Monday, June 28, 2010

UMNO MAKIN BERUBAH

BUKIT MERTAJAM - UMNO makin berubah dan bersedia mendengar rintihan ahli dan orang luar demi kebaikan atau kelangsungan perjuangannya. Naib Presidennya, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, jika sebelum Pilihan Raya Umum ke-12, ia dianggap terlalu eksklusif termasuk dari segi pemilihan kepimpinan, tetapi kini keadaannya makin berubah bagi memenuhi aspirasi majoriti ahlinya.

“Sebelum ini, pemilihan pemimpin peringkat tertinggi hanya ditentukan segelintir ahli peringkat akar umbi. Dalam pada itu, ada pula pihak tertentu di bahagian yang mengongkong ahli membuat pilihan. “Tetapi pemimpin kita bawa usul meminda perlembagaan dan kita luaskan suara ahli untuk pilih pemimpin. Kalau dulu ia hanya ditentukan oleh 2,600 ahli, tetapi kini diperluaskan kepada 140,000 ahli.

“Ini bermakna orang di luar dewan (perhimpunan agung UMNO) akan tentukan Presiden UMNO serta memastikannya terus menjadi Perdana Menteri,” katanya kepada media selepas merasmikan mesyuarat perwakilan UMNO Bukit Mertajam di sini, semalam.

Pembangkang ada agenda peribadi dan menyerang apa yang sedang kerajaan lakukan. Mereka serang Felda kerana takut sokongan peneroka kepada BN. Begitu juga gagasan 1Malaysia yang kian mendapat sokongan rakyat pelbagai kaum. “Mereka juga serang peribadi Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan saya. Mereka mungkin bimbang ciri-ciri kepimpinan individu ini makin mendapat sokongan rakyat,” katanya. Selain itu, pembangkang mahu mewujudkan keresahan dalam kalangan rakyat dengan menjatuhkan moral pasukan keselamatan, terutama polis dengan alasan tidak tahu menjaga ketenteraman awam.

Dengan kejayaan yang dilakukan oleh UMNO akan memberikan keyakinan kepada rakyat supaya terus menyokong kerajaan. UMNO telah banyak melakukan perubahan dalam membawa UMNO tetap dihati rakyat.Kerja yang dilakukan bukan mudah tetapi perlukan kerja kuat dan mendapatkan kewangan dalam membantu rakyat yang susah dan perlukan bantuan.

TRANSFORMASI TUNTUT KERJASAMA SEMUA ORANG

2010/06/28KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak meminta rakyat Malaysia supaya bersama dengan beliau mencapai sesuatu yang luar biasa dalam usaha melakukan transformasi dan membawa negara ke arah yang lebih cemerlang serta mencapai matlamat lebih tinggi.
Perdana Menteri berkata, beliau mahu rakyat jadi sebahagian daripada perjalanan ke arah transformasi itu sebagai keluarga 1Malaysia dan yakin matlamat itu mampu dicapai dengan sokongan padu.

“Saya mengambil tampuk kepemimpinan untuk menunjukkan saya serius, komited dan berdedikasi. Saya memberi jaminan, sebagai Perdana Menteri anda, saya akan melakukan yang terbaik untuk mengubah Malaysia.“Sudah tentu saya tidak boleh bersendirian dalam perjalanan ini. Saya memerlukan rakan dalam kerajaan, semua yang berada dalam sektor swasta dan kerajaan. Saya memerlukan semua rakyat Malaysia, di mana jua mereka berada untuk bersama-sama saya bagi mencapai sesuatu yang luar biasa,” katanya dalam laman blognya www.1malaysia.com.my.

Itu adalah saranan Perdana Menteri bagi memajukan negara menuju kejayaan yang lebih cemerlang. Sebagai rakyat Malaysia kita seharusnya menyokong saranan Perdana Menteri tersebut supaya matlamat yang dihasrat oleh PM akan tercapai.

Friday, June 25, 2010

MATRIKULASI BAZIRKAN MASA 2 TAHUN UNTUK BELAJAR

2010/06/24MATRIKULASI sebenarnya merugikan orang Melayu lantaran ramai yang menempuh tempoh pengajian selama satu hingga dua tahun yang dianggap sia-sia kerana akhirnya tidak berjaya mendapat tempat dalam kursus yang dikehendaki, sedangkan mereka adalah kumpulan pelajar berpotensi dan cemerlang pada peringkat SPM.”

Itu antara pandangan yang dilontarkan Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Jais Abdul Karim, ketika diminta mengulas mengenai senario kedudukan pelajar matrikulasi terutama membabitkan pelajar Bumiputera.

“Secara perhitungan kasar, pelajar yang gagal peringkat matrikulasi sudah membazirkan masa selama hampir dua tahun, sedangkan jika mereka mengikuti program diploma, dalam masa lima tahun, mereka sudah boleh menyelesaikan pengajian sehingga ke peringkat ijazah. Malah, ada yang boleh mendapat ijazah dalam masa empat tahun. “Berbeza dengan pelajar matrikulasi, kebanyakan mereka terpaksa melalui tempoh pengajian hampir enam tahun untuk memiliki ijazah, sedangkan mereka pelajar cemerlang,” katanya. Presiden Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Malaysia Pahang, Mohd Aedlan Nur Ahmad.


Adakah perkara ini merugikan pelajar atau ia merugikan masa pelajar tersebut menimba ilmu.
Oleh itu sistem matrikulasi sepatutnya boleh diperbaiki dan diubah sepaya pelajar boleh menjimat masa untuk belajar.

ASW 2002 BANDAR BANTU MISKIN TEGAR

2010/06/25KUALA LUMPUR: Seramai 4,976 ketua isi rumah (KIR) miskin tegar dan miskin bandar di seluruh negara menjadi kumpulan pertama menerima saham Amanah Saham Wawasan (ASW) 2020 Bandar yang dilancarkan semalam dengan masing-masing diperuntukkan RM10,000 sebagai wang prinsipal pelaburan.

Program khas ASW 2020 Bandar yang membabitkan RM100 juta peruntukan Unit Perancang Ekonomi (EPU), Jabatan Perdana Menteri itu adalah satu lagi usaha kerajaan mengeluarkan rakyat miskin tegar serta miskin di bandar daripada kepompong kemiskinan ke arah mencapai negara maju dan berpendapatan tinggi.

Semua penerima, termasuk 196 di Wilayah Persekutuan adalah sebahagian daripada 5,466 miskin tegar dan 2,973 miskin di bandar yang berdaftar dengan program e-Kasih Fasa 1 dan Fasa II. Penerima akan menerima dividen serta pulangan lain setiap tahun daripada pelaburan 10,000 unit saham itu sepanjang hayat.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ketika melancarkannya, berkata unit saham itu akan diberikan kepada KIR lain yang layak apabila penerima terbabit meninggal dunia. Saham ini tidak dijadikan harta pusaka kerana mungkin anak mereka sudah menjadi doktor, jurutera atau tidak layak menerima, katanya.


Najib berkata, 50,931 KIR sudah dimasukkan dalam pendaftaran e-Kasih Fasa I dan Fasa II bagi kategori miskin tegar tetapi berkurangan kepada 33,417, manakala bagi kumpulan miskin, berkurangan daripada 68,468 kepada 66,848. Jumlah itu dapat dikurangkan kerana kerajaan tidak mengambil sikap bahawa negara kita adalah negara kebajikan.

Setiap rakyat yang susah perlu dibantu. Mereka hidup dalam keadaan susah perlukan bantuan dari kerajaan. Oleh itu dengan skim ASW 2020 serba sedikit meringan bebanan yang terpaksa ditanggung oleh golongan miskin tersebut.

Wednesday, June 23, 2010

KHAIRY SELAR PENASIHAT PKR PEMBOHONG



SHAH ALAM – Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin menegaskan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim seorang pembohong kerana tidak mendedahkan bukti yang didakwanya UMNO terlibat memberi imbuhan RM2 juta kepada wakil rakyat yang keluar parti.


Menurutnya, cabaran selama 48 jam yang dikemukakan adalah masa yang mencukupi tetapi seperti dijangka Anwar tidak menunjukkan bukti kerana itulah cara politik yang digunakannya. “Tempoh 48 jam sudah berlalu dan tiada bukti maknanya dia sekali lagi bohong rakyat, diharap kita faham inilah politik murahan Anwar,” katanya kepada Sinar Harian, semalam. Jumaat lalu, Khairy memberi tempoh 48 jam kepada Anwar untuk mengeluarkan bukti bahawa wakil rakyat yang keluar dari PR menerima imbuhan sebanyak RM2 juta dan cabaran tersebut berakhir kelmarin.


Itulah cara Anwar Ibrahim bagi mendapat sensasi tetapi apa yang diperkatakan sepatutnya dinyatakan dengan bukti. Ia ingin mendapatkan politik murahan dari orangramai.

Friday, June 18, 2010

SAYA CABAR ANWAR BERSUMPAH, ZAHRIN

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Permatang Pauh, Datuk Seri Anwar Ibrahim disifatkan oleh Konsensus Bebas sebagai seorang ‘kaki penipu’ kerana mengatakan tidak pernah melihat video seks Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Lanjan, Elizabeth Wong.

Ahli Parlimen Bebas dari Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim berkata, pada sesi taklimat di Pejabat Ketua Pembangkang itu, beliau melihat dan mendengar Anwar bercakap mengenainya dan akan mengambil tindakan terhadap Elizabeth. Menurutnya, beliau sanggup bersumpah dan mencabar Anwar bersamanya membuat sumpah di masjid untuk membuktikan siapa bercakap benar.

“Saya tinggalkan Parti Keadilan Rakyat (PKR) kerana keraguan mengatasi keyakinan, kami bertindak kerana kami tidak mahu beliau (Anwar) bercakap sesuka hati beliau. “Dalam kes Eli (Elizabeth), saya hanya memberikan satu contoh pembohongan Anwar, sama juga seperti isu 16 September dahulu dengan menipu wakil-wakil rakyatnya, jadi jika beliau menipu saya tidak terkejut kerana itulah kemahirannya,” katanya pada sidang media di lobi Parlimen semalam.

Itulah cara Anwar bagi mengabuli mata rakyat dengan telatah pembohongan. Ini akan menyebabkan rakyat akan keliru. Sebab itu kalangan penyokong PKR telah hilang kepercayaan kepada beliau sebab pembohongan beliau contoh Datuk Seri Zahrin.

Tuesday, June 15, 2010

SUBSIDI PUNCA NEGARA MUFLIS MENGHIRIS HATI GOLONGAN MISKIN

BaKUALA LUMPUR 14 Jun - Perasaan rakyat khususnya yang berpendapatan rendah begitu terhiris apabila ada pihak mengatakan negara akan muflis jika subsidi diteruskan.
Datuk Mohamad Aziz (BN-Sri Gading) (gambar) berkata, kenyataan tersebut bagaikan mempersalahkan rakyat berpendapatan rendah sedangkan mereka memerlukan subsidi berkenaan untuk meneruskan kehidupan.


Beliau juga tidak percaya pemberian subsidi akan menyebabkan negara muflis pada 2019 sedangkan kerajaan telah sekian lama merancang untuk menjadikan Malaysia sebagai negara maju pada 2020.
"Kita tidak boleh terima kenyataan yang mengatakan negara akan muflis kalau subsidi diteruskan.
"Apakah kenyataan ini tidak menghiris sanubari saudara-mara kita?" soalnya.
Beliau berkata demikian sewaktu membahaskan Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10) di Dewan Rakyat hari ini.

Bagi golongan yang berkemampuan masalah kewangan tidak menjadi masalah kepada mereka.

Golongan miskin dan kakitangan kerajaan amat tertekan jika subsidi ini ditarik balik oleh kerajaan yang menyebabkan kehidupan bertambah susah dibuatnya. Oleh itu kerajaan seharusnya memikirkan golongan yang kurang berkemampuan dalam mengatasi masalah tersebut. Kalau rakyat susah dan kenaikan harga barang yang tinggi menyebabkan rakyat hidup melarat dan susah dibuatnya.Sokongan kepada kerajaan BN dan UMNO akan berkurangan kerana terbeban oleh kos kehidupan dan rakyat akan hidup susah, jika subsidi ini ditarik.

BIMBANG MELAYU JADI MINORITI

KUALA TERENGGANU – Tun Dr Mahathir Mohamad, yang menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun, meluahkan rasa bimbang dengan nasib dan masa depan orang Melayu di negara ini. Menurutnya, orang Melayu kini berada dalam keadaan amat genting dan cemas di negara sendiri sehingga memungkinkan golongan itu menerima nasib sama seperti Melayu Singapura yang menjadi minoriti.

Katanya, keadaan itu berlaku kerana penguasaan Melayu negara ini yang dahulu sebanyak 60 peratus, sekarang semakin mengecil kepada 20 peratus susulan perpecahan politik, iaitu UMNO, Pas dan Parti Keadilan Rakyat (PKR). Menurutnya, tidak mustahil Melayu akan menjadi seperti Melayu Singapura, puak tidak berkuasa meskipun negara itu asalnya milik tanah Melayu jika bertindak tanpa mengikut perhitungan yang waras.

Oleh itu seharusnya setiap rakyat seharusnya berfikir dengan waras demi kepentingan orang melayu yang ada di Malaysia ini. Melayu seharusnya bersatu dan membela nasib bangsa melayu di dalam negara ini. Jika tidak bangsa melayu akan menyesal dan akan disalahkan oleh anak cucu cicit kita nanti.

RAKYAT PUAS HATI KEPIMPINAN DATUK SERI NAJIB

KUALA TERENGGANU – Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) boleh diadakan dalam masa terdekat memandangkan tahap keyakinan dan kepuasan hati rakyat terhadap kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak sudah meningkat kepada 72 peratus, kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Katanya, 72 peratus adalah satu angka baik kerana beliau sendiri mampu mendapat majoriti dua pertiga (pada 1999), meskipun kedudukannya hanya pada tahap 60 peratus. Bagaimanapun, katanya, terpulang kepada kerajaan sama ada hendak adakan PRU-13 pada bila-bila masa bermula sekarang, dengan mengambil kira kaji selidik yang dikeluarkan Merdeka Centre.

“Alhamdulillah (kalau) dia (Najib) ada 72 peratus, tapi ranking agensi itu kita nak kena tahu juga siapa mereka. “Yang saya tahu, semasa saya menang (pada 1999) sehingga dua pertiga kerusi dulu pun, masa itu rating saya cuma 60 peratus. Kalau 72 peratus, boleh menang lebih dua pertiga kerusi. Boleh buat sekaranglah,” katanya selepas berucap pada Program Melayu Bangkit di Stadium Negeri, di sini semalam Beliau diminta mengulas populariti Najib yang sudah meningkat kepada 72 peratus pada bulan lalu, berbanding 69 peratus pada April lalu. Menurut Merdeka Centre, 1,028 rakyat Malaysia dibanci melalui telefon dan hampir separuh atau 47 peratus daripada responden terdiri daripada golongan tidak bekerja. Ketika kajian itu dijalankan, beberapa peristiwa dalam negara turut mempengaruhi keputusan.

Antaranya pilihan raya kecil Sibu, kes Aminulrasyid Amzah yang mati kena tembakan polis, pembatalan perhimpunan 13 Mei yang dianjurkan Gerakan Kebangkitan Rakyat (Gertak) serta pengumuman lesen perjudian bola sepak. Kajian juga menunjukkan 50 peratus responden yakin Najib dapat mencapai sasarannya dalam tempoh dua tahun terhadap inisiatif yang dilakukan beliau, iaitu gagasan 1Malaysia, Pelan Transformasi Kerajaan (GTP) dan Model Baru Ekonomi (MBE). Menyentuh pembentangan Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10), Dr Mahathir berkata, ia sedikit sebanyak menepis tanggapan orang Melayu mengenai kepentingan Melayu diketepikan dalam perancangan MBE.

Ia adalah kajian dari Merdeka Centre. Apakah maklumat yang diperolehi benar tulus atau mencapai tagit yang disasarkan. Jika mencapai sasaran ia adalah langkah terbaik. tetapi kepimpinan negara perlu berfikir sebelum menerima bulat-bulat apa yang dibuat kajian tersebut.

Monday, June 14, 2010

KEROSAKAN JAMBATAN GANTUNG SG TANUM

KUALA LIPIS: Lebih 450 penduduk Kampung Beriang dan Kampung Pamah Aur dekat sini menggadai nyawa setiap hari meniti jambatan gantung usang yang menghubungkan kedua-dua kampung itu sejak lima bulan lalu.
Jambatan gantung yang berusia lebih 30 tahun itu menjadi laluan utama penduduk berulang alik sama ada untuk mencari rezeki, menghantar anak ke sekolah dan aktiviti harian, termasuk ke surau.
Penduduk, Wan Mohd Arif Wan Ahmad, 73, berkata mereka tidak mempunyai pilihan dan terpaksa menyeberangi Sungai Tanum yang menghubungi kedua-dua kampung kerana jambatan gantung itu adalah jalan pintas dan menjimatkan masa."Paling membimbangkan penduduk kampung ialah keselamatan dan nyawa anak-anak kecil dan pelajar yang menyeberangi sungai setiap pagi untuk ke sekolah.“Pelajar sekolah terdedah kepada bahaya kerana tempat pemijak licin dibasahi embun pagi dan mereka boleh tergelincir ke dalam sungai jika tidak berhati-hati,” katanya.

Beliau berkata, jambatan itu mengalami kerosakan kesan daripada banjir yang berlaku awal tahun lalu menyebabkan tempat pejalan kaki tidak dapat digunakan lagi kerana ia senget hampir 90 darjah. Saleh Mamat, 69, berkata, mereka terpaksa memijak jaring penghadang keselamatan yang diperbuat daripada dawai untuk menyeberang dan meniti dengan berhati-hati sambil tangan berpaut pada besi untuk mengelak dan menahan daripada tergelincir."Konkrit yang menjadi penghubung utama di kedua-dua jambatan sepanjang 200 meter dan lebar 1.5 meter itu turut tercabut. "Kami juga bimbang keselamatan nyawa warga emas yang mengadu sakit atau pening kepala ketika menyeberangi jambatan itu yang berayun dan beralun menyebabkan warga emas boleh terjatuh ke dalam sungai," katanya.

Beliau berkata, penduduk kampung dimaklumkan kerajaan akan membina jambatan baru yang dibiayai oleh Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) melalui agensi kementerian itu iaitu Risda dengan perbelanjaan RM250,000."Kami difahamkan urusan tender dan kerja teknikal akan diuruskan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) Daerah Lipis.

Penduduk perlu bersabar dan mengunakan wang kerajaan mesti mengikut peraturan. Dengan krisis yang melanda negara dan peruntukan yang besar diperlukan untuk menyelesaikan masalah rakyat. Kerja telah ditender dan akan dilakukan kerja-kerja membaiki semula jambatan tersebut mengikut syarat yang ditetapkan.

BN PERLU GANTI PENDEKATAN LAPOK


2010/06/14KUALA LUMPUR: Kepemimpinan parti komponen Barisan Nasional (BN) harus melakukan transformasi politik supaya sejajar dengan transformasi kerajaan agar apa yang diusahakan itu akan membuahkan hasil lebih berkesan. Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata parti komponen juga perlu melupakan pendekatan lapuk yang digunakan 30 atau 40 tahun dulu, sebaliknya lebih proaktif, termasuk tidak hanya berjuang untuk kepentingan kaum masing-masing, malah kepentingan semua rakyat negara ini.

“Rakyat hari ini mahu pendekatan baru, mereka tidak mahu pendekatan yang kita gunakan dulu. Mereka mahu parti komponen menyuarakan masalah semua masyarakat dalam negara.
“Masa sudah berubah dan jangkaan rakyat tidak seperti dulu. Mereka mahu lihat keupayaan, bukan hanya dengan cara lama,” katanya ketika merasmikan Konvensyen Parti Progresif Penduduk (PPP) Wilayah Persekutuan 2010 di sini, semalam.


Muhyiddin yang juga Timbalan Pengerusi BN berkata, usaha transformasi kerajaan termasuk Program Transformasi Kerajaan (GTP), Model Baru Ekonomi (MBE) dan perancangan teliti dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMKe-10) mungkin tidak akan mencapai matlamat sekiranya transformasi politik tidak berjalan seiring. Katanya, transformasi politik bukan hanya sebagai persediaan menghadapi pilihan raya umum akan datang, sebaliknya memangkin usaha kerajaan untuk meningkatkan taraf hidup rakyat. “Dalam komponen BN, yang penting adalah mengukuhkan kedudukan parti, fokus kepada menyatupadukan ahli untuk bekerja demi parti dan menyokong kepemimpinan bagi membolehkan BN terus membela rakyat,” katanya. Beliau juga mahu pemimpin BN mendalami inti pati RMKe-10 dan bukan hanya setakat membaca laporan media, memandangkan ia adalah perancangan teliti negara.


Itu adalah seranan Timbalan Perdana Menteri supaya setiap parti kompenan perlu bersatu dalam memperkuat parti bukan hanya menumpukan untuk satu kaum sahaja. Rakyat seharusnya memikirkan apa yang perlu dilakukan dalam membantu rakyat supaya dapat memperkukuhkan parti masing dan melakukan yang terbaik.

Monday, June 7, 2010

ATASI MASALAH GOLONGAN MUDA

KOTA KINABALU 6 Jun - Resolusi Makmal Pemuda Barisan Nasional (BN) yang dijangka dibentang awal Julai ini dijangka menyentuh mengenai beberapa masalah golongan muda termasuk membeli rumah untuk mereka yang baru mendirikan rumah tangga.

Selain itu, masalah lepasan institusi pengajian tinggi (IPT) yang sukar mendapat pinjaman bagi memulakan perniagaan juga akan disentuh pada sesi pembentangan itu.
Pengerusi Makmal Pemuda BN, Sufian Awang berkata, kedua-kedua masalah berkenaan merupakan antara contoh isu-isu berkaitan orang muda yang telah dibincangkan secara mendalam di dalam makmal berkenaan.


Beliau menambah, usaha memahami denyut nadi golongan muda tidak akan berakhir dengan sesi pembentangan resolusi tetapi perlu disusuli sesi bersemuka antara golongan itu dengan Perdana Menteri.
''Mereka yang hadir akan dipilih secara rawak bagi mewakili semua peringkat golongan muda tanpa mengira fahaman politik," ujarnya.
Terdahulu dalam ucapannya, Exco Pemuda UMNO itu mengingatkan tugas berat menanti seluruh jentera pergerakan itu dalam menarik golongan muda kepada UMNO dan BN.
''Perlu diingat bahawa terdapat tujuh juta golongan muda layak menjadi pemilih pada pilihan raya akan datang dan cabaran kita adalah untuk memastikan mereka memilih UMNO dan BN,'' katanya.


Ini langkah terbaik bagi menyelami hati pemuda diperingkat akar umbi. Ia perlu didakati dan diselami hati mereka sepaya terus menyokong kepimpinan Datuk Seri Najib, selaku Perdana Menteri dan BN pada pilihanraya Umum akan datang.

CAJ HOSPITAL SWASTA DIKAJI SEMULA

2010/06/07KUALA LUMPUR: Kerajaan akan mengkaji semula caj yang dikenakan oleh hospital swasta di negara ini bagi memastikan kadarnya dapat diterima semua, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Mohd Ismail Merican. "Isu mengenai caj hospital swasta yang terlalu tinggi telah banyak kali disampaikan kepada saya dan kadar sedia ada yang dibuat oleh Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) tidak menyeluruh seperti sepatutnya.

"Oleh itu saya akan mengadakan satu mesyuarat dengan MMA tidak lama lagi bagi merangka kadar baru yang menyeluruh dan diterima semua," katanya menerusi temubual yang diterbitkan dalam isu terkini buletin MMA.

Beliau mengingatkan doktor bahawa tujuan utama mereka memilih profesion itu bukan sekadar mencari kekayaan tetapi membantu pesakit.


Diharapkan bidang perawatan hospital swasta dapat membantu pesakit dengan betul dan baik.
Ia akan dapat menjaga kesihatan rakyat yang amat memerlukan bidang rawatan yang murah dan mujarah hasil ubatan yang diberikan kepada pesakit.

Thursday, June 3, 2010

MAMPU GERUNKAN PENJENAYAH

PETALING JAYA 2 Jun - Kerajaan yakin kewujudan lebih ramai anggota dan pegawai polis beruniform di tempat-tempat awam melalui penempatan semula di bawah Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA), mampu menggerunkan penjenayah.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, melalui pendekatan itu, ia juga diyakini dapat memberi keyakinan kepada masyarakat bahawa keselamatan mereka adalah terjamin.
Beliau berkata, ia terbukti apabila kadar jenayah jalanan pada masa kini telah berjaya diturunkan sebanyak 39.6 peratus.


Tambahnya, indeks jenayah keseluruhan pula turun 15.1 peratus bagi tiga bulan pertama tahun ini berbanding tempoh sama tahun lalu.
"Penempatan semula anggota dan pegawai polis yang merupakan salah satu inisiatif NKRA, telah membolehkan rakyat merasa selamat dan yakin.
"Kewujudan lebih ramai polis beruniform di tempat awam dilihat penampilan menggerunkan," katanya selepas membuat lawatan di Balai Polis Seapark dan beberapa kedai di kawasan SS2, di sini hari ini.


"Melalui cara ini dan ditambah dengan adanya balai polis bergerak, kamera litar tertutup (CCTV) penambahan logistik seperti motosikal dan kereta peronda, ia dilihat satu pakej baik bagi mengurangkan kadar jenayah dalam negara ini," katanya.
"Ia diharap dapat membawa kepada penurunan dengan ketara kadar jenayah dalam negara kita," katanya.


Rakyat perlu berganding bahu dalam membantu pihak berkuasa membenteras jenayah. Kita lebih selamat jika dilihat Polis berada hampir dengan kita. Taniah Polis selamat berjaya di dalam tugasan, pendakatan yang dibawa oleh Perdana Menteri seharusnya diterima rakyat.

Wednesday, June 2, 2010

UMUM KERAJAAN MUFLIS BUKAN TINDAKAN BIJAK

SHAH ALAM – Pengumuman kerajaan akan muflis pada 2019 jika meneruskan subsidi bukan satu perkara yang bijak malah pandangan tersebut masih boleh dipertikaikan ketepatannya, kata bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo. Beliau berkata, pembentangan Makmal Rasionalisasi Subsidi menimbulkan pelbagai tanda tanya kepada rakyat dan jika saranan saranan oleh makmal itu dilaksanakan sepenuhnya, negara akan mengalami inflasi yang serius dan menjejaskan kehidupan rakyat.

Katanya, beliau pernah mencadangkan agar diwujudkan mekanisme baru subsidi bagi menentukan had kemampuan kerajaan memberi subsidi dan menentukan sektor yang akan mendapat subsidi mengikut kepentingan masyarakat ramai. “Mungkin kerajaan perlu menghapuskan subsidi dalam beberapa industri yang tidak begitu utama kepada rakyat seperti gula namun penghapusan subsidi ini perlu dijalankan serentak dengan liberalisasi industri tersebut dan membenarkan sesiapa sahaja mengimport gula dan bersaing dengan cara terbuka,” katanya melalui laman blognya, semalam. Dr Khir berkata, jika kerajaan mahu menghapuskan subsidi beras, jalan terbaik ialah menghapuskan monopoli beras dan kawalan kemasukan beras negara luar, kerajaan tidak boleh dalam satu keadaan menarik balik subsidi tetapi dalam masa yang sama mahu menentukan ‘pemain’ industri.

Kerajaan perlu mengkaji keperluan subsidi tersebut kerana impaknya kepada golongan yang berpendapat rendah. Yang berkemampuan tiada masalah. Jika negara boleh muflis ia perlu mengurangkan subsidi tersebut. Rakyat akan faham apa yang berlaku dan perlu menyelesaikan masalah tersebut.