Tuesday, June 15, 2010

BIMBANG MELAYU JADI MINORITI

KUALA TERENGGANU – Tun Dr Mahathir Mohamad, yang menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun, meluahkan rasa bimbang dengan nasib dan masa depan orang Melayu di negara ini. Menurutnya, orang Melayu kini berada dalam keadaan amat genting dan cemas di negara sendiri sehingga memungkinkan golongan itu menerima nasib sama seperti Melayu Singapura yang menjadi minoriti.

Katanya, keadaan itu berlaku kerana penguasaan Melayu negara ini yang dahulu sebanyak 60 peratus, sekarang semakin mengecil kepada 20 peratus susulan perpecahan politik, iaitu UMNO, Pas dan Parti Keadilan Rakyat (PKR). Menurutnya, tidak mustahil Melayu akan menjadi seperti Melayu Singapura, puak tidak berkuasa meskipun negara itu asalnya milik tanah Melayu jika bertindak tanpa mengikut perhitungan yang waras.

Oleh itu seharusnya setiap rakyat seharusnya berfikir dengan waras demi kepentingan orang melayu yang ada di Malaysia ini. Melayu seharusnya bersatu dan membela nasib bangsa melayu di dalam negara ini. Jika tidak bangsa melayu akan menyesal dan akan disalahkan oleh anak cucu cicit kita nanti.

No comments:

Post a Comment