Tuesday, December 29, 2009

BN TEKAN DUA PRINSIP UNTUK KEKAL RELEVEN


KUCHING: Barisan Nasional (BN) sebagai tunjang utama kepada kerajaan yang memerintah negara ini perlu berpegang kepada dua prinsip iaitu sentiasa berpandangan jauh ke hadapan dan mengutamakan kehendak serta keperluan rakyat melalui sistem penyampaian yang lebih berkesan, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Beliau berkata, untuk menjadi kerajaan yang lebih baik, BN tidak seharusnya menoleh ke belakang sebaliknya perlu melihat apa yang harus BN buat untuk rakyat hari ini dan pada masa hadapan. "Tidak dinafikan BN banyak sumbangan kepada rakyat sebelum ini, tapi dengan meningkatnya tahap pendidikan rakyat melalui pembangunan prasarana pendidikan yang dibangunkan oleh BN, rakyat mahu melihat apa yang akan kita (BN) buat hari ini dan masa akan datang," katanya pada majlis perasmian Mesyuarat Agung Tritahunan Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) di Dewan Suarah Kuching di sini, hari ini. - Bernama

BN banyak berjasa kepada rakyat Malaysia. Setiap orang dapat menikmati hasil dan nikmat kemerdekaan negara ini. Jangan sebab satu perkara yang tidak puas hati terus meleberkan semua yang dibuat Kerajaan tidak baik. Nilailah keperluan rakyat seperti kemudahan hospital, klinik, sekolah, masjid, surau dan lain-lain keperluan yang dibina oleh kerajaan.

No comments:

Post a Comment