Wednesday, December 30, 2009

GIMIK POLITIK PAS INGIN TERUS BERKUASA

KUALA LUMPUR 29 Dis. - Kesediaan kerajaan Pas Kelantan untuk meminda UndangUndang Tubuh Negeri bagi memberi peluang kepada bukan Melayu yang beragama Islam menjadi Menteri Besar merupakan gimik politik mereka.
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, tindakan itu dibuat kerana mereka semakin kehilangan pengaruh terutamanya di kalangan kaum Cina.
Katanya, Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat juga dilihat cuba untuk mengalih perhatian permasalahan politik keluarga beliau dengan mewujudkan isu sedemikian.
"Kalau Pas ikhlas, adakah Nik Abdul Aziz telah mempersembahkan isu pindaan itu kepada Sultan Kelantan, Sultan Ismail Petra dan adakah tuanku memperkenankan pindaan itu," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Beliau mengulas kesediaan kerajaan Pas Kelantan meminda Undang-Undang Tubuh Negeri bagi memberi peluang kepada orang bukan Melayu yang beragama Islam menjadi Menteri Besar.
Nik Abdul Aziz berkata, langkah itu selaras dengan dasar Islam yang tidak memandang kaum dalam memilih pemimpin sebaliknya mengutamakan kelayakan dan akhlak seseorang.
Menteri Besar itu menjelaskan, cadangan itu mampu meluaskan penyebaran Islam kepada masyarakat lain kerana bertindak adil kepada semua kaum.
Ahmad Zahid seterusnya mempersoalkan mengapa tidak dipinda undang-undang pemilikan tanah yang tidak mengizinkan rakyat luar Kelantan termasuk orang Melayu untuk memiliki tanah di negeri tersebut.
"Nik Abdul Aziz sengaja menimbulkan isu ini semata-mata mahu menutup masalah yang dihadapi kerajaan Pas Kelantan dan permasalahan politik keluarganya," katanya.Itulah disebabkan PAS ingin terus berkuasa sanggup melakukan apa sahaja demi mencapai cita-cita. Kita amat sayangkan agar kuasa melayu akan terus memtadbir negara ini jangan disebabkan mohon pengaruh politik sanggup melakukan apa sahaja demi mencapai cita-cita Nik Aziz, orang melayu tidak akan setuju cadangan Nik Aziz itu.
Sebab inginkan kuasa, Nik Aziz sanggup melakukan apa sahaja demi mencapai cita-citanya.

No comments:

Post a Comment