahli UMNO dinasihatkan supaya tidak terperangkap dengan mainan politik DAP yang sengaja mempertikaikan dasar ketuanan Melayu.
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, DAP sudah ketandusan isu sehingga menimbulkan kembali perkara itu.
“Ini adalah mainan politik DAP yang sekarang sudah kering idea. Jangan sekali-kali kita terperangkap dengan tindakan mereka,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Beliau mengulas tindakan DAP yang terus mempersoalkan ketuanan Melayu dan bertegas akan terus membangkitkan dasar itu yang disifatkan tidak adil untuk kaum lain.


Ketua Pergerakan Puteri UMNO, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata, tindakan DAP yang terus mempersoalkan ketuanan Melayu akan menjejaskan hubungan baik antara kaum yang terjalin sejak sekian lama.
“Saya amat kecewa dengan tindakan DAP ini. Ia jelas sebagai cubaan mereka untuk mewujudkan ketegangan kaum di negara ini,” jelasnya.
Rosnah berkata, tindakan DAP itu tidak menghormati kontrak sosial yang menjadi landasan kepada perpaduan kaum di negara ini.
“Ia merupakan sikap angkuh DAP yang sengaja membangkitkan isu ini bagi menarik perhatian rakyat terhadap mereka.
“DAP tidak sepatutnya membangkitkan isu ketuanan Melayu. Jika mereka masih berdegil ia wajar ditentang supaya perpaduan kaum dalam negara ini tidak terjejas disebabkan tindakan mereka yang mementingkan diri sendiri,” katanya
.


Oleh itu sedarlah orang melayu, jangan dipermainkan oleh DAP, PKR dan saudara Anwar Ibrahim yang pandai mengadakan isu untuk menarik sempati orangramai.

ISU BINA MASJID, KOR MING DIBIDAS

Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) menyifatkan Ahli Parlimen Taiping, Nga Kor Ming sebagai biadab apabila mengungkit perbelanjaan kerajaan membina masjid di seluruh negara. Presidennya, Datuk Ibrahim Ali berkata, tindakan Kor Ming dilihat mahu menyalakan api dalam sekam.
Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria menasihatkan Nga Kor Ming jangan membangkitkan sentimen permusuhan antara orang Islam dan bukan Islam. Tegas beliau, kenyataan Kor Ming mempersoalkan kerajaan membina banyak masjid di negara ini terang-terang cuba mengapi-apikan sentimen kebencian antara kaum.
Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Wan Mohamad Sheikh Abd. Aziz menganggap Kor Ming dengan sengaja tidak menghormati semangat Perlembagaan Persekutuan yang hanya menyediakan peruntukan kepada pembangunan agama Islam. Kata beliau, nampaknya sikap ihsan kerajaan selama ini (peruntukan kepada institusi ibadat agama lain) langsung tidak dihargai.


Itu sikap kurang ajar DAP terhadap orang Melayu, melayu akan bersatu sekiranya agama terancam. Sedarlah negar ini asalnya Tanah Melayu, sepatutnya berterima kasih kaum melayu menerima kaum India dan Cina tinggal di dalam ini. Ia sengaja mahu mencetuskan supaya kaum-kaum yang ada dalam negara ini berbalah.

Wednesday, December 9, 2009

ANWAR GUNA MELAYU HANCUR MELAYU



KUALA LUMPUR 8 Dis. – Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim didakwa menggunakan orang Melayu untuk menghancurkan sendiri orang Melayu.
Anuar Shaari yang pernah menjadi Setiausaha Sulit Anwar berkata, walaupun begitu, masih ada yang tidak menyedari gerakan liciknya itu mampu menghancurkan bangsa tersebut dan Islam.
“Dia sememangnya licik mengatur strategi politik sehingga menyebabkan sebilangan orang Melayu menjadi begitu taksub kepadanya,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.


Sehubungan itu, Anuar menasihatkan orang Melayu yang masih percayakan Anwar supaya sedar dan meninggalkannya. Oleh itu berfikir apa akan terjadi nasib melayu jika Anwar Ibrahim dapat berkuasa, ia tidak pedulikan orang melayu, asalkan cita-citanya tercapai.

KOR MING PERSOAL KERAJAAN BINA BANYAK MASJID

KUALA LUMPUR 8 Dis. – Seorang ahli Parlimen DAP hari ini mempersoalkan perbelanjaan kerajaan sebanyak RM748.26 juta bagi membina 611 buah masjid bagi tempoh 2000 hingga 2008 sedangkan pada masa sama kerajaan gagal membina rumah ibadat bagi agama lain untuk tempoh yang sama.
Ahli Parlimen Taiping yang juga Timbalan Bendahari Agung DAP, Nga Kor Ming berkata, walaupun mengalu-alukan usaha kerajaan memartabatkan agama Islam tetapi pada masa sama berasa kesal kerana rakyat bukan Islam telah dianaktirikan sedangkan mereka juga adalah pembayar cukai.


DAP pada masa sekarang, sudah bersikap biadap. Jika orang melayu tidak bersatu di dalam negara ini. Adakah orang melayu sedar jika pada satru masa kerajaan BN kuat dahulu tidak seorangpun berani menyatakan atau membangkitkan isu-isu sensetif terhadap orang melayu pada masa itu. Tetapi sekarang Nga Kor Ming, DAP bagitu biadap mempersoalkan masjid dibina melebihi kuil, tongkong dan rumah ibadat lain. Ia amat berani dan bersikap bongkak. Adakah orang melayu terlalau lemah atau lembut membiarkan sahaja apa yang dipersoalkan kepada orang melayu. Apakah orang melayu sedar semua ini. Jika DAP dapat memerintah negara orang melayu akan menjadi seperti melayu Singaporelah. Itu jam baru tahu langit tinggi rendah nya orang melayu dalam negara ini, sudah tiada kuasa seperti lagu ' Anak kecil main api.semasa kursus di BTN perlu dijadikan renungan kita semua orang melayu.

Tuesday, December 8, 2009

ORANG MELAYU AKAN HANCUR JIKA TERUS SOKONG ANWAR IBRAHIM



TAIPING 7 Dis. - Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) menegaskan, orang Melayu akan hancur selagi terus menyokong bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan konco-konconya.
Presidennya, Datuk Ibrahim Ali (gambar) menegaskan, orang Melayu juga tidak boleh bergantung kepada Pas kerana parti itu hanya mempergunakan agama Islam dan menjadi tunggangan Parti Keadilan Rakyat (PKR) serta DAP.
Pada masa sama, katanya, kehancuran orang Melayu akan lebih kritikal jika tidak bersatu menentang DAP yang semakin melampau dan kurang ajar memijak kepala penduduk bumiputera dan Islam.


''Ini merupakan tiga ancaman yang boleh menghancurkan orang Melayu di negara ini. Tidak ada makna pembangunan pesat negara kalau Melayu akhirnya hilang kuasa di negara sendiri.
''Selepas Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-12, perkembangan ini kalau tidak ditangani dengan betul, Melayu boleh jadi bangsa Palestin dan Melayu Singapura yang kehilangan negara," katanya.
Beliau berucap di hadapan kira-kira 2,000 orang pada ceramah perdana mengenai isu-isu semasa di Dataran Kampung Paya, Batu Kurau dekat sini malam tadi.


Oleh itu orang Melayu perlu bersatu, demi anak cucu cucik kita di masa hadapan.
Jika tidak orang melayu akan hilang kuasa, akan jadilah orang melayu macam bumi Palestin dan orang melayu di Singapura. Anwar Ibrahim cuma mahu menjadi Perdana Menteri ia tidak peduli apa yang terjadi kepada orang melayu.Yang penting beliau akan menjadi Perdana Menteri dan menteri terdiri dari kalangan ahli DAP dan PKR.

Monday, December 7, 2009

MCA PERLU PULIHKAN PARTI DENGAN SEGERA



KUALA TERENGGANU: Datuk Seri Najib Razak semalam menasihatkan MCA untuk tidak memanjangkan lagi krisis dalamannya dengan segera mengadakan Mesyuarat Agung dan pemilihan parti yang baru supaya Barisan Nasional (BN) dapat mengorak langkah ke hadapan. Perdana Menteri berkata, beliau tidak akan menetapkan tarikh untuk pemilihan akhir itu tetapi meminta pemimpin MCA mengambil kira semangat BN iaitu tidak berkeras atas pendirian masing-masing sebaliknya mencari kata sepakat yang boleh diterima semua pihak. Beliau berkata demikian selepas menyampaikan bantuan ehsan pendahuluan RM300 kepada 363 keluarga mangsa banjir daerah Kuala Terengganu yang ditempatkan di pusat pemindahan, Sekolah Kebangsaan Kompleks, Gong Badak, di sini, semalam.
MCA baru-baru ini menubuhkan sebuah jawatankuasa untuk membincangkan bila AGM akan diadakan selepas mesyuarat yang ditetapkan pada 4 dan 5 Disember lalu dibatalkan. Kumpulan diketuai Naib Presiden, Datuk Seri Liow Tiong Lai mahu AGM dan pemilihan semula diadakan dalam tempoh 60 hari dari tarikh itu, manakala kumpulan Presiden, Datuk Seri Ong Tee Keat mahu AGM dilanjutkan hingga Mac tahun depan.


Ia adalah perlu bagi mempastikan BN kuat dan bersatu. Jika ia terlalu lama untuk diselesaikan ia akan melemahkan MCA dan BN itu sendiri. Dengan pemilihan itu akan dapat memulihkan semula MCA supaya ia kuat dan dapat diterima semula oleh kaum Cina.

Thursday, December 3, 2009

2,929 MISKIN TEGAR BANDAR TERIMA RM 29.2 JUTA

KUALA LUMPUR 2 Dis. - Seramai 2,929 ketua isi rumah miskin tegar di bandar didaftarkan untuk menerima Amanah Saham Wawasan (ASW) bernilai RM29.2 juta.
Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Lajim Ukin berkata, jumlah pengagihan sebanyak 10,000 unit ASW setiap seorang itu adalah sehingga 30 September lalu.


Katanya, di Melaka, terdapat 42 penerima dengan jumlah pelaburan RM420,000; Johor 149 orang (RM1.16 juta), Pahang 88 orang (RM880,000), Negeri Sembilan 24 orang (RM240,000), Kedah 13 orang (RM130,000) dan Pulau Pinang 60 orang (RM600,000).
Di Perlis pula katanya ada seramai 61 orang menerimanya dengan jumlah pelaburan RM610,000, Wilayah Persekutuan Labuan 34 orang (RM340,000), Selangor 114 orang (RM1.14 juta), Terengganu 477 orang (RM4.77 juta), Kelantan 114 orang (RM1.14 juta), Sarawak 480 orang (RM4.8 juta) dan Sabah 1,148 orang (RM11.48 juta).
"Di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pula seramai 102 orang didaftarkan dan buku pelaburan mereka akan diserahkan pada majlis pelancaran program berkenaan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak nanti," katanya yang menjawab soalan lisan Mohd. Firdaus Jaafar (Pas-Jerai) di Dewan Rakyat hari ini.
Menjawab soalan tambahan Mohd. Firdaus mengenai kriteria kelayakan penerima unit ASW secara percuma itu, Lajim berkata, mereka ialah yang telah mendaftar dengan portal data e-Kasih Jabatan Perdana Menteri (JPM).


Syarat-syarat lain pula, katanya, ialah golongan yang tidak pernah menerima apa-apa saham daripada kerajaan, tidak mempunyai simpanan RM1,000 dalam akaun dan tidak muflis.
"Bantuan ini adalah menyeluruh dan bukannya untuk penyokong kerajaan sahaja kerana bagi kerajaan orang miskin wajib dibantu," katanya.


Itu adalah tanggungjawab kerajaan BN dalam membantu rakyat di dalam negara ini.
Bukan tinggal janji dalam pilihanraya sahaja seperti yang dijanjikan oleh parti Keadilan Rakyat. Semasa dalam pilihanraya berbagai janji yang ditaburkan tetapi tidak ada apa yang ditunaikan oleh PKR, terutama dalam membantu golongan rakyat miskin.

Wednesday, December 2, 2009

DAP PERAK MOHON MAAF ISU PIJAK GAMBAR ADUN

KUALA LUMPUR: Akibat dikecam pelbagai pihak, DAP Perak hari ini memohon maaf kepada rakyat Malaysia yang tersinggung dengan perbuatan beberapa pemimpin parti itu memijak poster wajah tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bebas Perak, Ahad lalu. Sambil mengakui perbuatan itu satu kesalahan, Setiausaha DAP Perak, Nga Kor Ming berharap isu berkenaan akan dapat diselesaikan secepat mungkin. Bercakap kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini, Nga yang juga Ahli Parlimen Taiping, berkata parti itu bagaimanapun tidak akan mengambil tindakan terhadap tiga anggotanya yang meletakkan poster itu di pintu masuk ke konvensyen parti itu.

Pada konvensyen DAP Perak Ahad lalu, poster yang memaparkan wajah Hee Yit Fong (Jelapang), Jamaluddin Mohd Radzi (Behrang) dan Mohd Osman Jailu (Changkat Jering) diletakkan di pintu masuk bertujuan agar perwakilan yang menghadiri konvensyen itu memijak gambar mereka. Hee sebelum ini adalah daripada DAP manakala Jamaluddin dan Mohd Osman adalah daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR). - Bernama

Akibat meletakkan gambar dipintu masuk dan memijakkan gambar tiga pemimpin yang keluar dari Pakatan Rakyat, perbuatan itu itu kurang ajar dan tidak boleh di maafkan. Adakah orang melayu sanggup mengikut telunjuk DAP yang biadap dan kurang ajar tersebut.Budaya orang Malaysia tidaklah seperti itu.
Perbuatan itu adakah boleh selesai dengan meminta maaf.

Tuesday, December 1, 2009

BIARLAH NIK AZIZ SEDAR SENDIRI


PORT OF SPAIN 30 Nov. – Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan beliau tidak akan meminta Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menarik balik kenyataan atau memohon maaf selepas mahu berdoa supaya Allah memusnahkan masa depan Perdana Menteri jika tidak memberi royalti minyak kepada negeri itu.

Perdana Menteri berharap Mursyidul Am Pas itu sedar sendiri dengan tindakannya itu kerana ramai umat Islam merasakan kenyataan tersebut adalah keterlaluan dan tidak melambangkan semangat keislaman yang dituntut agama.

“Apa pun kita perlu berbincang untuk mencari penyelesaian dan bukan cari pergaduhan. Berbalah sesama sendiri terkutuk dalam Islam, malah untuk kita mengutuk orang lain pun tidak dibolehkan oleh Islam,” katanya kepada wartawan Malaysia pada hari terakhir Mesyuarat Ketua-Ketua Kerajaan Komanwel (CHOGM 2009) di sini hari ini. – utusan

Itulah seorang pemimpin Nik Aziz Nik Mat, yang diagong-agong oleh ahli Pas yang cenderong mendoakan dan boleh menjahanamkan seorang. Adakah cara ini diajar oleh Islam. Fikirlah sendiri mana yang baik dan mana yang buruk.

ANWAR GAGAL DALAM PERMOHONAN GUGUR TUDUHAN KES LIWAT



KUALA LUMPUR 1 Dis. – Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini gagal dalam permohonannya untuk menggugurkan pertuduhan liwat terhadap bekas pembantunya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan.
Mahkamah menetapkan perbicaraan kes liwat Anwar selama sebulan mulai 25 Januari tahun depan.
Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah menetapkan tarikh itu setelah menolak permohonan Anwar dengan alasan laporan perubatan dalam kes itu tidak boleh dijadikan asas untuk mahkamah membatalkan pertuduhan - Utusan


Berbagai alasan dan dalih untuk mengugurkan kes liwat beliau. Biarlah mahkamah menentukan perkara ini betul atau tidak. Apa nak ditakutkan jika betul-betul tidak melakukan perkara terkutuk tersebut. Jika melakukan Allah akan menjahanamkan beliau pula. Orang islam mesti mengikut ajaran yang sebenarnya.

TINDAKAN YANG MELAMPAU

Tindakan beberapa pemimpin DAP memijak poster tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bebas Perak, ketika menghadiri konvensyen parti itu di Ipoh kelmarin sememangnya tidak boleh dimaafkan.
Perbuatan yang tidak masuk akal dan melampaui batas kesusilaan itu jelas menggambarkan betapa pemimpin pembangkang termasuk yang bertaraf Ketua Menteri tidak menghormati sensitiviti rakyat negara ini.


Ternyata pemimpin pembangkang tidak boleh menerima hakikat ketiga-tiga ADUN itu sanggup keluar meninggalkan pakatan pembangkang sehingga tergamak memijak poster Hee Yit Fong (Jelapang), Kapten (B) Mohd. Osman Jailu (Cangkat Jering) dan Jamaluddin Mohd. Radzi (Behrang).

Itulah sikap DAP yang biadap dan budaya kurang agar. Adakah orang melayu boleh berfikir jika cara ini di amalkan negara akan hancor dan kaum-kaum dalam negara boleh bergaduh di sebabkan oleh cara tersebut.

Friday, November 20, 2009

PAHANG BERHAK TUNTUT ROYALTI MINYAK

KUANTAN - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Padang Tengku, Datuk Abdul Rahman Mohamad meminta Kerajaan Pahang menuntut royalti minyak daripada Kerajaan Persekutuan kerana hasil minyak yang digali di perairan Terengganu mungkin dari kawasan negeri itu.

Abdul Rahman ketika membahaskan Bajet Kerajaan Negeri Pahang 2010 berkata, satu syarikat konsultan perlu dilantik bagi mengkaji perkara itu dalam usaha meningkatkan pendapatan baru Kerajaan Negeri yang sudah 12 tahun mengalami bajet defisit. “Terengganu diberi royalti minyak, Kelantan juga diberi peruntukan ihsan, kenapa Pahang tidak diberi, Pahang juga berhak,” katanya pada Persidangan Ketiga Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri Pahang ke-12 di sini, semalam. Abdul Rahman berkata, kebanyakan pelantar cari gali minyak di Terengganu bersempadan dengan Pahang dan tidak mustahil minyak yang digali itu disedut dari kawasan perairan Pahang.

Sekiranya kita layak kita berhak menuntut royilti minyak itu dari kerajaan pusat demi membangunkan Negeri Pahang yang disayangi.

KERAJAAN KENAL PASTI TAPAK SELUAS 480 HEKTAR MAHU DIJADIKAN INDUSTERI PERTAHANAN



KUALA LUMPUR 19 Nov. - Malaysia bakal menjadi pusat atau hab industri pertahanan bagi pasaran tempatan serta rantau ASEAN apabila kerajaan mengenal pasti tapak seluas 480 hektar di Sungkai, Perak untuk dimajukan.
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi (gambar) berkata, bagi tujuan itu syarikat-syarikat tempatan yang berpotensi tinggi telah diminta mengorak langkah untuk mengadakan kerjasama dengan negara luar khususnya dari negara ASEAN.

''Sudah sampai masanya kerjasama di kalangan negara ASEAN untuk kita keluarkan barangan dan peralatan di rantau ini sekali gus mengurangkan kebergantungan kepada pembelian dari luar negara.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Saifuddin Nasution Ismail (PKR-Machang) yang menyelar tindakan kerajaan kerana tidak menggunakan jaket kalis peluru yang dihasilkan oleh syarikat tempatan. Ahmad Zahid ketika menjelas isu itu berkata, semua anggota tentera negara ini menggunakan jaket kalis peluru hasil buatan syarikat tempatan.
Ahmad Zahid berkata, negara berkecimpung dalam industri pertahanan negara sejak 1970-an.
Antara syarikat tempatan yang berpotensi menjayakan matlamat berkenaan termasuklah Composites Technology Research Malaysia Sdn. Bhd. dalam pembuatan komponen komposit, Airod Sdn. Bhd. (penyelenggaraan pesawat), SME Ordnance Sdn. Bhd. (pembuatan senjata dan bahan letupan) dan DRB Hicom Defence Technologies Sdn. Bhd. (pembuatan kenderaan tentera).


Ini adalah satu langkah yang bijak dan baik bagi memajukan negara ke arah membangunkan industeri pertahanan yang dibuat dan dibekalkan di dalam negara Asen. Ini menunjukkan Malaysia mampu setanding membangunkan industeri pertahanan setanding negara maju.

SOAL SAKSI WAKTU PEJABAT - SPRM

KUALA LUMPUR 19 Nov. – Berkuat kuasa hari ini, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak boleh lagi menyoal siasat saksi selepas waktu pejabat seperti diamalkan sebelum ini.
Hakim Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas), Mohamad Ariff Md. Yusof dalam penghakiman bersejarah itu berkata, tindakan menahan seorang saksi untuk disoal siasat menjangkaui waktu pejabat adalah satu penahanan secara salah di sisi undang-undang.
Pada hemat hakim itu, peruntukan menyoal siasat saksi ‘sehari-ke-sehari’ seperti tertera dalam Seksyen 30(3)(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah 2009 tidak bermakna SPRM boleh melakukannya secara berterusan selama 24 jam.
Seksyen itu hanya menyatakan seseorang yang diarahkan oleh SPRM, hendaklah terus hadir membantu siasatan ‘sehari-ke-sehari’ seperti diarahkan.
Hakim Mohamad Ariff menegaskan, oleh kerana tafsiran ‘sehari-ke-sehari’ tidak dinyatakan secara jelas, maka mahkamah tidak boleh memberikan tafsiran secara literal atau mengandaikan ia membawa maksud 24 jam kerana ia boleh mendatangkan kesan terhadap kebebasan seseorang.
Menurut hakim itu, mahkamah juga perlu berhati-hati memberikan tafsiran berhubung perkara yang menyentuh kebebasan seseorang individu.
Lantaran tiadanya tafsiran tersebut, mahkamah merujuk kepada kamus Oxford berhubung definisi ‘sehari-ke-sehari’, kata Hakim Mohamad Ariff.
Berdasarkan kamus tersebut, beliau menyatakan frasa ‘sehari-ke-sehari’ membawa maksud daily basis (asas harian).
Beliau memutuskan demikian ketika membenarkan semakan kehakiman oleh Tan Boon Wah bagi mendapatkan perisytiharan bahawa SPRM hanya boleh menyoal siasat saksi dalam tempoh waktu pejabat antara pukul 8.30 pagi hingga 5.30 petang dan bukannya selepas tempoh itu.
Hakim Mohamad Ariff turut membenarkan tuntutan ganti rugi oleh plaintif dengan jumlah yang ditaksirkan kemudian selain defendan diperintah membayar kos.
Boon Wah, 39, menamakan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Ahmad Said Hamdan, Mohammad Hassan Zulkifli selaku Penolong Penguasa SPRM Selangor dan SPRM sebagai responden pertama hingga ketiga.
Dalam afidavit sokongannya, Boon Wah menyatakan, dia dikehendaki hadir di Ibu Pejabat SPRM Selangor di Shah Alam pada pukul 8.45 malam, 15 Julai lalu sebagai saksi bagi membantu siasatan pembelian bendera Malaysia sempena sambutan Hari Kemerdekaan tahun lalu.
Menurutnya, setelah disoal oleh pegawai-pegawai SPRM, dia hanya dilepaskan pada pukul 1.35 tengah hari keesokan harinya.
Akibat tindakan ejen-ejen defendan itu, dia mendakwa mengalami kerosakan akibat ditahan di luar kemahuannya di dalam premis SPRM di luar masa yang dibenarkan oleh undang-undang pada 15 dan 16 Julai lalu.
Ketika ditemui di luar mahkamah, Karpal memberitahu, keputusan hari ini bukan sahaja mengikat SPRM tetapi juga memberikan kesan kepada penyiasatan polis.
“Saya berharap mereka yang pernah disiasat oleh SPRM selepas waktu pejabat menyaman suruhanjaya itu,” katanya.


Adalah diharapkan SPRM akan mematuhi undang-undang tersebut kerana semua yang ditahan itu cuma dituduh dan bukan didapati bersalah. Banyak kes ditahan sampai besok sehari suntuk di tahan SPRM tetapi baru dituduh atau dilapurkan mereka yang sakit hati kepada beliau, ia akan terjerat dalam kes tersebut. Dalam keadaan tersebut mereka akan menghadapi tekanan dan apabila berdepan dengan masyarakat semuanya gara-gara disiasat oleh SPRM sahaja, tuduhan bersalam belum tahu lagi atau tindakan undang-undang belum tentu lagi.

Thursday, November 19, 2009

PEMULIHAN EKONOMI MALAYSIA BERADA DI lANDASAN BETUL

PUTRAJAYA 18 Nov. - Unjuran pertumbuhan ekonomi Malaysia yang lebih baik pada tahun depan oleh Bank Dunia menunjukkan usaha kerajaan untuk memulihkan ekonomi negara berada pada landasan betul.
Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah (gambar) percaya Bank Dunia mempunyai andaian sendiri untuk meletakkan pertumbuhan ekonomi negara pada kadar lebih positif berbanding apa yang kerajaan jangkakan.


''Saya percaya ini disebabkan pemulihan ekonomi yang mula nampak di merata rantau di seluruh dunia dan berasaskan itu andaian mereka lebih positif berbanding andaian kita," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Kementerian Kewangan 2008 di sini hari ini.
Seramai 180 kakitangan Kementerian Kewangan menerima anugerah tahunan tersebut.


Bank Dunia mengunjurkan pertumbuhan ekonomi Malaysia lebih baik pada tahun depan berikutan usaha pemulihan aktif yang dilakukan kerajaan.
Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) diramalkan meningkat kepada 4.1 peratus tahun depan berbanding -2.3 peratus tahun ini.
Bank Dunia juga telah meramalkan bahawa ekonomi Malaysia, yang mula menunjukkan tanda-tanda pemulihan dari kesan kemelesetan ekonomi, akan kembali kepada potensi kadar pertumbuhan puratanya sebanyak 6.0 peratus menjelang 2012.

Ini menunjukkan pemimpin negara di bawah kepimpinan Dato' Seri Najib mampu membawa keluar negara dari krisis ekonomi negara yang kepada yang lebih baik.

PERLANTIKAN ANWAR IBRAHIM SEBAGAI PENASIHAT KERAJAAN SELANGOR TANDA KELEMAHAN KERAJAAN PKR

SHAH ALAM – Pelantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Penasihat Ekonomi Negeri Selangor membuktikan kerajaan Pakatan Rakyat (PR) di negeri itu semakin lemah, kata bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamad Khir Toyo, semalam.

“Rakyat semakin kurang percaya dengan pentadbiran Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang lemah dan mereka membawa masuk Penasihat Parti Keadilan rakyat (PKR) itu serta menggunakan pengalamannya yang ada terutamanya semasa berada di dalam Kerajaan Pusat dahulu. Anwar mungkin bukan setakat penasihat ekonomi tetapi menasihati Abdul Khalid dalam urusan pentadbiran negeri," katanya. Beliau berkata demikian mengenai pelantikan Anwar sebagai Penasihat Ekonomi kerajaan negeri berkuat kuasa serta-merta pada 13 November lalu dengan bayaran gaji RM1.

Itu adalah tanda kelemahan Kerajaan Selangor dibawah Pakatan Rakyat. Ianya gagal membawa perubahan kepada rakyat dalam membantu rakyat miskin di Negari Selangor. Banyak perkara gagal diselesaikan seperti kes Kuil di Sekyen 23 Shah Alam, isu penjualan arak kepada orang awam, isu air dengan syabas dan banyak lagi perkara yang gagal diselesaikan oleh Dato' Seri Abdul Khalid Ibrahim gagal membawa kebaikan kepada kerajaan Negeri Selangor.

KRISIS DALAM MCA SEMAKIN KUSUT

Krisis dalaman MCA semakin kusut apabila mesyuarat Jawatankuasa Pusat (CC) parti itu semalam mengumumkan keputusan drastik termasuk menolak mesyuarat agung luar biasa (EGM) 28 November ini.

Mesyuarat juga melucutkan keanggotaan Ketua Pemuda, Datuk Dr. Wee Ka Siong dan Ketua Wanita, Datin Paduka Chew Mei Fun serta tujuh lagi dalam Lembaga Presiden.
Naib Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai yang tetap mahu ahli-ahli MCA menghadiri EGM tersebut menyifatkan keputusan CC sebagai operasi pancung sejak mesyuarat 3 November lalu.
Ka Siong berkata, muslihat di sebalik pelan perpaduan itu kini jelas iaitu Presiden mahu membina kumpulan yang mematuhi arahannya.

Sepatutnya Dato' Seri Najib selaku Pengerusi BN bertanggungjawab dalam menyelesaikan masalah dalaman MCA yang semakin bercaru. Jika ini berterusan ia akan mengagalkan atau menguatkan MCA dalam Barisan Nasional. Oleh itu adalah diharapkan pandangan Dato' Seri Najib perlu dalam menyelesaikan masalah dalaman MCA tersebut.



Wednesday, November 18, 2009

ISU WANG IHSAN KELANTAN KECUH DI DEWAN RAKYAT

DEWAN Rakyat kecoh, semalam apabila berlaku pertikaman lidah membabitkan beberapa pemimpin pembangkang dengan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz ketika beliau memberi penjelasan berhubung pemberian wang ihsan kepada Kelantan dan bukannya royalti seperti dituntut.

Ahli Parlimen Kubang Kerian, Salahuddin Ayub yang mendakwa Nazri cuba memutarbelitkan fakta berhubung isu itu mencabarnya untuk berdebat mengenai perkara berkenaan di luar dewan sama ada di Kuala Lumpur atau di Kota Bharu.
Nazri yang menerima cabaran itu dan sanggup berdebat walaupun diadakan di markas Pas, memaklumkan fakta dibentangkannya mengikut peruntukan undang-undang. Beliau berkata, Akta Kemajuan Petroleum (PDA) 1974 bersama perjanjian antara Petronas dengan kerajaan negeri hanya memperuntukkan bayaran tunai bagi petroleum dicarigali dan diusaha hasil dalam sempadan negeri. Katanya, berasaskan tarif sempadan negeri itu, tiada petroleum diusahakan di perairan Kelantan, sekali gus tiada asas perundangan bayaran royalti petroleum kepada negeri itu.


"Mengikut Ordinan Kuasa-kuasa Perlu Darurat 1969 (no 7), perairan sesebuah negeri ditakrifkan kawasan yang terletak tidak melebihi tiga batu nautika diukur dari tikas air surut dan ketika ini, medan minyak dan gas di perairan Malaysia yang mengeluarkan hasil adalah di luar tiga batu nautika atau di luar kawasan perairan negeri," katanya ketika menggulung perbahasan di Dewan Rakyat. Bagaimanapun jawapan itu dibantah Salahuddin, Lim Kit Siang (DAP-Ipoh Timur), Saifuddin Nasution Ismail (PKR-Machang), Dr Dzulkefly Ahmad (Pas-Kuala Selangor), Mohd Yusmadi Mohd Yusoff (PKR-Balik Pulau) dan Khalid Abdul Samad (Pas-Shah Alam). Mereka mendakwa mengikut PDA, setiap negeri layak mendapat lima peratus daripada nilai petroleum yang ditemui di dalam atau di luar perairan negeri masing-masing.

Itulah sikap pemimpin pembangkang cuma mencari publisiti dan menampakkan perjuangan mereka untuk negeri Kelantan kerana kerusi yang beliau menang dari Kelantan.. Itu sahaja yang boleh dilakukan oleh mereka. Memohon wang dari kerajaan pusat sedangkan mencari sumber lain tidak tahu, kata mereka itu hak mereka. Perkara ini rakyat sudah muak dengan gelagat pemimpin pembangkang.

PERDANA MENTERI MINUM BERSAMA ANWAR IBRAHIM

PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semalam meluangkan masa bertemu ahli-ahli Parlimen termasuk daripada parti pembangkang.
Keterbukaan Najib terserlah apabila beliau minum serta berbual dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim biar pun Ketua Pembangkang dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) pimpinannya banyak melakukan serangan peribadi dan tohmahan terhadap Perdana Menteri.
Pertemuan dalam suasana mesra itu turut menarik perhatian ahli-ahli Parlimen yang lain


Perdana Menteri masih boleh bersama Anwar Ibrahim minnum bersama ketika persidangan Parlimen berhenti rehat. Ini menunjukkaan sikap beliau masih boleh bersama walaupun sikap Anwar Ibrahim banyak menyerang peribadi beliau.

Tuesday, November 17, 2009

PAKATAN RAKYAT TELAH RETAK

SHAH ALAM – Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mustaffa Kamil Ayub, menafikan bahawa pakatan pembangkang menghadapi krisis. Katanya, situasi semasa dalam PR mampu diselesaikan melalui perbincangan. “Biasalah tu, semua pihak mahu bagi pandangan demi kebaikan parti, tetapi keputusan yang dicapai berdasarkan keputusan bersama dan mahu atau tidak, mesti terima. “Sehingga sekarang ahli parti gabungan (PKR, Pas, DAP) tidak pernah tidak bersetuju dengan keputusan dibuat, tidak timbul soal ada ahli yang memberontak kerana keputusan yang kita buat melalui proses demokrasi,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian semalam.

Dalam pada itu, Mustaffa Kamil berkata, pengisytiharan ‘perang’ Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak semalam, bukanlah bermakna ‘perang menggunakan senapang’. “Maksud Ahli Parlimen Permatang Pauh itu adalah perang politik iaitu perang melalui kata-kata. Bila kita dapat kesan ada wujud isu-isu bercanggah, kita akan bangkit, misalnya ada unsur penyelewengan dalam parti kerajaan, kita akan selongkar dan buktikan benda itu benar. Itulah yang dimaksudkan perang kata-kata. “Tetapi masih banyak lagi maksud ‘perang’ yang dikatakan Anwar itu, kita tunggu dan lihat saja,” katanya.

Pengerusi BN pada beberapa siri lawatannya ke Selangor sebelum ini mengajak pemimpin BN bersatu dan berusaha mulai sekarang untuk merampas kembali negeri Selangor daripada pembangkang. Anwar yang juga Ketua Pembangkang berkata, serangan untuk merampas Selangor dapat dilihat daripada beberapa isu yang cuba ditimbulkan untuk melemahkan kepemimpinan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang juga Pengerusi PKR negeri itu.

Itulah sikap PKR yang dilihat gagal membawa pembaharuan di Negeri yang diperintah oleh pembangkang. Mereka cuma menyalahkan kerajaan Pusat tidak menyalurkan peruntukan kepada mereka. Carilah sumber kewangan sendiri dalam
membantu rakyat dinegeri yang diperintah oleh pembangkang dengan janji negeri kebajikan seperti di war-warkan selama pilihanraya ke dua belas lalu. Ia hanya tinggal janji yang gagal ditunaikan.Apa yang dibanggakan oleh PKR yang manis mulut dalam membantu di negeri yang diperintah oleh mereka.Kepimpinan Dato' Seri Najib dilihat sebagai dapat diterima oleh semua golongan rakyat di bawah konsep 1 Malaysia.

UMNO TETAP KEMUKAKAN RAYUAN DI MAHKAMAH ISU KEKOSONGAN DUN KOTA SIPUTEH

KUALA LUMPUR 16 Nov. – UMNO akan mengemukakan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi di sini hari ini yang mengisytiharkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Siputeh di Kedah, kosong.
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Shafie Apdal berkata, rayuan akan dibuat secepat mungkin berdasarkan keputusan awal Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebelum ini bahawa kerusi itu masih disandang Datuk Abu Hassan Sarif.


Katanya, beliau sudah memaklumkan kepada peguam yang mewakili Abu Hassan, Datuk Mohd. Hafarizam Harun mengenai hasrat itu dan perbincangan lanjut akan diadakan sebelum rayuan dibuat.
“UMNO hormati keputusan mahkamah itu. Namun, kami tetap akan buat rayuan berasaskan kepada keputusan SPR sebelum ini yang menetapkan kerusi itu masih milik Abu Hassan.
“Apa pun, UMNO tetap bersedia menghadapi segala kemungkinan dan akan menerima apa juga keputusan selepas ini,” katanya
.


Keputusan Mahkamah Tinggi itu yang mengistifarkan Dun Kota Seputin, Kedah kosong adalah keputusan mahkamah. UMNO berhak mengemukakan rayuan di mahkamah. Apa jua keputusan semua pihak seharusnya terima dengan baik.

Friday, November 13, 2009

EKONOMI NEGARA DIJANGKA TUMBUH POSITIF TAHUN HADAPAN

KUALA LUMPUR - Ekonomi negara diunjurkan kembali pulih dengan jangkaan pertumbuhan positif antara dua dan tiga peratus tahun depan, kata Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussin. Beliau berkata, pertumbuhan ekonomi itu dicapai dengan kedudukan defisit kewangan kerajaan yang dijangka lebih baik, pada paras 5.6 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) berbanding 7.4 peratus tahun ini. “Akaun semasa dijangka terus mencatatkan lebihan yang besar berjumlah RM91 bilion pada 2010,” katanya menjawab soalan Charles Anthony Santiago (DAP-Klang).

Charles bertanyakan mengenai rancangan kerajaan bagi mengatasi kemelesetan ekonomi sekiranya bentuk pemulihan ekonomi dunia bertukar daripada 'U' ke 'W' seperti yang diramal oleh ahli ekonomi. Awang Adek berkata, untuk tahun depan, ekonomi dunia kembali berkembang kukuh pada kadar 3.1 peratus, termasuk perdagangan dunia yang dijangka kembali pulih pada 2.5 peratus berbanding penguncupan 11.9 peratus tahun lepas.

“Sejajar perkembangan ekonomi dan perdagangan dunia yang semakin pulih serta pelaksanaan segera dan berkesan dua Pakej Rangsangan Ekonomi (PRE) serta pelonggaran dasar monetari, KDNK sudah beransur pulih, menyusut pada kadar yang lebih perlahan sebanyak 3.9 peratus dalam tempoh suku kedua 2009 setelah menguncup ketara sebanyak negatif 6.2 peratus dalam tempoh suku pertama. “Bagi keseluruhan tahun 2009, KDNK diunjur negatif 3.0 peratus iaitu lebih baik daripada anggaran awal antara negatif 4 peratus hingga negatif 5 peratus yang diumumkan pada 28 Mei lepas,” katanya. Awang Adek berkata, Bajet 2010 yang dibentangkan baru-baru ini, berupaya mencergaskan ekonomi negara serta menjadi asas kepada pembentukan model ekonomi baru. - Bernama

Ia menampakkan pemilihan ekonomi negara. Sebagai rakyat Malaysia seharusnya bersama-sama membantu memulihkan ekonomi dan menyokong saranan supaya negara terus maju di bawah konsep 1 Malaysia.

LIM GUAN ENG TERUS DIDESAK

BALIK PULAU 12 Nov. - Ketua Menteri, Lim Guan Eng terus didesak memberi penjelasan berhubung status pemilikan tanah Lot 408 bersebelahan Hotel Eastern & Oriental di Georgetown yang didakwa telah ditukar oleh kerajaan negeri.
Pergerakan Pemuda UMNO Pulau Pinang yang melahirkan rasa kecewa di atas perkara itu menggesa Guan Eng memberitahu perkara sebenar dan meletakkan jawatan sebagai Ketua Menteri sekiranya wujud penipuan dalam soal itu.


Bendaharinya, Aziaan Ariffin berkata, sebagai rakyat Pulau Pinang mereka telah hilang kepercayaan terhadap Ketua Menteri yang kononnya selama ini mengamalkan ketelusan dalam pentadbiran negeri tetapi berbuat sebaliknya.
Menurut beliau, Guan Eng selaku seorang yang sering melaungkan prinsip cekap, akauntabiliti dan telus (CAT) dalam pentadbirannya malah turut mengikut cara Khalifah Umar Abdul Aziz tidak sepatutnya berbohong dalam jawapannya semasa Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN).


''Jika beliau berbohong di dewan yang mulia itu, bermakna rakyat Pulau Pinang juga telah diberi fakta tidak tepat dan tidak benar, dengan kata lain kami sebagai rakyat telah ditipu oleh beliau.
''Adakah begini sikap seorang pemimpin yang mengamalkan ketelusan, ini tidak boleh diterima langsung kerana tidak sepatutnya seorang Ketua Menteri berbohong di dewan yang mulia.
''Apakah motif beliau menyembunyikan kelulusan tersebut daripada pengetahuan rakyat, ini baru satu pembohongan beliau terhadap rakyat yang kita dedahkan, bagaimana pula yang lain-lain," katanya pada sidang akhbar di sini semalam.
Kelmarin, Ketua Pembangkang, Datuk Azhar Ibrahim dan pemimpin parti komponen Barisan Nasional (BN) menggesa Guan Eng memberi penjelasan berhubung status tanah di sebelah Hotel E&O di sini.


Itulah Lim Guang Eng cuma pandai bercakap ketulusan tetapi gagal melaksanakan apa yuang dikata.

TINDAKAN ANWAR SEBOTAJ GAGAL MEMULIHKAN EKONOMI



KUALA LUMPUR 12 Nov. – Strategi Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menyerang kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak boleh dianggap sebagai satu usaha untuk mensabotaj ekonomi negara.
Timbalan Menteri Kewangan, Senator Datuk Dr. Awang Adek Hussain berkata, tindakan mereka itu akan menyebabkan keyakinan pelabur terhadap kestabilan politik dan ekonomi negara terhakis.
Sedangkan kata beliau, kerajaan telah bertindak pantas untuk menangani masalah ekonomi global dengan memperkenalkan pakej rangsangan ekonomi, meliberalisasi pelbagai sektor dan menyatukan rakyat melalui gagasan 1Malaysia.
“Semua ini untuk memulihkan ekonomi negara supaya rakyat kembali mendapat pekerjaan yang sewajarnya untuk mereka menyara hidup keluarga dan anak-anak yang masih di bangku sekolah.


“Namun apabila wujud usaha yang digerakkan Anwar dan sekutunya untuk menyerang kepimpinan Perdana Menteri dan kerajaan, sudah tentu ia akan menyebabkan keyakinan pelabur terhakis dan mereka tidak akan menanam modal di negara kita,” katanya kepada Utusan Malaysia di Parlimen hari ini.
Beliau mengulas kenyataan Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin mengenai keputusan mesyuarat Majlis Tertinggi PKR yang dipengerusikan Anwar awal minggu ini.
Menurut Zulkifli, pada mesyuarat tersebut Anwar menasihati ahli-ahli mengenai strategi baru untuk melancarkan serangan peribadi terhadap Perdana Menteri.
Mengenai imej negara dari sudut ekonomi, Awang Adek berkata, pelbagai tindak tanduk pembangkang sejak Pilihan Raya Umum Ke-12 menyebabkan sebuah akhbar di Jerman baru-baru ini melabelkan Malaysia sebagai mempunyai masalah yang sama dengan Thailand.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau berkata, perancangan Anwar itu mungkin disebabkan beliau kini berada dalam situasi ‘buku bertemu ruas’ dengan gandingan Najib dan Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Katanya, walaupun pada mulanya rakyat mempunyai rasa sangsi dengan pelbagai pembaharuan yang dibuat oleh kerajaan, mereka kini mula merasakan angin perubahan yang sedang berlaku.


Itulah cara yang boleh dilakukan oleh Anwar dan kuncu-kuncunya serta mengalihkan pandangan tentang kes liwat dari pengetahuan orangramai. Sebenar sekarang rakyat dah bijak lakuan Anwar dan pemimpin Pakatan Rakyat. Ceramah Pakatan Rakyat sudah tidak dihadiri orangramai cuma dihadiri oleh penyokongnya sahaja.Pas telah hilang kepercayaan kerana tidak memperjuang Islam sebenarnya cuma mengikut telunjuk PKR dan DAP.

Thursday, November 12, 2009

ANWAR MULA TERCABAR DAN PKR



SEREMBAN 11 Nov. – Langkah Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim menggerakkan strategi menyerang kepimpinan Perdana Menteri, dilihat sebagai percubaan untuk mengalih perhatian daripada pelbagai kemelut peribadi dan parti yang diterajuinya.
Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, Anwar juga sudah mula berasa tercabar dengan gabungan mantap Datuk Seri Najib Tun Razak dan timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin apabila dasar demi dasar yang dilancarkan kerajaan diterima rakyat.
‘‘Kenapa Anwar mahu menyerang Perdana Menteri? Dia sepatutnya tidak lari daripada kenyataan bahawa PKR dan dirinya sedang menghadapi banyak masalah dalaman.
‘‘Dia sendiri pun sedang berhadapan dengan perbicaraan mahkamah dan PKR juga sedang dilanda tsunami kepimpinan. Orang dalam parti itu juga sedang mengkritik kepimpinan Anwar,” tegasnya pada sidang akhbar selepas mesyuarat Exco kerajaan negeri di sini hari ini.
Mohamad berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Nordin tentang mesyuarat Majlis Tertinggi PKR yang dipengerusikan Anwar kelmarin.


Pada mesyuarat itu, menurut Zulkifli, Penasihat PKR itu menasihati ahli-ahli mengenai strategi baru untuk melancarkan serangan peribadi terhadap Perdana Menteri.
Bagi Mohamad, Anwar sengaja mahu mengalihkan pandangan orang ramai terhadap pelbagai isu yang sedang dihadapinya.
“Begitulah yang berlaku setiap kali dia mahu ke mahkamah, ada sahaja perkara yang dibangkitkan supaya orang ramai ‘terleka’ dengan kisahnya,” ujar beliau.
Justeru beliau tidak bersetuju dan berasa meluat dengan tindak-tanduk Anwar yang mahu menyerang Perdana Menteri.
‘‘Saya rasa dia sudah kelam-kabut sebab Najib dan Muhyiddin bergabung dengan baik. Pemimpin negara ini sudah berjaya mengembalikan keyakinan rakyat terhadap dasar kerajaan Barisan Nasional (BN).
Oleh itu gandingan yang matap antara Dato Seri Najib dan Tan Seri Mahyuddin Yassin akan banyak membawa perubahan kepada negara. Rakyat telah menilai dan sedar ke dua gandingan yang mantap ini akan dapat membawa Malaysia ke arah zaman kegemilangan.

HUBUNGAN BEJING-KL MENUJU ERA BARU KATA HU JINTAO, PRESIDEN CHINA

PUTRAJAYA 11 Nov. - Presiden China, Hu Jintao menganggap hubungan dua hala yang progresif sepanjang tempoh lebih tiga dekad dengan Malaysia banyak menyumbang kepada keamanan, kestabilan dan kemakmuran serantau.
Malah, beliau percaya hubungan Kuala Lumpur-Beijing yang berusia 35 tahun kini melangkah ke era baru apabila wujud kesepakatan strategik dalam pelbagai hala.
''Saya amat berbesar hati dapat melakukan lawatan ke Malaysia bertepatan dengan ulang tahun ke-35 hubungan diplomatik antara kedua-dua negara.
''Malaysia merupakan sahabat yang baik dan sepanjang tempoh itu, hubungan antara kedua-dua negara serta rakyatnya semakin matang dan kerjasama dalam pelbagai bidang telah membuktikan hakikat itu," katanya.


Beliau bercakap pada sidang akhbar bersama dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di sini hari ini.
Terdahulu Jintao bersama anggota delegasinya mengadakan rundingan dua hala hampir sejam dengan Perdana Menteri di Bangunan Perdana Putra sini.
Jintao berkata, dalam pertemuan dengan Perdana Menteri, mereka berdua mengadakan perbincangan mendalam mengenai kerjasama perdagangan, pelaburan, pembinaan dan sumber tenaga.
''Ini sebagai langkah menangani kesan krisis ekonomi global bagi menggalakkan kestabilan dan pertumbuhan ekonomi," katanya.


Presiden China itu berkata, kerjasama strategik antara kedua-dua negara amat penting kerana Malaysia merupakan rakan dagang terbesar China di ASEAN dengan jumlah dagangan mencecah RM190.3 bilion.
''Kita bersetuju mengekalkan hubungan di peringkat tertinggi dan akan mengambil langkah berkesan bagi melaksanakan pelan tindakan membabitkan kerjasama strategik itu.
''Kami bersetuju untuk melangkah aktif menuju satu era kerjasama yang baru," katanya.
Selain itu, Jintao berkata, kedua-kedua negara juga sepakat mahu memperkukuhkan kerjasama dalam bidang pendidikan, sains dan teknologi, kebudayaan dan pelancongan.

Dengan hubungan yang baik kedua buah negara akan dapat memulihkan ekonomi Malaysia / China dengan perbincangan menjurus kepada kesefahaman yang baik dan dapat membawa keluar negara dari kegawatan ekonomi.

PKR RISAU GELOMBANG PERUBAHAN DALAM BN


KUALA LUMPUR 11 Nov. - Parti Keadilan Rakyat (PKR) kini goyah berikutan penerimaan sebahagian besar rakyat terhadap dasar-dasar yang dibawa oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Kebimbangan mengenainya dapat dilihat apabila PKR terpaksa menyusun strategi untuk menyerang Perdana Menteri walaupun keadaan parti itu sendiri kucar-kacir.
Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Noh Omar berkata, PKR sudah tiada isu lain untuk diketengahkan dan Penasihatnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim mula goyang dengan perubahan yang dibawa oleh Najib.
"Kepimpinan Perdana Menteri mula diterima malah rakyat sudah mula sedar dan tahu siapa Anwar serta agenda politik PKR yang sebenarnya,'' katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.


Semalam, Majlis Tertinggi PKR bermesyuarat dengan dipengerusikan oleh Anwar bagi membincangkan kaedah dan strategi baru untuk melancarkan serangan ke atas Perdana Menteri.
Noh berkata, tembelang PKR mula pecah sehingga ada kalangan ahli parti itu bertindak keluar parti sekali gus menggambarkan pergolakan dalam parti tersebut.
Beliau berkata, rakyat lebih mengetahui apa yang terjadi dan ia dapat dibuktikan dengan keadaan negeri-negeri di bawah pentadbiran pembangkang yang tidak stabil.


Sementara itu, Ketua Pergerakan Puteri UMNO, Datuk Rosnah Rashid Shirlin berkata, perubahan yang dibawa Perdana Menteri membuka mata rakyat yang selama ini hanyut dalam propaganda PKR.
Menurutnya, rakyat menyedari perkara ini dan mula menyokong Perdana Menteri yang membawa gagasan 1Malaysia demi perpaduan dan kesejahteraan rakyat.
"Agenda PKR hanya mendatangkan kemudaratan dan perpecahan di kalangan orang Melayu dan bukannya keamanan dan kestabilan,'' katanya.


PKR telah dinilai oleh rakyat. Mereka telah tahu temberang yang dibuat oleh Anwar Ibrahim, Azmin Ali dan Azizah. Sudah sampai masa rakyat menolak PKR dan menyokong kepimpinan Dato Seri Najib yang banyak membuka lambaran baru dan memberikan pembelaan kepada rakyat. PKR hanya pandai berjanji tetapi tidak dikotakan janji tersebut. Lawatan Presiden China akan membuka peluang pelabur-pelabur kedua belah pihak mendapatkan ruang-ruang perniagaan ken dua buah negara.

Wednesday, November 11, 2009

BURSA MALAYSIA KEKAL TEGUR

KUALA LUMPUR 10 Nov - Harga saham di Bursa Malaysia mengekalkan aliran meningkatnya pada Selasa dengan indeks petunjuk pasaran naik 0.5 peratus, disokong oleh minat kukuh dalam saham kewangan di tengah-tengah prospek positif bagi pertumbuhan ekonomi negara, kata para peniaga.
Bursa tempatan juga mengambil petunjuk daripada kenaikan di Wall Street semalaman apabila dolar AS merosot dan negara-negara G20 bersetuju mengekalkan usaha pakej rangsangan ekonomi.
Indeks Komposit Kuala Lumpur FTSE Bursa Malaysia (FBM KLCI) naik 6.33 mata untuk ditutup kepada 1,274.08 selepas diniagakan pada paras tertinggi harian 1,277.81. Ia dibuka 5.89 mata lebih tinggi pada 1,273.64 pagi ini.
Indeks FBM Emas naik 33.63 mata kepada 8,505.94, FBM Top 100 meningkat 39.20 mata kepada 8,297.47 manakala FBM 70 menokok 30.63 mata kepada 8,178.89.Bagaimanapun FBM ACE Index, susut 59.56 mata kepada 4,621.80.


Indeks Kewangan melonjak 82.71 mata kepada 10,874.51, Indeks Perusahaan naik 6.84 mata kepada 2,716.59 manakala Indeks Perladangan menokok 13.53 mata kepada 6,211.95.
Kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 358 berbanding 325 manakala 268 kaunter tidak berubah dan 319 yang lain tidak diniagakan. Sejumlah 1.258 bilion saham bernilai RM1.352 bilion bertukar tangan hari ini naik daripada 1.100 bilion saham bernilai 1.179 bilion pada Isnin.
Jumlah dagangan di Pasaran Utama meningkat kepada 1.019 bilion saham bernilai RM1.310 bilion daripada 938.908 juta saham bernilai RM1.138 bilion sebelumnya.
Bagaimanapun, jumlah dagangan di Pasaran ACE turun kepada 102.361 juta saham bernilai RM28.433 juta daripada 113.044 juta saham bernilai RM23.758 juta semalam.
Jumlah dagangan Waran meningkat kepada 20.325 juta unit bernilai RM4.535 juta daripada 16.180 juta unit bernilai RM3.419 juta semalam.


Menerajui kaunter cergas, Talam turun satu sen kepada 11.5 sen, Nam Fatt naik 3.5 sen kepada 33.5 sen, Poh Huat jatuh 6.5 sen kepada 53.5 sen, Multi Sports berkurangan 7.5 sen kepada 61.5 sen manakala KNM Group merosot 1.5 sen kepada 79.5 sen.Panasonic merupakan saham paling untung, naik 40 sen kepada RM12.60, manakala saham paling rugi ialah KFC yang turun 37 sen kepada RM7.33.
Barangan pengguna menyumbang 115.847 juta saham yang diniagakan di Papan Utama, barangan perusahaan 161.051 juta, pembinaan 104.709 juta, perdagangan dan perkhidmatan 296.931 juta, teknologi 54.342 juta, prasarana 21.334 juta, kewangan 41.650 juta, hotel 2.646 juta, hartanah 176.608 juta, perladangan 42.786 juta, perlombongan 12,000, REITs 904,400, dan dana tertutup 39,000. - Bernama


Ini mengambarkan pasaran saham kukuh dan menampakkan peningkatan ekonomi negara bertambah baik. Pemimpin yang pandai menguruskan kewangan negara amat penting dalam membawa negara ke mercu kejayaan.

BAI'AH CERMINKAN SIKAP PAS



KUALA LUMPUR 10 Nov. - Konsep bai'ah dalam Pas mencerminkan sikap sebenar pemimpinnya yang cuba menjadikan Islam sebagai agama yang buruk, suka menekan dan tidak rasional.
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, sikap itu wujud apabila Pas mula mengajar orang ramai tentang perkara-perkara yang tidak munasabah.
"Sebagai contoh, pemimpin Pas menyatakan sesiapa yang tidak mengundi Pas tidak akan masuk syurga.
''Malah sebelum itu, mereka juga boleh mengampunkan dosa seorang wanita sekiranya berani membuat pengakuan telah melakukan kesalahan, tidakkah itu sama seperti agama tertentu yang dengan mudah menjanjikan pengampunan. Itu sudah salah dengan konsep agama Islam,'' katanya.


Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan program ceramah Gender Series Talk on Women's Role in Nation Building anjuran Institut Pengupayaan Wanita NAM (NIEW) di sini hari ini.
Beliau diminta mengulas mengenai pegangan politik Pas pada masa ini ekoran timbulnya isu amalan bai'ah iaitu ikrar taat setia di kalangan pemimpin Pas bahawa akan jatuh talak tiga kepada isteri masing-masing jika mereka keluar parti.
Dr. Mahathir berkata, sejak dulu, beliau menasihati semua parti supaya jangan sesekali mencampuradukkan politik dengan Islam kerana ia akan membawa ke arah perpecahan.
Menurut beliau, bai'ah itu, jelas memperlekehkan wanita Islam yang seharusnya mereka diletakkan di tempat yang tinggi dan dihormati.
''Tetapi bagi ahli-ahli Pas, mereka dengan sewenang-wenangnya 'melepaskan' wanita semata-mata kerana kepentingan politik. Ini memang ada kaitan dengan polisi politik Pas. Saya tidak percaya dengan konsep itu.


Bai'ah yang diamalkan oleh Pas telah menampakkan wanita dijadikan alat bagi kepentingan politik mereka. Mereka menjahanamkan keluarga demi kepentingan sempit Pas, oleh itu seharusnya semua kaum wanita faham jika telah termasuk di dalam golongan ini amat sukar untuk keluar dari bai'ah tersebut.